Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 9, 2010

Untuk Rakyat H.Selangor: Inginkan Kemenangan Melayu atau Perpaduan BN ???

Perutusan Kpd Rakyat Hulu Selangor : Inginkan Kemenangan Melayu UMNO atau Perpaduan BN ???


Salam,

Umum telah mengetahui, bahawa Najib telah membuat keputusan memilih calon Parlimen Hulu Selangor dari MIC. Ramai yang kembang kempis dada menahan amarah.

Pemilihan ini adalah semata-mata bagi menjaga hubungan dengan Parti yang hampir pupus ini dan sekaligus menjaga perpaduan parti-parti komponen di dalam BN agar tidak dituduh rasis.

ITU YANG NAJIB DAPAT SEKARANG. Najib telah dapat apa yang dia hendak iaitu PERPADUAN.

Walaupun telah memilih MIC sebagai calon Parlimen HS sebagai bukti muafakat dan muhibbah UMNO tetapi bagi peringkat bawahan dan akar umbi UMNO, kata-kata perpaduan itu tidak membawa erti langsung. Tidak ada maknanya selagi Mike Tyson tidak dilantik menjadi calon bagi mewakli orang Melayu bagi meninju calon Pakatan Rakyat. Hanya Mike Tyson mampu menumbangkan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor..

Nampaknya Najibnya hanya pentingkan Perpaduan......BUKAN KEMENANGAN UMNO & BN.

Peringkat akar umbi telah nampak sekiranya Najib mencalonkan orang Melayu yakni UMNO di Parlimen Hulu Selangor nescaya dan pasti UMNO atau BN akan menang besar dan cemerlang.

Buat apalah sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO serta Akar UMBI perlu bersusah payah, bekerja keras dan bermati-matian bekerja dan berkempen kepada rakyat Hulu Selangor jika Pemimpin atau Presiden UMNO sendiri tidak mahukan kemenangan mutlak ini. Jika Najib mahukan kemenangan BN....sudah tentu beliau memilih calon paling POPULAR dan dikasihi rakyat di Hulu Selangor iaitu Muhammad Muhd Taib yang mempunyai Potensi BESAR dalam merampas kembali Parlimen ini dari Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di Pilihan Raya DUN Bagan Pinang di mana UMNO telah memilih Tan Sri Isa Samad menjadi calonnya. Dan akhirnya Tan Sri Isa Menang Besar.

Tetapi bagi Najib, beliau melihat Orang Melayu hanya akan MENGAJAR UMNO & BN cuma SEKALI sahaja. Tidak mungkin dan memang tak mungkin pun Orang Melayu Hulu Selangor akan berpaling tadah sekali lagi atau mengajar UMNO dalam Pilihanraya PHS kali ini kerana orang Melayu ini..... memang jenis yang mudah lupa. Berilah apa sahaja termasuk kain pelikat, sarung atau beras dua tiga guni.....bagi memujuk orang Melayu di Hulu Selangor.......lambat laun sokonglah mereka nanti akan calon MIC pilihan Najib ini. Itu gula-gulanya. Mudah bukan penyelesaiannya.

Nampaknya undi protes Orang Melayu dan UMNO pada Pilihan Raya Umum yang lalu dipandang sepi, dipandang enteng atau dengan kata lain..... semberono ajer oleh Najib. Naib tidak serius akan pandangan orang-orang Melayu dan UMNO di Hulu Selangor yang inginkan Melayu menjadi calonnya.

Gelombang kedua kali ini pasti akan menyesak dan memukul dada Najib anak Tun Razak ini bila mana puluhan ribu orang-orang Melayu dan UMNO akan membuat undi protes dengan menyokong Pakatan Rakyat dan bagi menyampaikan ISYARAT JELAS LAGI KERAS kepada Najib ” KAMI ORANG-ORANG MELAYU DAN UMNO DARI DULU HINGGA KINI TELAH LAMA BERSABAR. KAMI INGINKAN ORANG MELAYU SEBAGAI CALON DI PARLIMEN HULU SELANGOR. JANGAN CABAR KESABARAN KAMI. JIKA TIADA ORANG MELAYU BAGI MEWAKILI BARISAN NASIONAL DI SINI TIDAK MENGAPA.....CUKUPLAH BAGI KAMI CALON ORANG MELAYU DARI PAKATAN RAKYAT.

Inilah isyarat yang bakal dibawa DI HARI MENGUNDI oleh pengundi Melayu di Parlimen Hulu Selangor Nanti.

Bila Panglima7 menulis.

1 comment:

Lintau Perak said...

Alhamdulillah...Dato' Seri Najib telah mendapat hidayah Allah dan membuat keputusan yg betul bila meletakkan calon MIC di PRK hulu selangor.

Ketiga-tiga kaum yang dijadikan Allah ini akan bermuafakat macam kaum ansar madinah dan muhajirin mekah sehingga Rasullullah dapat kuasa membina daulah islam yang pertama didunia islam.

Marilah kita umat islam pas dan pkr berimamkan DAP menghancurkan amar makruf yang didalangi oleh UMNO itu atas nama perjuangan mendapatkan kuasa pilitik.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara