Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 24, 2010

Polling & Counting Agent PR : Borang 14 Jangan Lupa !!!

Polling & Counting Agent Yang Bertugas
Salam,

Kepada petugas-petugas Polling & Counting Agent, Borang 14 Jangan sesekali lupa untuk diambil dari Ketua Tempat Mengundi apabila keluar dari tempat mengira undi esok.  Pastikan borang mengundi itu ditandatangi oleh Ketua Tempat Mengundi dari SPR.  Walau apa pun yang terjadi, jangan tinggalkan tempat mengundi selagi borang 14 tidak berada dalam tangan anda dan hanya serahkan borang tersebut di bilik gerakan parti.   INGAT PESAN INI.

Jangan kita hanya hebat diluar seperti harimau tetapi menikus di dalam tempat mengundi, gunakan kuasa anda sebagai agen yg dilantik untuk melakukan bangkangan sekiranya SPR tidak mengikuti dan melanggar peraturan pilihanraya dan mula condong terhadap kesalahan UMNO & BN.

Inilah pertarungan sebenar dan jangan sesekali meninggalkan tempat mengundi selagi tiada agent polling yang lain datang menggantikan tempat anda.

UMNO & BN juga SPR akan menunggu saat-saat ini apabila kita alpa untuk melakukan penipuan bersama.  Jika perlu berkeras kita terpaksa berkeras demi menegakkan yang hak.  Bukan hendak tunjuk garang tetapi tegas dalam mematuhi pilihanraya berjalan dengan adil dan saksama diantara parti-parti bertanding.

Kepada polling agent, pastikan kertas undi yang dimasukkan ke dalam Peti undi yang sekarang ini transparent ole pengundi.....betul-betul kertas undi yang diberikan oleh SPR kepada mereka dengan mengecam warna kertas undi tersebut.  Jika kertas yang dimasukkan pengundi berlainan sedikit dari warna kertas undi sebenar.....segeralah periksa agar tiada cubaan membawa keluar kertas undi sebenar ke luar.

Pastikan anda mendapat cukup pengetahuan dan ilmu apabila bertugas esok sebagai Polling dan counting agent.  Study penipuan mereka dan Jangan main tangkap muat ajer untuk bertugas sebagai Polling & Counting agent kerana ini penentu kemenangan PR di dalam setiap pilihanraya dan sebagai usaha terakhir yang digalas bersama dengan petugas-petugas kita yang hebat di luar tempat mengundi.

Apa pun Kemenangan untuk PR di Hulu Selangor.
Takbirrrr.  Allahuakbar.!!!

Panglima7

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara