Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 13, 2010

Kenapa Pilih Dia ?

Salam,

Berat hati hamba nak menulis perkara ini...kadang-kadang rasa nak delete ajer apa yang hamba tuliskan ini.  Tetapi naluri begitu kuat mahu hamba menulisnya.

Hamba bukan mempertikaikan pilihan pucuk pimpinan tetapi benak hamba tertanya-tanya kenapa dan mengapa dia dipilih?  Apa kelebihannya dia di situ.

Beliau mungkin popular di arena politik tanahair tetapi tidak semestinya popular di Hulu Selangor.  Kenapa tidak dipilih calon tempatan yang lebih hebat dan popular !!!

Masa masih ada lagi untuk buat sebarang perubahan...

5 comments:

Anonymous said...

baguslah calon pr yg sudah sedia kaya, susah umno nak umpan jadi katak

jebat_berani said...

SALAM KEKANDAKU DATO PANGLIMA...
LAMA SUNGGUH HAMBA TAK SINGGAH KE MARI..KESIBUKKAN DUNIAWI MEMBATASKAN HAMBA UNTUK BERJUANG..MOGA2 SEDIKIT KELAPANGAN YANG DIANUGERAHKAN ALLAH S.W.T INI MAMPU HAMBA MANAFAATKAN SEBAIK MUNGKIN...

BIA BERBICARA SOAL CALON YANG DIPERTANDINGKAN BAGI MENENTANG PUAK2 UMNONGOK/BEAREND SEMEMANGNYA KADANG-KALA IANYA BERCANGGAH DENGAN APA YANG KITA HARAPKAN..HAMBA SENDIRI PERNAH MELALUI SAAT DIMANA HAMBA DAN SAHABAT SEPERJUANGAN DIKG PERNAH MENERIMA UJIAN YANG BEGITU BERAT SEKALI APABILA TERPAKSA MENERIMA CALON DAP BERTANDING DI KAWASAN HAMBA YANG MAJORITINYA ADALAH MELAYU....

PADA SAAT AHLI PAS KAWASAN HAMBA BEGITU BERHARAP AGAR CALON PAS DILETAKKAN BERTANDING MEMANDANGKAN SUDAH DUA KALI PILIHAN RAYA UMUM KAMI DITIPU OLEH CALON SEMANGAT 46 YANG LARI APABILA MENERIMA RASUAH DISAAT AKHIR PENAMAAN CALON...

KAMI PADA PERINGKAT AWAL BEGITU HAMPA DAN SEOLAH-OLAH HENDAK MEMBOIKOT PILIHANRAYA TERSEBUT..NAMUN SETELAH DINASIHATKAN OLEH PIMPINAN PAS CAWANGAN YANG BERHUJAH PANJANG MENGATAKAN BAHAWA INILAH SAAT DIMANA ALLAH INGIN MENGUJI SEJAUH MANA KETAATAN DAN KEYAKINAN KAMI KEPADA PIMPINAN..DAN AKHIRNYA KAMI ANGKUR DENGAN APA YANG DIPUTUSKAN OLEH PIMPINAN..

KAMI MENGERAKKAN JENTERA PILIHANRAYA UNTUK MEMBANTU CALON DAP INI..DENGAN PELBAGAI KEKURANGAN KAMI BERUSAHA SEHABIS BAIK BAGI MEMENANGKAN CALON DAP INI..USAHA KAMI BERLIPAT KALI GANDA BERBANDING KETIKA CALON SEMANGAT 46 YANG BERTANDING..APA YANG KAMI LAKUKAN INI HANYA KERANA SATU SEBAB..MENYAKINI AKAN KEPUTUSAN PIMPINAN TERHADAP PERJUANGAN YANG KAMI DOKONG...

WALAUPUN KALAH KAMI BERJAYA MELIPATKALI GANDAKAN JUMLAH UNDI YANG KAMI PEROLEHI..KEPUTUSAN YANG SANGAT MEMBANGGAKAN KAMI..MALAH DIKG HAMBA KAMI BEROLEH KEMENANGAN PETI UNDI YANG PERTAMA YANG MANA GAGAL DIPEROLEHI SELAMA INI..ALHAMDULILLAH KAMI KALAH DALAM KEMENANGAN..

KERJA KERAS KAMI INI AKHIRNYA MEMBUKA MATA PIMPINAN DAP NEGERI SEHINGGA MEREKA MENGELUARKAN KENYATAAN JIKA DAP MENGKHIANATI PAS MEREKA AKAN KELUAR DAP DAN MENYERTAI PAS JIKA PAS BOLEH MENERIMA MEREKA...APAKAH KENYATAAN INI HANYA BERSIFAT MENGAMPU..??TIDAK SAMA SEKALI...

KENYATAAN INI TERHASIL KERANA MELIHAT BERTAPA KAMI BEGITU IKHLAS MEMBANTU DAN MENJALINKAN KERJASAMA DENGAN MEREKA..SESUATU YANG TAK PERNAH MEREKA LIHAT DALAM PARTI MEREKA SENDIRI...KETAATAN AHLI PASSUNGGUH MENKAGUMKAN MEREKA...SESUATU YANG SUKAR DILIHAT DALAM MANA-MANA PARTI DALAM MALAYSIA..

JUSTERU ITU KEKANDAKU DATO PANGLIMA..YAKINLAH BAHAWA DALAM DUKA PASTI ADA SUKA...KITA TIDAK MAMPU MELIHAT MASA HADAPAN DANOLEH KERANA ITU YAKINLAH BAHAWA APA YANG DIRENCANAKAN PEMIMPIN KITA PASTI TELAH DIFIKIRKAN MASAK-MASAK..WALAUPUN KADANG-KALA MEREKA TERSILAP NAMUN INSAALLAH IANYA PASTI ADA HIKMAH YANG TAK MAMPU KITA FIKIRKAN SEKARANG...

AKHIR KATA HAMBA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF JIKA APA YANG HAMBA BICARAKAN INI ADA YANG SILAP..SEBAGAI INSAN YANG MASIH BELAJAR MENGENAL ALAM CIPTAAN TUHAN INI PASTINYA HAMBA TAK TERLEPAS MELAKUKAN KESILAPAN...

checkmate said...

salam datuk panglima serta sahabat beradu tenaga laksamana hang jebat..

izinkan hamba memberi buah bicara bg mengubat luka datuk panglima..

soal calon bila difikirkan memang pedih jika tidak kena pada keinginan kita..

tapi percayalah soalnya walau siapa pun di turunkan pemimpin kita..matlamat kita hanya satu menghancurkan pemimpin yang sudah berat pengaruh yahudi nya..

memang datuk zaid bukan org tempatan..tp pada firasat hamba beliau seorg pemimpin yg berwibawa yang mampu membawa pentadbiran PR kepada lebih gah...

hamba pasti PRU13 datuk zaid akan pulang semula ke pasir mas utk berentap dgn Ibrahim ali sang katak durjana..

dan kawasan hulu sel akan diberi kpd anak tempatan..tp masa sekarang PR perlu mengetengahkan pemimpin yang hebat diperingkat pusat bagi memberi signal kpd rakyat bahawa seorg lg menteri telah berada bersama PR...

salam hamba mengundur diri..semoga kita akan terus berjuang habis-habisan menentang pemerintah yang kejam

Captain said...

salam panglima7,

berat juga membuat pilihan ini..nak cari yg biasa takut dilompat lagi macam yang dah ada..

Dia ni tak lompat punya insyaAllah.

Tapi dia akan kerabat belakang najib pulak lps ni..

Panglima7 said...

Salam Sahabat-sahabat semua anonymous, Datuk Panglima Jebat dan Checkmate yang membesar ulasan yang panjang lebar juga tidak ketinggalan sahabatku Captain.

Pandangan sahabat sekalian sungguh hebat dan bermakna. Hamba bersyukur mempunyai sahabat seperti tuanhamba dan idea yang diberikan sangat bernas.

Hamba akur dengan keputusan pucuk pimpinan yang memilih Datuk Zaid Ibrahim. Apa sahaja keputusan yang baik yang dibuat pucuk pimpinan hamba patuh walaupun dipermulaan terasa agak janggal.

Keputusan telah dibuat, selepas ini usaha menyakinkan pengundi-pengundi akan bermula. Gerak tari kerja juga akan dipalu bagi memastikan kemenangan PR di Parlimen Hulu Selangor. UMNO dan BN akan kita tumbangkan sehabis-habisnya.

Takbirr!! Allahuakbar.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara