Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 23, 2010

Awas Petugas PR: Pengundi2 Hantu Dijangka Menaiki Komuter

KTM Komuter

Segala kemungkinan boleh berlaku. Think out of box 
Salam,

Di setiap pilihanraya kecil atau umum, Pengundi hantu yang didatangkan dari luar tetap ada.  Lebih baik berwaspada daripada leka. 

Terdetik di dalam hati hamba ini bahawa pengundi-pengundi hantu akan menggunakan laluan komuter bagi mengaburi petugas-petugas PR. Kebiasaannya pengundi hantu menaiki bas sepertimana yang berlaku dalam beberapa siri pilihanraya kecil dan juga umum. 

Kali ini kemungkinannya tetap ada.....di mana taktik seterusnya adalah melalui komuter pula.  Mereka akan menaiki komuter bermula dari utara melalui Tren Shuttle Ipoh- Kajang dan berhenti di setiap perhentian yang crowd seperti Tanjung Malim (bersempadan dengan Hulu Bernam), Kuala Kubu, Serendah, Rasa dan Rawang sepertimana yang diarahkan.

Hamba tidak pasti Tren Shuttle Ipoh-Kajang ini berhenti di perhentian yang mana satu sepertimana disebutkan di atas.

Petugas-petugas PR diminta jangan alpa dengan mengawasi setiap perhentian ini di mana kemungkinan terdapatnya bas-bas yang akan menunggu dan mengangkut mereka ke tempat pengundian. Bukan sahaja di laluan komuter tetapi juga di setiap jalan lama Rawang- Kuala Kubu dan lebuhraya PLUS Utara Selatan.

Pastikan mereka tidak terlepas kali ini.

Panglima7

1 comment:

Anonymous said...

tapi komuter ni buat hal gak panglima.. ahahahahaahaha..kadang2..dibuatnya la slow....ahahahaa..

kenderaan awam perlu dinaiktaraf.. ahahahaa..

tapi misal kata dari KL nak ke rawang..amik sejam gak..

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara