Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 21, 2010

Halili Tertarik Dengan PM ker...atau Tertarik Dengan Wang...???


Salam,

Umum sudah tahu Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Dr. Halili Rahmat melompat parti dan memuji PM DS Najib Tun Razak.

Kebiasaannya mereka yang melompat parti ini adalah kerana sifat kecewa apabila naluri atau kehendak mereka tidak dituruti.  Lebih-lebih lagi apabila beliau tidak dicalonkan menjadi calon bertanding di Parlimen Hulu Selangor dan sebaliknya Pucuk Pimpinan PKR memilih Datuk Zaid Ibrahim.  Itu sebab pertama.

Sebab kedua apabila ada tawaran dari pihak yang sebelah lagi yang menawarkan ganjaran yang sangat terliur oleh mereka yang banyak air liurnya.  Apabila air liur sudah meleleh maka memujilah ia akan kepimpinan yang dulunya mereka sendiri kata korup tetapi sebaik ganjaran atau perks mereka dapati maka yang dulunya korup kini menjadi karib.  ha ha ha....senang sahaja bacaannya.

Lantak ko laa...Dr. Halili.  Kalau engko dapat pun ako tak amik tahu.  Hukum halal dan haram ada.  Tidak memilih Dr. Halili adalah rahmat kepada PR.  Tindakan beliau keluar dari PKR juga adalah rahmat.  Dan masa beliau keluar juga adalah rahmat kepada pengundi Hulu Selangor yang tidak dapat tidak membayangkan kekecewaan atau kegilaan beliau kepada wang tawaran.  Dan yang paling penting beliau anak kepada Rahmat.

Panglima7 

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara