Seperti Suatu Amaran - gambar hiasan shj
Suara Hati Penyebab Beliau Bakal Tersungkur
Salam,Apabila P. Kamalanathan, dipilih oleh Datuk Seri Najib bagi menentang Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, cakap-cakap di dada akhbar mula berubah. Daripada sebelum ini nada keras datangnya dari Datuk Seri Samy kononnya ingin memecat calon yang menerima pemilihan itu jika Datuk G. Palanivel tidak dicalonkan bertukar lunak, lembut dan merdu dan berunsur puji pujian akan kebijaksanaan pemilihan Datuk Seri Najib.
Begitu juga dengan Datuk G. Palanivel yang sebelum ini spekulasi mengatakan beliau kecewa dan memboikot pilihanraya kecil Hulu Selangor ini akhirnya bertukar menjadi sokongan penuh kepada P. Kamalanathan yang dipilih oleh Pengerusi BN DS Najib.
Sedangkan di malam pengumuman 100 penyokong beliau dari pelbagai Cawangan Hulu Selangor bertindak keluar dari dewan pengumuman kerana tidak berpuashati G.Palanivel tidak dicalonkan.
Tetapi mengapa ianya semuanya berubah dalam sekelip mata ??? Adakah hati dan perasaan manusia boleh di "train" sedemikian.??? Adakah apa yang diucapkan di dada akhbar berbeza dari apa yang dicakap di dalam hati ???
Daripada ingin berceramah Datuk G. Palanivel menjelaskan kali ini beliau tidak akan berceramah sebaliknya akan menemui pengundi dengan lebih dekat. Anda boleh lihat kenyataan beliau ini...??? anda boleh lihat perubahan tindakan gerakkerja pilihanraya beliau telah berubah. Apa yang diucapkan di akhbar berlainan dengan tindakan beliau sebelum ini.
Tindakan tidak perlu berceramah......tetapi pertemuan dari hati ke hati terhadap mengundi boleh berubah menjadi senjata pemusnah sokongan terhadap P. Kamalanathan bila mana suara sebenar dari hati mula berkata-kata. maka akan berlakulah undi protes penduduk India dan Melayu dalam pilihanraya ini.
Yang penting, PR perlu bekerja keras, Datuk Zahid akan menang atas kelebihan suara hati Datuk G. Palanivel ini.
Written By Panglima7
No comments:
Post a Comment