Assalamualaikum Wbr.
Apakah hukum karma?Adakah dalil yang menerima atau menolaknya?
Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan. Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima.
Dari segi bahasanya.....Hukum Karma ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.
Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
Tetapi harus diingat !!!...Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.
Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.
Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.
Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.
Ini sangat berbeza dengan ajaran islam. Islam berpandangan bahawa Pertama:, tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga. Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.
Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci. Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati, kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.
Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma.
Ok...maksud Kifarah ialah:
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Perlu kita faham....bahawa hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat...akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. Manakala Kifarah dalam Islam...contohnya seperti maksud di atas dan...seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa...Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.
Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum Karma tersebut.
Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri.
Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah.
Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)
Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran, 3: 85)
Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.
Panglima7
Untukmu agamamu
dan untukku agamaku.
20 comments:
Assalamualaikum Panglima.
Pertama sekali, terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menyediakan entri seperti yang saya pinta.
Terima kasih atas informasi yang sgt berguna dan bermanfaat. Dan kini saya dah tau jika hukum karma itu tidak wujud dlm Islam.
Secara kasar nampak sama, tapi sebenarnya jika diselami sedalam-dalamnya ia tidak serupa.
Terima kasih sekali lagi atas semua info tersebut.
Waalaikumsalam Izz. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.
Salam Panglima
Blog Panglima dah saya linkkan dengan blog saya Mimpi Senja. Harap dpt juga kiranya panglima masukan Mimpi Senja dalam senarai link panglima ..
Waalaikumsalam Wbr tuan Mimpi Senja. Blog tuan juga telah hamba linkkan di blog hamba ini. Terima Kasih.
Panglima, saya dak cek, blog Panglima 7 dah pun ada dalam senarai blog list saya. Kenapa tuan tak nampak di sana? Sebab saya hanya menyenaraikan cuma 25 blog yg punya artikel terbaru. Artikel terbaru di blog tuan pada 19 jam yg lalu. Tapi kalau tuan klik pada "show all", insyaallah tuan akan nampak blog Panglima 7 ada di sana ...sekian ;-)
Terima Kasih Tuan Mimpi Senja. Hamba dah nampak blog hamba telah dilinkkan. Terima Kasih tuan...Semoga Allah merahmati tuan.
Salam Perjuangan.
salam..mohon nak masukkan entry ini sbg entry bru dlm blog saya pd mlm ni..sya akn letakkn backlink blog anda..thnk.. :)
Waalaikumsalam Cik Gadis. Hamba benarkan....tak perlu minta izin dari hamba..ia milikmu.
assalamu'alaikum panglima
terima kasih atas share tentang hukum karma ni..(n_n)..semoga terus berkarya...smgt!!!(n_n)
So xbleh la nyanyi lagu hukum karma wings ni
salam, nk tny, jika kita mggunakan perkataan hukum karma bg menyatakan "what goes around comes around" mcm mn ye? kita bkn percaya yg ada kehidupan semula dan sebagainya tp kita percaya kalau kita buat jahat dekat org, nnt org pon buat jht blk kat kita. kalau kita kacau isteri org, nnt org pon kcu isteri kita. something like that. kalau kita aibkan maruah org, nnt org akan aibkan maruah kita. mungkin jgk bkn pada kita tp pada anak cucu kita. blh x bagi komen sket mengenai hal ni?
Waalaikumsalam Addin. Tang nie..Panglima bersetuju dengan pandangan Addin bahwa "what goes around comes around", tapi jangan bertakliq dgn hukum karma akan pandangan ini....dalam Islam kita dah ada dah,cth: dalam islam kalau kita berbuat baik kpd kedua Ibu dan bapa..dalam Al-Quran jelas..."berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu dan bapamu..kelak anak-anak kamu akan berbuat baik kepadamu" Jadi kalau kita berbuat tak baik atau derhaka....kelak "what goes around comes around" iaitu anak kita pula akan menderhaka kepada kita dan sebaliknya. Begitu juga dengan hukum Qisas...kalau kita dipukul sehingga patah gigi...maka balasan dosa orang yang memukul itu hendaklah kita pukul sama seperti kita pukul hingga patah giginya dan tak boleh terlebih atau terkurang.
Begitu juga kalau kita buat jahat pada perempuan...kelak anak kita akan dijahati org...."what goes around comes around"
Diharapkan saya telah menjawab soalan Addin....yea.
ok, terima kasih. :)
Adakah tertolak iman seseorang itu jika dia selalu ckp tgu la hukum karmanya nnt..yg membawa maksud dia marahkan perempuan lain sbb suami dia cintakan perempuan tersebut.mohon penjelasan tuan,terima kasih.
Aina
Mohon share ye terima kasih.......semoga Allah merahmati anda sekeluarga.......amin
Sila share tuan-puan. Ilmu ini Allah yang punya.
assalamualaikum saya ingin bertanyakan satu soalan. ianaya pernah berlaku kepada saya dan saya tidak pasti pernah berlaku kepada orang lain atau tidak.. ada sesetengah pekara yang saya lakukan hari ini sepertinya saya pernah melakukannya sebelum ini tetapi perasaan itu secara samar. sepertinya benda yang sama berlaku dua kali. adatak penjelasan tentang ini? masih mencari jawapan. maaf sekiranya soalan saya kurang jelas.
assalamualaikum saya ingin bertanyakan satu soalan. ianaya pernah berlaku kepada saya dan saya tidak pasti pernah berlaku kepada orang lain atau tidak.. ada sesetengah pekara yang saya lakukan hari ini sepertinya saya pernah melakukannya sebelum ini tetapi perasaan itu secara samar. sepertinya benda yang sama berlaku dua kali. adatak penjelasan tentang ini? masih mencari jawapan. maaf sekiranya soalan saya kurang jelas.
saya bukan beragama islam, tapi saya sgt toleransi terhadap agama islam,karna saya tahu islam salah satu agama dari Tuhan yg maha esa, karma secara nyata bisa dilihat dari kelahiran seseorang,ada yg lahir dirumah orang kaya,ada yg lahir dirumah orang miskin, ada yg lahir pas ada bencana melanda,kenapa? apakah Tuhan tidak adil,kenapa saya lahir miskin dan cacat lagi,tapi yg lainnya lahir di rumah orang kaya,cantik lagi. kok bisa begitu? menurut hukum karma ini karna perbuatan kita di kehidupan lampau,ada yg baik ada yg jahat,dan hukum Tuhan maha adil,jika tidak sekarang mendapat balasan,suatu saat pasti terbalas, baik atau jahat, itu lah hukum karma.
Assalamualaikum..mohon share bole?
Post a Comment