Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Aug 1, 2011

Tiada Sekor Iblis Mahupun Syaitan Pun Di atas Dunia ini (Di daratan)


Assalamualaikum Wbr,

Gambar Hiasan
Alhamdulillah…bertemu kita kembali di Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan.  Inilah hari pertama kita berpuasa . Petang semalam telah dibelenggu kesemua Iblis & Syaitan dan dicampakkan oleh Allah melalui malaikatnya ke dalam laut.  Berapa dalam mereka dihumbankan tidaklah diketahui.
Begitu mulianya bulan ini sehingga Allah tidak mahu hamba-hambanya digoda atau diganggu oleh Iblis dan Syaitan. 

Allah ingin hambanya yang beriman tenang beribadah kepadanya tanpa sebarang gangguan SELAIN untuk menguji manusia siapa yang lebih baik AMALANNYA.

Yang tinggal di atas dunia ini hanyalah NAFSU Manusia sahaja.  Maka bulan ini bukan lagi bulan melawan godaan Iblis & Syaitan Tetapi BULAN MELAWAN HAWA NAFSU.

Diceritakan oleh seorang ustaz dalam ceramahnya di surau, bagaimana beliau mendengar melalui seseorang yang menelefon Radio THR FM untuk berkongsikan kisah benarnya, yang mana pada suatu malam di bulan Ramadhan, beliau dan rakan-rakannya pergi memancing di laut.  Tidaklah dinyatakan bahawa beliau berada di atas bot atau apa.   Sedang leka memancing dua rakannya tertidur.  Tinggal dia seorang yang masih terkebil-kebil sendirian memancing di laut yang luas.   Di tengah kepekatan malam itu..tiba-tiba beliau terlihat suatu lembaga seolah-olah sedang menunggang kuda, makin lama makin hampir dengan jarak dia memancing. 
ya... .seorang lelaki berkuda sedang bergerak di atas permukaan laut.  

Beliau sangat terkejut dan cuba mengejutkan 2 lagi rakannya yang tidur, tetapi disebabkan begitu asyik melihat sesuatu yang sungguh pelik dan aneh …”seseorang boleh menunggang kuda di atas permukaan laut ”… maka hasratnya untuk mengejutkan rakan-rakannya terhenti setakat itu.

Beliau menyaksikan bagaimana lelaki berkuda ini…..memukul mukul permukaan air laut bila tiap kali, seakan mahu timbul sesuatu makhluk atau lembaga dari permukaan laut.   Terpaku beliau menyaksikan peristiwa itu. Suatu peristiwa yang tidak beliau dapat lupakan.... hinggalah dia menceritakan pengalamannya di Radio THR FM.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah kemungkinan…..apa yang beliau lihat tadi adalah malaikat.  Malaikat sering dilihat menunggang kuda.   Malaikat ini menjaga dan mengawasi Iblis dan Syaitan yang Allah belenggu di dalam laut di Bulan Ramadhan.  Mana-mana yang cuba timbul dari permukaan laut maka Malaikat tadi akan memukulnya.

Mungkin beliau melihat seorang sahaja malaikat sedangkan yang sebenarnya beribu malaikat berada di sana.  Tetapi Allah hanya bukakan hijab untuknya untuk dapat melihat seorang malaikat sahaja.  Beliau diantara mereka yang dipilih Allah untuk melihat kebesarannya.

Panglima7
Wallahualam.

3 comments:

Kak Amy said...

selamat berpuasa panglima sekeluarga..

Unknown said...

selamat menjalani ibadah puasa buat panglima sekeluarga...

Kak Amy said...

salam panglima, hari kedua berpuasa tapi perut sangat x tahan.bukan lapar tapi di serang gastrik teruk selepas berbuka semalam huhu..

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara