Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 17, 2008

Bandar Baru Bangi Keputusan Air




Assalamualaikum Wbr.

Telah masuk 2 hari Bandar Baru Bangi dan kawasan-kawasan disekitarnya keputusan bekalan air. Penduduk B.B.Bangi kegelisahan, mana taknya terpaksa menunggu selama 3 hari atau mungkin lebih lama lagi bagi membolehkan penyambungan paip yang pecah disebabkan pengorekkan pasir di Kampung Revolusi Hijau di daerah Dengkil. Sila Klik.
Ramai penduduk mula membanjiri restoran-restoran disebelah malamnya kerana kesukaran suri-suri rumah untuk memasak dan menyediakan makanan untuk anak-anak dan keluarga disebabkan masalah ini.

Apa pun masalahnya, keputusan bekalan air ini bukan hanya berlaku disebabkan masalah paip putus di Dengkil tetapi juga sering berlaku sejak pemberian air percuma sebanyak 20 liter kepada Rakyat Selangor oleh Kerajaan Negeri di bawah Pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apa yang ingin saya utarakan ialah, tindakan Kerajaan PR memberikan air percuma kepada Rakyat Selangor tanpa mengira apa fahaman politik mereka termasuklah penyokong pembangkang seperti UMNO, MIC dan MCA bolehlah diibaratkan seperti "orang mengantuk disorongkan bantal". Orang kaya gembira dan orang miskin lebihlah lagi. Cumanya di sini, janganlah kerana pemberian air percuma ini maka kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Syabas kepada Rakyat Negeri Selangor juga turut terabaikan dan dipandang sepi.

Air dah percuma tapi perkhidmatan hampeh. Kerapkali bekalan air terputus tanpa ada pengumuman dibuat terlebih dahulu oleh Syarikat Syabas ini hinggakan rakyat terpinga-pinga, kebingungan kerana tiada persediaan awal yang dapat dibuat bagi mengatasi masalah ini.

Kita sedia maklum, dari pengarah, pegawai hinggalah petugas-petugas dan pekerja bawahan dari Syarikat Syabas bukan semuanya menyokong parti yang memerintah iaitu Pakatan Rakyat. Mereka-mereka yang mempunyai kuasa di dalam Syabas boleh mempergunakan air sebagai senjata ampuh mereka bagi menyulitkan bekalan air kepada Rakyat Selangor hingga rakyat selangor akan beranggapan bahawa pemberian air percuma oleh Pakatan Rakyat ini seakan tidak berguna dan tidak ada maknanya sekiranya bekalan air seringkali terputus tanpa ada pengumuman dari Syabas dan juga amat lembabnya perkhidmatan lori-lori tangki Syabas yang menyalurkan bantuan.

Perlu diingat...Kalau kerajaan Pakatan Rakyat menabur baja diwaktu pagi maka Syabas di bawah pengaruh dan bayangan UMNO boleh menabur racun diwaktu petang. Sia-sia sahajalah usaha PR memberi air percuma kepada rakyat jika Syarikat Syabas ini tidak dipantau perkhidmatannya.

Oleh itu saya menyeru MB Selangor, Exco-Exco Kerajaan Negeri juga Ahli-Ahli Majlis agar memantau perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Syabas kepada Rakyat.
Jangan lepas tangan dan percaya 100% kepada perkhidmatan yang mereka berikan setelah PR berkuasa.

Saya bukan membuat tuduhan tetapi kadangkala perlu ada sikap pesimis dalam diri kita agar Syabas tidak diperkudakan oleh UMNO dalam memanupulasikan isu air ini juga supaya rakyat tidak memberontak dalam senyapnya.

Wallahualam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara