Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 6, 2008

Jawatan Timbalan Presiden UMNO : AIr Liur Mula Meleleh dan Menjejeh

Assalamualaikum wbr.

Mari kita singkap kembali teori Pavlov.
Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov telah mengemukakan Teori 2 faktor. Teori ini adalah teori dorongan. Apabila dibunyikan loceng maka berkejaran dan melelehlah air liur binatang ini. sebagai tanda masa makannya telah tiba. Tak perlu tahulah binatang jenis apakah ini. Itu tak penting.

Cuma saya ingin tahu bolehkah teori ini disamakan dengan apa yang berlaku sekarang?
Mungkin ya dan mungkin juga tidak. tetapi jika dianalisa, tidak dapat tidak macam ianya tidak boleh lari dari teori Pavlov ini.

Cuba kita renungkan tentang isu ini. Apabila loceng pertandingan dibunyikan maka kecur dan melelehlah air liur sesiapa sahaja di dalam UMNO untuk bertanding merebut jawatan yang diidam-idamkan selama ini. Mungkin bagi sesetengah pemimpin masanya belum sesuai lagi tetapi ada juga yang tak tertahan tahan nak tunggu lama...kalau tak nanti.. jadi macam Datuk Shahrir Abdul Samad yang merasakan beliau sudah agak terlambat untuk bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti Mac tahun depan memandangkan usianya sudah pun mencecah 59 tahun.

Lalu kerana apa tampak bagai berjejeran air liur-air liur mereka. Mungkin apa yang ada di benak masing-masing adalah habuan yang cukup besar hingga bak kata orang dulukala "tujuh keturunan punya makan pun tak habislah laa". Apa yang berlaku kemudian kepada parti dan negara, itu belakang kira, yang penting kekuasaan, pengaruh dan kawasan di sekitar perut terisi.

Maka tidak hairanlah jika ada diantara mereka yang baru menjawat jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian pun sanggup menyahut cabaran. Pada hemat saya, Ukurlah baju di badan sendiri, memang ko ada hak tapi janganlah main terjah atau dalam bahasa indonnya....main semberono ajer. Kalau iapun nak masuk pertandingan ambil kiralah pandangan mereka yang ada di luar dan di dalam parti.
Jangan nanti dikata orang....gila jawatan.

Setakat ini mereka yang telah memberi signal untuk bertanding adalah, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan yang terbaru adalah Datuk Nur Jazlan Mohamed anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat.

Adakah mereka ini benar-benar layak atau ada udang disebalik Koew Tiau.?? Tentunya kita sudah sedia maklum akan kelayakan mereka dalam perebutan kerusi panas ini.

Dan yang mungkin pasti, tradisi simbol kepala agung akan menjelma kembali dan mendatangi setiap perwakilan dalam waktu terdekat ini. Makin biru dan makin ungu warnanya semakin cerahlah harapan mereka menjawat jawatan tersebut.

Wallahualam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara