Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 19, 2008

Perletakkan Jawatan PM: Sudah Tampak Nada Kekesalan Abdullah



Assalamualaikum wbr.

Pada awal pengumuman Perletakkan Jawatan sebagai PM pada Mac tahun depan oleh Pak Lah baru-baru ini, nada beliau tampak gembira seolah-olah telah hilang stress yang ditanggungnya selama ini. Kononnya perletakkan jawatan PM dibuat atas kerelaan beliau sendiri setelah mengambil masa yang panjang dan setelah memikir semasak-masaknya untuk berbuat demikian. Ianya bukanlah disebabkan desakan sesetengah pihak yang berada di dalam mahupun di luar UMNO. Pengumuman itu dibuat dalam satu Press Conference di hadapan para wartawan media perdana negara ini.

Tetapi hari ini nada beliau cukup berbeza dan berlainan sama sekali. Jelas sekali beliau tidak dapat menyorokkan kekesalan meletakkan jawatan sebagai PM pada Mac tahun depan atas desakan ahli-ahli UMNO terutama sekali TS Muhyiddin Yassin yang dahulunya cukup akrab dan rapat dengan beliau. Dahulu ke mana sahaja beliau pergi Muhyiddin pasti ada disisinya. Di mana ada Abdullah di situ ada Muhyiddin. Seolah-olah Muhyiddin ini regu Pak Lah dan tak boleh dipisahkan. Masa berlalu, sehinggalah Pak Lah dinobatkan sebagai PM di mana akhirnya Najib atas kelicikan dan helah Tun Mahathir terangkat menjadi regu Paklah sebagai Timbalan PM.

Penyusunan semula Portfolio Menteri Kabinet menyaksikan tindakan kurang berhemah Pak Lah yang melantik sekutu rapatnya TS Muhyiddin menjadi Menteri Pertanian, Menteri yang paling rendah dalam ranking senarai menteri-menteri. Perlantikkan ini amat mengguris dan melukakan hati Muhyiddin Yassin. Perasaan ini dipendamkan sahaja oleh Muhyiddin. Selepas perlantikkan itu Muhyiddin tidak lagi dilihat bersama-sama dengan Abdullah dalam apa-apa majlis kerajaan hinggalah ke hari ini. Kalau ada pun semuanya duduk berjauhan. Yang bersama Pak Lah adalah menantunya Khairy Jamaluddin yang dulunya pernah mengidam untuk menjadi PM sebelum umurnya 40 tahun. Sejauh mana kebenaran si Khairy untuk menjadi PM ini tidaklah diketahui.

Muhyiddin dahulu adalah sekutu DS Anwar Ibrahim yang pernah menentang Tun Mahathir. Apabila Pak Lah melupakan Muhyiddin, maka Muhyiddin mula mencari dahan yang kukuh bagi menguatkan kedudukannya yang keseorangan di dalam UMNO. Najib yang dahulunya menjadi "Blue Eyes" Tun Mahathir tetapi disebabkan tingkahlakunya yang taat dan menjadi "Yes Man" pada Abdullah menyebabkan beliau mula tidak disenangi oleh Tun Mahathir.

Tatkala Mahathir yang tersisih di luar UMNO dikutuk, dikeji dan dinista oleh anak-anak buahnya sendiri, maka Muhyiddin mula menyusun langkah dengan mengambil kesempatan ini untuk memujuk beliau dan akhirnya berjaya memimpin tangan Mahathir untuk pulang kembali ke pangkuan UMNO. Maka bermulalah episod Pakatan Mahathir, Ku Li dan Muhyiddin bagi menumbangkan Abdullah Bodowi. Desakan demi desakan, kenyataan demi kenyataan dibuat silih berganti oleh ketiga orang ini bagi mengugat jawatan nombor satu negara yang disandang oleh Abdullah Bodowi. Tetapi kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin ini amat mengejutkan banyak pihak termasuklah Abdullah sendiri. Beliau tidak menyangka Muhyiddin akan menikamnya secara berdepan.

Muhyiddin mempertikaikan tempoh peralihan kuasa yang dibuat dan dirancangkan oleh Abdullah pada June 2010 akhirnya tidak dapat dipertahankan sehinggalah beliau membuat pengumuman untuk perletakkan jawatannya pada Mac 2009. Itu pun Muhyiddin masih mempertikaikan akan lamanya tempoh peralihan tersebut. Apabila Muhyiddin dilihat bersama-sama dengan Tun Mahathir di hari terbuka Aidil Fitri dirumahnya baru-baru ini mengesahkan lagi hubungan intim beliau dengan Tun Mahathir. Sila Klik. dan Klik Lagi

Akhirnya terungkailah kekesalan Abdullah yang menuduh Muhyiddin lah punca segala-galanya menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatannya lebih awal dari apa yang dirancangkannya pada pertengahan 2010 seperti mana yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO. Baru nampak kan...

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan. Lihat petikkan kata-kata Pak Lah di bawah:

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.



Berita lebih lanjut Sila Klik


Terlajak Perahu boleh diundur, Terlajak kata....Abdullah Hilang Kuasa.Pengumuman Perletakkan Jawatan PM dan juga Presiden UMNO tidak dapat ditarik balik lagi oleh Abdullah melainkan beliau menyusun satu strategi halus SEKARANG ini yang lebih tersusun dan terancang bagi membolehkan Najib KEMPUNAN menjadi PM, memandang Najib sangat banyak kes-kes kotornya termasuklah isu Panas AlTantuya. Dengan menjerat Najib maka membolehkan beliau terus menyambung kembali tugasnya menjadi Perdana Menteri sampai bila-bila.

Wallahualam
Panglima7

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara