Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 8, 2008

Setelah Melihat Geruh- Akhirnya Abdullah Mendengar

Assalamualaikum wbr.

Ramai penganalisis politik yang membuat andaian bahawa Pak Lah akan mempertahankan jawatannya berikutan adhoc meeting yang dibuat oleh Pak Lah berakhir pada 2 pagi semalam. Tak kurang juga yang mempunyai pendapat yang sama dengan Tun Mahathir kononnya Pak Lah tidak akan melepaskan jawatannya dengan mudah walaupun banyak pihak dari kiri dan kanan, atas dan bawah, depan dan belakang mendesak beliau berbuat demikian.

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir ada berkata, Pak lah bukanlah seorang pendengar yang baik. Maka apa sahaja yang yang disampaikan oleh akar umbi atau nasihat dari peringkat bawahan UMNO mahupun atasan seakan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Itu pun hanya disedari oleh Tun setelah beliau gagal menjadi Penasihat parti UMNO sepertimana Lee Kuan Yew itu selepas pengunduran Tun 5 tahun yang lalu.

Tetapi andaian beliau semuanya melesettt. Kini Abdullah sudah MENDENGAR. Tengahari tadi Pak Lah telah menumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri berkuatkuasa Mac tahun depan. Ini bermakna beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dalam masa 5 bulan dari sekarang.

Ya Abdullah sudah mendengar. Beliau seperti baru mendapat telinganya kembali setelah 5 tahun kehilangan pendengaran dek kerana nikmatnya duduk di kerusi yang paling panas tetapi empuk itu. Sesiapa pun akan kehilangan telinga jika berada dipuncak kuasa apatah lagi menjadi orang nombor satu dalam negara, melainkan mereka yang benar-benar takut kepada Allah dan Rasulnya.

Walau apa pun keputusan Abdullah, saya pasti, tetap ada ralat dihatinya kerana menjadi Perdana Menteri yang terpendek usia pemerintahannya dan terlemah diantara 4 orang Perdana Menteri sebelum ini. Apa nak dikato....semua pihak tak kira kawan mahupun lawan seakan orang gila mendesak, menyindir dan mengancam agar beliau meletakkan jawatannya dengan serta merta. Mahu tak mahu Abdullah terpaksa membuat seakan-akan mendengar walaupun memang beliau mendengar.

Mungkin juga keputusan yang dibuat oleh Pak Lah ini adalah bagi menghalang undi tidak percaya kepadanya, yang bakal diketuai oleh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim pada 13 Okt ini bagi menumbangkan bukan sahaja dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi juga Kerajaan UMNO dan BN.

Jika beliau tidak membuat pengisytiharan sekarang maka akan tercatitlah di dalam sejarah Malaysia atau Malaysia Guinness Book of Record pada 13 Okt ini bahawa tumbangnya Kerajaan UMNO dan BARISAN NASIONAL disebabkan sikap TIDAK MENDENGAR Abdullah Bodowi ini. Beliau tidak mahu menjadi bahan umpatkeji sejarah UMNO, yang beliaulah punca berakhirnya kerajaan UMNO dan BN setelah berkuasa selama setengah abad.

Namun apa pun yang dibuat oleh Abdulllah sekarang bagi sesetengah pihak sudah terlambat dan tidak bererti lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Walaupun Najib dicanang-canangkan bakal menjadi pengganti beliau pada Mac tahun depan bukanlah menjadi al-sebab yang Kerajaan UMNO & BN akan mendapat sokongan dan dapat bertahan dari digulingkan pada 13 Okt nanti apabila Parlimen mula bersidang kembali.

Rakyat sudah muak dan jelek dengan Pemerintahan UMNO & BN ini. Semangat ingin menukar kerajaan begitu meluap-luap hingga tidak tertanggung lagi. Rata-rata semua inginkan kerajaan yang baru yang dapat mentadbir dengan adil, dan pemberian yang saksama di setiap 14 negeri di Malaysia ini.

Ini yang sangat ditakuti oleh Abdullah dan menjadi mimpi ngeri dalam tidur beliau kebelakangan ini. Sebenarnya Geruh Abdullah sudah sampai. Perletakkan jawatan ini bukan sahaja tidak dapat menghalang undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen nanti tetapi juga bakal memporak perandakan lagi Parti itu setelah pimpinan-pimpinan bahagian yang begitu lapar saling cabar mencabar bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

UMNO sudah Gerhana. Kita lihat bagaimana kesudahan sejarah hidup UMNO ini nanti.

Wallahualam.

2 comments:

al-brangi Online said...

begitulah berakhirnya satu episod.

dlm PRU12 dulu BN tak berapa perform.

nak letak kesalahan kat batu jemala pak lah seorang, tak adil gak.

semua pimpinan BN kena bertanggungjawab.

Biasanya kalau dlm bolasepak bukan manager je berubah, coach, assistanta coach, juru urut, juru kutip bola semua kena tukar

Anonymous said...

Ana setuju...tapi kalau ditukar pemainnya atau macam keretalah...di overhaul keseluruhannya engine nya pun...., kosnya melebihi kos pembelian. Lebih elok dan efisien kalau ditukar ajer dengan kereta baru. Maksud ana kerajaan baru.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara