Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 5, 2008

PR : Pergunakan Dewan Orang Ramai Di Selangor

Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah !!! Syukur kepada Allah Swt. Dapat Kita bertemu Kembali....

Saya baru sahaja pulang dari Kampung Sebelah Isteri di Hulu Bernam, Selangor yang kurang 1km dari Sempadan Tanjung Malim Perak. Sambutan Rakyat pada Hari Raya kali ini bagi saya adalah dibawah paras Sederhana. Tak semeriah dulu bukan ? Stesen-stesen TV juga media massa cuba menutup kelesuan ini dengan mendakwa kononnya Hari Raya disambut sederhana. Jauh bezanya, disambut sederhana dan dibawah paras sederhana. Dengan berbagai isu semasa dan ketidakstabilan Politik dan Kemelesetan Ekonomi negara juga Inflasi menyaksikan kuasa membeli rakyat semakin terhakis dan memungkinkan Hari Raya disambut di bawah paras sederhana.

Begitu jugalah apa yang berlaku kepada para penduduk Hulu Bernam yang berada dihujung sempadan Negeri Selangor ini. Harga barang-barang sangatlah mahal. Hinggakan Nasi Lemak + telur harganya RM1.80 sebungkus. Taruk telur ke tak taruk telur ke tetap RM1.80. Ikan keli yang dijual di pasar-pasar besar di Kuala Lumpur ini pun dijual dengan harga RM3.50-3.80 sekilo. Tetapi di Hulu Bernam yang bersempadan dengan Tanjung Malim ini, lain pula harganya. Ikan yang paling rendah mengikut susunannya kalau nak diklasifikasikan diantara ikan-ikan yang setawar denganya boleh mencecah RM6.00 sekilo di sini. Tak masuk akal dan merepek sungguh peniaga ikan air tawar di pasar Tg. Malim ini.

Walaupun harga barang sangat tinggi di Hulu Bernam dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya tetapi tidaklah mampu merubah sikap pengundi-pengundi UMNO dan BN. Lebih-lebih lagi kawasan ini adalah kampung Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Cuma dalam pilihanraya yang lepas menyaksikan dominasi UMNO di kawasan Hulu Bernam ini makin terhakis setelah hanya memenangi undi majoriti sebanyak 3,000 berbanding 10,000 dalam PRU ke 11.

Cuma apa yang saya ingin utarakan di sini, Setelah Pakatan Rakyat berjaya menawan Selangor,saya sarankan agar parti-parti dalam PR ambilah kesempatan ini dan peluang keemasan ini dengan menggunakan Dewan-Dewan orang ramai atau apa sahaja yang telah dibina oleh UMNO di tanah-tanah kerajaan semasa hayatnya yang terdahulu dipergunakan.

Jangan biarkan bangunan-bangunan dan dewan-dewan ini sunyi dan sepi. Lagipun Kerajaan Pakatan Rakyat telah pun memegang kuncinya dan memberi ruang yang seluas-luasnya kepada semua parti politik tak kira UMNO, PKR, PAS dan DAP untuk menggunakan bangunan milik kerajaan Selangor yang dulunya dibina secara tidak sah@disalahgunakan oleh UMNO hanya untuk kegunaan partinya semata-mata.

Apakah anda ingin melihat bangunan yang didirikan ini hanya digunakan oleh UMNO semata-mata.??? Sedangkan bangunan tersebut sudah jelas disalahgunakan oleh UMNO atas nama kerajaan. Menggunakan agensi kerajaan untuk kepentingan Parti sendiri adalah sangat BACUL.

Sebagai contoh : RTM adalah milik rakyat bukannya milik UMNO dan BN. So janganlah media rasmi milik Malaysia ini disalah gunakan hingga menjadi lidah UMNO dan BN. TV & Radio Milik Malaysia telah menjadi KUDA TUNGGANGAN UMNO & BN apabila berlakunya pilihanraya. Memang benar mereka adalah pekerja -pekerja kerajaan dan dibayar gaji oleh kerajaan.

Tapi Perlu Diingat : UMNO dan BN hanyalah sebuah parti sedangkan Kerajaan pula didokongi oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira ianya dari parti yang memerintah atau parti pembangkang. Itulah Kerajaan.

Wallahualam.

1 comment:

Hamirdin b Ithnin said...

kan istilahnya dah ada, mereka ni kena di cut to shape!

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara