Assalamualaikum wbr.
Kerajaan Negeri Melaka sudah nyanyuk agaknya apabila menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka(DMSM)kepada Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan yang melayakkan beliau bergelar Datuk sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, yang bukan anak kelahiran Melaka ini iaitu Tun Mohd. Khalil Yaakob ke 70, esok.
Apa sudah jadi ni..!!! di mana akal waras mereka yang mencadangkan pangkat Datuk ini kepada pelakon ini. Apa jasa yang telah dibuat oleh pelakon ini hingga kerajaan negeri semacam mabok kepayang memberi anugerah ini. Beliau bukannya rakyat Malaysia. Sedarlah diri sikit, ramai lagi mereka-mereka yang tersangat berhak dan layak untuk terima anugerah ini bagi mengenang jasa mereka kepada tanah air tercinta ini.
Seakan Kerajaan Melaka sudah tiada orang dalam senarainya untuk menerima darjah kemuliaan ini. Pendek benar fikiran mereka yang mencadang dan meluluskannya.
Kita jangan lupa, pelakon inilah yang dengan menggunakan filemnya banyak merosakkan akhlak dan fikiran anak-anak muda tidak kira lelaki dan perempuan untuk lari dari rumah meninggalkan ibu & bapa, adik beradik juga keluarga demi cinta suci mereka konon, dengan menurut pasangan masing-masing ke mana sahaja mahupun lautan api sanggup direnangi.
Kerana terpengaruh dengan filem pelakon inilah ramai anak-anak Melayu murtad dari agamanya dengan berkahwin dengan pasangan non muslim mengikut adat istiadat agama lain. Hinggakan Mufti Perak Datuk Harussani pernah menyarankan agar filem-filem hindustan ini diharamkan dari ditayang di kaca-kaca TV bagi membendung gejala Murtad yang melanda negara.
Justeru itu apa yang Kerajaan Melaka banggakan sangat dengan Shah Rukh Khan ini ???
Jangan marah jika rakyat menganggap tindakan ini sebagai tindakan bangang lagi zalim kepada penerima yang sepatutnya layak tetapi tidak menerimanya.
Wallahualam
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Oct 10, 2008
Bangangnya Kerajaan Negeri Melaka
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
2 comments:
Persoalan nakal timbul. Berapakah SRK bayar pada AR untuk dapat Datuk. Menjadi rahsia umum untuk mendapat gelaran Datuk boleh bayar jumlah tertentu. Barangkali atas sifat itulah ramai penjawat Datuk ini terpalit bermacam kesalahan dan etika yang songsang. Berapa pun bayaran yang AR terima nampaknya tidak cukup untuk membiayai kempen Naib Presiden UMNO kerana lawanya masih mendahului.
Terima Kasih YB Dr. Shafie kerana memberi komen di ruangan blog saya.
Memang ada kebenarannya apabila sesetengah daripada mereka yang mendapat gelaran Datuk adalah melalui bayaran atau sogokan kepada mereka yang berpengaruh di dalam kerajaan Negeri. Lebih-lebih lagi jika negeri tersebut ditadbir oleh UMNO dan BN.
Wallahualam.
Panglima 7
Post a Comment