Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 29, 2010

PM Saran Jangan Amalkan Rasuah Tapi Beliau Sendiri Rasuah di Hulu Selangor

Salam,

Apa dah....!!!  Seperti ketam PM kita, menyarankan rkayat jangan amalkan rasuah, Polis kena pakai tag - slogan "Anti Rasuah" tapi beliau sendiri memberi rasuah secara terang-terangan di Hulu Selangor.

Ini kah satu contoh dan ikutan untuk rakyat.???  Beliau sendiri mengajar rakyatnya untuk rasuah. 

SPR lagi pulak.....tak guna jadi Suruhanjaya PilihanRaya Malaysia.  Akta yang SPR createkan sendiri disimpan di dalam almari bila UMNO & BN mengamalkan rasuah, langsung berdiam diri seolah-olah tiada apa apa pun yang berlaku.  Boleh jadi baik pula SPR pada pilihanraya kali ini.

Jika beginilah...lebih baik takde SPR lagi bagus.  Kerana apa....ada SPR pun UMNO dan BN boleh melakukan penyelewengan dan rasuah terang-terangan..  Sampai Kiamat pun UMNO & BN akan menang dalam pilihanraya.  Selagi SPR tidak disingkirkan dan selagi UMNO dan BN yang memerintah tidak disingkirkan oleh rakyat selagi itulah Rasuah akan berMaharaja Lela dalam negara kita.

Jangankan rasuah...UMNO & BN Menabur fitnah sepanjang jalan dari Serendah hingga ke Hulu Bernam.  Bayangkan bagaimana dahsyatnya fitnah yang ditaburkan oleh BN kepada parti lawan.  Cakap tentang Islam cukuplah lantang ........konon mereka sahaja yang cukup baik, tidak ekstrim, Islam sederhana, tidak mencaci maki dan mengutuk macam pembangkang.....dalam masjid.......tetapi hampeh..........dalam diam fitnah ditabur kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor.

Inilah parti bertopengkan syaitan.

Panglima7
Read more...

Apr 27, 2010

Kanopi Solat Jumaat Melambung Naik

Salam.

Dipetik dari email sahabat.

SEMOGA JADI PENGAJARAN KEPADA SEMUA PUAK² YANG MENYANGKAL HUKUM ALLAH…


Gempar: Kanopi Solat Jumaat Melambung Naik Ke Atas Bumbung Masjid Ketika Para Jemaah Sedang Sembahyang Zohor Dekat Kuantan !
 

KUANTAN, 15 April [10.20 am] - Penduduk Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dekat sini panik dan gempar apabila melihat tiga buah kanopi berada di atas bumbung masjid taman berkenaan. Kejadian berlaku ketika beberapa orang jemaah sedang menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan (Masjid Al-Makmur). Sungguh mengejutkan, apabila tiga buah kanopi yang bersaiz 20' x 20' tiba-tiba melambung naik ke atas bumbung masjid berkenaan. Sebelum ini kita pernah mendengar satu cerita kubah masjid melayang diudara, seperti yang berlaku di Indonesia. Namun, kini kejadian aneh berkenaan berlaku pula di kawasan ini. Beberapa orang saksi yang ditemui juga terkejut dan tergaman dengan kejadian itu. Menurut seorang saksi yang tidak mahu namanya dikenali berkata "Saya sendiri amat pelik dengan kejadian ini, dan menganggap ia adalah satu amaran dari Allah SWT sebenarnya. Apatah lagi kanopi yang berat itu boleh melambung naik ke atas bumbung masjid dan kakinya mengadap ke langit. Kanopi yang biasanya hanya boleh diangkat dan dipindahkan oleh 5 hingga 10 orang itu tiba-tiba naik ke atas bumbung. Bukan satu kanopi, tetapi tiga kanopi sekali yang terangkat naik ke bumbung !!" katanya. Biarpun ada pihak yang mengatakan, kanopi tersebut terangkat akibat putaran angin puting beliung. Namun, masalahnya ketika kejadian cuaca amatlah baik sekali dan tiada tanda-tanda hujan, ribut, berangin atau sebagainya. Malah, kedudukan masjid berkenaan juga agak terlindung kerana terdapat bangunan lain di sekitarnya seperti bangunan KAFA, KRT dan sebagainya.




Kiri, kedudukan tapak asal kanopi yang kini kosong selepas ia terangkat



Bukti, kanopi tersebut berada dalam keadaan teratur dan tidak pun koyak

"Jika angin puting beliung berlaku, sudah pasti kanopi-kanopi gerai berhampiran juga akan terangkat sama. Ini tidak, kain kanvas kanopi itu pula tidak terkoyak dan berada dalam keadaan baik. Bukankah ini sesuatu yang mustahil. Malah, kanopis itu naik serentak pula ke atas bumbung dan keadaannya juga teratur tidak ada yang patah, bengkok atau sebagainya. Saya menolak kemungkinan tersebut berdasarkan keadaan tapak yang tidak ada kesan ribut dan puting beliau. Saya syak sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan masjid berkenaan dan harus diperbetulkan" kata seorang saksi. Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan pula berkata kemungkinan kejadian misteri dan aneh itu berlaku akibat kesilapan dan kealpaan pihak AJK masjid terhadap beberapa perkara yang menjadi persoalan dikalangan penduduk setempat. "Imam pernah mengumumkan memohon sumbangan untuk membina bumbung baru bagi kemudahan jemaah bersolat jumaat setahun yang lalu. Kos yang diperlukan anggarannya sekitar RM50,000. Maka ramailah jemaah yang menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut dan difahamkan wang tabung masjid kini telah melebihi RM60,000 sebenarnya. Namun, sehingga ke hari ini pembinaan bumbung baru itu ditangguhkan dan hanya kanopi sahaja yang diletakkan untuk menampung jemaah yang berlebihan itu. Keraguan timbul dikalangan pemberi sumbangan, malah ada yang kecewa dengan apa yang berlaku. Tambahan pula, majoriti AJK baru masjid itu kini adalah terdiri dari kalangan orang orang yang gila kuasakut . Maka itulah syak wasangka itu timbul" katanya.

Ramai juga penduduk yang tidak mengetahui kejadian itu sebenarnya. Tambahan ia berlaku ketika waktu tengahari ketika masing-masing sibuk dengan urusan seharian. Tinjauan kami juga mendapati kejadian ini amat mengejutkan sebenarnya. Apatah lagi kanopi tersebut berat dan tidak mungkin boleh terangkat tanpa ada bantuan dari sesiapa. Malah, jika dibawa 30 orang pemuda yang gagah-gagah sekali pun, mungkin tidak dapat untuk menaikkan ketiga-tiga kanopi terbabit dalam keadaan baik seperti apa yang berlaku. Apakah ini satu musibah dari Allah SWT yang mahu supaya AJK masjid berkenaan lebih berhati-hati dalam menguruskan aktiviti keagamaan di situ. Kami difahamkan, semenjak penyokong UMNO menguasai masjid itu maka banyak aktiviti agama yang telah dihalang dan dibatalkan. Malah, majlis-majlis tazkirah dan ceramah yang telah sedia ada juga telah ditiadakan, atas alasan ia menghasut. Menurut seorang jemaah lagi "Saya amat yakin, apa yang berlaku adalah untuk memberi pengajaran kepada AJK terbabit yang dilihat cuba mengawal aktiviti masjid mengikut selera mereka tanpa merujuk kepada kehendak agama Islam itu sendiri. Menyekat dan menghalang majlis agama diadakan jelas sekali merupakan satu perbuatan zalim dan khianat. Alasan yang diberikan ialah penceramah berpolitik, sedangkan apa yang disampaikan itu berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Jika beginilah keadaannya maka saya yakin banyak lagi kejadian pelik akan berlaku di masjid itu selepas ini" katanya.
 
Panglima7
Read more...

Apr 25, 2010

Sabar

Salam.

Keputusan pilihanraya telah pun kita ketahui.
Meminjam ucapan yang keluar dari Professor Dr. Hamirdin Ithnin untuk kekalahan ini ialah " Sabar ".

Itulah yang dapat saya tintakan buat pengunjung sekelian.

Written By Panglima7
Read more...

Berita Dari Panglima7 Di Parlimen Hulu Selangor

Salam,

Ketika berita ini ditulis, hamba telah selamat tiba di rumah dan hujan mula turun dengan lebatnya.
Semasa lebih kurang pukul 12 tengahari tadi, dalam perjalanan keluar dari tempat mengundi di Hulu Bernam, jalan keluar masuk penuh sesak. Ketika dalam kenderaan hamba terpandang sesusuk tubuh yang hamba kenali, hamba amati dan rupa-rupanya tak asing lagi Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr, Rosli Che Mat seorang yang pakar dalam bab-bab Atom & Nuklear.(Bukan Teknologi Persenjataan yea) yang hamba pernah berada di dalam Pas Cawangannya di bandar Baru Bangi 2.  Sempat hamba membunyikan hon dan melambaikan tangan kepada beliau sambil menyapa akan khabarnya.

Selang beberapa ratus meter dihadapan, di sebelah kiri jalan, terpandang pula hamba beberapa orang petugas Pas yang duduk berehat di tepi jalan. Seakan kenal dan familiar muka beliau dan akhirnya hamba terus teringat beliau adalah Ustaz Razali Pengarah Pilihanraya bagi Polling & Counting Agent di Hulu Langat Cheras Batu 14 yang hamba pernah mengikuti kursus dari beliau dalam tahun 2000, 2004 dan 2008.

Hamba turunkan cermin kereta sambil melemparkan senyuman dan memberi salam dan menyapa ...Aii Ustaz, sampai ke sini..!! Beliau membalas ya..ya.
Disebabkan berada di jalan raya yang sibuk dan jammed...hamba tidak boleh berhenti ditambah pula tiada tempat kosong untuk hamba menghentikan kereta.  Sepanjang jalan ke Kuala Kubu Baru dan Serendah, jalan penuh sesak tetapi terhibur melihat telatah dan poster dari kedua belah pihak.

Apa pun....dari sudut pengamatan hamba, BN kali ini berusaha bersungguh-sungguh bagi memenangi Parlimen Hulu Selangor walau dengan apa sekalipun, Lebih kurang 7-8 VCD di edarkan di setiap rumah di Hulu Bernam.  Berbagai bagai isu di lontarkan di dalam CD tersebut dan melayangkan pula surat-surat propaganda dan juga risalah-risalah yang di print colour lagi dengan bersaiz A4 bagi memberi visual yang hebat kepada pembaca. Sudah tentunya berjuta ringgit duit rakyat telah mereka habiskan untuk Pilihanraya kali ini.  Poster pilihanraya kali ini bukan bersaiz biasa lagi tetapi..haaa amik ko....Besar....bentuk Bunting.

Kita akan Kalahkan mereka dengan izin Allah..  InsyaAllah.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang perjalanan pulang.


Muslimat Turut Membantu pilihanraya ini

Di Sinilah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng Berceramah Semalam di Hulu Bernam

Beberapa Pemuda UMNO dari Daerah Gombak(Tertera di Bajunya) turun membantu UMNO dan BN Berkempen 

Petugas-Petugas PR tiada gentar dihatinya melalui deretan Penyokong dan Petugas UMNO & BN

Sorak Menyorak, pekik memekik dan provok memprovok berlaku di sini.  Di Kiri Jalan Penyokong PR dan di sebelah kanan jalan Penyokong UMNO dan BN. Lantaran itu jalan menjadi Jammed.  Bukan sahaja di Hulu Bernam tetapi juga sepanjang jalan ke K.Kubu Baru, Rasa dan juga Serendah.

Pakatan rakyat menjerit dan melaungkan APCO, APCO, Yahudi kepada Penyokong UMNO dan BN. Manakala UMNO & BN menjerit Arak dan Derhaka.

Penyokong UMNO menunjukkan lagaknya.

Suasana sepanjang jalan keluar ke Ulu Yam

Jalan mula jammed.

Banner dari Pakatan Rakyat - Menteri Besar Selangor.

Brought By Panglima7

Read more...

Gambar-Gambar Terkini Pilihan Raya Di Hulu Selangor

Salam,

Suasana begitu sengit semalam di mana kehadiran DS Najib selepas wakyu Asar di Kubu Kuat Muhammad Taib di Hulu Bernam dan sebelah malamnya kehadiran DS Muhiyidin Yassin Selepas Isyak.  DS Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng turut sama berceramah di tempat yang tidak berapa jauh dengan ceramah BN.  Beratus-ratus polis berkhemah dan berkawal di kawasan panas ini.

Disebelah paginya lebih kurang jam 10 pagi, hamba dapat merakamkan suasana di pusat pengundian buat tatapan pengunjung sekalian.

Panglima7 dan Petugas Pas Hulu Bernam

Panglima7 bersama Petugas Pas Di Hdpn Masjid Ulu Bernam

Suasana mula kecoh di Sek Keb Hulu  Bernam Bila Peraih Undi UMNO Mengamok Secara Tiba-Tiba
Polis Terpaksa campurtangan mengerahkan FRU Berkawal

FRU bersedia dengan cota masing-masing. Suasana agak panas
Di sekitar Perkarangan Masjid Ke Sekolah, Isteri Panglima7 berbaju orange turut membantu meraih undi.

Puteri UMNO & Wanita mengejek-ngejek dan melakukan provokasi di luar masjid hulu selangor

Panglima7 bergambar di Sek Keb Hulu Bernam 1km dari masjid Hulu Bernam tempat kedua pengundian di kawasan Hulu Bernam

Khemah-khemah polis yang didatangkan dari luar di didirikan di belakang Balai Polis Hulu Bernam

Suasana panas balas membalas ejekan berlaku di Sek Keb Hulu Bernam. Turut berkawal FRU.

Polis mententeramkan keadaan

Wanita UMNO meludah ke jalan sebagai tanda protes apabila disekat dan dihalang oleh Petugas-petugas Pas dari mengiringi pengundi yang sihat ke tempat pengundian.  

Suasana luar tempat mengundi

UMNO melepaskan geram dengan membelasah rakan sendiri secara bergurau, mungkin melepaskan geramnya kpd petugas PR

Suasana kembali tenang, petugas Pas mengiringi pengundi dan berbicara sesuatu "undilah PR" mungkin itulah kata-katanya kpd pengundi Cina ini

Polis yang bertugas mengikut syif berehat di ruangan ini

Brought By Panglima
Read more...

Apr 24, 2010

Polling & Counting Agent PR : Borang 14 Jangan Lupa !!!

Polling & Counting Agent Yang Bertugas
Salam,

Kepada petugas-petugas Polling & Counting Agent, Borang 14 Jangan sesekali lupa untuk diambil dari Ketua Tempat Mengundi apabila keluar dari tempat mengira undi esok.  Pastikan borang mengundi itu ditandatangi oleh Ketua Tempat Mengundi dari SPR.  Walau apa pun yang terjadi, jangan tinggalkan tempat mengundi selagi borang 14 tidak berada dalam tangan anda dan hanya serahkan borang tersebut di bilik gerakan parti.   INGAT PESAN INI.

Jangan kita hanya hebat diluar seperti harimau tetapi menikus di dalam tempat mengundi, gunakan kuasa anda sebagai agen yg dilantik untuk melakukan bangkangan sekiranya SPR tidak mengikuti dan melanggar peraturan pilihanraya dan mula condong terhadap kesalahan UMNO & BN.

Inilah pertarungan sebenar dan jangan sesekali meninggalkan tempat mengundi selagi tiada agent polling yang lain datang menggantikan tempat anda.

UMNO & BN juga SPR akan menunggu saat-saat ini apabila kita alpa untuk melakukan penipuan bersama.  Jika perlu berkeras kita terpaksa berkeras demi menegakkan yang hak.  Bukan hendak tunjuk garang tetapi tegas dalam mematuhi pilihanraya berjalan dengan adil dan saksama diantara parti-parti bertanding.

Kepada polling agent, pastikan kertas undi yang dimasukkan ke dalam Peti undi yang sekarang ini transparent ole pengundi.....betul-betul kertas undi yang diberikan oleh SPR kepada mereka dengan mengecam warna kertas undi tersebut.  Jika kertas yang dimasukkan pengundi berlainan sedikit dari warna kertas undi sebenar.....segeralah periksa agar tiada cubaan membawa keluar kertas undi sebenar ke luar.

Pastikan anda mendapat cukup pengetahuan dan ilmu apabila bertugas esok sebagai Polling dan counting agent.  Study penipuan mereka dan Jangan main tangkap muat ajer untuk bertugas sebagai Polling & Counting agent kerana ini penentu kemenangan PR di dalam setiap pilihanraya dan sebagai usaha terakhir yang digalas bersama dengan petugas-petugas kita yang hebat di luar tempat mengundi.

Apa pun Kemenangan untuk PR di Hulu Selangor.
Takbirrrr.  Allahuakbar.!!!

Panglima7
Read more...

Zahid Hamidi Cuba Hasut Rakyat Isu Derhaka Hassan Ali.

Islam Hadhari Yang Dibawa Oleh UMNO mengelirukan Rakyat dan tidak mendekatkan rakyat kepada Allah dan Rasul.

Dr. Hassan Ali
Salam,

Zahid Hamidi dah terkena minyak kerbau agaknya.  Tiada dapat membezakan dia antara agama dan politik bilamana Hassan Ali membacakan Khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bukit Sentosa Hulu Selangor semalam sebagai derhaka kepada Sultan.

Tindakan Zahid ini dilihat seperti cuba menghasut dengan menimbulkan kekeliruan kepada rakyat jelata.  Cuba beliau kategorikan yang mana satu bab agama dan yang mana satu bab politik ???  sebelum beliau membuat tuduhan pandir ini.  Apakah dengan membicarakan isu arak tidak ada kena mengena dengan isu agama ??? LOL !!!!

Apakah dengan dengan memperkatakan isu amanah tidak ada kena mengena dengan isu agama dan diri Rasullullah SAW ??? Tolong Jawab.!!!
Apakah dengan membicarakan isu Fitnah dan penyelewengan tidak ada kena mengena dengan agama ???
Apakah dengan memilih imam atau pemimpin tidak ada kena mengena dengan isu agama ???
Apakah dengan memasuki tandas tidak ada kaitan langsung dengan suruhan dan amalan  dengan agama ???
Apakah dengan membicarakan tentang dosa dan pahala dalam mentaati perintah Allah dan sunnah Nabi SAW dan menjauhi segala larangannya dalam berpolitik tidak ada kena mengena dengan Agama Islam ???  Heiii....Please Laaa.....Jangan bagi gua angin.

Apakah Nabi SAW tidak berpolitik dan politik nabi saw tiada kena mengena dengan agama Islam...dunia sahaja ???

Apakah kita TIDAK AKAN DITANYA ATAU DISOAL OLEH ALLAH SELEPAS MATI DAN DI JUGA DI AKHIRAT NANTI TENTANG APA YANG TELAH KITA LAKUKAN SEMASA HIDUP KETIKA BERPOLITIK DI DUNIA INI.?????

APAKAH ALLAH HANYA MENYOAL KITA BAB-BAB AGAMA SAHAJA SEMASA HIDUP DI DUNIA TANPA MENYOALKAN APA PENYELEWENGAN DAN PENIPUAN YANG TELAH BELIAU LAKUKAN SEMASA BERPOLITIK DI DALAM UMNO DAN BARISAN NASIONAL??????

KALAU AGAMA DAN POLITIK BOLEH DIPISAHKAN........TIDAKLAH ALLAH AKAN MENYOAL APA YANG KITA LAKUKAN KETIKA HIDUP DI DUNIA DARI SEKECIL-KECIL ZARAH HINGGALAH SEBESAR-BESAR PERKARA. HINGGA KITA TIDAK AKAN TERLEPAS WALAU SATU ZARAH PUN PERKARA YANG TELAH KITA LAKUKAN DI DUNIA INI.
ALLAH MAHA ADIL LAGI BIJAKSANA.

TOLONGLAH JAWAB....!!!
Lain kali kalau berbicara perlu selari dengan pangkat anda sebagai seorang Menteri.
Kalau tidak perkataan Pak Pandir akan terkeluar dari mulut rakyat kepada anda.

Panglima7
Read more...

Apr 23, 2010

Awas Petugas PR: Pengundi2 Hantu Dijangka Menaiki Komuter

KTM Komuter

Segala kemungkinan boleh berlaku. Think out of box 
Salam,

Di setiap pilihanraya kecil atau umum, Pengundi hantu yang didatangkan dari luar tetap ada.  Lebih baik berwaspada daripada leka. 

Terdetik di dalam hati hamba ini bahawa pengundi-pengundi hantu akan menggunakan laluan komuter bagi mengaburi petugas-petugas PR. Kebiasaannya pengundi hantu menaiki bas sepertimana yang berlaku dalam beberapa siri pilihanraya kecil dan juga umum. 

Kali ini kemungkinannya tetap ada.....di mana taktik seterusnya adalah melalui komuter pula.  Mereka akan menaiki komuter bermula dari utara melalui Tren Shuttle Ipoh- Kajang dan berhenti di setiap perhentian yang crowd seperti Tanjung Malim (bersempadan dengan Hulu Bernam), Kuala Kubu, Serendah, Rasa dan Rawang sepertimana yang diarahkan.

Hamba tidak pasti Tren Shuttle Ipoh-Kajang ini berhenti di perhentian yang mana satu sepertimana disebutkan di atas.

Petugas-petugas PR diminta jangan alpa dengan mengawasi setiap perhentian ini di mana kemungkinan terdapatnya bas-bas yang akan menunggu dan mengangkut mereka ke tempat pengundian. Bukan sahaja di laluan komuter tetapi juga di setiap jalan lama Rawang- Kuala Kubu dan lebuhraya PLUS Utara Selatan.

Pastikan mereka tidak terlepas kali ini.

Panglima7
Read more...

Apr 21, 2010

GAMBAR MENANTU PAKLAH, ARAK DAN BETINA SEKSI...PADAM MUKA

Di Petik Dari Laman Ketua Polis....

GAMBAR MENANTU PAKLAH, ARAK DAN BETINA SEKSI...PADAM MUKA

Oleh:KetuaPolis
note:-

kehkehkeh...jawab khairy jangan tak bohong...wa tahu lu memang gagap nak jawab...baru ada akal...baru ada teloq...lu jangan main sama itu PR...dia manyak peluru bila2 masa mahu letup...alahai khairy ngaku jela mangkuk...kehkehkeh


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.

Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.

Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.


Apabila ditanya oleh wartawan di lobi parlimen, hari ini, mengenai sekeping gambar di Internet, Khairy cuba mengelak menjawab secara langsung.

Gambar berkenaan menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka.

Berikut wawancara berkenaan.

Wartawan: Adakah Pakatan hiprokit kerana menyerang BN berhubung kontroversi arak itu?

Khairy: Jika saya melayan soalan ini, ia akan berlarutansepanjang kempen Hulu Selangor. Anda juga sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan mereka soalan berkenaan dan kemudiannya mengajukannya kepada saya.

Cukupla. Saya saya jawap ia akan berlarutan.

Adakah anda menyalahkan media?

Anda cuba memaksa saya berkata-kata demikian. Saya tidak kata saya menyalahkan media. Anda cuba membuat saya berkata-kata demikian.

Jadi, apabila merujuk kepada 'anda juga' siapa mereka sebenarnya?

Semua pihak - politik dan juga media. Perkara ini semakin tidak terkawal. Jika anda ingin menghentikannya dan media mengambil berat terhadap isu itu, anda sepatutnya berhenti daripada membuat laporan daripada kedua-dua pihak.


Hentikan kempen propaganda berdasarkan serangan peribadi di kedua-dua pihak dan hentikan heret ahli politik dengan menbdapatkan ulasan mereka. Saya berminat untuk melihat bagaimana anda akan menulis.

(Ketika meninggalkan parlimen, Khairy sekali lagi 'diserbu' oleh sekumpulan wartawan lain dan ditanya isu yang sama).

Wartawan: YB, Saya berharap anda tak keberatan menjawap soalan...

Khairy: Saya mesti pergi, saya mesti pergi.

Pembangkang menyerang anda dan mendakwa anda juga seorang kaki botol...

Siapa? Saya mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang?

Boleh komen mengenainya?

Apa yang perlu diserang?

Mereka menggunakan foto yang kontroversial...

Foto kontroversial apa itu?

...menunjukkan seorang lelaki sedang minum...

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu.

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda...

Saya tidak minum.

!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTA ...!!!
Read more...

Halili Tertarik Dengan PM ker...atau Tertarik Dengan Wang...???


Salam,

Umum sudah tahu Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Dr. Halili Rahmat melompat parti dan memuji PM DS Najib Tun Razak.

Kebiasaannya mereka yang melompat parti ini adalah kerana sifat kecewa apabila naluri atau kehendak mereka tidak dituruti.  Lebih-lebih lagi apabila beliau tidak dicalonkan menjadi calon bertanding di Parlimen Hulu Selangor dan sebaliknya Pucuk Pimpinan PKR memilih Datuk Zaid Ibrahim.  Itu sebab pertama.

Sebab kedua apabila ada tawaran dari pihak yang sebelah lagi yang menawarkan ganjaran yang sangat terliur oleh mereka yang banyak air liurnya.  Apabila air liur sudah meleleh maka memujilah ia akan kepimpinan yang dulunya mereka sendiri kata korup tetapi sebaik ganjaran atau perks mereka dapati maka yang dulunya korup kini menjadi karib.  ha ha ha....senang sahaja bacaannya.

Lantak ko laa...Dr. Halili.  Kalau engko dapat pun ako tak amik tahu.  Hukum halal dan haram ada.  Tidak memilih Dr. Halili adalah rahmat kepada PR.  Tindakan beliau keluar dari PKR juga adalah rahmat.  Dan masa beliau keluar juga adalah rahmat kepada pengundi Hulu Selangor yang tidak dapat tidak membayangkan kekecewaan atau kegilaan beliau kepada wang tawaran.  Dan yang paling penting beliau anak kepada Rahmat.

Panglima7 
Read more...

Apr 19, 2010

Kisah Benar : Jumpa Rasulullah Pelajar UIA.

Salam,
Dipetik dari email sahabat.

Di bawah ini satu article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi

kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.

Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)

apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan" .

Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.

..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..
********************************
Panglima7
 
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku mendengar dan Hanya Kepadamu
Ku Berriman.
Selawat serta Salam,
Kepada Nabi Junjungan,
Kepada Muslimin dan juga Muslimat.
Read more...

Apr 18, 2010

Kerja Keras PR: Ucapan Di Akhbar Dan Suara Hati Mereka...Berbeza

Seperti Suatu Amaran - gambar hiasan shj

Suara Hati Penyebab Beliau Bakal Tersungkur
Salam,

Apabila P. Kamalanathan, dipilih oleh Datuk Seri Najib bagi menentang Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, cakap-cakap di dada akhbar mula berubah.   Daripada sebelum ini nada keras datangnya dari Datuk Seri Samy kononnya ingin memecat calon yang menerima pemilihan itu jika Datuk G. Palanivel tidak dicalonkan bertukar lunak, lembut dan merdu dan berunsur puji pujian akan kebijaksanaan pemilihan Datuk Seri Najib.

Begitu juga dengan Datuk G. Palanivel yang sebelum ini spekulasi mengatakan beliau kecewa dan memboikot pilihanraya kecil Hulu Selangor ini akhirnya bertukar menjadi sokongan penuh kepada P. Kamalanathan yang dipilih oleh Pengerusi BN DS Najib.

Sedangkan di malam pengumuman 100 penyokong beliau dari pelbagai Cawangan Hulu Selangor bertindak keluar dari dewan pengumuman kerana tidak berpuashati G.Palanivel tidak dicalonkan.

Tetapi mengapa ianya semuanya berubah dalam sekelip mata ???  Adakah hati dan perasaan manusia boleh di "train" sedemikian.???  Adakah apa yang diucapkan di dada akhbar berbeza dari apa yang dicakap di dalam hati ???

Daripada ingin berceramah Datuk G. Palanivel menjelaskan kali ini beliau tidak akan berceramah sebaliknya akan menemui pengundi dengan lebih dekat.  Anda boleh lihat kenyataan beliau ini...???  anda boleh lihat perubahan tindakan gerakkerja pilihanraya beliau telah berubah.  Apa yang diucapkan di akhbar berlainan dengan tindakan beliau sebelum ini.   
Tindakan tidak perlu berceramah......tetapi pertemuan dari hati ke hati terhadap mengundi boleh berubah menjadi senjata pemusnah sokongan terhadap P. Kamalanathan bila mana suara sebenar dari hati mula berkata-kata.  maka akan berlakulah undi protes penduduk India dan Melayu dalam pilihanraya ini.

Yang penting, PR perlu bekerja keras, Datuk Zahid akan menang atas kelebihan suara hati Datuk G. Palanivel ini.

Written By Panglima7 
Read more...

Apr 17, 2010

Apa Sudah Jadi BN..?? Saksikan Penjenayah Semakin Berani


Click dengan menekan button Play

Salam,
Jenayah sekarang ini semakin dilakukan secara terbuka dan terang-terangan.  Mangsa diragut dan adakala dibunuh di kawasan yang padat dengan orang ramai.

Mengapa ini terjadi...????   Apakah yang telah dilakukan oleh Kerajaan UMNO dan BN.??  Tiada tanda-tanda jenayah semakin berkurangan.  Jenayah semakin berleluasa dan kejam.   Rakyat semakin dihimpit ketakutan. Jenayah bukan lagi dilakukan secara sembunyi tetapi terang-terangan. 

Kalau Hukuman Allah dan Rasul dicontohi dan diikuti...Penjenayah ini telah lama dipotong tangan mereka.  Barulah jenayah ragut ini tidak akan kedengaran lagi Di Negara Malaysia ini.  Tetapi Hukuman Inggeris yang kita ikuti.  Sungguh Malang Rakyat Malaysia,

Saksikan paparan video ini yang dirakamkan kejadiannya dua hari lepas.

Panglima7
Read more...

Apr 14, 2010

Kalau Takde Apa-Apa, BN Tak Hingin Bantu Penduduk Kg. Sentosa

Di mana bumbungnya..Dah 10 tahun hilang???
Salam,

Penduduk dan rakyat Kg Bukit Sentosa di Bukit Beruntung merasa terharu di atas bantuan dan keperihatinan Kerajaan PersekutuanUMNO dan BN baru baru ini dalam membantu menyelesaikan masalah perumahan yang hampir mencecah 10 tahun lamanya.  Lamanya ..kalau ada anak dah darjah 4 tuu.

Bumbung rumah Flat yang hancur dan seperti rumah hantu itu telah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan bagi membina semula bumbungnya yang rosak dan pecah.  Pelik juga..kenapa baru sekarang bantuan tiba.???

Rakyat Kg Sentosa perlu tahu, kemanakah perginya Kerajaan Selangor pimpinan Khir Toyo dahulu dalam membantu rakyat hinggalah kerajaan UMNO & BN juga beliau sekali turut tumbang pada pilihanraya umum 2 tahun lepas.???

Kenapa tiada bantuan oleh Kerajaan UMNO & BN ketika mereka berada di puncak kuasa.???  Kenapa bila dah TUMBANG Kerajaan UMNO Selangor baru sekarang nak membantu.   Nampak Tak???  Pada masa pemerintahan UMNO dan BN di Selangor...jangan haraplah mereka nak membantu...menjenguk pun JAUH SEKALI.
menjenguk rumah Flat....mana mereka mahu..mereka hanya menjenguk kondo-kondo merah, rumah banglo yang ada keuntungan ke atas mereka.

Kenapa dah tumbang kerajaan UMNO Negeri Selangor baru mereka nak jenguk dan taburkan bakti???  Kerana mereka inginkan undian anda dan mereka tahu umur Allahyarham Dato Zainal Adun Parlimen Hulu Selangor tidak lama disebabkan penyakit barah di kepalanya yang semakin kritikal ketika itu.  lalu mereka mengelar diri mereka Juara Rakyat.  Ha ha...angkat bakul di tangan sendiri.

Rakyat dan penduduk Kg Bukit Sentosa Bukit Beruntung, jangan terlalu gembira sangat.  Bantuan yang disalurkan ambli dan terima sahaja.  Baik mereka kepada anda ada sebabnya. Undian andalah yang mereka hendak raih. 

Perlu diingat... Itu memang tugas kerajaan negeri atau persekutuan bagi membantu rakyat dan anda.

Kalau tidak ada pilihanraya ...jangan haraplah bantuan dari langit ini akan sampai.  Menangis air mata darah sekalipun anda tidak akan dibantu.  kalau boleh mereka nak robohkan rumah Flat yang rosak teruk itu bagi mendirikan projek yang baru.  tetapi disebabkan kehilangan kuasa....di Selangor.  Perkara ini didiamkan sahaja.

Panglima7
Read more...

Apr 13, 2010

Kenapa Pilih Dia ?

Salam,

Berat hati hamba nak menulis perkara ini...kadang-kadang rasa nak delete ajer apa yang hamba tuliskan ini.  Tetapi naluri begitu kuat mahu hamba menulisnya.

Hamba bukan mempertikaikan pilihan pucuk pimpinan tetapi benak hamba tertanya-tanya kenapa dan mengapa dia dipilih?  Apa kelebihannya dia di situ.

Beliau mungkin popular di arena politik tanahair tetapi tidak semestinya popular di Hulu Selangor.  Kenapa tidak dipilih calon tempatan yang lebih hebat dan popular !!!

Masa masih ada lagi untuk buat sebarang perubahan...
Read more...

Apr 11, 2010

Sahlah Ejen Yahudi Zionis Pernah Berada Di PDRM

Dipetik juga dari Laman Blog DuniaCacaMarba
******************
Saya petik:

IGP: Asiasoft tidak lagi dibenarkan masuk Bukit Aman

[TMI] KUALA LUMPUR, 8 April — Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.

“Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut,” katanya.

Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail.

Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya terdapat perisik Israel di Bukit Aman.

Anwar dalam perbahasan di Dewan Rakyat berkata, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Beliau mendakwa kehadiran dua bekas pegawai tentera Israel dalam syarikat itu disedari oleh pegawai tertinggi PDRM dan juga Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Menurutnya Syed Hamid telah diberi taklimat berhubung perkara itu pada 23 Nov 2008 di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Dalam penjelasannya kepada Bernama hari ini, Musa mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

“Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

“Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Johari dalam satu sidang media berkata pendedahan Anwar di Parlimen bertujuan menarik perhatian rakyat dengan cuba mempolitikkan isu keselamatan negara.

“Ini soal keselamatan negara jadi jangan politikkan isu ini kerana ia boleh menggugat kesejahteraan negara. Dia (Anwar) sanggup mengeluarkan isu lama untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada negara,” katanya.

Beliau mendakwa isu tersebut pernah dikeluarkan oleh pengendali blog MalaysiaToday Raja Petra Kamaruddin dalam blognya pada tahun 2008 tetapi tidak mendapat perhatian umum.

Sementara itu di lobi Parlimen, Anwar berkata polis perlu meneruskan siasatan berhubung dakwaannya itu dan beliau sedia bekerjasama membantu siasatan.

Kalau tidak didedahkan oleh pembangkang, alamatnya sampai "tobeng"lah orang ramai tidak tahu betapa "fragile"nya sistem keselamatan negara. Semua bocor, semua hilang! Apabila sudah terdedah bermacam-macam alasan dan jawapan diberi. Akhirnya, orang yang mendedahkan hal itu pula dipersalah, sedangkan orang yang bertanggungjawab terlepas begitu sahaja!

**************************
Panglima7

Hancur Negara kalau macam ni........
Segala akses rahsia negara......dicerobohi.
Jangankan sebulan, 6 bulan atau setahun mereka berada di PDRM...sehari pun sudah cukup untuk mereka kumpul maklumat menghancurkan negara.

Cuai sungguh laksamana negara.
Read more...

Apr 10, 2010

Berusia 13 Tahun, Dikahwinkan Secara Paksa, Meninggal Dunia Kerana Pendarahan dan Kecederaan Genital.

Sekadar Hiasan
Berusia 13 Tahun, Dikahwinkan Secara Paksa, Meninggal Dunia Kerana Pendarahan dan Kecederaan Genital.

Dipetik dari Blog DuniaCacaMarba

Malang sekali apabila kelonggaran yang diberikan oleh agama digunakan demi duit dan memuaskan nafsu binatang. Perkara-perkara seperti inilah yang menjadi modal media dan golongan yang memusuhi Islam untuk memburuk-burukkan agama suci Allah SWT. Perkara seumpama ini sudah mula merebak ke negara ini. Berapa kerat orang lelaki dewasa zaman sekarang yang berkahwin dengan kanak-kanak bukan kerana nafsu binatang? Saya petik:


[AP] A 13-year-old Yemeni girl has died of injuries to her genitals four days after a family-arranged marriage, a human rights group said.

The practice of marrying young girls is widespread in Yemen and has drawn the attention of international rights groups seeking to pressure the government to outlaw child marriages.

Legislation that would make it illegal for those under the age of 17 to marry is in serious peril after strong opposition from some of Yemen's most influential Islamic leaders.

The 13-year-old girl from Hajja province, northwest of the capital, died on April 2, four days after her marriage to a 23-year-old man, said Majed al-Madhaji, a spokesman for the Sisters Arab Forum for Human Rights.

A medical report from al-Thawra hospital said she suffered a tear to her genitals and severe bleeding.

Authorities detained the husband.


The Yemeni rights group said the girl was married off in an agreement between two men to marry each other's sisters to avoid having to pay expensive bride-prices.

The group said that was a common arrangement in the deeply impoverished country.

Yemen's gripping poverty plays a role in hindering efforts to stamp out the practice, as poor families find themselves unable to say no to bride-prices in the hundreds of dollars for their daughters.

More than a quarter of Yemen's females marry before age 15, according to a report last year by the Social Affairs Ministry.

Tribal custom also plays a role, including the belief that a young bride can be shaped into an obedient wife, bear more children and be kept away from temptation....lanjut di sini.

Versi terjemahan boleh dibaca di Harian Metro.

************
Panglima7
Tidak berakal sungguh penjaganya dan suami perempuan ini dan mereka yang terlibat dalam mengahwinkan pasangan ini.
Read more...

Apr 9, 2010

Untuk Rakyat H.Selangor: Inginkan Kemenangan Melayu atau Perpaduan BN ???

Perutusan Kpd Rakyat Hulu Selangor : Inginkan Kemenangan Melayu UMNO atau Perpaduan BN ???


Salam,

Umum telah mengetahui, bahawa Najib telah membuat keputusan memilih calon Parlimen Hulu Selangor dari MIC. Ramai yang kembang kempis dada menahan amarah.

Pemilihan ini adalah semata-mata bagi menjaga hubungan dengan Parti yang hampir pupus ini dan sekaligus menjaga perpaduan parti-parti komponen di dalam BN agar tidak dituduh rasis.

ITU YANG NAJIB DAPAT SEKARANG. Najib telah dapat apa yang dia hendak iaitu PERPADUAN.

Walaupun telah memilih MIC sebagai calon Parlimen HS sebagai bukti muafakat dan muhibbah UMNO tetapi bagi peringkat bawahan dan akar umbi UMNO, kata-kata perpaduan itu tidak membawa erti langsung. Tidak ada maknanya selagi Mike Tyson tidak dilantik menjadi calon bagi mewakli orang Melayu bagi meninju calon Pakatan Rakyat. Hanya Mike Tyson mampu menumbangkan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor..

Nampaknya Najibnya hanya pentingkan Perpaduan......BUKAN KEMENANGAN UMNO & BN.

Peringkat akar umbi telah nampak sekiranya Najib mencalonkan orang Melayu yakni UMNO di Parlimen Hulu Selangor nescaya dan pasti UMNO atau BN akan menang besar dan cemerlang.

Buat apalah sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO serta Akar UMBI perlu bersusah payah, bekerja keras dan bermati-matian bekerja dan berkempen kepada rakyat Hulu Selangor jika Pemimpin atau Presiden UMNO sendiri tidak mahukan kemenangan mutlak ini. Jika Najib mahukan kemenangan BN....sudah tentu beliau memilih calon paling POPULAR dan dikasihi rakyat di Hulu Selangor iaitu Muhammad Muhd Taib yang mempunyai Potensi BESAR dalam merampas kembali Parlimen ini dari Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di Pilihan Raya DUN Bagan Pinang di mana UMNO telah memilih Tan Sri Isa Samad menjadi calonnya. Dan akhirnya Tan Sri Isa Menang Besar.

Tetapi bagi Najib, beliau melihat Orang Melayu hanya akan MENGAJAR UMNO & BN cuma SEKALI sahaja. Tidak mungkin dan memang tak mungkin pun Orang Melayu Hulu Selangor akan berpaling tadah sekali lagi atau mengajar UMNO dalam Pilihanraya PHS kali ini kerana orang Melayu ini..... memang jenis yang mudah lupa. Berilah apa sahaja termasuk kain pelikat, sarung atau beras dua tiga guni.....bagi memujuk orang Melayu di Hulu Selangor.......lambat laun sokonglah mereka nanti akan calon MIC pilihan Najib ini. Itu gula-gulanya. Mudah bukan penyelesaiannya.

Nampaknya undi protes Orang Melayu dan UMNO pada Pilihan Raya Umum yang lalu dipandang sepi, dipandang enteng atau dengan kata lain..... semberono ajer oleh Najib. Naib tidak serius akan pandangan orang-orang Melayu dan UMNO di Hulu Selangor yang inginkan Melayu menjadi calonnya.

Gelombang kedua kali ini pasti akan menyesak dan memukul dada Najib anak Tun Razak ini bila mana puluhan ribu orang-orang Melayu dan UMNO akan membuat undi protes dengan menyokong Pakatan Rakyat dan bagi menyampaikan ISYARAT JELAS LAGI KERAS kepada Najib ” KAMI ORANG-ORANG MELAYU DAN UMNO DARI DULU HINGGA KINI TELAH LAMA BERSABAR. KAMI INGINKAN ORANG MELAYU SEBAGAI CALON DI PARLIMEN HULU SELANGOR. JANGAN CABAR KESABARAN KAMI. JIKA TIADA ORANG MELAYU BAGI MEWAKILI BARISAN NASIONAL DI SINI TIDAK MENGAPA.....CUKUPLAH BAGI KAMI CALON ORANG MELAYU DARI PAKATAN RAKYAT.

Inilah isyarat yang bakal dibawa DI HARI MENGUNDI oleh pengundi Melayu di Parlimen Hulu Selangor Nanti.

Bila Panglima7 menulis.
Read more...

Apr 8, 2010

PRK P: Hulu Selangor : Pilih UMNO Pun Tumbang, MIC Lagilah.

Salam,
Hamba petik dari blog Pas For All yang beliau petik dari Blog UMNO - Darul Ehsan Today.  Kita dengar dulu apa kata Blogger Totok UMNO ini.  
 
NAJIB BODOH... hanya itulah perkataan yang sesuai untuk najib yang menolak mentah-mentah suara rakyat hulu selangor, sudah terang-terang rakyat dan pengundi menolak calon mic, najib masih lagi bangang mahu meletakan calon mic disana. sejak bila suara manoriti mengatasi suara majoriti? dalam pentadbiran najib yang baru berusia setahun jagung suara mainoriti nampaknaya lebih di utamakan oleh najib.


Hari ini, najib menghampakan seluruh rakyat dan pengundi hulu selangor, di shah alam petang tadi, najib mengumumkan satu berita yang boleh membawa petaka yang cukup besar buat bn selangor, pengumuman mic sebagai wakil bn untuk bertanding di hulu selangor boleh di ibaratkan najib dah awal-awal standby kubur untuk bn.

Kenapa suara majoriti penduduk hulu selangor tidak mahu di dengar oleh najib? adakah dia nak tunjuk yang dia bagus dalam segala hal politik, atau dia memang bodoh sombong orangnya, hanya najib yang mampu menjawab, mungkin akan ada yang kata, najib letak calon mic untuk menguji kekuatan dan jentera dan gerak kerja mic, jawapan aku senang, sejak bila mic ada jentera sendiri, nanti yang pasang poster yang bergaduh yang berparang pun umno juga, jadi kanapa mesti hulu selangor menjadi tempat untuk menguji kekuatan mic, pergi mampos dengan semangat muafakat bn, buat apa nak muafakat kalau kerusi yang sepatutnya kita boleh menang tapi disebapkan salah pilih calon akhirnya kerusi itu kita kalah, itu bukan muafakat, itu bodoh namanya. terang-terang mic sudah lumpuh sekarang ini, mic ibarat seperti melukut di tepi gantang, so najib tak perlulah nak mengadai kerusi yang bn telah menang, dari tinjauan det dan gap berberapa hari ini, bn sudah menang kerusi hulu selangor kalau calon melayu umno bertanding di sana, tetapi kenapa najib masih berdegil untuk meletakan mic di situ.

Wanita umno sekarang ini sudah berkampung di hulu selangor, ada berberapa tempat yang di hulu selangor yang jentera wanita dah masuk, cuba najib pi tanya dengan jentera wanita, siapa calon yang penduduk sana nak, aku yakin 100% jentera wanita akan kata, penduduk di sini minta calon melayu umno, aku cukup yakin, kerana ada tempat-tempat yang wanita masuk buat survay tu akan dan gap dah pernah masuk. buat apa kita nak habiskan tempoh berkempen untuk memujuk pengundi supaya memilih calon yang mereka tak minat, sedangkan dalam tempoh selama itu kita sudah boleh menyerang pakatan sial dengan semaksimum yang boleh, tak ke bodoh strategi politik macam tu.

Aku akan tegakan kan balik gambar najib kalau 15 hari bulan ini, najib umum calon bn dari umno. Esok akan upload kan klip video suara penduduk hulu selangor yang meminta bn meletakan calon melayu umno dan suara ini bukannya datang dari mulut orang melayu, tapi permintaan dari kaum cina.

******************

Panglima7
Siapa pun Najib letak kat Parlimen Hulu Selangor ...tak kira UMNO atau MIC, UMNO akan tumbang di sana.  Jika Najib memilih UMNO sebagai calon yang bertanding pun, UMNO akan tumbang. UMNO jangan pandang rendah pada pengundi India kerana...Walaupun MIC adalah minoriti tetapi jumlah pengundi yang ada di sana lebih dari 10,000 orang yang bakal berpaling tadah jika kawasan Parlimen yang merupakan tradisi mereka dari awal dulu diambil oleh UMNO.

Jika Najib memilih MIC seperti sekarang pun....Najib dan UMNO dah awal-awal lagi dah tumbang.  Pasal apa....Semangat Pemuda, Juga Wanita Serta Puteri UMNO... HANCUR LEBUR kerana terpaksa bekerja dan berkempen untuk MIC dari kaum India yang mereka memang tak suka calon India dipilih di Parlimen Hulu Selangor.  Sedangkan Jentera MIC.....langsung tiada orang untuk turun berkempen bagi pihak parti mereka sendiri.  UMNO lah jadi PENCACAI angkat bendera MIC dalam pilihanraya ini untuk beri kemenangan kepada Samy yang tak tahu malu.

Kita saksikan nanti.
Written by Panglima7
Read more...

Apr 6, 2010

Bukan Sahaja Noh Omar, SPR Pun Pertikai Peranan Mafrel !!!

Salam,

Sungguh haru biru dunia politik tanahair, apabila bukan sahaja Noh Omar mempertikaikan peranan Mafrel, sebagai pemantau bebas Pilihanraya di Malaysia tetapi lebih melucukan kita semua bilamana Pengerusi SPR Tan Sri abdul Aziz juga mempertikaikan peranan Mafrel.

Kalau bukan Mafrel yang tegur BN dan SPR....SIAPA LAGI???  TOLONG BAGITAHU AKO !!!

Apa pulak teguran Mafrel tiada asas ??? Takde asal ke bilamana UMNO & BN menyogok rakyat di Hulu Selangor dengan projek perumahan, sekolah dan juga Felda.

Tindakan UMNo & BN JELAS bercanggah dengan Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 2006)
Kenapa pulak Noh Omar Melatah...macam cacing kepanasan.  Apabila ada badan yang menegur dicop sebagai alat pembangkang.  Ini kenyataan yang tongong dan beremosi.

Memang benar MB Selangor juga menyalurkan geran tanah kepada penduduk di sana tetapi kehadiran beliau atas kapasiti Menteri Besar yang rangka lawatan Programnya telah dirancang awal lebih-lebih lagi sebelum kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor tersebut.

Manakala SPR pula tiba-tiba mempertikaikan peranan Mafrel...apa pasal?   Sebelum ini banyak laporan yang dihantar oleh Mafrel mengenai Penyelewengan di dalam Pilihanraya ...dibakulsampahkan oleh SPR.  Kenapa pula tiba-tiba beria-ria inginkan laporan secara rasmi dari Mafrel?

Itulah dia....kalau SPR telah dipengaruhi oleh agenda politik UMNO dan BN maka apa sahaja teguran yang dibuat oleh Mafrel seperti penggunaan dakwat hitam di jari pasti akan digagalkan oleh UMNO dan BN secara sulit melalui SPR bilamana teguran itu bisa mendedahkan pembohongan UMNO & BN di dalam pilihanraya.

Written by Panglima7
Read more...

Apr 5, 2010

AMARAN Apa Yang SPR Nak Beri Pada UMNO & BN???

Salam.

Lanjutan dari pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh UMNO & BN dalam kempen Pilihanraya Parlimen Hulu Selangor yang wiselnya belum dibunyikan lagi oleh SPR, maka hamba nak tanya....Amaran apakah yang SPR nak berikan kepada bapaknya itu (UMNO & BN)

Nak denda.....nak dakwa UMNO & BN di mahkamah ???.....ha ha ha ha......jauh panggang dari api.

Meluat ako bila dengar SPR keluarkan amaran.  Selama ini....sepanjang hidup ako laa....amaran hanya tinggal amaran.

Panglima7
Read more...

Apr 3, 2010

Apabila Penasihat Agama UMNO Takut Bercakap

Salam,

Beginilah bila penasihat agama UMNO bertaraf Menteri ...takut bercakap mengenai kebenaran. Anda tahu bukan siapa yang hamba maksudkan ini.???  Bila beliau berkata "Semua pihak perlu menghormati keputusan tersebut kerana ia hak mutlak Sultan selaku ketua agama Islam negeri"

Ucapan yang sedemikian tidak lain dan tidak bukan adalah nada penakut atau pengecut atau kata-kata untuk menyembunyikan kebenaran apabila hukuman sebat yang ditetapkan Allah di dalam Al-Quran diubah menjadi hukuman khidmat sosial - Cuci Tandas. ,

Sultan apabila hendak melakukan sesuatu... beliau mendengar dahulu pandangan daripada penasihat-penasihat yang berada di sekelilingnya.  Tanyalah pada Dato Panglima Jebat yang cukup mahir akan selok belok Istana.    Jadi....Kenapa Menteri ini tidak memberikan nasihat yang sebenarnya tentang hukum Allah ini kepada Ketua Agama Negeri.???  Hukum Allah adalah jelas....sebat, maka perlu disebat.  Tidak boleh ditukar hak Allah dengan yang lain.  Hamba bukan mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan..hamba mempertikaikan Tugas dan kata-kata menteri ini.  Sultan hanya menjatuhkan hukuman sahaja.  Yang menjadi penasihatnya adalah orang-orang disekelilingnya.

Kita jangan meniru cara Kristian, yang mengubah hukum Allah dengan hukuman sendiri.  Dengan kata yang lebih berat ...ini menyengutukan Allah, mengambil hukum selain dari hukum yang ditetapkan Allah dan Rasul.   Inilah Toghut.   Orang Kristian dia ubah Al Kitab Injil, macam-macam dia ubah ikut selera dan nafsu mereka, maka lahirlah Bible.  Inilah Toghut dan mengangkat Nabi Isa menjadi Tuhan mereka.

Benar, selaku ketua agama di kampung-kampung atau peringkat kawasan dan negeri atau negara, sesiapa yang melakukan dosa maka ia juga berdosa kepada ketua agama yang ada kerana tidak menghormati /melanggar hukum agama yang ditetapkan oleh negeri-negeri.  Tetapi tidaklah sampai tahap boleh mengampunkan atau meringankan hukuman Allah ini.  Ini dah jadi Undang-Undang Sivil.   Jika hukuman Allah ini boleh diampunkan atau diringankan oleh individu-individu tertentu maka tidak perlulah suami atau isteri atau ayah atau ibu menangisi akan anaknya atau pasangan masing-masing pada suatu masa dahulu ketika hukuman potong tangan atau sebat atau rejam dilaksanakan oleh para sahabat dan Ulul Amri.  Ingatkan Cerita P.Ramlee "Semerah Padi" ???  P.Ramlee pun lebih pandai dari Menteri ini.

Harus diingat hanya Paderi yang boleh mengampunkan dosa - itu cara Kristian.  Tapi ...Apakah kita ingin agama Islam menjadi seakan agama Kristian dan ada Paderinya.???  Tepuk Dada Tanyalah Imanmu kepada Allah dan Rasulnya.

Jadi inilah tugas Penasihat Agama UMNO yang dilantik bertaraf Menteri bagi menasihati Ketua agama setiap Negeri atau memberi Ilmu agama........ dengan mengadakan kelas agama setiap minggu kepada ketua-ketua agama negeri (jangan asyik2 buat kelas ambil wudhuk lagi) agar mereka faham akan agama dan boleh membuat keputusan yang selari dengan Islam. Kalau tak...beginilah jadinya dan  ianya akan menjadi bahan ketawa dan lawak masyarakat ajer.

Menteri Agama jangan jadikan kerusi tersebut untuk bersenang-senang dan bermewah-mewah dengan pangkat dan habuan dari UMNO.  Jika ini yang berlaku....takut anda termasuk dalam golongan Ulama Su'

Catatan ini adalah pandangan peribadi dan nasihat hamba dan bukannya dari pandangan Parti PAS, PKR atau dari Pakatan Rakyat.  Ianya tiada kena mengena dengan mana-mana pihak yang hamba nyatakan di atas.

Written By Panglima7
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara