Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Mar 13, 2011

Berapa Banyak Kali Engkau Nak DNA Anwar Ni.???

Assalamualaikum Wbr...

Bulu ape nie...hehehe !!
Fakta Menarik Mengenai Kes LIwat 2 DS Anwar Ibrahim.  Kenapa Pihak Pendakwaan Beria-ria benar mahukan DNA Anwar.??? Sila ikuti kenyataan menarik ini.

Di petik melalui blog Ahli Parlimen Pendang. Kredit untuk beliau.
_________________________________________________________

Mesti ada muslihat ni.

MEREKA TERGILA-GILA DENGAN DNA ANWAR UNTUK APA?

Oleh: WFAUZDIN NS

PENDAKWA kes fitnah Liwat II DS Anwar kelihatan bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita masih ingat di dalam kes fitnah Liwat I dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar, pihak mereka telah pun mempunyai sampel DNA DS Anwar.


Persoalannya sekarang, adakah berbeza data sampel DNA DS Anwar yang dahulu dengan DNA beliau sekarang? Sekiranya data yang diperolehi melalui sampel itu sentiasa berbeza dari masa ke semasa, ada lojiknya mereka mahu mengambil DNA DS Anwar untuk kes fitnah II kali ini. Tetapi kita sedia maklum, DNA tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. Seperti Kumpulan Darah, jika kita mempunyai Kumpulan Darah `A' , biar berapa kerap pun kita menderma darah, darah kita tetap statusnya dari Kumpulan `A'. Justeru itu, amat menghairankan mengapa begitu `selera' mereka inginkan DNA terbaru DS Anwar. Apakah rahsia di sebaliknya?


Kita jangan bertanya mengapa DS Anwar sukar sekali untuk menyerahkan DNA nya. Paling penting kita harus bertanya untuk apa DNA tersebut diperlukan lagi sedangkan mereka masih menyimpan data DNA DS Anwar dahulu? DS Anwar mempunyai cukup pengalaman di dalam menghadapi karenah tipu daya dan manipulasi pihak-pihak tertentu termasuk DNA nya sewaktu di dalam kes Liwat I terdahulu. Maka, DS Anwar ada sebab untuk tidak menyerahkan DNA nya kali ini.


DS Anwar di dalam blognya ada menyebut, "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?” soal Anwar. Beliau juga merasa hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. “(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata ‘kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)’. Ini tidak masuk akal. “Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.


Harus kita ingat, DNA bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang kerana kemungkinan DNA boleh di manipulasikan juga agak besar. Bahkan, seorang pakar mengakui hakikat ini di mana tiada jaminan seseorang itu boleh mengelak dari menjadi mangsa akibat DNA yang bertujuan untuk menganiayainya. Baca di sini.


Bayangkan, jika anda memasuki sebuah tandas awam untuk membuang air dan tanpa anda sedari sehelai bulu anda tertinggal di tandas tersebut. Tidak beberapa lama selepas anda keluar dari tandas berkenaan, berlaku satu pembunuhan di dalam tandas yang anda masuki tadi. Apabila siasatan dijalankan, pihak berkuasa menjumpai bulu anda dan dilakukan ujian DNA. Maka, terbukti itu adalah data DNA anda dan anda pun dituduh sebagai pembunuh. Adakah itu adil buat anda? Sebab itu, DNA dikatakan bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang. DNA hanya berfungsi sebagai bukti sokongan sahaja.


Tidak dapat dinafikan DNA memang penting sebagai membantu di dalam beberapa kes terutamanya yang melibatkan jenayah. Di dalam kes DS Anwar ini, mereka telah mempunyai rekod data DNA DS Anwar yang terdahulu, maka adalah lebih praktikal jika data DNA itu diguna pakai tanpa memerlukan DNA yang baru apatah lagi dengan cara helah atau penipuan.

Mudah-mudahan kita yang mengikuti kes fitnah Liwat II kali ini tidak mudah diperdayakan oleh mereka dan media pencacai yang sering menggambarkan bahawa DS Anwar takut untuk menyerahkan DNA nya. Media pencacai ini akan terus mencari jalan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DS Anwar seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dengan isu sumpah laknat. Mereka tidak merujuk kepada hukum Islam asalkan mereka dapat memperdayakan kita. Peliknya, media pencacai ini tidak pula memberi perhatian apabila permohonan DS Anwar untuk membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah ditolak angkara seorang Menteri yang kununnya berjiwa Islam. Bukankah jalan Qazaf itu adalah kaedah Islam?/

memang tepat apa yang diulas oleh En Wan ini. Data DNA tidak pernah berubah, dulu , kini dan simoanlah bila-bila pun, yang berubah mungkin specimen saja, tetapi kandungan data didalam graf DNA tersebut tetap sama begitu walau disimpan berapa lama pun. Oleh itu kalau dah ada data lama, maka itu boelh dipakai untuk digunakan sebagai perbandingan. 

Satu lagi perkara adalah mengenai bukti DNA, memang dah dibahaskan didalam parlimen pun dan setelah dipinda selepas tidak mendapat kelulusan ahli parlimen, maka dijadikan DNA sebagai bukti sokongan dan bukan bukti mutlak didalam pembuktian didalam mahkamah.



Oleh itu, tujuan hendak mendapatkan sampel untuk DNA ini adalah hanya untuk memalukan DSAI .

Dari Blog Ahli Parlimen Pendang - Dr. Hj. Mohd Hayati Hj. Othman.

4 comments:

Anonymous said...

dna memang tidak boleh diubah, tapi usianya berubah.dna pada 1998 dulu usianya berbeza dengan dna 2011. itu sebabnya mereka beriaya2 benar nakkan dna baru supaya dapat disumbatkan kedalam bontot sepol dan dibuktikan bahawa ada liwat berlaku. kalau mereka tidak dapat dna ini, mustahil untuk sabitkan anwar.

Amy Syaquena said...

salam panglima..

amy datang melawat panglima..dah beberapa hari tak ke sini..

pakwe said...

blog tuan akan dibloglistkan..

pandangan saya la kan...

baik anwar bagi dna dia..sbb apa..

anwar boleh kata kalau dna dia ngn lelaki Y sama sbb kena sabotaj..dia boleh kata ini satu konspirasi..authority konspirasi dia adalah saiful bertemnu dngn najib dan rosmah..ini dah boleh heret najib dan rosmah skali...

aku tk tau kalau PM dan IPM ada immunity tk leh diheret ke mahkamah..mana akta pun aku nk tahu??

tapi..ada kajian baru menyatakan DNA boleh berubah..ada yg kata DNA yg berubah tu DNA pada sel2 kulit..

bukan sel air mani..

wAllahu'alam...

Anonymous said...

Doktor2 pun dah kata "TIDAK ADA PENETRASI(TUSUKAN)DALAM BONTOT SIFOOL...nape pulaklah nak minta lagi DNA....bermakna takde kes...patutnye buang kes.....dulu semasa perbicaraan kes rogol Rahim Tambi nape tak nak minta DNA dia untuk dipadankan dengan DNA baby yang dilahirkan oleh cucu Nenek Pendek kat Melaka tu dulu.......kalau kena kat dia diamje kalau kena kat PR sampai berdemontrasi perempuan UMNO!!!!!

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara