Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Mar 5, 2011

Siapakah Pembela UMNO ???

Assalamualaikum Wbr,



Di sini Tempat Persemadianmu Ya Rasulullah....kami berdoa berselawat ke atasmu...kami susuri...sejarah sirahmu....pahit getir perjuanganmu... membawa cahaya kebenaran.......

UMNO mendakwa mereka memperjuang dan membela Melayu.... dan menolak Pas yang memperjuangkan Islam yang syumul.
Kalau UMNO membela Melayu......Siapakah yang akan membela UMNO ???  Adakah Islam yang akan membela UMNO...sedangkan UMNO menolak perjuangan ISLAM??? dan menyokong pengasas dan bapa Sekularisma iaitu Kamel Atartuk yang terang-terang menolak perjuangan Islam.  Fikirkanlah tuanpuan.  Kerana berfikir itu boleh menyelamatkan kita dari Azab Allah yang tak terperi sakitnya.

Pas memperjuangkan ISLAM yang syumul.  Siapakah pembela PAS ???  tentulah Allah yang membela PAS kerana dari Allah lah.....ISLAM itu datang dan turun ke dunia ini dan dibawa serta diperjuangkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Tetapi UMNO mengambil jalan yang lain dan salah dari jalan-jalan yang diperjuangkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dengan memperjuangkan Melayu.

Hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.
Tak kiralah SIAPA yang membawa Obor Perjuangan Islam ini..samada PAS mahupun UMNO.  Sekiranya UMNO yang membawa Perjuangan Islam ini...PAS sanggup BUBAR demi ISLAM dan bersatu dengan UMNO.   Tetapi malangnya....UMNO hari ini Gilakan Kuasa....Kerana kuasa sanggup menjauhkan rakyat dari agama dengan agenda membela Melayu dan menolak Perjuangan Islam.

Hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.
Panglima menyeru.....kembalilah ke pangkal jalan wahai saudara-saudaraku yang menyokong UMNO.  Perjuangan UMNO hanya untuk hidup di dunia ini (sekadar dunia) dan hanya untuk individu terpilih sahaja. Sedangkan perjuangan Islam bukan sahaja meliputi hidup di dunia yang sementara ini tetapi merentasi kehidupan akhirat yang kekal abadi lagi abada.  Perjuangan Islam meng"Esa"kan Allah bukan mengesakan Melayu.  Di mana kita akan bertemu dengan Allah.... Tuhan Rabbul Jalil seorang diri.

Kembalilah kepada ISLAM....


1 comment:

Anonymous said...

PUKULAN MAUT UNTUK PRK MERLIMAU & KERDAU

Mari kita tumbangkan UMNO/BN, jadikan kes SAMAN EKOR ini penyebab kepada kekalahan mereka mutlak di PRU13.

Jentera PAS di Merlimau dan Kerdau main isu SAMAN EKOR ini sehingga UMNO jadi hangit di sana, ini isu rakyat, ahli PR kena, ahli BN kena, ahli ATAS PAGAR pun kena.

AYUH PERJELASKAN ISU INI KEPADA RAKYAT, PASTI AKAN MEMBERIKAN KESAN KEPADA KEDUA-DUA PILIHANRAYA INI. BIAR UMNO/BN MATI BERAGAN SELEPAS INI.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara