Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Mar 22, 2011

Video Seks Anwar Dgn Pompuan Cina Tersebar Dan Mak Nyah Thailand Pula Sedang Dikeluarkan.

Assalamualaikum Wbr.


Firman Allah bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)


Orang yg berperut buncit dan boroi dituduh sebagai Anwar Ibrahim yg melakukan sex dgn pompuan Cina. (gambar hiasan)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan



orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

7 comments:

otaklunyai said...

Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yg paling Agung dan yg Paling Berkuasa. Kami hamba2 Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat ini. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan izin Mu Ya Allah segala fitnah dan kezaliman ini terjadi. Oleh itu Kami memohon agar kami dan keluarga kami diselamatkan dari segala bala ini.

Kembalikanlah segala fitnah dan kejahatan ini kepada mereka yg bertanggungjawab dan yg terlibat melakukannya agar menjadi pengajaran supaya mereka tidak kembali kepada Mu dengan dosa besar ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

p@kcikLie said...

lebih baik diam dari berkata-kata, maka itu lah yg terbaik boleh menghindarkan dari perbuatan memfitnah....wallhualam.

Amy Syaquena said...

semoga kebenaran akan di ketahui.. payah betul kalau manusia nak menjatuh kan orang macam2 cara di gunakan..

mommylavender said...

baru boleh tembus komen panglima ni...tu pun guna laptop anak...mungkin pc mommy ade someting...bagi mommy `tanggungjawab kita sesama islam melindungi aib umat islam yg lain bukan di dedahkan...`

Panglima7 said...

Benar tuu PakcikLie...lebih baik diam, lebih banyak berbicara....lebih banyak termengata dan terbanyak dosa.

Panglima7 said...

Mudah-mudahan Amy...Allah tunjukkan kebenarannya nanti. InsyaAllah. Teringat lagu Maher Zain.

Panglima7 said...

Alhamdulillah...Mommy dah boleh tembus...masuk dlm blog Panglima hehehe...
Aib sesama manusia haruslah ditutup...lebih2 lagi...aib itu sengaja direkacipta tanpa asasnya.
Semoga Mommy ceria selalu naa.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara