Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Mar 17, 2011

Bukti Adanya Titian Siratal Mustaqim..!!!

Assalamualaikum Wbr,

Hanya Illustrasi Titian Sirat 
Kebetulan Panglima masukkkan entry Ketaatan Isteri pada suami semalam....maka Panglima terpandang perkataan Titian Siratalmustaqim yang heboh digembar gemburkan beberapa bulan yang lalu di muka depan sebuah akhbar bahawa titian Sirat tidak wujud.

Hadis ini membuktikan bahawa titian sirat wujud.

Nabi SAW bersabda :   Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)


Kalau nak tahu hadis ini sahih atau tidak......lihatlah siapa perawinya yang Panglima pernah keluarkan entry nya baru2 ini...Klik kisah Muaz Bin Jabal di sini.


Panglima7
Siapa yang boleh menafikan hadis ini?

5 comments:

Henry Zackery said...

nice entry tuan panglima,
ada media cakap titian sirat x wujud ?? media mana tu ??

hadis pun sudah menyebutkan adanya titian sirat 2 kan. kenapa mereka masih tidak percaya??

Gempar !! Mawi Merajuk
Gambar Hantu Fail

Amy Syaquena said...

Amy tertarik dengan entri ini.. amy minta copy boleh dan di linkkan terus ke sini...

Panglima7 said...

Assalamualaikum Henry,
Kalau tak silap....akhbar Tabloid tapi Panglima tak berapa nak ingat yg mana satu.....kang salah sebut..kena saman pulak. hehehe

Panglima7 said...

Assalamualaikum Wbr...

Amy, kalau nak ambil...ambil. Ilmu ini milik Allah..bukan milik hamba.
ianya untuk dikongsi bersama. Teruskan dengan copy dan link.
Terima Kasih. Moga Amy dirahmati Allah hendaknya.

matni bandar baharu said...

Salam, secara peribadi saya memang bersetuju dengan hujah dato Abu Hassan Din.Beliau berhujah dengan al-quran.Bagi Saya beliau bukan menafikan tiadanya titian tersebut, tetapi beliau menyatakan titian(jalan makna yg sebenar) itu sebenarnya gambaran betapa sukarnya manusia untuk bergerak ke padang mashyhar.Ia bergantung kepada amalan.Bg amalan yg baik, begitu pantas bergerak menuju ke masyhar untuk perbicaraan dan membuat timbangan amalan melalui neraca mizan.Beliau menegaskan itulah peranan neraca yang akhirnya menentukan seseorang itu ke syurga atau neraka.Bukannya titian tersebut.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara