Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Mar 30, 2011

Saksikan Nyawa Diambil Ketika Sujud. Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Rohnya.

Assalamualaikum Wbr.


Mati Ketika Sujud Kepada Allah


Dikisahkan...
Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang mukmin tersebut pun menjawab salamnya. Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada hajat hendak disampaikan, tetapi aku akan beritahumu dekat telingamu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Silakan, sebutkan hajatmu itu”

Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku adalah malaikat maut”



Orang mukmin tersebut berkata : “Selamat datang, sudah sekelian lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak aku pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu”

Malaikat Maut berkata : “Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan dulu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Aku tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan aku hendak bertemu denganNya”.

Malaikat Maut berkata : “Pilihlah cara bagaimana engkau kehendaki aku mengambil nyawamu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Sanggupkah engkau melaksanakan kehendakku ?”

Malaikat Maut berkata : “Ya, aku sanggup, katakan saja sebab memang aku diperintahkan begitu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Tinggallah aku sebentar kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku ketika aku sujud”

Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika beliau sedang sujud mengadap Allah SWT.

Panglima7
Semoga kita semua dimatikan Allah dalam keadaan yang baik...Husnul Khotimah. aaminn.

14 comments:

Pak Oncu said...

tuan,, berapa minggu yg lepas seorg imam surau kampong inas johol pun telah di ambil roh nya ketika sujud... saya sempat poie ziarah di hari kematian nya,,,

azwa amani said...

subhanaALlah..sungguh mudah Allah menarik rohnya...semoga ditempatkan disisi org2 yg beriman

Panglima Hitam said...

maha suci allah...

mommylavender said...

ajal kite di mana pula n bagaimana....assalamualaikum panglima.

p@kcikLie / mamadiana said...

TUAN, SUNGGUH INDAHNYA KALAULAH KITA DIBERIKAN PELUANG UNTUK MEMILIH CARA KEMATIAN KITA, HANYA ORG2 TERPILIH SAHAJA MENDAPATKANNYA.

Panglima7 said...

Pak Oncu, kalaulah kita yang mati dalam keadaan demikian...alangkah indahnya. tetapi mati itu Rahsia Allah.

Panglima7 said...

Mudah-mudahan Amani. Semoga beliau ditempatkan bersama org2 yang soleh dan beriman.

Panglima7 said...

Panglima.....jika Allah mengkehendaki, dimatikan kita dalam keadaan demikian.

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Mommy..kalaulah kita dapat berbicara dahulu dgn Malaikat maut sebelum mati...kurang-kurangnya....dapatlah bersolat sunat terlebi dahulu. Kita tidak tahu di mana tanah kubur kita Mommy.

Panglima7 said...

P@kciklie, benar, hanya org yg terpilih sahaja yang mati dalam keadaan demikian, moga2 kita termasuk dalam golongan yg terpilih ini. aaminn.

Panglima7 said...

P@kciklie, benar, hanya org yg terpilih sahaja yang mati dalam keadaan demikian, moga2 kita termasuk dalam golongan yg terpilih ini. aaminn.

Amy Syaquena said...

subahanaallah sungguh mudah nyawanya di ambil.. semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman amin..

AMMAR YASIR said...

Subhanallah

cik_suraya said...

subhanaallah...semoga rohnya ditempatkan kalangan org2 beriman..ameen..

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara