Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 11, 2010

Sahlah Ejen Yahudi Zionis Pernah Berada Di PDRM

Dipetik juga dari Laman Blog DuniaCacaMarba
******************
Saya petik:

IGP: Asiasoft tidak lagi dibenarkan masuk Bukit Aman

[TMI] KUALA LUMPUR, 8 April — Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.

“Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut,” katanya.

Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail.

Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya terdapat perisik Israel di Bukit Aman.

Anwar dalam perbahasan di Dewan Rakyat berkata, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Beliau mendakwa kehadiran dua bekas pegawai tentera Israel dalam syarikat itu disedari oleh pegawai tertinggi PDRM dan juga Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Menurutnya Syed Hamid telah diberi taklimat berhubung perkara itu pada 23 Nov 2008 di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Dalam penjelasannya kepada Bernama hari ini, Musa mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

“Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

“Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Johari dalam satu sidang media berkata pendedahan Anwar di Parlimen bertujuan menarik perhatian rakyat dengan cuba mempolitikkan isu keselamatan negara.

“Ini soal keselamatan negara jadi jangan politikkan isu ini kerana ia boleh menggugat kesejahteraan negara. Dia (Anwar) sanggup mengeluarkan isu lama untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada negara,” katanya.

Beliau mendakwa isu tersebut pernah dikeluarkan oleh pengendali blog MalaysiaToday Raja Petra Kamaruddin dalam blognya pada tahun 2008 tetapi tidak mendapat perhatian umum.

Sementara itu di lobi Parlimen, Anwar berkata polis perlu meneruskan siasatan berhubung dakwaannya itu dan beliau sedia bekerjasama membantu siasatan.

Kalau tidak didedahkan oleh pembangkang, alamatnya sampai "tobeng"lah orang ramai tidak tahu betapa "fragile"nya sistem keselamatan negara. Semua bocor, semua hilang! Apabila sudah terdedah bermacam-macam alasan dan jawapan diberi. Akhirnya, orang yang mendedahkan hal itu pula dipersalah, sedangkan orang yang bertanggungjawab terlepas begitu sahaja!

**************************
Panglima7

Hancur Negara kalau macam ni........
Segala akses rahsia negara......dicerobohi.
Jangankan sebulan, 6 bulan atau setahun mereka berada di PDRM...sehari pun sudah cukup untuk mereka kumpul maklumat menghancurkan negara.

Cuai sungguh laksamana negara.

2 comments:

Unknown said...

Sah! memang Perisik Israel pernah berada di Bukit Aman. Walau sekarang sudah dihalau mengikut IGP, tetapi selama mereka berada di sana sudah tentu segala maklumat mereka telah dapat.

Kita telah dipandirkan kerana kebodohan Pemimpin yang kita pilih.

IGP yang kata mereka telah telah dihalau dan tidak dibenarkan masuk. Boleh percaya ke kepada manusia yang bohong adalah menjadi rutin harian? Di Mahkamah pun dia boleh berbohong, inikan pula kepada kita!

komando said...

PIG itu lah gelaran sebenar Musang seekor ini!
Bukan IGP !

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara