Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jul 26, 2010

Blogger ISA Sifatkan Dr Hassan Ali Sama Seperti Pelacur Maria Ozawa. Nauzubillah !!

Salam,

Selepas saudara Isa memohon maaf dan saya pun memohon maaf atas ketelanjuran bahasa kami dalam blog masing-masing, hati saya mulai sejuk.  Walaupun pertengkaran pendapat telah berakhir dan berhenti setakat itu sahaja...tetapi hentaman dan kecaman yang tidak professional (kecaman pribadi)  masih berjalan di pihak beliau dan konco-konconya.  Tak apa lah saya tak kisah pun, malah saya dapat saham dari situ.

Tetapi semalam saya terkejut besar.....apabila beliau menyamakan Dr. Hassan Ali seperti pelacur Maria Ozawa atas tuduhan kononnya Dr. Hassan membuat pertemuan dengan Mufti Harussani Zakaria.  Menyamakan Dr. Hassan Ali (yang saya sendiri tidak sependapat dengan tokoh ini) oleh saudara ISA...sungguh tidak dapat kita terima sama sekali.   Itu tuduhan busuk, tuduhan keji, tuduhan melampau, tuduhan menghina yang sangat tidak boleh diterima akal oleh orang yang mengaku dirinya Islam dan mengaku berjuang menegakkan kebenaran untuk rakyat.

Saya percaya ....mana-mana pendukung dan penyokong seperti pemimpin PAS, PKR dan DAP walaupun mungkin tidak sehaluan atau sependapat dengan Dr. Hassan Ali....mereka tidak tergamak atau sanggup mengeluarkan kenyataan yang keji lagi hina itu.

Saya pun tidak sependapat dengan cara Dr. Hassan Ali itu.....tetapi janganlah membuat tuduhan keji dan fitnah ke atas beliau sampai begitu sekali.  Ini menjejaskan kredibiliti dan rasa hormat ramai blogger terhadap Saudara Blogger Isa.

Kalau lah blogger-blogger dan kuncu-kuncu saudara ISAyang lain masih ingin menjadi peminat radikal blogger Isa ini.....fikir-fikirkanlah dan banyakkanlah Istighfarrr...     Allahu Akbar !!!

Inilah bahananya apabila mengaku menjadi blogger Neutral (lalang) hingga sanggup mengeluarkan ucapan seperti itu.  Tak sokong Parti Pakatan Rakyat pun tak ape....kita tidak mahu orang seperti ini, jika beliau ada menjadi ahli dari mana-mana Parti Pakatan Rakyat.  Tapi sekiranya beliau.. saudara ISA ini ada menjadi ahli dalam mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat......terpulanglah kepada pucuk Pimpinan untuk mengambil tindakan yang keras lagi wajar ke atas beliau samada ingin memecat atau apa sahaja yang difikirkan perlu.

Selepas saya melihat tulisan beliau yang menghina Dr. Hassan Ali.....saya lantas mengumpulkan dan mengklasifkasikan blog beliau serta konco-konconya....di dalam ruangan blog saya yang diberi nama  "Konco-konco Blogger Lalang : Tiada Pendirian, Bermulut Busuk & Penghina Ulamak.  Ini adalah kerana beliau pernah mengaku ketika komen balas terhadap hamba yang beliau pernah mengkondem TG Haji Hadi Awang.  

Mungkin beliau terlihat saya sedang klasifikasi blog beliau dan konco-konconya sebagai blog lalang.....blog tuduhan beliau terhadap Dr. Hassan telah pun beliau padamkan semalam 25hb Julai 2010.

Kepada Penyokong dan pendukung PAS, PKR dan DAP dari Pakatan Rakyat yang masih bersama blogger ini..bukalah mata, ini bukan caranya kita menegur pemimpin.  Jangan sekali-kali menghalalkan cara.  Berhati-hati dengan blog Isa ini serta konco-konconya. Walaupun kelihatan menyokong PR dan kadang-kadang menghentam UMNO dan juga Pakatan Rakyat....tetapi teguran beliau yang beliau pertahankan kononnya perlu menegur pemimpin bagi membetulkan mereka.....saya lihat ianya dibuat penuh dengan emosi yang tidak terkawal, sungguh tidak Professional dan bersikap BIADAP.   Teguran beliau lebih hina dari UMNO itu sendiri.

Sikap beliau ini sama seperti sikap Saudara atau ADUN Zulkifli Nordin yang tidak tahu membezakan kritikan yang baik dan membina dengan kritikan yang menjatuhkan martabat, maruah dan air muka pemimpin.

Tindakan beliau ini tiada dalam Sunnah Para Sahabat Nabi SAW yang sangat menghormati pemimpin dan jika para sahabat menegur pemimpin atau Khulafa Ar Rasyhidin....ada adab dan tatasusilanya.   Dalam Al-Quran banyak disebut "Taatlah kamu kepada Pemimpin kamu selagi mana mereka taat (yakni tidak menyuruh kamu mengerjakan maksiat) kepada Allah dan Rasul"

Panglima7

Ya Allah, di malam Nisfu Syabaan ini yang mulia ini, Aku mohon keampunan mu dan aku berlepas diri dari mereka (blogger lalang).

"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17

Read more...

Jul 25, 2010

Ini Peninggalan Kerajaan UMNO Selangor.

Salam,

Inilah dia hasil peninggalan Kerajaan UMNO Selangor semasa di bawah pentadbiran Khir Toyo kepada Kerajaan Baru PR di bawah Khalid Ibrahim.  Di antara peninggalan UMNO ini...termasuklah

1.  Rumah-Rumah Urut.

2. Penyangak-Penyangak Pasir

3. Jualan Arak yang berleluasa

4. Isu setinggan

5. Penternakkan Babi

6. Isu Air

dan macam-macam lagi.
Apabila kerajaan PR memerintah........mereka mengekplotasikan rumah-rumah urut dan kejadian curi pasir ini hampir saban hari di media cetak dan elektronik seolah-olah Kerajaan Baru PR inilah yang menggalakkan pertumbuhan rumah-rumah urut ini dan berleluasanya kejadian curi pasir.  Mereka menuduh PR menggalakan budaya sosial kepada rakyat dan menjadi dalang dalam kejadian mencuri pasir.

Dan hasil kempen dari media cetak dan elektronik........maka ramai orang atas pagar percaya dengan tuduhan tersebut.  Dan lahir laa kata-kata " Undi UMNO(BN) atau Pakatan Rakyat SAMA AJER. Tiada bezanya pun mereka dengan UMNO."  
hmmmm....!!!  Lu orang pikirlaa...sendiri.

Panglima7
Mentaliti rakyat terutamanya orang atas pagar cuba ditanamkan dengan Slogan ini.  Sedangkan PR yang terdiri dari 3 parti, PAS, PKR & DAP adalah jauh berbeza atau lebih baik dari UMNO & BN.
Read more...

Blog ISA : Saya Tarik Balik Kenyataan - Musang Berbulu Ayam.

Salam,

Tidak salah jika hendak menegur pemimpin.  Malah itu suatu perbuatan yang baik bagi meluruskan jalan mereka yang nampak sedikit bengkok.  Tetapi teguran yang dibuat mestilah teguran yang boleh dan dapat menguatkan Parti dan tidak membawa rebah.  Biarlah kritikan yang membina.

Janganlah menghentam parti sendiri bagai nak roboh lantai siling.... dan tambah malang jika tidak disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh ditambah pula tuduhan yang dilemparkan itu dibuat berlandaskan andaian dan persepsi semata-mata.  Ya...nampak seakan benar dan menarik... diolah pula dari segi lentok bahasa....tapi adakah tuduhan itu adalah benar ???  dan akhirnya kita hilang segala-galanya. Kita hilang sokongan, hilang pemimpin dan hilang segala-galanya. 

Saya membuat teguran ini bukanlah kerana saya nie terlalu taksub dengan pemimpin.   Bukan !!.   Kalau ada yang membuat komen begitu dalam posting mereka...mereka silap.  Pada mereka yang membuat komen bodoh pada saya...tidaklah menjadi hal.   Telinga saya dah tebal dah dengan itu semua.  Biarlah fakta melawan fakta bukannya fakta melawan andaian dan peribadi.  Kalau sekadar andaian memang akan hancurlah Pakatan Rakyat dan Itu tidak adil dan professional.

Itu cuma pandangan mereka dan saudara..laa.  Tak semestinya betul. 

Apabila saya mempertahankan pandangan dan pendapat saya ...tidak semestinya saya seorang yang taksub atau totok atau menjadi pak turut.   Walaq kepada pemimpin adalah perlu pada semua orang, selagi mana pemimpin trsebut taat kepada Allah dan Rasul.    Pemimpin yang ada dalam Pakatan Rakyat bukan sembahan dan dewaan saya seperti UMNO mendewakan Mahathir ketika Mahathir berada di puncak kuasanya.  Itu dah lari dari konsep Islam.

Jika saudara ISA bukan seperti yang saya maksudkan " Musang Berbulu Ayam atau Agen UMNO", saya mohon maaf.  Saya tarik balik dakwaan saya itu.  Tarikkan saya ini bukan bermakna saya setuju dengan  tuduhan saudara terhadap " Belum Lagi Ke Putra Jaya, Muntah PR sudah berbau"  Cuma teguran saudara janganlah sampai ianya kelihatan seperti saudara ini orang UMNO dan lebih UMNO dari UMNO itu sendiri. Hentam memang boleh hentam...memang sedap kalau dok menghentam....tapi perlu berhati-hati (berhemah laa) agar tidak merosakkan mentaliti pembaca yang di atas pagar apabila membaca posting saudara atau yang saudara ambil dari EN3 yang lain.  Ini secara tidak langsung boleh melahirkan ramaiiii penyokong2 UMNO.   Dan teguran tersebut janganlah teguran seperti Manikavasagam.

Kita tutup sampai di sini sahaja.

Sekiranya ada salah dan silap ketika menulis...saya mohonkan kemaafan.

Panglima7.
Read more...

Jul 24, 2010

Jawapan Saya Kepada Saudara ISA....

Salam ISA.

Ha ha ha.....Ikut Suka Aku (ISA).....mengaku nak melihat UMNO & BN tumbang Dalam Pilihanraya UMUM ke 13....Piiirahhhhh !!!.....Sape nak Tumbangkan UMNO & BN....dia nak tumbangkan??? kalau komen-komen bangang seperti ini.
Sila Klik Komen ISA di Sini

Saya terpaksa menulis di sini kerana di ruangan komen hanya terhad kepada 4000 patah perkataan sahaja.  Komen saya sudah melebihi had di atas.
_________
hahaha....!!!Hamba ingat tuanhamba ini hebat...rupanya tidak.

Kenapa pula tuduhan saya tidak berasas??? Sekiranya tuanhamba sudi mengambil blog lain untuk pengisian blog saudara..ini menunjukkan saudara setuju atau menyokong blog tersebut. Ini dibuktikan dengan komen kaki saudara. Tidak semestinya blog yang menggunapakai nama "Kerajaan Rakyat" atau apa sahaja yg mirip Rakyat...maka ianya menyokong perjuangan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Sejauh mana benarnya perjumpaan saudara dengan Saudara Anwar Ibrahim...tidaklah saya dan yang lain-lain ketahui.

Tetapi dari kenyataan saudara...saudara lebih TOTOK dari UMNO Totok itu sendiri... :))) Relak saudara.

Kalau saudara mengelar UMNO sebagai Parti Laknatullah...dan ingin melihat UMNO tumbang dalam PRU ke 13 nanti....sedangkan cakap-cakap dan komen saudara terhadap Pakatan Rakyat sungguh jauh menyimpang dan tersasar dari matlamat saudara......bagaimana mungkin saudara ingin melihat UMNO Tumbang dalam Pilihanraya Umum nanti???

Cuba terangkan pada hamba dan semua....bagaimana boleh saudara tumbangkan UMNO & BN nanti ???

Komen saudara dalam topik itu sahaja...sudah menambah dan memberanak pinakkan lagi penyokong2 kepada UMNO & BN. Lihatlah komen pembaca di situ...itu buktinya. (mereka tidak akan menderma walau satu sen kepada Pakatan Rakyat dalam Piliharaya nanti...atas topik saudara itu )

Kita kena cerdik saudara....kalau setakat perjumpaan dgn Anwar Ibrahim belum tentu menunjukkan saudara sudah cerdik dan hebat dalam sepak terajang politik.

Kalau hendak tumbangkan UMNO & BN....tuanhamba tidak perlu jadi NEUTRAL atau orang atas pagar (pengundi atas pagar) atau dalam bahasa lain....JADI LALANG. Tidak tetap pendirian atau tidak menyokong mana-mana parti. Kalau dah tak sokong mana-mana parti Macammaner nak tumbangkan UMNO & BN. Tuanhamba nak buat gerakkerja macammana....nak melihat dan nak tumbangkan UMNO....dengan mengutuk dan menfitnah Pakatan Rakyat...UMNO BN boleh Tumbang??? Pandir sungguh politik saudara ni.!!! Belajar dengan Saudara Anwar Ibrahim kaa..???

Menghentam semua parti termasuk Pas, PKR dan DAP bukan satu tindakan yang bijak...tetapi Tolol.!!

Ako marah sangat pasal hang tolol sangat sama macam ADUN Manikavasagam. Kalau orang lain baca blog saudara...dah tentu persepsinya... saudara adalah penyokong totok atau tegar UMNO & BN. Dalam politik...Takde pun perkataan NEUTRAL. Neutral ini cakap orang yang penakut yakni tak sokong mana-mana pihak. Takde apa faedahnya jadi Neutral....macam anjing menyalak bukit. Sana salak...sini salak...bukit tak runtuh pun. UMNO & BN tak tumbang pun kalau Neutral.

Kalau nak kutuk atau lawan komen saya pun....kutuklah dan komenlah dengan cara yang berhemah. Biarlah dakwaan saya itu dijawab dengan alasan yang konkrit dengan data...yang kerajaan PR ini membazir...bukan disokong dengan cakap kononya pernah buat perjumpaan dgn Anwar Ibrahim. Buatlah calculation nyer...Nyatakan tempat mesyuarat alternatif yang lebih murah dan kenapa mesti nak mesyuarat di Port Dickson hotel." Saudara dah siasat ker...ada kemungkinan tuanpunya hotel tersebut kawan rapat pada Saudara Anwar Ibrahim dan bagi potongan dan diskaun hebat kepada PR bahkan merupakan penyokong Saudara Anwar Ibrahim dalam diam!!!

Bukannya dengan menjawab tuduhan saya dengan mengutuk peribadi nama timangan saya. Nama saya itu tiada kena mengena dengan tuduhan saya terhadap saudara. Jawablah dengan data dan juga fakta bagi mempertahankan diri atas tuduhan saudara itu terhadap Pakatan Rakyat yang saudara gunapakai melalui sumber blog Kerajaan Rakyat.

Kalau saudara mengamalkan sikap mengutuk peribadi saya dan nama saya....nyata tindakan saudara seperti kebudak-budakan lagi hingusan.

kenapa saudara nak salahkan bangsa Melayu atas tuduhan saya? Saudarakan Melayu juga. hanya orang UMNO yang selalu menggunakan Melayu dan mengaitkan melayu dalam siri-siri ucapan mereka.

Saya akan menarik balik entry saya itu jika saudara ISA dapat membuktikan kepada semua dengan data dan fakta yang Kerajaan PR itu benar-benar membazir (lebih teruk dari UMNO) jika sekiranya PR memerintah negara. Itu baru adil jika hendak membuat tuduhan. Jikalau tidak dibuat begitu ianya jadi fitnah la saudara. Tiada bezanya saudara dengan UTUSAN MELOYA dan akhirnya menyebabkan UMNO & BN tersenyum sokmo dengan blog saudara yang secara tidak langsung membantu dan meramaikan lagi penyokong-penyokong UMNO & BN di persada Politik negara.

Panglima 7
Read more...

AWAS PR...Berhati-Hati Dengan Blog Penyamar, Musang Rupanya Yg Berbulu Ayam. Agen UMNO Rupanya.

Berhati-hati dengan Blog yang kelihatan seperti menyokong Pakatan Rakyat tetapi dalam diam merupakan agen UMNO........Sila Klik Di SINI

Kalau anda ada membuat link dengan blog itu.....kuarkan ia dalam link blog anda.  Merosakkan Pakatan Rakyat.

Ulasan hamba terhadap blog ini....
Panglima7 berkata...


Salam...

Sejak akhir-akhir ini...banyak kedengaran anti PKR dari tuanhamba, Komen-komen pedas yang lebih sudu dari kuah membuatkan hamba merasa cuak....kalau-kalau tuanhamba musang berbulu ayam. Menjadi orang suruhan UMNO. Kata-kata tuanhamba jauh menyimpang dari Pakatan Rakyat sendiri.

Kata-kata tuanhamba itu suatu tuduhan yang berat...yang boleh mempengaruhi orang lain. Lihatlah komen-komen dari org di atas. Saya tidak akan ambil tahu tuanhamba parti dari mana dalam Pakatan rakyat. Tetapi cakap tuanhamba mencerminkan tuanhamba bukan dari mana-mana Parti dari Pakatan Rakyat. Kalau berkecuali..I dont think so !! Kalau tuan seperti ADUN Manikasagam.....Itu ADUN bengong namanya.!!!

Walaupun hamba bukan dari Parti PKR....dan adakalanya tidak bersetuju dengan sesuatu perkara dari PKR....tetapi semangat perpaduan harus dikekalkan. bukannya menyemai bibit pepecahan seperti ini yang saudara laporkan.

Sah laa....tuanhamba agen UMNO dalam blog-blog rakyat Marhaen. Hamba tahu apa yang akan hamba lakukan nanti.

Panglima7

Sabtu, Julai 24, 2010 4:56:00 PM
Read more...

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam

Assalamualaikum w.b.t...


  • Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkankan diri saya sendiri..!

Mohonlah apa-apa doa yang baik-baik.
 Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam
Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), di mana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)

: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Wassalam.

Read more...

Jul 21, 2010

Nasi Beriani Arab. Kambing Seorang Seekor Tuu...!!!

Salam,

Begitulah kalau dah kaya........makan pun.... kambing seorang seekor.  Memang best.

Tapi harus diingat.  Orang yang kaya sampai macam ini.....di akhirat nanti mereka lah orang yang terakhir untuk masuk syurga Allah.  Orang lain semua dah masuk syurga....mereka lah yang terakhir kerana lamanya sesi soal jawab akan harta dan wang mereka yang banyak berkoyan-koyan di dunia dan kemana mereka gunakan dan tak tinggal walau satu sen pun.






Written By Panglima7
Bukan tak boleh kaya....boleh dan bagus kalau kaya.
Tapi biarlah kaya kita itu membantu dan menolong masyarakat dan ummah dan mendapat keredhaan Allah.

Read more...

Jul 18, 2010

Kekerapan Kenaikan Harga Minyak & Barang... BUKTI UMNO & BN GAGAL Memerintah Negara

Salam,

Kenaikan harga minyak, gas dan gula baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.  Dalam kesusahan rakyat menghadapi hidup dan krisis kewangan, kenaikan ini bukannya membantu hidup rakyat malah membawa malapetaka kepada rakyat pertengahan dan juga bawahan yang sangat terasa akan kenaikan ini.

Ekonomi dunia yang masih belum pulih dan kenaikan gaji rakyat yang ciput ditambah pula dengan barangan yang mahal dan di top up lagi dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula menambahkan lagi parahnya hidup Rakyat di negara ini.  Inilah yang UMNO & BN "DAHULUKAN untuk Rakyat, dan MENGUTAMAKAN pencapaian poket-poket mereka melalui slogan. :"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakaau."

Jikalau kita ingin melihat susah atau senangnya hidup rakyat di sesebuah negara...lihatlah akan institusi kewangannya.  Jika pertumbuhan institusi kewangan yang berlesen atau haram tumbuh bagaikan cendawan...ini memberi Isyarat bahawa rakyat di negara itu memang hidupnya susah. Itu sebablah along tumbuh bagaikan cendawan dan mendominisasi iklan-iklan 3-4 helai di dada-dada akhbar negara ini.  Tak nampak lagi..????   Tertubuhnya AKPK.(Agensi Kewangan & Pengurusan Kredit) mengesahkan lagi dakwaan bahawa rakyat hidup susah di negara ini. Berapa kenaikan gaji mereka sekarang selepas 10 tahun bekerja.... adakah boleh cecah RM2000 ????

Kajilah sikit.....hidup rakyat.   Rata-rata Gaji rakyat kecil, dan begitu liat nak naik-naik....tambahan pula gaji yang sangaaaaattttt rendah bagi mereka yang baru memulakan pekerjaan.  Tiada adjustment yang dibuat dan kerajaan pula TIDAK BERUSAHA menaikkan tangga gaji rakyat bagi kerja Kerajaan mahupun Swasta.   Dah lah tuu....harga barang keperluan pula  melambung.

Rakyat seperti mendukung biawak hidup....bila mana kenaikan ini disebabkan oleh kegagalan kerajaan dalam berbelanja sehingga belanjawan negara menjadi defisit.  Rakyat yang hidup susah pula menanggung beban ini.  Ako nak bagi WARNING !!!  Jangan ceritalah kenaikan sikit ajer  atau.....kenaikan 50sen ker 20sen atau 5sen sekalipun.   Ako tak heran!!

Kenaikan 1 liter minyak hanya 5 sen.  Ya memang nampak kecik.  Tapi kalau didarabkan dengan pembelian hanya 15juta penduduk negara ini ......dah berapa juta pertambahan keuntungan yang kerajaan dapat dalam sehari, seminggu atau sebulan atau setahun...??  Tolong cakap ???  Takkan isi tangki minyak kereta cukup hanya dengan 1 liter ???? 

Sibuk nak banding negara orang dengan negara sendiri.  Kenapa tak banding gaji mereka dengan gaji rakyat di negara ini???  Bandingkan laa....  Rakyat mereka tidak heran harga barang di negara mereka naik PASAL....Gaji mereka BESAUUUU.  Tahu tak.?

Kalau Kerajaan UMNO & BN benar-benar ikhlas nak buang subsidi untuk rakyat......Mereka yakni menteri-menteri UMNO & BN perlu buang DAHULU subsidi pada diri mereka sendiri.   Kuman seberang laut nampak ...gajah depan mata buat-buat tak nampak.   Subsidi laaa  Elaun tu bukan subsidi !! ......Elaun keraian, Elaun Hari Raya, Elaun Kereta, Elaun Rumah, Elaun Perjalanan, Elaun keluarnegeri....dan berpuluh-puluh elaun khas yang lain.  Ehhh....gaji sebulan tak usik laaa.....makan elaun (subsidi) ajer.

Ada pulak yang sibuk mengampu dan membodek kerajaan kononnya kenaikan harga gula boleh didik rakyat.  Didiklah diri sendiri dulu (menteri2 yg kuat makan elaun tuu).....baru nak didik rakyat.  Kalau nak didik rakyat...kenapa harga minyak dinaikkan sekali.....tidakkah secara tidak langsung harga barang akan naik....yang ahkirnya Kerajaan UMNO & BN akan gagal mengawalnya.

Panglima7
Di saat-saat Kerajaan UMNo & BN Gagal mengawal perbelanjaan negara dan bagi menampungnya mereka menaikkan harga minyak, gas dan barangan...Tetapi Kerajaan PR masih mampu memberi AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT TANPA MEMBEBEL DAN MENGUNGKIT PUN PEMBERIAN TERSEBUT.

Undilah Kerajaan PR dan Buanglah Kerajaan UMNO & BN.  Rakyat akan Sejahtera.  InsyaAllah.    
Read more...

Jul 15, 2010

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Salam,

Kiriman dari sahabat untuk dikongsi bersama,
______________________________________

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah


Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu terkejar-kejar dalam kehidupan ini sehingga melupakan orang yang dalam kesusahan atau kemalangan dijalanan yang perlukan bantuan hinggakan
seseorang terpaksa melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
Read more...

Jul 13, 2010

UMNO Ni Pantang Dapat Duit.!!!

Salam,
RM40 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Sarawak bagi membantu mereka yang miskin di Sarawak yang berpendapatan bulanan sebanyak RM850 ke atas.  (Benda ni takde dalam belanjawan pun kalau tak silap)

Cek sebanyak itu diberikan oleh Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat   iaitu Datuk Siti Sarizat Jalil kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.  Sila Klik Di sini

Mengikut sumber berita.......23,000 ++ orang akan dibantu bagi meringankan beban mereka yang miskin yang tinggal jauh di pedalaman.

Senyum sokmo Tan Sri Abdul Taib Mahmud sampai ke telinga bila menerima wang sebanyak RM40 juta ......tu. Mana taknya......40 juta Ringgit bukannya 40 Ringgit.  Jangan buat duit sendiri udah laa....

Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengerahkan semua ADUN-ADUNnya di Sarawak turun dan mengenalpasti mereka yang tergolong dalam kumpulan miskin ini.

Panglima7

Jangan turun kerana nak kenduri wang Rakyat sebanyak RM40 juta itu urdah laa... Kerana UMNO ni bukan parti yang boleh dipercayai....pantang dapat duit........duit peugas-petugas yang tampal poster calon BN sewaktu pilihanraya di Hulu Selangor pun dikebasnya...inikan pula duit sebanyak RM40 Juta.  Kalau tak takkan adun-adun UMNOBN kaya raya selang beberapa tahun jadi ADUN.

Silap-silap... Tan Sri Abdul Taib Mahmud pun boleh terliur dengan duit sebanyak itu.


Justeru itu.......Pakatan Rakyat perlu memantau dan mendesak UMNO dan BN mengisytiharkan duit keluar yang diberikan kepada Rakyat miskin di Negeri Sarawak agar tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan yang maha hebat ini.  Jangan jadikan mereka kaya dengan cara yang sangat tidak terhormat ini.  Duit rakyat adalah untuk rakyat ...berikan hak mereka dengan amanah.
Read more...

Jul 12, 2010

Penyangak Pasir: Silap-Silap Itu Masa Zaman Khir Toyo,,!!!!

Curi Pasir Di Selangor dikatakan berlaku sejak 2 tahun yang lalu.  Betul ker...??? atau 5-6 tahun yang lalu

Salam,

Kalau dah dasar pengyonglap duit rakyat, cakap apa pun orang tak akan percayee,,,!!!
Takkan lah Kerajaan PR tidak tahu kawasan berlobang besar seperti itu di Selangor.....dan macam mana Khir Toyo ini boleh lagi tahu....kegiatan mencuri pasir oleh penyangak pasir di lombong tersebut...???

Itu laa....silap-silap itu lah kawasan pasir yang disonglap oleh penyangak pasir di zaman Khir Toyo lagi ...yang orang lain pun tidak tahu.....hanya Khir Toyo ajer yang tahu.

Mahu berjuta-berjuta nilai pasir yang disonglap oleh penyangak tu.  Bagaimana pula Khir boleh himpun duit berjuta untuk bina istana kediamannya. ???  Daripada hasil mana...???   Tuu yang dok pikiaq ni.....hehehe
Read more...

Jul 11, 2010

Holland Vs Spanyol... Holland laa Menang !!!


Pasukan Holland akan Menang.
Barisan pemain Pasukan Holland.  Sila Klik Di SINI

Salam,

Bolasepak dunia telah sampai ke kemuncaknya.  Pagi ini, Isnin jam 2.30pagi sebentar lagi, perlawanan akhir diantara dua pasukan hebat ini pasti ditunggu tunggu oleh semua peminat bolasepak di seluruh dunia.

Ramai yang memilih Spanyol berbanding Belanda. Macam-macam cara dan ragam manusia membuat andaian.  Di negara barat...tidak hairanlah jika mereka menggunakan haiwan untuk menilik nasib pasukan mereka itu.  Dan mereka sangat meyakini pilihan seekor sotong yang diletakkan di dalam aquarium besar di Jerman.  Disebabkan percayalah...maka Jerman bermain takut-takut ajer apabila bertemu dengan Spanyol di pusingan separuh akhir hingga menyebabkan pasukan Jerman seperti mengesahkan ramalan seekor sotong yang tidak tahu apa-apa itu...hahahaha........Poor Jerman !!!

Tidak ketinggalan... ada yang menggunakan burung kakatua atau nuri unuk menilik nasib pasukan mereka agar menang dalam perjudian.  Sesungguhnya..... arak, judi dan bertenung nasib itu adalah pekerjaan syaitan.  Dalam Usrah bab Tafsir Al-Quran di B.B Bangi ada sentuh bab ini dulu.

Bagi orang non muslim.....itu adalah kegemaran mereka..tetapi bagi umat Islam.......perbuatan ini adalah terlarang dan ditegah dari mengikutinya.  Tetapi Pemimpin UMNO & BN merestuinya...malah suka dan sampai sanggup bagi lesen penajaan judi.    Dah bepuluh-puluh kali demonstrasi dibuat oleh rakyat  (Kasihan Rakyat) dan bila sukan bolasepak dunia dah sampai ke penghujungnya.... baru Najib nak cakap.....Kerajaan UMNO & BN tidak memberi lesen judi kepada perlawanan sukan. 

Sukan apa ni yang UMNO tak nak bagi lesen judi ??? Spesifik laa sikit bila cakap.  Jadi selama ini...UMNO & BN nak beri lesen perjudian bukan hanya kepada sukan Bolasepak tetapi juga kepada semua acara sukan ke?????   Macam tak ada agama Parti UMNO nie.... 

Apa pun ako malas nak citer.....lagi.  Malam ni...Holland akan menang dan Spanyol akan Kalah, InsyaAllah.  Jangan Marah...!!!   Sebabnya....??

Spanyol dah terlalu konfiden mereka akan menang dan menjuarai Piala Dunia....lebih-lebih lagi bila ramai peminat dari seluruh dunia menyokong mereka kerana Spanyol mempunyai ramai bintang ditambah lagi dengan ramalan sotong.  Hehehe   Lagi pun permainan terhebat Spanyol adalah ketika mereka menentang Jerman tempohari.....  Itulah permainan terhebat dan klimaks permainan Spanyol sebelum ini. 

Apabila seseorang individu / pasukan/ kumpulan/ organisasi itu telah mencapai titik kemuncak atau terhebat dalam arena atau bidang atau permainan mereka......maka selepas itu adalah masa kejatuhan.  Dan Final ini adalah saat kejatuhan permainan Spanyol.  Spanyol tidak akan dapat menentang Holland sehabis baik sebagaimana mereka menentang Jerman.  Peminat Spanyol tidak akan dapat menyaksikan dan mengidamkan perlawanan akhir ini sepertimana mereka menyaksikan Spanyol menentang Jerman.  Permainan Spanyol telah mencapai kemuncak ketika menentang Jerman...kini tibalah saat kejatuhan.  Begitu juga dengan Jerman....Permainan Jerman sampai di kemuncaknya ketika mereka menewaskan Argentina 4-0

Ini adalah analisis ako.    Itulah sebabnya ako memilih Holland.  Holland belum lagi sampai kepada kemuncak permainan mereka.  Final inilah..... kemuncak permainan mereka.

Kalau anda memilih Spanyol.....Selamat berjaya.

Written by Panglima7.
Read more...

Jul 10, 2010

Pemimpin Diingatkan... Rawang Perlukan HOSPITAL

Hospital Selayang dan Kuala Kubu boleh dibina, mengapa tidak Hospital Rawang ???

Menteri kesihatan - Datuk Liow Tiong Lai.
Please Take Action.
Salam,

Bandar Rawang memerlukan Hospital untuk penduduknya.  Memandangkan jumlah penduduk Rawang melebihi penduduk Shah Alam, pemimpin diingatkan, dan akan terus diingatkan lagi dan lagi.... agar membina Hospital untuk keperluan masyarakat di Rawang.

Hospital yang sedia ada sekarang ini, jaraknya begitu jauh.   Hospital yang terdekat adalah Hospital Selayang yang terpaksa dilalui melalui Jalan lama...iaitu jalan dari batu 16 Rawang melalui Hutan Simpan Templer ke Selayang.  Mungkin lebih dari 30km.    Jalan yang penuh sesak lebih-lebih lagi sejak terbinanya banyak rumah kedai disekelilingya dan yang terbaru dengan terbinanya TESCO di sana.  Bayangkanlah kesesakan di daerah tersebut.

Hospital kedua yang terdekat adalah Hospital di Sg Buloh, yang boleh dilalui melalui Highway PLUS Utara Selatan yang jauh.  Jika penduduk di Pekan Rawang, mereka terpaksa melalui jambatan lama Rawang di Sri Garing menuju ke arah Country Homes sebelum masuk ke Tol Rawang.  Begitu merumitkan di saat-saat kecemasan apatah lagi jika jalan jammed.

Hospital ketiga yang berhampiran adalah Hospital Kuala Kubu, yang penduduk Rawang terpaksa melepasi Pekan Rawang yang penuh sesak sebelum dapat melalui jalan lama Rawang ke Serendah, Rasa, Batang Kali, Kuala Kubu dan Tanjung Malim.

Aduhai.... sungguh memerit dan menyiksakan.  Sudah tiba masanya...rakyat dan panduduk Rawang mempunyai Hospitalnya yang tersendiri yang boleh didirikan di belakang tapak Rancangan Carefour di Sg Bakau, Country Homes atau Tasik Puteri.  Tanah yang luas menganjur di sana dengan kepadatan penduduk yang tinggi memerlukan adanya hospital di sana.  ADUN RAWANG....Gan Pei Ni...Please Take Note.!!


ADUN Rawang - Gan Pei Ni. Please Take Action


Jangan Tunggu Sehingga PilihanRaya Kecil baru kita hendak tubuhkan.   Sekiranya penubuhan Hospital di bawah Kerajaan Persekutuan, maka UMNO & BN perlu didesak bagi mempercepatkan penubuhannya.   Sekiranya dibawah Kerajaan Negeri Selangor, maka Pakatan Rakyat perlu memperuntukkan budget tahun depan untuk hospital ini.  jangan tunggu rakyat bising baru nak fikirkan.

Rawang telah membangun dengan terdirinya beribu-ribu rumah baru untuk kediaman penduduk menyebabkan Rawang sungguh padat dengan penduduk ditambah dengan penduduk disekitarnya.

Sekiranya hospital ini dapat dibina dan direalisasikan tentunya memberi manfaat yang sangat besar nilainya kepada rakyat di Rawang dan seluruh penduduk disekitarnya.  Fikirkan ini.

Daripada diluluskan Carrefour atau Tesco.....alangkah baiknya jika diluluskan Hospital!!!

Sekiranya UMNO dan Kerajaan Persekutuan berdegil untuk membina Hospital maka Pilihanraya kali ini Penduduk Rawang dan sekitarnya yang jumlahnya hampir mencecah  100,000 perlu mengajar mereka yang tidak sensitif dengan kehendak rakyat.

Mana-mana pemimpin yang membaca artikel ini...bawalah ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri untuk diusul dan diluluskan pembinaanya.

Written by Panglima 7.
Read more...

Jul 8, 2010

Kasihan Budak ini Kan..!!!

Salam...

Kasihan budak ni kan......!!!

Terpinga-pinga dia...camner boleh ada kaki pulak... kuar dari dalam dada dia tu...
Kejadian ini berlaku di India.





Written by Panglima 7.
Ingat susah orang...akan mengingatkan kita pada Allah.
Read more...

Jul 7, 2010

Kenapa Perlu Takut Kalau Felda Tak Bangkrap.?

Salam....

UMNO Israel begitu marah apabila dikhabarkan Felda telah bangkrap hingga mengambil tindakan undang-undang ke atas Akhbar Suara Keadilan.

Bukan itu sahaja, Umno menaja Ngo-Ngo atas nama Felda ini bagi melakukan demonstrasi membantah   kenyataan dari akhbar tersebut.

Kalaulah benar, Felda tidak bangkrap.....kenapa UMNO Israel begitu takut...seolah-olah seperti perempuan terkena histeria..... lagaknya? Atau adakah kenyataan Akhbar Suara Keadilan itu sememangnya benar.... menyebabkan UMNO begitu takut menjawab soalan-soalan dari rakyat dan orang-orang Felda...tentang bagaimana Felda boleh jadi Bangkrap di bawah jagaan dan seliaan UMNO Israel ini.

Mungkin ada sebabnya mengapa UMNO Israel merasa begitu takut dengan dakwaan dari Akhbar Suara Keadilan... bahawa Felda sudah bangkrap, hingga mengambil tindakan drastik dengan menggunakan Kementerian Dalam Negeri dalam menghenti dan menamatkan penerbitan akhbar tersebut
Mengikut analisis, berikut adalah antara sebab UMNO merasa takut dan mengambil tindakan drastik terhadap akhbar Keadilan.

1.   Sekiranya Akhbar Suara Keadilan membongkar apa yang berlaku di bawah karpet Felda sehingga Felda menjadi bangkrap.....maka UMNO akan menanggung malu yang teramat sangat.

2.   Kredibiliti UMNO Israel dalam mentadbir urus badan Felda akan dipersoalkan bukan sahaja penduduk Felda tetapi Rakyat Jelata.....yang membongkar penyelewengan UMNO dalam memikul janji dan amanah rakyat.

3.  Penduduk-penduduk Felda akan mendapat segala informasi mengenai Felda hanya di dalam akhbar Keadilan yang memungkinkan penduduk Felda seluruh Malaysia akan marah dan mula berpaling tadah terhadap UMNO Israel & BN.

4.  Kemarahan rakyat Felda bakal diterjemahkan ke dalam peti-peti undi pada pilihanraya yang akan datang yang bakal menyebabkan hilangnya undi orang Melayu Terbanyak di abad ini.  Apabila ini berlaku maka sudah tentu UMNO Israel & BN akan tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang.  Dahsyatkan !!!

Oleh itu bagi membendung rahsia bahawa Felda telah Bangkrap daripada dihebahkan oleh Akhbar Suara Keadilan kepada orang ramai dan rakyat jelata maka....Surat khabar tersebut perlu ditamatkan atau dihentikan penerbitannya dengan menggunakan Kuasa Kementerian Dalam Negeri.  Mudah bukan???
Kemudian menaja penduduk atau organisasi Felda bagi menganjurkan demonstrasi bantahan besar-besaran ke atas akhbar tersebut.  Di samping suratkhabar arus perdana milik UMNO Israel memainkan peranan dalam mengambarkan dakwaan akhbar itu hanya pembohongan besar dan fitnah semata-mata bagi memburukkan institusi kerajaan BN.  Kemudian kemukakan saman RM200,000,000 juta ke atas akhbar tersebut. Ha ha ha....!!!.....Beginilah permainan UMNO Israel.

Segala apa yang dilakukan UMNO Israel ke atas Akhbar suara Keadilan semuanya berunsurkan politik.   Tetapi hari ini Muhyiddin Yassin mendakwa.......tiada unsur politik ke atas Akhbar Suara Keadilan apabila ianya dihentikan penerbitannya oleh KDN, sebalik ianya dibuat atas dasar undang-undang.

Undang-undang apa ni...????   Apa kesalahan yang telah dilakukan oleh akhbar tersebut???  Seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya di Mahkamah.  Inilah slogan yang selalu bermain dimulut pemimpin-pemimpin UMNO.  Tetapi mengapa sekarang.......UMNO Israel menjatuhkan hukuman dahulu sebelum memdakwa di Mahkamah?????

Adakah UMNO Israel telah membuktikan kepada rakyat bahawa Felda tidak bangkrap???  Mengapa UMNO menjatuhkan Hukuman (menghentikan penerbitan akhbar tersebut) sedangkan akhbar tersebut belum lagi didakwa di Mahkamah???

Beginilah UMNO Israel meyalahgunakan kuasa dalam menutup kelemahan pentadbiran Felda dari diketahui oleh Rakyat.

Kepada pembaca sekalian......Fikir-fikirkanlah.

Written by Panglima 7
Read more...

Jul 4, 2010

UMNO Kutuk Anwar, Bela Israel Laknatullah. Astagfirullahalazimm !!!!

Salam,

Sungguh, DS Najib sangat bermuka-muka dengan rakyat di negara ini.  Pemimpin negara di bawah pimpinan UMNO & BN masih memeluk erat APCO dan tidak mahu melepaskannya, sebuah anak syarikat dari Israel yang diberi kontrak perkhidmatan di negara ini.

Walaupun didesak berpuluh-puluh kali....Tetapi si muka dua ini masih terus dengan sikap menyerang DS Anwar Ibrahim kononnya DSAI adalah agen Yahudi dan pada masa yang sama  memeluk APCO sebagai syarikat kesayangan UMNO.  Sungguh tercela sifat begini.

Sekiranya Najib dan UMNO benar-benar membenci Israel yang menindas umat Islam maka Israel perlu dikutuk dan syarikatnya ditendang keluar dari negara ini bukannya mengutuk Anwar.

Itulah sebabnya HARAM mengundi UMNO & BN dalam setiap Pilihanraya.  Mengundi mereka bererti Menyokong dan mengundi Israel Laknatullah yang membunuh dan menyiksa jutaan umat Islam Palestine.

Hitler pun lagi pandai laa...
Sila klik di sini

Panglima7
Read more...

UMNO Sedang Menebuk Bahtera Kemerdekaan Malaysia. Lihat Ini.!!!

Salam,

Jika UMNO & BN begitu ghairah membina hubungan dengan Yahudi Israel....dengan membuka pintu masuk kepada syarikat mereka di negara ini......RAKYAT WAJIB Menolak UMNO & BN DALAM MANA-MANA PILIHANRAYA KECIL ATAUPUN UMUM.

Kita tidak mahu dijajah oleh Israel pada suatu hari nanti......di mana jutaan umat Islam dibunuh dan disembelih hidup-hidup.  Di mana tiada siapa pun yang dapat menolong kita ketika itu.  UMNO & BN pun tak boleh tolong...kerana menjadi kerajaan Boneka kepada Israel.  Rakyat Palestine pun dunia tak boleh tolong inikan pula Rakyat Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia yang Merdeka.....kita berhak memilih pemimpin dan Parti yang tidak membahayakan Keselamatan Rakyat di negara ini.

Wahai Rakyat sekalian.....lihatlah Tulisan Adolf Hitler di atas.  Semoga menjadi pengajaran kepada kita.
Fikir-fikirkan....

Written by
Panglima7
Read more...

Uruguay Merosakkan Sukan Bola Sepak Piala Dunia

Salam,

Tindakan pemain Pasukan Uruguay menahan dan menampan bola dengan menggunakan tangan hasil tandukkan pemain Ghana betul-betul ke gawang Gol ketika masa tambahan setelah terikat 1-1 menyebabkan KONTROVERSI yang cukup besar dan hebat di seluruh dunia. 

Yang akhirnya mengheret kedua-dua pasukan ke sepakan penalti yang memunculkan kemenangan kepada pasukan Uruguay.

Pemain Uruguay yang menahan bola dari masuk ke gawang gol telah diberikan kad merah dan dibuang padang. 

Tetapi saya melihat, tindakan memberikan kad merah dan dibuang padang oleh pengadil FIFA tidak mencukupi dan memadai.  Sepatutnya pasukan Ghana harus diberikan kemenangan pada masa incident itu juga dengan mengisytiharkan kemenangan dan seterusnya layak ke Separuh Akhir menentang Pasukan Belanda.  Itulah yang sebaik-baiknya daripada mengheret pasukan ke sepakkan penalti.

Tindakan pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukan Ghana adalh tidak wajar.  Kerana tandukkan bola yang ditahan dengan tangan oleh pemain Uruguay -benar-benar tidak dapat diselamatkan lagi dari memasuki gawang Gol.  Mana mungkin sepakan penalti harus diganti dengan tindakan tidak beretika pemain Uruguay.

Mana mungkin sebuah pasukan seperti Uruguay boleh melayakkan diri ke Separuh Akhir jika pemain pasukkan ini  bermain kotor dengan penipuan yang terang lagi nyata di hadapan ratusan juta penonton seluruh dunia yang menyaksikannya.  " Damn u."

Kemenangan Pasukan Uruguay menentang Ghana 4-2 hasil sepakakan penalti setelah Seri 1-1 adalah kemenangan yang sungguh tidak bermaruah, penuh penipuan, mencalarkan imej pasukan Uruguay dan negaranya, merosakkan mutu bolasepak seluruh dunia dan pengadilan dan menunjukkan kelemahan FIFA.

Apa gunanya kemenangan jika maruah dan integriti pasukan Uruguay dipersoalkan.  Sungguh memalukan !!!

Written by Panglima 7.
UMNO dan BN pun sama.... perosak Sistem Demokrasi di negara Malaysia.
Read more...

Jul 3, 2010

Kerajaan UMNO & BN Perak Menggasak Duit Rakyat Perak. Hancur laa Perak Kalau BN Memerintah.


Dipetik dari email sahabat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIfvoiO3w0oyBLxcUNZOoEIVZkINcCTMda6sFqeDlihpDzFvocqFk7z2_TBm3U4WdEsAc5RFaH2d0MLKOUYxyiLmRRwOWyuXrRowaVIx4b1RxgxYtpBYwmLenYqk1oL00MgYezvSvgl0U/s1600-h/Ipoh-800K.jpg>


According to Malaysian Insider , Ipoh City Council confirmed that a total of RM800,000 was spent on 2 of these giant signs.

That's RM400,000 per sign. Or RM100,000 per letter.

The Pakatan Rakyat (PR) ex-state govt said that the palace proposed the signs (and proposed 4 signs rather than the current 2). PR rejected it. BN usurped the state. Signs were then built and RM800,000 changed hands.

Look... I'm no construction engineer or signage expert, so I'm just pulling assumptions out of my ass. But I'm pretty sure RM800,000 can put a lot of stuff on the slope of those hills. Even if these signs were made of virgin marble, it wouldn't cost that much. Heck.. even if they were made from virgins, it wouldn't cost that much.

So, I'm asking. PR should be asking. The people of Perak should be asking...

WHO WAS THE CONTRACTOR WHO POCKETED THE RM800,000? IS HE LINKED TO THE PALACE OR ANY POLITICIAN?


HOW MUCH LESS WOULD IT HAVE COST UNDER A COMPETITIVE TENDER?
 
Apa Kata Rakyat???

Nick Phillips said...
LOL! They should give me 200K and I can do that for them and still make a huge profit. Somebody is laughing all the way to the bank!

Anonymous said...
don't forget they have yo buy a BMW or Merc to move the signs there's one for the wife, the 2nd wife, the in laws, parents etc etc so all in all the city of Ipoh got a great deal, i mean what would happened if the contractor had a few more girlfriends or wives!!!!

prince said...
Construction QS said RM800,000 can built a luxury bungalow aredi...........or an X6-BMW SUV


Nur said...
salam
this is crazy man... makan duit kah???

Anonymous said...
Friend, to built a bungalow it will take RM35 million in Selangor like the one built by the ex-Menteri BESAR.Perhaps it is cheaper to built one in Ipoh....

sean-the-man said...
RM35m or US$10m will buy Britney Spears' house on Mulholland Drive, Beverly Hills.., with a couple million in change to throw in some panties for Britney.

Anonymous said...
Semua cepat daftar nama untuk pilihan raya. Let them know who is the boss.

GOLB said...
BN must be wasted, as simple as tat! PPL of Perak, open up ur eyes and vote! Obviously ZAM-ZAM AlakaZAM & Co. are laughing all thier f**king way to the bank!

Anonymous said...
I'm not a BN or PKR people. I think RM800k must have a good reason. In point of view,it about the value of the stone. Long lasting,carry a high prestigious for Ipoh itself. If u put RM40 signboard for your shop,how it look like? Plus the cost to put the thing the is not a simple thing, PLUS also need some share on their land.
(Lawya comments from anonymous - they must be a reason behind it.  Yes reason nak masuk duit dalam poket laa.....kalau ada rakyat mcm ni.....rosak negara)
Anonymous said...
Then you must be one of the wives to the one who is laughing his way to the bank!

Anonymous said...
If you are not one of the wives, then please let me know if you wanna put up a signboard for your shop. Then I'll be the one who laughing all the way to the bank.

Anonymous said...
SO WHAT ? SAYA BOSS (BN)

From Panglima7
Inilah padahnya mengundi UMNO & BN.  So ingat next election vote for Pakatan rakyat.
Read more...

Rakyat Tetap Bersama PR Selangor Walaupun Nampak Bergolak

Salam,

Kerajaan PR Selangor tetap di hati rakyat walaupun nampak seolah-olah bergolak.  Rakyat masih memandang PR lebih baik dari UMNO dan Barisan Nasional.  Khalid Samad 100 kali lebih baik dari Pencacai Selangor - Datuk Seri Khir Toyo yang menghabiskan wang rakyat demi kepentingan sendiri.

Walau apa pun muslihat dan propaganda UMNO dan BN, rakyat masih berdiri teguh di belakang PR Selangor.  Pentadbiran Selangor seribu kali lebih baik dari Pentadbiran Khir Toyo dari UMNO & Barisan Nasional yang penuh dengan penyelewengan dan double standard.

Memilih UMNO & BN sebagai peneraju negara menyebabkan rakyat hidup sengsara dan dibebani masalah kewangan yang hebat.  Wujudnya Along-along yang tumbuh bagaikan cendawan memberi mesej peri buruknya pemerintahan UMNO & BN dalam menjana kestabilan ekonomi rakyat.

Negara mewah dengan pertumbuhan bangunan pencakar langit tapi rakyat sengsara dalam membayar itu dan ini bagi menampung kos ketirisan sesebuah projek Kerajaan dan syarikat-syarikat Klomengrat atas nama UMNO dan BN.

Bayangkan ......Papan tanda Bandaraya Ipoh yang dipacakkan di atas bukit, di uruskan oleh Kerajaan UMNO & BN boleh menelan Belanja RM800K.  Sungguh tak masuk akal.   Inikah kerajaan yang Rakyat pilih dalam setiap kali pilihanraya umum.

Hamba akan siarkan papan tanda Bandaraya IPOH......selepas ini.  Saksikan.

Panglima7
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara