Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Dec 22, 2010

Bas Bukan lagi Suatu Pengangkutan Yang Selamat...Setuju !!

Assalamualaikum Wbr…


Nak citer sikit pasal bas di negara kita.


Kemalangan ngeri lagi sadis.

Sejak dua tiga tahun ini, kemalangan yang melibatkan bas…tidak kira bas ekspress, bas awam, bas henti-henti kerap berlaku.   Ratusan nyawa telah melayang. 

Macam-macam kaedah dan saranan dikemukakan tidak kira orang awam atau politik, namun.... satu pun tidak menemui jalan penyudahnya.  Belum pun reda kemalangan bas di Simpang Empat AlorGajah, kini berlaku pula di Tanah Tinggi Cameron.

Kata nak pasang lampu laaa......sekiranya bas membawa laju maka akan menyala laa bunyi siren dan lampu yang seakan bomba itu akan menyala.....Kononnya laa tapi sampai sekarang pun tak ada.

Kata akan letak mata-mata dalam bas ekspress bagi mengawal pemandu bas...tetapi sampai sekarang pun tiada juga.....

Kata mesti ada seorang lagi drebar gantian bagi menggantikan drebar yang memandu itu jika mengantuk.....tapi bukan semua pengusaha yang mengamalkan kaedah ini.

Ermmm.....entahlah.
Daripada kemalangan melibatkan rakyat di negara ini.......kini telah melibatkan pula pelancong-pelancong dari luar negeri....Thailand

Bas Pelanconglah bas yang paling selamat...tetapi bila ajal dah menjemput.....yang selamat pun dah jadi tak selamat.

Panglima 7.
Senang, naik kereta jer....mati pun....sendiri yang bawak.

3 comments:

Daeing Mayong said...

Setuju. Bas di Malysia adalah pengangkutan darat yang paling tidak selamat. Pertama; struktur badan bas. Teknologi terkini banyak badan bas hanya menggunakan keluli ringan dan fibreglass sebagai struktur badan bas. Bukannya kepingan besi dan keluli seperti dulu. Tak percaya pi kat bas express dan ketuk.

Kedua, bas 2 tingkat memang tidak stabil. Ada rakan yang memandu bas tersebut beraitahu bas itu mudah bergoyang. Lihat nisbah tinggi/lebar. Tak samarata. Nampak macam tinggi semacam.

Ketiga, paras tingkat bawah lebih rendah dengan paras kereta. Jadi, bila terjadi kemalangan di Ipoh (sani express) memang guardrail masuk di paras bawah melalui cermin macam pedang.

Yang lain-lainnya adalah sebab rasuah. Pemeriksaan Puspakom boleh dijualbeli. JPJ pun sama. LPKP sama. MIROS dah jadi mitos. JKRJ, JKR semua sama. Rasuah.

Sekarang ada pula SPAD (suruhanjaya pengangkutan darat) baik tukar jadi SPAM aje..

Panglima7 said...

Salam Tuan Daeing,

panjang lebar komen tuanhamba. Bila dibaca komen tuan...terkejut hamba...apa taknya..penguatkuasa yang mengawal selia perkara ini boleh dijual beli. Agaknya kalau PR berjaya tawan PutraJaya dan mengambil alih kerajaan persekutuan..Nescaya banyak penyelewengan akan akan keluar kan !!! Kuat betul rasuah yang dibawah karpet di malaysia ini. TQ for your comments..Really appreciate that!

Anonymous said...

hamba stj ngan tagline tuan hamba tu. for my opinion, hrmkanlah bus double decker kat tempt tinggi.ia hanya sesuay kat jlan landai n lurus shj...

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara