Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Dec 9, 2010

Rakyat Kena Pandai : UMNO Sudah Mula Main Wayang Kulit..


Assalamualaikum Wbr.

SPRM diibaratkan sebagai "Tukang Karut" dalam Wayang Kulit ini.

Khir Toyo dan Ling Liong Sik diibaratkan watak utama dalam Pendakwaan ini.

Apabila SPRM mula membuat dakwaan “Fraud” ke atas Khir Toyo berkenaan rumah banglo besarnya yang mengalahkan istana Zakaria Derus (Allahyarham) di Klang yang menelan harga berjuta-juta hengget, tatkala beliau menjadi menteri Besar Selangor dulu…..
Dan tatkala Peguam Negara pula sibuk menfailkan pendakwaan kes di Mahkamah dan meminta itu dan ini dari SPRM bagi menguatkan pendakwaan….
itu tandanya Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir.

Dan apabila akhbar Sinar Harian…..yang kononnya bebas….dan mengaku tidak berat sebelah serta condong terhadap mana-mana Parti Pro Kerajaan UMNO dan Pembangkang (Pakatan Rakyat)…….Tiba-tiba…. Mulai banyak menyiarkan serangan dan kecaman di muka hadapan akhbar itu terhadap Pakatan Rakyat…..itu menandakan bahawa air tuban pilihanraya umum dah mula pecah….hahaha
Akhbar ini akan menjadi sesumpah yang akan menukar kulitnya menjadi seakan-akan bendera UMNO.....percayalah cakap aku ini.  Aku dah masak dah dalam hal hal sebegini.

Janganlah nak berselindung lagi laa…..nak dekat pilihanraya barulah nak mulakan pendakwaan di mahkamah ke atas kes-kes yang sangat berprofil tinggi ini……barulah nak tunjuk kat rakyat bahawa sesungguhnya kerajaan UMNO dan BN adalah telus…..sedangkan sudah bertahun- tahun kes ini tersadai di bawah karpet SPRM.

Heiiii…kalau budak kecik dah berumur 6 tahun dah weii…dah masuk pra sekolah dan boleh membaca dan mengira weii.

Baru sekarang Kerajaan UMNO nak dakwa Tun Ling Liong Sik….yang didakwa menipu Kerajaan Malaysia ….hehehe geli ketiak aku..   Baru sekarang nak dakwa.....Apsal tak suruh Sultan tarik aje balik gelaran Tun kat penyangak wang ini……

Tipu rakyat dan kerajaan Malaysia berjuta-juta hengget tapi layanan ke atas beliau.....macam tuan.  Di mana Ketuanan Melayu ko...???

Ini semua hanya wayang kulit UMNO dan BN menjelang Pilihanraya Umum ke 13.

SPRM menjadi ”Tok Karutnya” manakala Khir Toyo dan Ling Liong Sik menjadi ”ukiran buluh kayunya” yang menari-nari....dan Peguam Negara menjadi ”skripnya”  dan rakyat menjadi penontonnya.   Ermmm...hampeh!!

Panglima7

2 comments:

Amy Syaquena said...

As'salam...

amy datang menziarah panglima, amy x tahu nak komen apa tapi apa yang boleh amy katakan kat sini semoga orang2 umno sedar dan kembali ke pangkal jalan...

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Amy....Terima kasih kerna sudi membaca dan memberi komen.....Mudah-mudahn orang2 UMNO sedar dan kembali kepada ajaran Islam yan sebenar. aaminn.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara