Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Dec 16, 2010

TG Nik Aziz Bersih Dari Rasuah.

Assalamualaikum Wbr....

Dengan terkeluarnya hasil siasatan ini dari sekutu-sekutu UMNO (SPRM) dengan sendirinya mulut-mulut busuk UMNO telah di spray dengan pewangi pewangi Febrezee di mulut masing-masing....hahaha !!!

Nik Aziz bebas rasuah
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup dua kes berprofil tinggi membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dakwaan menerima tajaan sebanyak RM65,000 oleh sebuah syarikat swasta untuk mengerjakan haji pada awal tahun lalu. 

Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil berkata, SPRM turut mendapati Nik Abdul Aziz bebas daripada tuduhan salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). 

“Hasil siasatan SPRM dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail mendapati tiada sebarang tuduhan boleh dibuat kerana Nik Abdul Aziz tidak pernah meminta pembiayaan kos tersebut malah tidak melaksanakan haji pada hujung tahun lalu. 

“Manakala pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi lebih kepada pertukaran nama jawatan iaitu daripada Ketua Pegawai Operasi kepada CEO PMBK,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat PPO bersama SPRM semalam. 

Menurutnya, dalam enakmen PMBK Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa penuh untuk melantik pegawai dan kakitangan PMBK. 

“Bagaimanapun, SPRM mendapati wujud kelemahan dalam sistem pentadbiran berhubung pelantikan pegawai kerajaan negeri yang menyebabkan tatacara pelantikan boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu. 

“PPO meminta SPRM menasihatkan semua Kerajaan Negeri supaya membuat penambahbaikan dalam sistem pentadbiran yang telus untuk mengelak konflik berkepentingan berlaku,” katanya. 

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz didakwa menerima pakej mengerjakan haji sebanyak RM65,000 oleh pemilik sebuah syarikat pada 2009. 

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan terdapat bukti baru dalam siasatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan bekas Pengerusi Eksekutif Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli. 

“Memang terdapat bukti baru dan dakwaan mengatakan SPRM tidak membuat siasatan terhadap Tajuddin adalah tidak benar kerana ia masih dalam siasatan. 

“Kita tidak boleh dedahkan apa-apa kerana ia masih dalam siasatan kerana terdapat saksi-saksi baru dan berharap mereka dapat tampil ke hadapan supaya kes ini dapat diselesaikan,” katanya. 

Tajuddin didakwa menyebabkan kerugian MAS sebanyak RM8 bilion semasa menerajuinya pada tahun 1994 hingga 2001. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, SPRM turut tidak meneruskan pendakwaan terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong kerana didakwa tidak mengisytiharkan dirinya sebagai Pengarah dan mempunyai pegangan saham dalam sebuah syarikat.


Panglima7
Alhamdulillah...Tok Guru Nik Aziz Bersih dari segala bentuk macam rasuah dan penipuan.  Takbirrr...!!! Hidup Islam..Hidup TG.

2 comments:

ika~~ said...

Mmg tak pernah sy ragui bnda ni
Tok guru adalah contoh pemimpin terbaik di Malaysia kini..:)

Panglima7 said...

Salam Ika...
TG Nik Aziz contoh kepimpinan Ulama yang ada di dunia ini.
Beginilah contoh ketua negeri yang tidak kaya seperti Khir Toyo walaupun TG dah 20 tahun memimpin Kelantan.
Khir Toyo baru 6 tahun dah ada Istan Mewah berharga 3.5 juta.

Ika..jangan lupa untuk daftar nama sebagai Pemilih bagi Pilihanraya yang ke 13 nanti.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara