Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Dec 13, 2010

Seorang Ahli Ibadah Bernama Isam Bin Yusuf

Assalamualaikum Wbr..

Dalam suasana hidup dan mati juga kecemasan akibat perang....solat tidak ditinggalkan.  Bagaimana dengan kita yang aman....hanya syaitan yang perlu dilawan. (gambar hiasan)


"Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

> * Bertaubat

> * Menyesali dosa yang telah dilakukan

> * Tidak tergila-gilakan dunia

> * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

> * Tinggalkan sifat berbangga

> * Tinggalkan sifat khianat dan menipu

> * Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

> 1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

> 2..Syurga di sebelah kananku,

> 3.Neraka di sebelah kiriku,

> 4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

> 5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Panglima7
Kiriman Sahabat.

4 comments:

Daeing Mayong said...

salam,

Satu pengajaran yang membawa motivasi untuk mempertingkat dan memperbaiki ibadah kita yang serba kekurangan lebih-lebih dari aspek rohaniahnya.
Syabas dan teruskan usaha membongkar rahsia-rahsia kehidupan.

Aku Dan Teksi said...

Salam sahabat panglima,ibadah kita jika di bandingkan dengan cerita di atas jauh pangang dari api.
Semoga Allah sentiasa,menunjukan jalan yang benar...Aminn.

Amy Syaquena said...

As'salam...

satu pengajaran yang membawa motivasi terima kasih panglima

MOH KEMBARA said...

Salam Pang5 7, semoga kita semua dpt manfaat dr entry ni, InsyaAllah dan Amin. Syukran!

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara