Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Dec 16, 2010

Pandikar Amin Gantung AP PR Untuk Dapat Majoriti 2/3 di Parlimen.

Assalmualaikum Wbr...

Pandikar Amin

Suatu permainan UMNO dan BN yang sangat jahat dan tidak bertamadun HANYA bagi mendapatkan 2/3 majoriti UMNO & BN di Parlimen, maka Pandikar Amin dan Nazri Aziz menjalakan usaha terancang, menyalahgunakan kuasanya dengan sewenang-wenangnya menggantung 3 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi menghidupkan peluang dan talian nyawa kepada  UMNO BN mengubah sebarang bentuk akta atau Persempadanan semula kawasan pilihanraya  sebelum Pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Penyalahgunaan Kuasa di Parlimen perlu dibantah dan di protes oleh rakyat.........Kalau dirasakan perlu...Rakyat Perlu Berarak di Jalan-Jalanraya Seluruh Negara bagi membantah penyalahgunaan kuasa oleh Speaker Dewan UMNO BN ini.


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) semalam membantah tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bersetuju dengan keputusan majoriti untuk menggantung tiga ahli Parlimennya selama enam bulan. 

PR mendakwa tindakan untuk gantung tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang boleh memberi Barisan Nasional (BN) majoriti dua pertiga untuk sesi akan datang. 

Dewan Rakyat gempar apabila tiga lagi Ahli Parlimen PR diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan. 

Usul tersebut diputuskan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa. 

Azmin berkata, keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung Ahli Parlimen PR. 

Menurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan. 

”Semalam mereka mahu menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Karpal Singh, tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok (hari ini). 

”Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. 

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, jika Speaker menggantung empat Ahli Parlimen selama enam bulan, bermakna Barisan Nasional (BN) seolah-olah mendapat semula kuasa majoriti dalam dewan. 

Katanya, secara automatik empat Ahli Parlimen berkenaan terlepas peluang untuk menghadiri sidang Parlimen selama dua penggal. 

”Peluang ini boleh digunakan oleh BN untuk buat apa-apa pindaan, termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, semalam. 

Sementara itu, Mohd Nazri menyifatkan dakwaan ahli Parlimen PR bahawa penggantungan itu untuk memberi BN peluang meminta perlembagaan sebagai tidak berasas. 

Karpal Singh dan Sivarasa adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar Parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.

4 comments:

Anonymous said...

mengajar rakyat untuk sombong dan bongkak bila ada kuasa.

Anonymous said...

Mereka merancang, Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah. Jika mereka boleh gantung 4 MP, tidak sukar bagi Allah untuk melenyapkan hatta 20 MP. Hanya Allah sebaik-baik perlindung dari kerakusan UMNO/BN. Semoga Allah membinasakan UMNO/BN dengan sehabis-habis kebinasaan.

Amy Syaquena said...

As'salam panglima..

Amy x tahu nak komen apa sebab bukan pandai sangat bab2 politik nie.. semoga panglima sihat ye..

Panglima7 said...

Salam...Perancangan Allah jua lah yang maha hebat. Benar kata Anonymous. Mudah-mudahan UMNO dan BN lenyap selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti. "Aaminn". InsyaAllah masin mulut kita nanti.

Salam Amy.
Tak komen tak mengapa. lama-kelamaan nanti Amy faham dah pandai lah...Terima kasih doakan hamba. Semoga Amy juga sihat dan riang gembira selalu di samping keluarga. "Aaminn"

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara