Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Dec 26, 2010

Isu Felda : UMNO Buat Counter Attack.

Assalamualaikum Wbr....

Berikutan isu Peneroka menyaman Felda.....dan isu Felda Bangkrap.  UMNO menerusi PM..mula menyusun strateginya dengan membuat bayaran bonus kepada Peneroka Felda dengan anggaran seorang Peneroka berjumlah RM400 hingga RM1200 hengget.   Alaaa......RM400 hengget apa yang ada....jika nak dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Felda terhadap peneroka.  Bonus beberapa hengget ini...hanyalah buat membeli Undi Peneroka-Peneroka Felda....dalam Pilihanraya di DUN Tenang....hujung Januari ini juga Pilihanraya Umum yang akan datang.

Di harapkan......Peneroka Felda tidak tertipu dengan pemberian bonus Insentif pada awal Januari nanti.  Semuanya ada makna sebenarnya...bukan diberi percuma.  kalau tak ada pilihanraya terdekat ini dah tentu...lenyap dan hilang begitu sahaja bonus ini.

Panglima7

Peneroka Felda dapat bonus

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak :(gambar): berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda. 

Beliau berkata, kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil. 

“Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara. 

“Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Najib berkata, peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini. 

“Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 17 tan/hektar ke atas. 

“Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada yang menghantar hasil melebihi 1,400kg/ hektar,” katanya. 

Beliau berkata, bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 30,611 orang manakala 61,170 yang sedang menanam semula bersama Felda akan menerima bayaran maksimum RM1,200 seorang. 

“Tahun ini, Felda turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula. 

“Ini termasuk juga kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan. Termasuk juga dalam kategori ini ialah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain,” katanya. 

Kira-kira 2,000 peneroka terlibat dalam kategori pertimbangan khas itu dan kadar yang diberi kepada peneroka terlibat adalah sebanyak RM400 seorang, katanya. 

Najib berkata, seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang ditetapkan. 

Selain itu, katanya peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini. 

“Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing. 

“Saya juga ingin mengajak semua peneroka untuk menyertai program bersama dengan Felda selaras usaha berterusan dilaksanakan oleh agensi tersebut bagi meningkatkan pendapatan mereka melalui penyelidikan dan khidmat nasihat yang disediakan,” katanya. - Bernama

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara