Assalamualaikum wbr.....
Sekarang ini sibuk dengan citer pasal Ketuanan Melayu oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Kalau hidup jadi Tuan yang kaya, hidup mewah dan Rumah Besar macam Khir Toyo...takpe laa jugak. Tengok rumah Khir Toyo kat bawah nie....baru layak panggil tuan.
Ini hidup macam dalam gambar bawah ini....nak jadi tuan apa ke jadah nyer...!!!
Kononnya kita jadi Tuan di negara ini.....tetapi rata-rata orang Melayu hidup susah.... Orang UMNO buat orang Melayu lagi Hidup Susah....Nak berniaga..di kaki lima asyik kena peras dengan Pihak Berkuasa Tempatan....kena kejar dengan Majlis Perbandaran...kena rampas barang2 perniagaan. Kasihan orang Melayu. Orang Cina yang tak jadi Tuan duk senang lenang berniaga di Rumah-rumah kedai. Tak jadi tuan pun dia orang dah macam Tuan.
Tak dapat berniaga....ramai orang Melayu beralih pula kepada kerja makan gaji. Kerja pulak jadi kuli dengan orang India dan Cina.....Bila nak cari kerja.." bahasa Mandarin is an advantage"...camner !!! Tapi orang UMNO kata kita jadi Tuan....!!!. Ape citer UMNO nie...!!! Tuan hanya di bibir pemimpin UMNO sahaja. Mereka yang hidup senang. Bergelumang dengan wang...wang...wang....wang...sampai dapat beli rumah dan Istana macam Khir Toyo di atas tuu...
Tapi yang realitinya.....Tuan yang tak serupa Tuan.....ramai Melayu duduk flat, rumah kecik, sempitlah pulak.....gaji kecik, paling ramai naik motor....bangsa lain naik kereta,
Bila eksiden...yang ramai mati adalah Melayu....tiap-tiap bulan asyik kena kejar dgn org Cina...Ah long untuk bayar hutang..... minyak naik 5 sen pun orang Melayu dah susah dan duk bising......tapi masih lagi duk sokong UMNO. Dah separuh abad UMNO perintah Malaysia...orang melayu tak senang-senang hidupnya juga...Mana taknya... rasuah sana sini.
Tengok rumah bangsa yang bukan Tuan di negara ini....yang bukan pegang kuasa di negara ini....paling koman pun rumah teres dan rumah banglo dia orang duduk...siap ada tanah lagi.
Dan tengok pula rumah orang Melayu yang menggelarkan diri mereka tuan....Jadi ...Apa ada pada nama dan perkataan Tuan!!! Ada make sense ke ???
Yang sebenar-benarnya tuan adalah untuk Sultan dan Raja-Raja Melayu......
Nak lagi benar lagi ialah.... Tuan adalah untuk ”Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan”. Itu baru lah Tuan....hehehehe.
Panglima7
Hamba bukan Rasis...cuma nak compare ajer....Tapi UMNO cakap...memang tak serupa bikin.
Kalau takde rasuah, penyelewengan dan ketirisan dalam pentadbiran dan parti....Orang Melayu dah lama hidup senang dan tak dibebani dengan Tol, Cukai, Kenaikan harga barang-barang keperluan, minyak, gas, rumah dan beribu-ribu macam lagi. Pegang Kuasa pun Orang Melayu...masih hidup susah dan lagi susah jugak.
Kalau takde rasuah, penyelewengan dan ketirisan dalam pentadbiran dan parti....Orang Melayu dah lama hidup senang dan tak dibebani dengan Tol, Cukai, Kenaikan harga barang-barang keperluan, minyak, gas, rumah dan beribu-ribu macam lagi. Pegang Kuasa pun Orang Melayu...masih hidup susah dan lagi susah jugak.
1 comment:
sangat bertepatan....
Post a Comment