Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

May 17, 2011

Biru Mata Hitamku.

Assalamualaikum Wbr.


Ketahuilah olehmu Sahabat.....Kita pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini.
Sesungguhnya....suatu hari nanti....kita pasti, dan pasti dan pasti... masuk ke dalam kubur.
Setelah merasai sakitnya mati.....kini kita merasai pula akan dahsyatnya....alam kubur.
Kita sendirian dan keseorangan di dalam liang kubur yang sempit.  Itulah dia... Alam Barzah.
Itulah alam yang selalu kita melupakan.

Tiada lagi tilam yang empuk lagi enak......Tiada lagi bantal peluk untuk didakap.
Tiada lagi isteri atau suami untuk menghangatkan malam....yang kedinginan.
Segalanya panas di sini......segalanya gelap....segalanya tanah.

Nunnn...jauh di sana ku dengar derap-derap kaki menghampiri....
Siapakah itu....Cemas betul aku.
Terlihat olehku.....kilauan cahaya.....semakin lama semakin besar.
Bagaikan halilintar membelah bumi.....bahkan jauh lebih hebat lagi.....

Biru Mata Hitamku....belum sempat ku berpaling......muncul Munkar dan Nakir di sisi.
Seorang di kepala......seorang di kaki.
Lantas aku didudukkan mereka seperti dalam tahiyat solat.....di dalam lahad kuburku.

AllahuAkbar.....Sudah Mati rupanya aku.

Panglima7.
Kita akan didudukkan di dalam liang lahad yang kita baring....seperti dalam keadaan Tahiyat (Solat) bagi menjawab soalan Munkar dan Nakir.  Memang biru mata hitam kita pada waktu itu dek kerana gerunnya akan soal jawab kubur.
Kalau ikut logik akal...mana mungkin kita dapat didudukkan di dalam liang yang setinggi 1 1/2 kaki dalam keadan tahiyat.  Itulah Islam.....tidak dapat difikirkan dengan logik akal semata-mata.  Kita perlu beriman dengan Hari Kemudian dan perkara yang ghaib.  Seperti Nabi Isa....yang dijadikan oleh Allah dari lebihan tanah dari penciptaan Nabi Adam a.s.

Persiapkan oleh diriku dan dirimu sahabat....
Jangan cepat dan sibuk mempercayai fitnah seks DS Anwar....Tiada 4 saksi yang dapat kamu bawakan di Mahkamah dunia dan di hadapan Mahkamah Allah nanti.
Kelak dirimu Bangkrap / Muflis di akhirat.  Takutilah akan Azab Allah yang tak terperi sakitnya.

Dari Abu Hurairah RA, Sabda Nabi saw yang bermaksud: "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi. Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;
Ertinya : Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekod kau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Wallahualam.

3 comments:

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum, semoga tak lalai dgn dunia. Ingatlah mati selalu...tima kasih berkongsi entry ni Yob.

Anonymous said...

alangkah baiknya jika setiap entry tidak dikaitkan dengan isu politik..saya suka blog ini kerana sentiasa mengingatkan saya pada Allah tapi bila terselit isu politik saya rasa kecewa..

Panglima7 said...

Assalam tuan. Hamba dulu pun sama seperti tuan..tidak suka agama dicampuradukkan dgn politik. Tetapi Alhamdulillah, apabila Panglima mengaji dan mengaji...sungguh dalam Islam, kita tidak dapat lari dari politik. Terpulanglah pada saudara..mahukan yg mana. Demi Allah, Islam mmg tidak dapat dipisahkan dari politik. Jika dipisahkan..maka pincanglah ia. Justeru itu...setiap entry hamba tidak dapat lari dari membicarakan politik. Politik adalah perjuangan dan siasah dalam menegakkan islam. Jikalau tiada politik dalam Islam..tidak akan tertegak Negara Islam di Madinah oleh Nabi Muhammad SAW. Jikalau tiada Politik...umat Islam tiada kuasa dan mampu untuk menguatkuasakan undang-undang kepada umatnya agar patuh kepada perintah Allah dan rasul...tiada mampu untuk menghalang kezaliman dan kemungkaran. Jikalau Islam tiada politik...umat Islam akan dihina dan ditindas seperti hari ini.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara