Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Dec 31, 2008

Pengerusi SPR : Lepas Bersara Meludah Pula.

Assalamualaikum Wbr.

Biasanya apabila seseorang itu mula bersara, mereka tidak mahu diganggu. Inginkan kedamaian dan tidak mahu terlibat dalam apa-apa yang mengikat kebebasan yang mereka kecapi sekarang.

Lain pula halnya dengan Pengerusi SPR kita nie......Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mencabar pemimpin pembangkang kononnya akan mengambil tindakan undang-undang berupa saman kerana menfitnah beliau sepanjang menerajui suruhanjaya itu.

Kenapa tak saman atau ambil tindakan undang-undang ketika menerajui SPR ???? Pelik kan.!!!

Beliau berkata lagi, semua bukti akan dikumpulkan dan beliau tidak menolak keungkinan ada ahli parlimen yang akan hilang kerusi nanti.

Wah..!! sombong dan takburnya lepas sehari bersara ya.

Kalau benda ini bersifat peribadi....Saya syorkan Tan Sri Rashid masuk politik laa...atau tubuh Parti lain kalau benar dia tak bukan penyokong UMNO.

Wallahualam
Panglima7
Read more...

Dec 30, 2008

Parlimen K.Terengganu : Ngapa Nenek Tarik Diri dari Bertanding Tiket Bebas ???

Assalamualaikum Wbr.

Agak terkejut juga mendengar berita dari corong radio hari ini yang melapurkan bahawa Calon Bebas Pn. Maimun Yusof 89, akhirnya menarik diri dari bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Kenapa jadi lagu tu...? Itu hari berkobar-kobar semangat.

Isyyhh..!!!
Mungkin...Tak dapat cukup duitkah atau bayaran kurangkah dari pihak-pihak tertentu....

Tentunya ada sebabnya kan? kalau tak ada angin masa kan pokok beroyang.

Berikan komen atau pendapat anda atau anda sendiri tahu apa sebabnya "Mengapa nenek tersebut menarik diri.???

Wallahualam.
Panglima 7
Read more...

Mengapa Takut Hudud ? Ini Hukum Untuk Orang Islam. Orang Bukan Islam Terkecuali.

Assalamualaikum wbr.

Memandangkan isu hudud makin panas menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, sukacita dimaklumkan di sini kepada mereka yang bukan Islam juga ahli-ahli UMNO yang menentang hukum hudud agar merenung kembali kepada hukum yang datangnya dari Tuhan kamu yang juga Tuhan aku, Tuhan kepada seluruh Manusia iaitu Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta Ini.

Apabila disebut akan hukum hudud yakni Hukum Islam, maka perlaksanaan undang-undang ini tidak lari dari dikenakan ke atas umat Islam sahaja. Bagi yang bukan Islam, undang-undang ini dikecualikan MELAINKAN jika orang bukan islam itu sendiri yang memilih untuk diadili berdasarkan undang-undang hudud.

Justeru itu, apa yang sangat ditakutkan, dirisaukan dan ditentang oleh mereka dari kalangan bukan Islam. Hukum ini tiada kena mengena dengan mereka malah hukum ini menjaga dan menyelamatkan keselamatan diri mereka, harta benda, maruah, keturunan, jiwa raga dan ahli keluarga mereka dari kejahatan dan pengainayaan manusia.

Bagi yang bukan Islam, kita fahamlah mengapa mereka menentang hukum ini, tapi yang susah nak faham dan tambah membingungkan ialah mereka yakni UMNO dan para penyokongnya yang pagi petang siang malam menyembah Allah pun menentang hukum yang datang dari tuhannya sendiri.

Mereka beriman sebahagian dan menolak sebahagian. Pengabadian yang tidak 100%.

Wallahualam.
Panglima 7.
Read more...

Dec 29, 2008

Mengenal Islam - Pendahuluan

Assalamualaikum Wbr.

Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam.
(QS. 3:19)

Pendahuluan

Islam berasal dari kata "aslama" ertinya tunduk, menyerah diri.
Dalam Al-Quran digunakan beberapa kata yang memiliki akar yang sama, yaitu :
- silm (damai, 2:208),
- aslama (menyerah diri, 3:83),
- istaslama (penyerahan total, 4:65),
- salim (suci, 25:89),
- salaam (sejahtera (39:73).

Jadi, Islam merupakan agama yang mengajarkan perdamaian, penyerahan diri kepada Allah, kesudian, dan kesejahteraan.

Secara istilah, Islam merupakan agama yang diturunkan Allah, bersumber Al-Quran dan Sunah Rasul, baik berupa perintah, larangan dan petunjuk kebaikan umat manusia dunia dan akhirat. (Versi Majelis Tarjih Muhammadiyah)

Sumber Ajaran IslamSumber ajaran Islam, baik dalam mempelajari, mengkaji dan mengamalkan adalah :
Al-Quran
Sunah Rasul (Hadits)

Sebagian ulama menambahkan dengan Ijma’ (kesepakatan para ulama) dan qiyas (analogi). Sedang ulama lain menganggapnya bagian dari metode dalam ijtihad, disamping metode lain.

Charactristic Ajaran Islam

Islam memiliki karakter khas, yang menjadi ciri-cirinya, di antaranya :

1. Islam merupakan agama universal untuk seluruh umat manusia, bahkan untuk jin dan seluruh alam (34:28, 21:107 25 ;1, 7:178)
2. Islam merupakan agama untuk sepanjang zaman, berlaku hingga akhir zaman (33:40)
3. Islam merupakan agama yang sempurna,mencakup seluruh aspek kehidupan baik aspek lahir, batin, pribadi maupun masyarakat. (5:3, 6:38, 6:115)
4. Islam merupakan agama fitrah. Sesuai dengan fitrah manusia (30:30), tidak bertentangan dengan fitrahnya.
5. Islam merupakan agama ilmu. Islam menjunjung tinggi ilmu (14:1, 35:28)


Struktur/Aspek Ajaran Islam
Secara garis besar, ajaran dikelompokan ke dalam 3 aspek :

Aqidah, yang berhubungan dengan masalah keimanan atau keyakinan

Syariah, yang berhubungan dengan masalah hukum, baik ibadah maupun muamalah

Akhlaq, yang berhubungan dengan masalah moral, etika, budi pekerti, sikap lahir/bathin.

Ketika aspek tersebut bisa dibedakan namun merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Aqidah harus diwujudkan dengan melaksanakan syariah dan bertindak sesuai akhlaq Islam. Syariah juga harus dilandasi oleh aqidah dan dilaksanakan sesuai akhlaq Islam. Kita tidak boleh hanya mementingkan salah satunya saja.

Secara ringkas kaitan antara ketiganya adalah :

Aspek Ilmu yang mempelajari Manifestasi
Aqidah Ilmu Aqidah/Aqa'id Iman
Syariah Fiqh Islam
Akhlaq Tasauf/Ilmu Akhlaq Ihsan

Kewajiban kita terhadap Islam
Mengimani kebenaran Islam (2:23, ), tidak menolak meski hanya sebagian (

Mengilmui (mempelajari ajaran Islam (9:122, 47:24)

Mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan menurut kemampuan(2:208, 2:286)

Mendakwahkan dan memperjuangkannya (3:104,110)

Wallahualam.
Read more...

Dec 28, 2008

Kini Giliran Khir Toyo Untuk Dikutipkan Derma.

Assalamualaikum wbr.

Umum sudah tahu, Khir Toyo dan Utusan disaman 30 juta oleh MP Seputeh yang Sassy iaitu Teresa Kok. Maka berlumba-lumbalah cawangan Umno seluruh negara mengutipkan derma untuk Utusan Malaysia bagi mempastikan utusan akan terus hidup.

Tapi bagaiman dengan Khir Toyo ??? Takkan takde sesiapa atau mana-mana Bahagian UMNO yang nak kutip derma untuk Si Pembela Melayu nie....siapa lagi kalau bukan Khir Toyo. Jasa beliau yang membela melayu ni bukan calang-calang..... Kalau utusan boleh dibela mengapa tidak si pembela melayu ni, yang memang hidup sekarang ini dan ingin terus hidup. Bekas Menteri Besar Selangor tuu....!!!

Belum pun selesai isu saman Teresa Kok timbul pula isu penduduk Desa Kerayong yang menyaman Khir Toyo sebanyak RM14 Juta disebabkan projek perumahan yang terbengkalai. Apa dah jadi Khir ???

Sila Klik Khir Toyo Disaman 14 Juta oleh Penduduk Desa Krayong Di Kuala Selangor.

Klik lagi ke Laman Web Anti Khir Toyo.

Wallahualam
Panglima7

Kalau takut bermain ombak
Jgn berumah ditepi pantai
Read more...

Dec 26, 2008

Seruan Sertai PAS Berlagu Merdu Di Dataran Shah Alam - Sabtu 27hb Disember 2008

Assalamualaikum Wbr.

Masa telah tiba pada mereka-mereka yang masih tidak berparti - Muslim or non muslim, Tak kira apa pun bangsa atau keturunan atau pada mereka yang masih tidak tahu untuk menyertai parti mana, atas pagar, atau ahli-ahli UMNO juga ahli-ahli parti yang sewaktu dengannya untuk menyertai PAS.

Inilah masanya untuk menyertai parti yang benar-benar memperjuangkan ISLAM dan keadilan untuk semua bangsa dan juga kaum bukan sahaja dalam kehidupan seharian tetapi juga dalam semua aspek kehidupan dan pemerintahan, mudah-mudahan kita semua berjaya dan selamat dengan kehidupan di dunia dan juga di akhirat.

Presiden PAS, DS TG Haji Hadi Awang akan merasmikan Kempen Jom Sertai Pas pada 27hb Disember, Sabtu Jam 3:00petang di Dataran Shah Alam. Datanglah beramai-ramai dengan azam baru dan Parti Baru.

Panglima7,
Tekadkan Azam Untuk Tahun Baru & Dengan Parti Baru.
Read more...

Gajah Penakut Menjadi Berani - Tunggu 15hb Februari 2009

Assalamualaikum wbr.

Telah banyak pihak mempertikaikan kewajaran Kerajaan BN mengekalkan pengajaran Subjek Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris. Idea asal perlaksanaan ini datangnya dari Tun Mahathir dalam era pemerintahannya dahulu.

Walaupun telah hampir 6 tahun Tun Mahathir berada di luar kabinet negara dan sering dikritik oleh kawan mahupun lawan namun bab pengajaran subjek Sains & Matematik ini mengapa masih UMNO atau kerajaan pertahankan? Jangankan orang Melayu yang merasa resah dengan subjek ini bahkan kaum Cina juga tidak selesa.

Telah banyak bantahan diketengahkan tapi kerajaan seakan ingin memiliki telinga yang tebal. Jadilah telinga kuali....besar dan capang. Dengarkan kami.

NGO iaitu GAPENA yang pernah digelar Gajah Penakut suatu ketika dahulu, akhirnya menjadi berani pula kali ini untuk membuat perhimpunan (bahasa lembut) dalam bahasa kasarnya demonstrasi laa..pada 15hb Februari ini bagi membantah perlaksanaan pengajaran subjek Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Saya tak nampak kebaikkan subjek ini dalam bahasa Inggeris. Pada saya, kalau iya nak menjadi baik dalam bahasa Inggeris, belajarlah bahasa Inggerisnya. Bukannya dengan belajar Matematik & Sains dalam bahasa inggeris anda akan menjadi hebat dalam bahasa Inggeris dan sekaligus akan hebat dalam Matematik dan Sains.

Ubah kaedah atau Methodology pengajaran dalam bahasa Inggeris, analisis dan analisa mengapa pelajar Melayu tak mahir dalam Bah. Inggeris. Bagi penekanan khas dalam bahasa Inggeris ini. Gunakan semuanya apa yang ada sehabis-habisnya, apa jua dari segi audio, video, Cd , visual, TV dan apa benda dan bentuk lagi bagi membantu Melayu mahir dalam bahasa Inggeris. Be extra ordinary la...

Matematik perkara lain, Bahasa pula perkara lain. Orang Melayu ni, rata-ratanya memang kedua-dua subjek mereka lemah. Kalau dicampurkan keduanya untuk dipelajari dan dimahirkan.....saya rasa akan menjadi lebih lemah.

Mungkin saudara ada jawapan atau komen yang tersendiri kot!

Wallahualam.
Panglima7

Kasihan tengok Guru-guru Matematik & Sains yang tak mahir dalam bahasa Inggeris, terkulat2 dengan broken Inggerisnya depan murid-murid.
Read more...

Dec 23, 2008

Isu Hudud : Apa Disebalik Perlaksanaannya.

Assalamualaikum wbr.

Nampaknya isu pilihanraya kecil Parlimen KT dihangatkan lagi dengan isu Hukum Hudud. Najib Tun Razak mencabar supaya hukum hudud dilaksanakan dulu di Kelantan di bawah pimpinan Pas lantaran kenyataan Datuk Husam Musa yang Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya diberi mandat memerintah negara.

Sebenarnya isu ini dah lama berkumandang atau dah lama diapi-apikan oleh UMNO dan BN sejak Pas memerintah Kelantan lagi hingga la ni. Dah lebih 20 tahun dah. Ini bukan isu baru. Saya rasa.... ramai yang dah maklum akan kisah sebenar disebalik perlaksanaan ini.
Bagi yang belum maklum lagi....ceritanya macam ni. saya pun bukan mahir sangat. Pada yang mahir bole tambah dalam komen dibawah nanti.

Ok. Negara merupakan tulang belakang dalam membuat sesuatu dasar. Manakala negeri merupakan cabang yang berfungsi sebagai anggota badan kepada negara tadi. Walaupun beberapa negeri di dalam Malaysia ini milik atau diperintah oleh Pembangkang, sesuatu dasar atau hukum tidak boleh dibuat tanpa pengetahuan atau dirujuk terlebih dahulu sebelum diluluskan oleh kerajaan pusat. Siapa Kerajaan Pusat sekarang??? Rasanya laa.....Kerajaan BN nak luluskan ke??? Kalau saya tak silap Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor pernah menghantar / memohon agar Hukum Hudud ini diluluskan untuk dibahaskan di parlimen kepada Bekas PM Tun Mahathir Mohamed. Tapi apa yang beliau dapat hanyalah penghinaan terhadap hukum Islam itu sendiri.

Lagi Contoh mudah. Nak buat rapat umum, ceramah atau demonstrasi, mesti mendapatkan permit dari Polis. Kalau tak, perhimpunan tersebut akan dipanggil perhimpunan haram. Tetapi malangnya, apabila permit cuba dipohon atau diminta oleh pihak penganjur ianya tak pernah diluluskan oleh Pihak Polis ini.

Kemudian Pihak Polis cuba untuk menggagalkan rapat umum, ceramah atau demontrasi yang bakal berlangsung ini kononnya tidak ada permit. Hantar FRU untuk menyuraikan demontrasi, tak cukup dengan itu tembak dengan water canon. Apabila dah belasah rakyat marhaen, cabar Penganjur agar pohon permit.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, permohonan permit dibakulsampahkan.

Begitu jugalah dengan hukum hudud ini. Dalam surat khabar boleh lah cabar Pas laksanakan hukum hudud....tapi bila diparlimen semuanya kecut. Semuanya tak berani nak luluskan. jangankan nak luluskan, nak bahaskan pun tak berani.

Panglima7
Read more...

Dec 22, 2008

2009 – Tiada Bonus Untuk Swasta - Cabaran Besar Kepada Ekonomi Negara -

Assalamualaikum wbr.

2-3 bulan kebelakangan ini, banyak syarikat-syarikat besar di negara ini mengeluh kerana mengalami penurunan hasil jualan dan bisnes yang sangat drastik. Permintaan yang kurang dan banyak produk yang tidak dapat dijual. Kalau syarikat besar sudah mengeluh bagaimana pula nasib syarikat-syarikat kecil mahupun sederhana atau yang lebih kecil iaitu enterprise.

Kalau dulu pada tahun 1997, iklim kewangan dan ekonomi negara masih dapat diramal akan kepulihannya, tetapi kali ini melibatkan dollar Amerika di mana seluruh dunia mengalami kesan terjejas yang menyeluruh.. walupun Kerajaan BN(Malaysia) menafikan..

Ada diantara syarikat- syarikat di negara kita sudah mula menjalankan kerja 3 kali seminggu dan 4 kali rehat, ada kerja ada gaji, tak kerja tiada gaji. Especially kepada pekerja Indonesia dan Bangladesh yang mereka ambil sebagai pekerja kontrak bagi menjimatkan kos.. Manakala pekerja-pekerja tempatan, syarikat-syarikat telah mula membayangkan untuk melaksanakan VSS . (Perberhentian Kerja Secara Sukarela).

Di syarikat yang saya bekerja, pihak majikan telah mengeluarkan memo hari ini kepada regional company in South East Asia, agar segala bonus (gaji yang ke 13) dibekukan pada tahun hadapan sehinggalah ekonomi pulih semula. Ini bermaksud tiada bonus untuk semua pekerja sehinggalah ekonomi pulih. Bila pulih ??? Tak tahu lagi – setahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun atau ….tidak dapat dipastikan.

Manakala bonus prestasi melalui KPI (Key Performance Indicator) akan dipertimbangkan dan hanya diberikan kepada individu-individu yang tertentu atau terpilih sahaja bergantung kepada budi bicara syarikat. Bukan kepada semua sedangkan KPI untuk semua. Begitu juga dengan kenaikan tahunan – akan dipertimbangkan.

Pada hemat saya, apa yang dilakukan oleh syarikat ini tentunya setelah mendapat khidmat nasihat dan pandangan dari FMM (Federal of Malaysian Manufacturers) yang merupakan wakil jurucakap kepada syarikat-syarikat di Malaysia mengenai suasana ekonomi dunia yang semakin teruk.

Apabila ini berlaku, maka secara tidak langsung, MALAYSIA akan mengalami pengurangan pendapatan hasil dari cukai dan ekonomi melalui eksport dan import dari syarikat-syarikat yang bertapak di sini.

Kerajaan BN bukan sahaja perlu kepada amalan Berjimat Cermat dan berhemah dalam segala bentuk perbelanjaannya tetapi juga berusaha mengelakkan pembaziran, rasuah dan “misjudgement” dalam membuat sesuatu keputusan lebih-lebih lagi yang melibatkan pembangunan dan kewangan..

Teringat Mimpi Nabi Allah Yusof,
7 Tahun adalah tahun-tahun Subur - Senang
7 Tahun kemudian adalah tahun-tahun Kering – Kemarau.

From
Panglima7.
Read more...

Dec 9, 2008

Bencana : Antara Orang Kaya Vs Orang Miskin

Assalamualaikum wbr.

Apabila dilihat, perkataan "bala" bagi yang beriman kepada Allah swt dan "bencana alam" menurut orang kebanyakkan yang tidak bersandarkan kepada kekuassan Allah swt, kebanyakan berlaku di bulan Disember. Kenapa ???

Ribut Greg berlaku pada 26hb Disember, Tsunami berlaku pada 26hb Disember juga dan bala-bala lain seperti gempa bumi rata-rata berlaku di bulan Disember. Mengapa ?? Suatu soalan yang perlu kita semua fikirkan. Mungkin tuan ada sebabnya mengapa Allah memilih bulan Disember ini?

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah,apabila berlaku kejadian tanah runtuh baru-baru ini di bukit Antarabangsa yang merupakan penempatan orang yang kaya atau dalam istilah lain golongan yang berada. Kita dapat lihat bagaimana layanan pihak kerajaan terhadap golongan berada ini apabila ditimpa malapetaka jika dibandingkan dengan mereka yang miskin.

Untuk golongan yang berada, cukup istimewa, Helikopter disediakan untuk mengangkut mereka ini ke hospital walaupun bukannya kritikal mana pun. Makanan seperti sarapan pagi, makan tengahari, petang dan malam dalam kategori mewah. Siap sponsor oleh Restoran yang agak terkenal. Liputan berita siang dan malam. Suratkhabar sampai 5 ke 6 pages. Sampai ada dikalangan mangsa banglo runtuh ini sibuk bertanya kepada petugas..." Sarapan Apa Pagi ini? " Dah kena bala pun boleh sibuk bertanya sarapan apa yang dihidangkan. Ada nafsu lagi tuu.... Biasanya orang seperti ini dah tak lalu makan dah....sekadar renungan.

Tapi bagaimana dengan nasib yang menimpa keluarga tanah runtuh di Hulu Yam Selangor selang seminggu sebelum kejadian bukit antarabangsa ini hingga mengorbankan 2 orang anaknya. Begitu juga dengan nasib kemalangan maut bas ekspress di Tangkak Johor, banjir di Johor, Trengganu dan lain-lain lagi sebelum ini.

Saya bukan hendak mebanding-bandingkan layanan ini....Semuanya rakyat Malaysia dan mesti dibantu. tetapi janganlah "double standard". Sampai ada satu badan kerajaan yang bertindak mengutip derma bagi penduduk bukit antarabangsa ini yang rata-ratanya mempunyai 3-4 buah rumah mewah selain rumahnya sekarang ini di Bukit Antarabangsa.

Untuk komen selanjutnya Klik blog dari ISA

Geleng-Geleng,
Angguk-angguk,
ikut telunjuk...


Panglima 7 Wrotes.
Read more...

Dec 6, 2008

Meneroka Kawasan Baru

Assalamualaikum wbr.

Sejak beberapa hari saya berpindah rumah. Saya telah bertemu dengan seorang jiran terhampir yang cukup istimewa. Mempunyai daya ingatan yang kuat dalam mengenali setiap jiran-jirannya. Walaupun baru, beliau mengetahui jirannya itu siapa dan siapa.

Bagi saya ini cukup menarik dan mengkagumkan. Maklumlah bukan mudah mengingati nama-nama mereka dengan jumlah yang banyak atau dengan kata yang lain, mudah lupa akan nama mereka yang lebih-lebih lagi yang tinggal agak jauh dari kawasan perumahan kita.

Saya teringat bagaimana strategi gerak kerja Pas Kelantan dalam membantu culaan semasa pilihanraya. Strategi ini akan digunakan di sana nanti.

Panglima 7 wrotes.
Read more...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum wbr.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan taulan juga Muslimin dan Muslimat di mana jua anda berada.

Walaupun saya baru berpindah rumah dan ketiadaan internet line di kawasan baru ini buat masa kini, saya akan cuba menulis di waktu lunch di pejabat. InsyaAllah.

Bertemu lagi selepas Raya Korban nanti.
Pada mereka yang pulang ke kampung, pandulah dengan cermat dan moga dapat kita bertemu kembali. Aminn.

Panglima7
Read more...

Dec 1, 2008

Selamat Bertemu Lagi Bandar Baru Bangi....

Assalamualaikum wbr.

Malam ini adalah malam terakhir saya di Bandar Baru Bangi. Berbagai kenangan ligat bermain-main di benak saya. Berbelas tahun sudah, saya tinggal di sini di BB Bangi dan saya tidak pernah menduga atau terlintas bahawa suatu hari nanti saya akan meninggalkan daerah ini bersama-sama dengan sahabat seperjuangan yang saya kasihi lagi ingati dalam memperjuangkan Daulah Islamiyah dalam sebuah saf kepimpinan yang cukup mantap yang terbit dari sinaran Bulan Purnama.

Kita mampu merancang hanya tuhan yang menentukan.
Semoga sahabat-sahabat di sana, juga saf-saf kepimpinan cawangan BB Bangi 1, Cawangan saya di BB Bangi 2, BB Bangi 3, BB Bangi Perdana, BB Bangi 4, BB Bangi Jln 6, BB Bangi Seksyen 15, dan terutama sekali kumpulan usrah pimpinan Prof. Dr, Hamirdin Ithnin, yang terdiri daripada Tuan Haji Amir Hamzah Shafie, Tuan Haji Rahman, Tuan Haji Mokri, Dr. Fauzi, Sdr Azlan Jabar, Sdr Azmi, Sdr Mat Nor, Sdr Sabri dan tak lupa juga Al-Brangi.

Saya menyusun sepuluh jari memohon Ampun dan Maaf, Salah dan silap dan jika ada tersalah bahasa, harap dimaafkan. Juga halalkan makan dan minum.

Selamat Maju Jaya kepada sahabat semua semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas kalian. Segala tunjuk ajar, nasihat dan ilmu, InyaAllah menjadi bekalan untuk saya di bandar Country Homes Rawang. Apa pun saya tetap mengundi di Bandar Baru Bangi.

Walaupun saya berpindah ke Rawang, Rumah saya masih lagi ada di BBB.

Salam Kasih dari ana
Panglima7.
Read more...

Sudah Lahir Manusia Khinzir.

Assalamualaikum Wbr.

Kebelakangan ini kita selalu dikejutkan dengan lahirnya bayi-bayi yang pelik, terlebih dan terkurang sifat juga bayi yang sebahagian tubuhnya adalah binatang. Tapi boleh dikatakan mereka-mereka ini tidak panjang umurnya di dunia ini.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini bagaimana kerana kebingungan segelintir manusia yang dah takde kerja lain, cuba menyatukan sperma manusia dan khinzir untuk melahirkan specisis manusia kinzir. Manusia jenis ini yang Allah kurniakan ilmu dan pengetahuan jugalah yang merosakkan umat manusia. Nauzubillah.

Dan ini telah pun berlaku di Ukraine. Sila klik untuk besarkan attachment dari keratan akhbar ini.



Kasihan kepada bayi tersebut. Apa pandangan sahabat sekalian...???

Wallahualam
Panglima7
Read more...

Apa Dah Jadi Dengan Pas Selangor ???

Assalamualaikum wbr.

Pas Selangor perlu menjadi seperti Pokok yang besar lagi rendang, di mana Pokoknya menjulang ke langit dan akarnya jauh mencengkam hingga ke dasar bumi. Ranting-ranting yang kuat dan daun-daunnya yang lebat serta rendang menjadi tempat berlindung dari panas dan hujan pada sesiapa sahaja yang lalu dan menumpang di bawahnya. Buah-buahnya pula cukup manis untuk mereka menghilangkan lapar ketika perjalanan menuju destinasi seterusnya.

Bukan menjadi seperti KIAMBANG. Berselerak di seluruh Tasik tapi akar tak jejak ke bumi.
Macammana boleh buat keputusan, jika kuasa yang ada hanya ciput. Ana pinjam kata-kata Dr. Hamirdin dalam usrahnya...hanya "Tumpang Tui"
Tumpang Tui dalam apa??....menumpang Tui dalam Kerajaan Selangor.

Teringat lagu Kiambang. Begini lebih kurang lagunya laa...yang ana ingat. Nyanyian Cifu M. Nasir.

Kiambangggg.....
Kau mekar di pinggir kali, (cuma menang beberapa DUN Di Selangor)
warna daunmu berseri, ( Tapi Pas memang berseri)
namun kau tak seharum mawar, ( Tapi jadi Junior Partner PR)
hanya berteman cahaya rambulan. ( Hanya Bulan Purnama jadi teman )

Nasibmu kiambang dipinggir kali,(Sudah Nasibmu la PAS di Selangor, tak seperti Kedah atau Kelantan)
sedang kau mekar menghiasi desa, ( menguasai beberapa DUN)
kemarau panjang pun tiba, ( Bila beberapa isu atau masalah timbul )
keringlah dikau dalam dahaga. ( Longlai nak jawab beb )

Oleh yang demikian, Pas selangor perlu matang dalam membuat keputusan lebih-lebih lagi isu melibatkan pelbagai kaum. Pas perlu berhemah dan merujuk dulu dengan Pakatannya yang lain. jangan bersendirian apabila membuat keputusan.

Sila rujuk posting Pemerhati Politik yang cukup mahir dalam rencam politik semasa tanahair. Sila klik Tempat Rujuk Hamba. untuk butiran lanjut.

Wallahualam
Panglima7
Read more...

Nov 28, 2008

BN: Kerbau Pendek Di Selangor & Kedah Nampak, BABI Melaka Depan Mata Buat Tak Tahu Ajer..








Assalamualaikum wbr.

Untuk Dikongsi bersama

6 KETUA MENTERI, 6 ADUN, BABI TETAP TERPELIHARA
from Cendawan MALAYA by kulatlapok

Terserlahnya sikap double standard pihak kerajaan BN yang masih terus berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat. Kerajaan negeri sanggup menganyang khasnya orang melayu itu sendiri demi menjaga kepentingan politiknya. Sekarang jelas juga kepada kita, pihak berkuasa milik kerajaan BN ini lebih gentar kepada tuntutan penternak babirintihan rakyat marhain di Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka yang hidup bergelomang dengan bau najis babi sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Bayangkan seorang anak jati kelahiran di situ yang sekarang sudahpun berusia 42 tahun, penternakan babi di kawasan itu masih lagi beroperasi seusia pemuda tersebut.

Ini bermakna ternakan babi di situ sudah ada sejak sebelum pemuda itu lahir lagi. Siapa sebenarnya yang hendak masyarakat persalahkan? Penternak atau pihak-pihak yang terbabit seperti pengeluar lesen, Pejabat Tanah, Jabatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Pihak Majlis Perbandaran dan apa sahaja yang berkaitan. Apa yang pastinya agensi-agensi ini ada hubungan langsung dengan pihak kerajaan negeri. Mengapa mereka ini tidak mengambil tindakan sewajarnya dari dahulu lagi? Operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok di Melaka pada tahun lepas adalah merupakan peluang terbaik kerajaan negeri untuk melaksanakan tuntutan rakyat .

Namun ianya terpaksa ditangguhkan apabila berlaku ketegangan di antara penternak dengan pihak berkuasa. Namun pihak berkuasa terpaksa pulang dengan hampa apabila enam jentera pengorek yang dibawa untuk menggali lubang bagi menghapuskan babi di ladang tersebut serta enam trak polis, termasuk yang dilengkapkan dengan meriam air tidak dapat menyempurnakan tugas untuk membunuh babi-babi sepertimana yang dirancang.

Apakah maknanya semua ini yang timbul berbagai persoalan dari rakyat kenapa dan mengapa kerajaan negeri takut untuk bertindak? Kini sudah 6 Ketua Menteri Melaka dan beberapa ADUN kawasan tersebut telah bertukar tangan, namun babi di situ tetap gagah berdiri dan Melaka tetap akan terkenal lagi sebagai pengespot utama babi di Asia Tenggara . Syabas, kerajaan negeri dan bertepatan dengan slogannya Melaka Dimana Segalanya Bemula.!!

Demontrasi oleh UMNO DUN Kuala Linggi yang dibuat di Pekan Kuala Sungai Baru pada 24 November 2008, yang turut disertai perbagai pertubuhan kawasan tersebut.

Dipetik dari Cendawan Malaya.

Apa kata orang Melaka...

Wallahualam
Panglima7
Read more...

Pekerja Zoo DiBaham Harimau:Bunuh diri atau Nahas ???















Assalamualaikum wbr.

Ini apa yg dipaparkan dalam surat kabar mengenai pekerja Zoo Singapore, Nordin Montong yang merupakan Rakyat Malaysia:

1.Mula mula Nordin Montong 32 th, jumpa kawan kawan dan beritahu mereka:
"Bye bye. Engkau org TAK akan dpt jumpa aku lagi sa lepas ini"
(ganjil kan kalau org cakap gini ?)(macam org buang tebiat, nak mati)

2.Dia naik basikal.

3.Pergi ke kawasan Buaya, BUANG semua kad kad dalam wallet (bag duit)
di kawasan buaya ini. Pelancong Australia nampak & mereka HAIRAN kenapa org buang barang di kawasan buaya ini?

4. Nordin naik basikal ke kandang HARIMAU PUTIH. Panjat tembok & turun ke kawasan "yg ada air" sedalam 6 kaki.

5.Dia berjalan dalam air ini sambil "memanggil manggil" Harimau. Di tangan
nya sebelah pegang baldi & sebelah pegang penyapu lidi.

6.Harimau (pertama)DENGAR dan pergi cari "yg memanggil manggil". Macam kita juga, kalau "bunyi bising"kan kita akan TENGOK.

7. Nordin Monton berjalan mengharongi air, menuju ke arah Harimau & semakin "mendekatkan diri nya"

8.Seekor Harimau (yg kedua) datang. Kedua dua Harimau MERENONG Nordin.
Dengan jarak "yg sangat dekat" Nordin dah mula rasa takut. Dia kata: Ya ALLAH tolonglah aku. Aku salah. Maafkan aku.

9.Org ramai menjerit (utk kasi Harimau DISTRACT)(supaya dia TAK gigit Nordin)
& pelancong (org putih) baling payung ke arah Harimau, tapi tak kena. Budak melayu yg ambil gambar video, suruh Nordin turun dari batu dan masuk ke kawasan air.

10.Nordin takut, ambil baldi & tutup kepala, kemudian mula turun. Bila dia bergerak, seekor Harimau mula menepuk Nordin (tahu lah tapak tangan dia "berapa punya besar ?"). Orang ramai terus buat bising, supaya Harimau TAK apa apakan Nordin. Kedua dua Harimau KEBINGUNGAN, tengok org org yg buat bising.

11. Dalam masa Harimau (yg dua ekor kebingongan) (pasal bising), datang lah lagi
seekor Harimau. Harimau yg ketiga ini YANG GIGIT & SERET Nordin (macam dia bawa anak dia jalan)(macam kucing angkat anak dia gitu lah). Dibawanya ke dalam (kandang)

12.Pegawai zoo, doktor haiwan, polis etc masa ni dah tunggu. Pegawai zoo memanggil Harimau harimau ini utk masuk dalam kandang. Mereka masuk. Dengan segera, Doktor berikan rawatan pada Nordin...... ..tapi dia DAH Meninggal.

Note :-
juru tembak dah tunggu. Tapi mereka TAK tembak pasal: Harimau "ada kelemahanm nya" Kalau mereka di sakiti (kena tembak sakit kan ?) mereka "akan lebih mengganas, akan terus gigit Nordin (yg di depan mata mereka)

Anda boleh tentukan...apakah cubaan bunuh diri atau sebaliknya...Wallahualam.
Al-fatihah..

Diambil dan diolah sedikit perkataan lamanya oleh
Panglima7
Read more...

Pertembungan Rafidah & Shahrizat Bakal Meremuk Redamkan UMNO.

Assalamualaikum wbr.

Pertarungan sengit buat kali kedua untuk Rafidah sepanjang karier politiknya dalam mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO dilihat bakal menghancurkan sebelah dari sayap UMNO ke tahap remuk lagi redam.

Atas dasar apa Rafidah begitu sungguh sungguh mempertahankan jawatannya dan minta dilanjutka succession Plan hingga bulan June. Kita tak perlu berteka-teki di sini.
Berdentum petir dilangit, ana sudah tahu berapa voltagenya.

Umum pun sudah tahu maksud dan niat tersirat Rafidah minta tangguh hingga bulan June. Tapi beliau menafikan. Perkara itu sudah dijangkakan. Bukan sahaja menafikan tapi lebih kepada melenting-lenting terhadap timbalannya itu yang mahu tak mahu terpaksa mencabarnya.

Inikah sifat seorang pemimpin wanita???? Anta semua mungkin dah silap pilih pemimpin. Nak tahu sikap dan karektor seseorang pemimpin itu, lihatlah sikap dan attitudenya ketika dicabar. Rafidah telahpun menunjukkannya.

Yang paling cerdik dan opportunist disini ialah bakal naib ketua, Kamalia.
Yang paling berdegar-degar ialah........
anda tamatkan jawapannya di sini.


Wallahualam
Panglima7
Read more...

Akan Berbogelkah Ramlan Abu Bakar ???

Assalamualaikum wbr.

Suratkhabar Sinar hari ini menyiarkan bahawa Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar akan memohon permit dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor awal Disember ini untuk berbogel bersama penyokongnya di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) kerana membantah dan mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang didakwanya menindas Rakyat miskin dengan menaikkan kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 100 peratus.

Mungkin begitulah cara yang diajar oleh UMNO bagi orang yang suka berselindung disebalik pertubuhan NGO di negara ini. Mungkinkah ini yang diajar oleh ISLAM HADHARI ciptaan UMNO. Adakah ini cara yang betul bagi menegur kerajaan.? Adakah ini cara sebenar yang diajar oleh Nabi SAW yang menjadi ikutan Ramlan Abu Bakar ini.

Lembu pun malu untuk tunjukkan kemaluannya...tapi bagi Ramlan, kemaluan dan ajaran dan hukum Islam sudah tiada nilainya jika dibandingkan dengan nilai kadar sewa rumah yang dijihadkannya.

Fahaman apa yang beliau ikutkan ini....? Tiada dalam sejarah Bangsa Melayu melakukan perkara yang sangat dungu ini. Mungkinkah beliau belajar dari Pak Kaduk. Ayam Menang Kampung Tergadai. Kadar sewa PPRT berjaya diturunkan tapi maruah beliau dan penyokongnya tergadai sungguh !!! Boleh sesiapa khabaqkan pada ana...

Wallahualam
Panglima7
Di Alam Maya
Read more...

Nov 19, 2008

EPF 8% Means Paying More Income Tax ( For High Income Group )

Assalamualaikum wbr.

I would like to share with you my colleague finding on why BN's Government very excited to implement 8% contribution to all Malaysian workers.

Please see below

English Translation :

Assume monthly basic salary is RM4000.

- If your monthly EPF contribution is 11% ( RM440 ), taxable income = RM3560, income tax payable = RM77 .

- If your monthly EPF contribution is 8% ( RM320 ), taxable income = RM3680, income tax payable = RM109 .

Conclusion : If you choose to contribute 8% , you will end up paying more income tax to the government, which will make the government richer. Finance Minister Najib said this measure is meant to boost up the slow-down market, but from this example wee see that the money does not go into the market. Instead the money goes direct into the government's pocket through the greater amount of income tax that we will have to pay. Obviously this measure does not help the market at all.

Translation in Chinese Versa

假设 薪水 RM4000 ,

- 选择 EPF 11% 也就是 RM440 , taxable income 是 RM3560 ,所以 tax RM77
- 选择 EPF 8% 也就是 RM320 , taxable income 是 RM3680 ,所以 tax RM109
Read more...

Nov 18, 2008

Turunnya Harga Minyak - Rakyat Sudah Tak ambil Peduli.

Assalamualikum wbr...

Harga minyak walaupun sudah turun....RM2.00 seliter. Tapi tidak dipedulikan lagi oleh rakyat. Kerana.....Kerana apa.....???

Tidak memberi effect kepada harga barang. Harga barang keperluan tidak turun pun......bukan tidak turun tapi langsung tidak turun. Kalau turun pun kata orang.....itu kes kes terpencil.

Menteri menteri UMNO jangan sakit hati. This is truth. Harga barang keperluan dan harga buah, ayam dan daging, sayur masih jauh melambung dari harga sebenar selepas kenaikan harga minyak March lalu.

Itulah bahananya jika suka-suka hati menaikkan harga minyak.

Penulis malas nak komen....naik atau turun ker...Penulis tetap sakit hati sampai hari ni.

Wassalam.
Read more...

Nov 13, 2008

Apabila Harga Petrol Diminimumkan...Semuanya akan Jatuh

Assalamualaikum wbr.

Kerajaan oh Kerajaan.....
UMNO oh UMNO......
Shahir oh....Samad...

Apabila harga minyak semakin turun dengan mendadak...Kerajaan UMNO di bawah Kementerian Hal Ehwal Pengguna mula kelam kabut. Bila harga minyak naik, menteri-menteri UMNO duk kata...kita simpati dengan beban yang ditanggung oleh rakyat dan negara....tapi bila harga minyak turun dipasaran dunia.... pun dia masih lagi duk kata, ia membebankan kerajaan untuk membayar subsidi dan merugikan pengusaha station minyak seluruh negara. Alahai....macam-macam.

Menterinya Shahir Samad memaklumkan 2 hari lepas dan masih dibawa percakapannya hingga ke hari ini...bahawa kerajaan menimbang akan meminimumkan harga petrol ke paras minimum. Berapa minimumnya...masih lagi menjadi tandatanya.

Kemungkinan kembali ke paras harga asal iaitu RM1.92 seliter atau RM2.00 seliter jika harga minyak masih lagi turun non stop. Sebelum ini kenaikan gila babi yang dibuat oleh Kerajaan Gila ini adalah selepas berlalunya pilihanraya yang ke 12.

Kenapalah hendak diminimumkan harga minyak ??? Rakyat akan hidup lebih susah. Tatkala harga minyak dipasaran dunia menjunam, rakyat tidak merasa penurunan ini apabila kerajaan BN beria-ia ingin mengikat harga minyak dipasaran tempatan(dalam negara) dengan harga minimum. Macam tambatan Ringgit laa...

Tetapi sekiranya harga minyak melambung kembali,saya percaya....Menteri ini akan terus membatalkan harga minimum dan menaikkan kembali harga minyak mengikut nafsu serakah mereka.

Kenapa bila harga minyak melambung melangit dulu....tak terfikir pula oleh Pak Lah dan menteri ini untuk mengikat harga minyak ???

Perlu diingat....kantung negara, Petronas juga kantung menteri-menteri ini sudah mula kekeringan. Ditambah pula dengan krisis kewangan dunia, juga penurunan harga Petrol, Harga Besi dan jatuhnya pasaran saham serta merudumnya permintaan Kelapa Sawit semakin membuatkan Malaysia Pitam. Duit subsidi petrol yang diterima dari petronas mula berkurangan, Kelapa Sawit tidak dapat dieksport, Permintaan ke atas pembelian rumah baru makin berkurangan, hasil eksport negara semakin mengecil. Pelabur tidak datang melabur.

Tapi Malaysia yan dipimpin oleh UMNO dan BN masih lagi mendabik dada di Parlimen kononnya Malaysia tidak terjejas. Ekonomi negara masih kukuh dan mantap. Meraka dah lupa ker....inflasi meningkat sebanyak 9%. Pasaran saham negara pun tak stabil dan jatuh dengan teruknya sehingga Kerajaan UMNO ini terpaksa menggunakan wang Rakyat dalam KWSP untuk Bailout pasaran saham negara sebanyak RM5 Billion. Dan sekarang ada ura-ura dan cadangan agar Kerajaan membeli kesemua Kelapa Sawit yang tidak dapat dieksport untuk menstabilkan harga kelapa sawit di pasaran.

Tahun depan dividen KWSP dijangka jatuh. Pelaburan Insuran Takaful yang biasanya menerima dividen sebanyak 20-32% akan jatuh. Semuanya akan jatuh....dan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional pun akan Jatuh juga.

Lu pikirlaa sendiri......

Panglima7
Read more...

Barrack Obama Agen Yahudi ???

Assalamualaikum wbr.

Artikel ini dipetik dari Azrinizam Ibrahim, Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM) untuk kita renung-renungkan.

Ingatkan nasibnya akan sama spt JFK yg mati kena tembak…oleh org yahudi. Rupenya Obama (darah mix tapi bukan dgn yahudi) mmg dah ader link dgn yahudi utk jadi presiden !
Sejarah amerika…selain org yg bukan darah yahudi tidak layak jadi presiden amerika, di antaranya JFK bukan berdarah yahudi- fact Seluruh keluarga JFK mati secara misteri dlm kemalangan.
Selidik la sendri kalau nak tau lebih lanjut…


Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance,


Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008.


Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel?

Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi

Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu?

Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew.

Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja.

Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).



Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut.

Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?


Obama sedang melakukan ritual Yahudi.

Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004.

Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts.

Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel.

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction" kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007. Klik sini

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh
Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan.

Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?


Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempen Presiden


Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point."

ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama?

Dasar Obama mungkin halus dan "makan dalam". Musuh yang "silent killer" lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang Sama.

Berhati-hatilah kita...

Artikel dipetik dari

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Oleh Panglima7
Read more...

Nov 12, 2008

Pak Lah Oh....Pak Lah....




Assalamualaikum Wbr...

Sekali sekala perlu juga kita tersenyum dari asyik serius sangat ketika membaca artikel politik yang kadangkala memanas dan membakar jantung hati kita.

Kita berlawak seketika.
Panglima7
Read more...

Benarkah Sajak Kematian Tidak Sesuai

Assalamualaikum Wbr.

Sudah 3 malam cerita mengenai Sajak kemataian yang ditayangkan kepada pelajar tahun
1&2 diberi ulasan meluas di dalam berita Media Perdana. Ramai yang menuntut agar ditarik balik dan dikenakan tindakan kepada pembuat cerita tersebut, tak kurang juga yang bersetuju ianya ditayangkan kepada murid-murid sekolah agama agar mereka tidak rosak akhlaknya. Melentur buluh biar dari rebungnya.

Walau bagaimanapun Menteri Pendidikan, Dato Hishamuddin Tun Hussein menggesa tayang itu dihentikan dan dalam masa yang sama membuat sisatan serta mengkaji samada tayang tersebut sesuai dengan peringkat umur murid-murid yang terlibat.

Pada hemat saya, dalam hal ini tayangan Sajak Kematian adalah sesuatu yang sangat baik lebih lebih lagi ia dibuat melalui plot cerita drama yang bagi saya ianya meninggalkan kesedaran dan impak yang besar dari segi ingatan pada sesiapa sahaja yang menontonnya. Syabas saya ucapkan pada mereka yang bertungkus lumus menjayakan drama atau ceritera ini dalam mencegah keruntuhan Akhlak umat Islam terutamanya Melayu dewasa ini.

Cuma bagi saya.....kesan buruk bagi murid-murid sekolah rendah yang menontonnya tidaklah besar sangat sepertimana yang diperbesarkan oleh ibu-bapa-ibu bapa di dalam Media Tiga Suku ini. Juga saya sarankan Janganlah Jais target tayangan ini pada mereka yang berumur 7-8 tahun ini sahaja.....sepatutnya tayangan Sajak Kematian ini perlu difokuskan khas pada mereka atau remaja yang sedang menuju proses akil baligh ini. Ini sangat perlu, bukan perlu tapi WaJIB dilakukan pada mereka yang akil baligh yang kebiasannya berumur 14 tahun dan dilanjutkan hingga ke Peringkat Universiti bagi mencegah dan membentung keruntuhan moral remaja melayu.

Wallahualam

Panglima7
Read more...

PM : Cadangan Mahathir Menghancurkan UMNO & Melayu

Assalamualaikum wbr.

Bersua kembali setelah agak lama menyepikan diri. Terbaru malam tadi Tun Mahathir dalam ucapan beliau ketika berada dalam satu majlis, menyatakan Perdana Menteri Malaysia boleh dilantik dikalangan bangsa lain selain bangsa Melayu jika mendapat sokongan majoriti dari Parti Barisan Nasional. Jawatan Perdana Menteri bukannya hak mutlak orang Melayu sahaja tetapi boleh diisi oleh orang Cina atau India di dalam Barisan Nasional. Tidak ada dalam perlembagaan ujarnya yang Jawatan Perdana Menteri ini mesti dikalangan orang Melayu ujarnya.

Apa sudah jadi ??? Di mana penyokong penyokong Melayu khususnya orang Melayu yang totok UMNO apabila idolanya berkata demikian ??? Kata-kata beliau ini bukan sahaja boleh merosakkan dan menghancurkan Melayu tetapi juga Ketuanan Melayu yang di agung-agungkan oleh UMNO itu sendiri. Di mana kalau dalam kamus UMNO, Melayu di Malaysia ini hanya tinggal kuasa aje. Yang lain-lain dimonopoli oleh bangsa lain. Apabila kuasa politik sudah berpindah tangan dari Melayu ke Bangsa lain maka bagi UMNO slogan Takkan Melayu Hilang Di Dunia hanya tinggal slogan dan sejarah sahaja.

Kata-kata Mahathir yang telah menjelang senja ini hanya memendekkan umur politik kuasa UMNO yang sedang bertarung dengan SakaratulMautnya.

Nak dengar juga pendapat dari orang-orang Melayu UMNO....tentang cakap boss mereka yang bernama Mahathir ini. Takkan senyap ajer kot !!!! Mati akal ke?

Panglima7
Read more...

Nov 8, 2008

Caruman KWSP : Arahan Kaduk Siapakah Ini ?

Assalamualaikum wbr.

Saya ingin menarik perhatian anda mengenai caruman KWSP yang diumumkan Najib kononnya ianya satu berita yang menggembirakan rakyat Malaysia setelah kerajaan UMNO & BN mengambil 5 Billion Ringgit duit rakyat dalam KWSP untuk bailout pasaran saham Negara yang tak stabil ini.

Najib mengumumkan akan pengurangan caruman KWSP dari 11% yang dipotong sekarang ke 8% yang satu tarikh yang ditentukan. Potongan 8% ini akan dibuat secara automatik manakala pada mereka yang ingin mengekalkan 11% caruman seperti yang ada sekarang perlu mengisi borang.

Idea siapakah ini??? dan siapakah the culprit yang membuat arahan mangkuk ini ??? Sepatutnya mereka yang ingin carumannya dikurangkan, dialah yang perlu mengisi borang pengurangan caruman dan manakala mereka yang ingin mengekalkan potongan caruman 11% ini tidak perlu mengisi mana-mana borang, dan potongannya akan dibuat secara automatik. Ini terbalik punya arahan. Menyusahkan rakyat juga mereka meraka yang terlibat di dalam Pengurusan Sumber Manusia terutamanya HR Dept.

Di saat-saat mereka mengumum dan menghebahkan rakyat supaya berjimat cermat, bijak membeli tetapi sekarang mereka menyuruh rakyat berbelanja dan membeli dengan mengurangkan caruman KWSP. Ada contradiction di sini. Ini menunjukkan EKONOMI negara bermasalah. Cakap pemimpin UMNO & BN tak serupa bikin. Kata ekonomi Malaysia bagus dan tak effect kepada negara....tetapi mengapa caruman KWSP rakyat dikurangkan dan kenapa pinjam duit KWSP untuk bailout Pasaran Saham Negara???

Suruh rakyat berjimat cermat tetapi mengurangkan caruman KWSP untuk rakyat berbelanja. Pandir sungguh menteri-menteri UMNO & BN ni yang dipilih oleh mereka yang kaduk dalam election yang lepas.

Wallahualam
Panglima7
Read more...

Nov 5, 2008

Polis oh Polis....


Assalamualaikum wbr.

Kartun ini hanya sekadar hiburan dan tiada kena mengena dengan sesiapa sahaja.
Jom kita renungkan....adakah ada kebenarannya....
Tuan sahaja yang tahu.

Panglima 7
Read more...

Nov 3, 2008

Tiba-Tiba Jaguh Kandang UMNO Ingin Membela Melayu

Assalamualaikum wbr...

Telah sekian lama sejak jatuhnya 5 negeri + 1 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di bawah genggaman Pakatan Rakyat, Tiba- Tiba UMNO yang dahulunya membangsatkan bangsa Melayu, korang dah lupa ke dalam Mesyuarat Agung UMNO pada Tahun 1988 atau 1989, Pas masuk Para Perwakilan UMNO yang diberikan kepada semua Perwakilan UMNO untuk dipakai semasa Persidangan berlangsung telah ditulis dalam tulisan Jawi dengan berbunyi Parti KEBANGSATAN Bangsa Melayu.

Masih ingatkah kita lagi...bagaimana banyak Rumah setinggan orang Melayu habis dirobohkan....mereka beri notis 1 hari aje untuk keluar cari rumah lain. Kasihan orang Melayu...sehelai sepinggang meninggalkan rumah bersama dengan anak-anak kecil yang dikendong, mereka pergi dengan linangan air mata. Surau-surau dirobohkan, Penjaja-penjaja di pekan-pekan dihambat seperti anjing kurap oleh Majlis Penbandaran dan barang niagaan mereka dirampas.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, parti UMNO yang dahulunya membangsatkan bangsanya sendiri tiba-tiba ingin menjadi jaguh kandang dalam membela nasib melayu seluruh Malaya. Eeee....Sungguh memualkan dan meloyakan tekak aku bila membaca hasil tulisan mereka-mereka ini....

Dah laa....korang baca la pulak....nak muntah ako. Sila Klik
Read more...

BPR - Badan Penebus Rasuah Kerajaan

Assalamualaikum wbr.

Selamat bertemu kembali. Baru semalam Ketua Pengarah BPR mengumumkan akan menyiasat pembelian Eurocopter oleh dan hari ini siasatan terhadap pembelian ini telah pun selesai. Terkejut beruk juga rakyat Malaysia agaknya, bila siasatan ini mengambil masa tidak sampai pun sehari. Cepat dan pantas BPR menjalankan siasatannya. Mana takknya, kalau sesebuah syarikat yang diaudit oleh badan bebas seperti KPMG atau Price Water House, ia mengambil masa yang agak lama untuk kita mengetahui keputusannya. Begitu juga dengan SIRIM atau BVQI, paling lama pun audit yang mereka buat untuk ISO 9001 14001 atau 18001, paling lama pun memakan masa 2-3 hari bergantung pada besarnya syarikat tersebut.

Tapi apabila BPR menjalankan siasatan pembelian Eurocopter dengan cepat lagi pantas dilihat seolah-olah ingin membersihkan nama kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang telah tercemar dengan tuduhan rasuah oleh pelbagai pihak. Begitu juga dengan siasatan ke atas penganjuran Monsun Cup. Cukup mudah mencapai keputusannya. Akhirnya keputusan berakhir dengan kata-kata " Tiada Penyelewengan."

Telus dan bebaskan BPR ??? Saya ulangi Telus dan Bebaskan BPR dari Cengkaman Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional juga Perdana Menteri..????Jawapannya cukup mudah. Duduk pun di bawah Jabatan Perdana Menteri manakan ada ketelusannya. Jadi kuda tunggangan Abdullah lah jawabnya.

Menghabiskan boreh dan duit rakyat ajer....membela kuda hitam ini.

Wallahualam.
Panglima7.
Read more...

Oct 28, 2008

Mentaliti Kepala Hotak UMNO Perlu Diubah


Mdm Low Siew Moi Currently Post :DEPUTY GENERAL MANAGER (CORPORATE)
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Assalamualaikum wbr.

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh perlantikan Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar Sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) oleh Menteri Besar Selangor DS Khalid Ibrahim.

Ramai pengawai-pegawai PKNS tak terkecuali juga Penyokong UMNO dan ADUN-ADUN UMNO seperti Abdul Syukur Idrus ADUN Kuang menghasut rakyat Selangor agar menentang perlantikan ini. Sentimen isu perkauman mula diapi dan dimainkan. Kononnya menjual maruah Melayu.

Apa ke jadahnya nie. Nama pun "Acting GM of PKNS" Pengurus Besar Sementara. Jadi duduknya Low Siew Moi di situ cuma sementara sahaja. Lama mananya pun cuma setahun.
Apakah maruah Melayu tergadai.??? Apakah ada orang Melayu yang boleh difikirkan layak duduk di kerusi tersebut. Mungkin ada tapi kenapa tak diketengahkan. Dah lantik baru nak melenting.

Cuba kita tarik napas dan renungkan dalam-dalam tentang hal ini. Ada banyak kemungkinan mengapa beliau dilantik ke jawatan sementara ini. Pertama, mungkin DS Khalid ingin menggunakan idea-idea hebat dari Low Siew Moi untuk diketengahkan bagi membangunkan lagi Negeri Selangor dibawah seliaan PKNS ini.

Kedua, untuk menukar cara kerja orang Melayu yang selalu mengular kepada cara kerja orang cina yang sedikit lebih baik dari orang Melayu. Walaupun pahit bunyinya tapi kita kena terima hakikat ini.

Ketiga, cara fikiran orang cina berlainan dengan cara pemikiran orang Melayu. Justeru itu dalam bisnes cara berfikiran orang cina selalu mendahului orang Melayu. Ya kita boleh ikut caranya berurusniaga tetapi janganlah membujur lalu melintang patah. Habis semuanya kita sapu tanpa memperdulikan sempadan halal dan haram.

Keempat, cara yang dibuat oleh DS Khalid Ibrahim ini seperti cara kita mengambil pemain import dalam Liga Pro Bolasepak Malaysia. Bukan kita nak ketepikan pemain tempatan tetapi kita ingin agar pemain tempatan mempelajari teknik-teknik dan jurus-jurus dalam bidang bolasepak juga bidang-bidang lain seperti pentadbiran PKNS ini.

Janganlah kita cepat melatah, terloncat sana terloncat sini dan cuba memburuk-buruk sesuatu yang baik dengan menimbulkan isu perkauman.

Dengan terlantiknya Low Siew Moi ini dapat mengembalikan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Selangor ini Khususnya. Dah namanya pun kerajaan Campuran diantara PKR, PAS dan DAP jadi tentunya ada ketua sesuatu jabatan kerajaan terdiri dari orang Cina dan India. Takkan semuanya Melayu. Macammana kita nak hidup bersama-sama kalau begitu lagunya.

Sila kita lihat apa kata Teresa Kok

Wallahualam.
Panglima7
Sendiri Mau Ingat.
Read more...

Oct 27, 2008

Harga MInyak Dah Turun, Tapi Kerajaan UMNO & BN Masih Jimbam.

Assalamualaikum wbr.

Harga minyak dunia turun dan merudum lagi ke paras USD60. Tapi mengapa Kerajaan UMNO dan BN masih lembabb dan jimbam dalam menurunkan harga minyak. Adakah pemimpin-pemimpin UMNO yang mentadbir kerajaan ini terdiri dari mereka-mereka yang lembab dan jimbam.??? Tidak dapat dinafikan memang Kerajaan UMNO dan BN ini memang jimbam. Bukan sahaja menteri-menterinya termasuk Perdana Menteri bahkan badan-badan kerajaan juga amat slow dalam menjalankan kerja mereka. Disebabkan itu banyak agensi-agensi kerajaan diswastakan agar mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan dan bagi mengaut keuntungan yang lebih. Jangan marah a'aa orang gomen. Saya tahu bukan semuanya begitu tapi segelintirnya sahaja. tetapi disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Abdul Samad menjangkakan harga petrol dapat diturunkan lagi sebanyak 15 sen seliter pada hujung bulan ini ekoran perkembangan terkini harga minyak dunia yang jatuh merudum di pasaran global.

Kenapa 15 sen ??? sedangkan harga petrol boleh diturunkan lagi ke paras harga asalnya sebelum ini. Sila klik kenyataan Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani dari UKM

Menurut Shahrir Abd Samad, harga minyak terpaksa diturunkan hujung bulan ini bukan dalam sehari dua ini bagi mengelakkan kerugian kepada pengusaha stesyen minyak.

Alahai Datuk menteri, bila nak turunkan minyak baru nak ambil kira pengusaha stesyen minyaklah, kesusutan keuntungan petronas lah, itulah, inilah, tapi masa ko naikkan dulu, takde pulak nak pikir ini semua. Tak fikir beban rakyat.
Berapa lama stesyen minyak ini boleh menyimpan minyak dalam palong minyak mereka...paling paling pun 4 hari dah habis. Kenapa kena tunggu lebih seminggu.??
Ko nie nak memperkayakan pengusaha stesyen ke...?
Memang tak cekap ko nie....Please think outside the box laa....

Seperkara lagi, tindakan menurunkan harga minyak sedikit demi sedikit adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak. Apabila minyak dinaikkan secara mencanak maka minyak juga harus turun dengan harga yang menjunam. Penurunan yang demikian menyebabkan pengusaha makanan tersentak dan berfikir berkali-kali untuk mengekalkan harga barangan. Sedikit enforcement diperlukan agar harga barang diturunkan.

Penurunan yang sedikit-sedikit ini tidak terasa. Turun memang turun tapi tak terasa ba... Berbuih la mulut bercakap setinggi mana pun, saya jamin harga yang sedia ada akan kekal sampai bila-bila walaupun harga minyak turun dan turun lagi.

Segala usaha kerajaan yang dulu nya menaikkan gaji kakitangan kerajaan hingga mencecah 30% supaya setanding dengan pihak swasta dan agar rakyat ada kuasa membeli dilihat seperti tiada gunanya dan sia-sia aje... apabila harga barangan melambung tinggi disebabkan kerajaan GOPOH ini menaikkan harga minyak secara drastik.

Kita lihat nanti.....usul kenaikan gaji akan ada lagi dan lagi.

Hanya Pandangan
Panglima7
Read more...

Oct 26, 2008

Mana Demonstrasi Jalanan Ala UMNO ?




Assalamualaikum Wbr.

Apabila Najib membuat kenyataan 2 hari yang lepas bahawa beliau MESTI menamatkan DEB(Dasar Ekonomi Baru) secara beransur-ansur,takde pulak tahi-tahi kucing UMNO yang bertaburan di jalan-jalan raya membuat demonstrasi menentang Dasar DEB ini sepertimana yang pernah dibuat kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sebaik sahaja DAP memerintah Pulau Pinang.

Bukankah DEB yang akan diubah secara beransur-ansur oleh Najib ini sama dengan DEB yang dicadangkan oleh LIM Guan Eng dan DS Anwar Ibrahim. Ini bermakna Najib bersedia menamatkan dan menghilangkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu. Mana dia Melayu-Melayu UMNO yang dulunya menjerit-jerit seperti orang gila dijalanan membantah DEB dulu.?? I am wondering, where are these demonstrators. ? Heran ako. Semuanya dah hilang ke...? Ataupun mereka-mereka ini cuma Demonstrasi Upahan yang diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk mengadakan Demonstrasi Jalanan.

Jika tiada demonstrasi jalanan yang dibuat dalam waktu terdekat bagi menentang kenyataan Najib ini....MEMANG SAHLAH mereka ini diupah untuk berdemonstrasi. Itulah Harga Diri orang-orang UMNO dan penyokong-penyokongnya. Tidak bermaruah dan tidak ada harga diri, sepertimana taik kucing tadi. Baunya ajer dah cukup busuk, nak dibuat baja tiada tumbuh-tumbuhan yang sudi menerimanya. Politik Taik Kucing.

Sila Klik

Wallahualam
Panglima7
Read more...

Oct 24, 2008

Rombakan Kabinet : Muhyiddin Mula Terasa Bahangnya

Assalamualaikum wbr.

Pengumuman Abdullah semalam kononnya akan melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat ekoran kemenangan pucuk pimpinan baru di dalam MCA amat meresahkan Muhyiddin.

Keresahan ini berikutan tentangan yang begitu hebat dan terang-terangan dilakukan oleh Muhyiddin terhadap kepimpinan Abdullah dalam mempastikan pengunduran yang lebih awal dari apa yang dirancangkan oleh Abdullah sendiri.

Usaha Muhyiddin ini berjaya menyebabkan Abdullah kehilangan jawatannya namun ianya dibalas dan kecam hebat oleh Abdullah 3 hari yang lepas. Apabila Abdullah menyerang Mahathir yang merupakan bosnya yang sangat ditaatinya suatu ketika dulu, juga mengecam keras Muhyiddin, dan sekarang pula menyuarakan akan merombak kabinetnya pula. Percubaan ini dilihat sebagai suatu usaha membalas dendam terhadap mereka-mereka yang menentangnya juga yang condong kepada Tun Mahathir Mohammad.

Begitulah politik, kalau menentang akan menerima padahnya. Dan Muhyiddin yang mempunyai "Six Sense" ini sudah mula terasa bahangnya.

Apakah apabila Muhyiddin disingkirkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri membenarkan lagi dakwaan bahawa Muhyiddin akan menyertai Pakatan Rakyat dibawah pimpinan sekutunya dahulu Anwar Ibrahim..???

Lu Pikir la...sendiri...

Kita ikuti kenyataan penganalisis politik Safar Jumaat untuk analisis selanjutnya.
Sila Klik

Wallahualam.
Panglima7
Read more...

Oct 23, 2008

Penyakit Tua UMNO Apakah Ada Penawarnya

Assalamualaikum wbr.

Terkedu saya bila membaca pandangan Tun Musa Hitam yang mengatakan " Generasi muda diperlukan untuk membantu pulihkan penyakit tua UMNO yang sudah berusia 61 tahun."

Bolehkah penyakit tua dipulihkan agar tampak seperti muda??? Buah kalau dah kecut atau kerenyut bolehkah dimudakan kembali? Kulit badan kalau dah tua atau berusia bolehkah ditegangkan atau dimudakan kembali??? Mungkin boleh ditegangkan menggunakan botox atau selainnya tetapi tidak dapat disembunyikan dari penyakit nyanyuk.

Nak tahu nyanyuk atau tak nyanyuknya UMNO nie ialah apabila Kerajaan Melaka yang diperintah oleh UMNO memberikan jawatan Datuk Kepada Pelakon Shah Rukh Khan baru-baru ini. Alasan yang diberikan sungguh tidak dapat diterima akal orang-orang muda.

Dan selepas generasi muda mula mempertikaikan alasan nyanyuk ini maka kedengaran pula komen dari seorang yang begitu hebat dari segi fizikal juga pemikirannya sepanjang 24 tahun yang lalu tetapi malangnya kenyataan beliau menampakkan ciri-ciri nyanyuk dek kerana umurnya yang telah menjangkau lewat 70an. Sila klik pandangan beliau.

Apabila sampai umur lanjut, maka penyakit nyanyuk akan datang dengan sendirinya. Makanlah apa jenis ubat dan vitamin pun, ia tetap menyerang juga. Inilah kuasa Allah Taala dalam membezanya antara yang berusia dan juga yang tua.

Don't get me wrong. Bukan niat saya untuk menghina orang tua atau orang yang lebih senior daripada saya mahupun mereka yang digelar warga emas. Saya pun jika panjang umur akan merasai alam ketuaan kerana setiap yang muda akan tua juga akhirnya. Ini fitrah kehidupan di dunia. Di akhirat...manusia tidak akan tua buat selama-lamanya. Mereka Kekal dan abadi dengan usianya.

Fakta yang ingin saya bawakan ialah....penyakit tua yang mewarisi bersamanya nyanyuk memang tiada ubatnya di dunia ini.

Wallahualam.
Read more...

Oct 22, 2008

Akhbar Berita Harian Diberi Kata Dua

Assalamualaikumw Wbr.

Akhbar Berita Harian telah disekat dan ditarik balik kebenarannya dalam membuat liputan sepanjang persidangan DUN Kelantan berlangsung semalam berikutan akhbar itu tidak melapurkan berita sebenar mengenai titah ucapan Sultan Kelantan.

Umum sudah sedia maklum bahawa akhbar ini memang menjadi dalang UMNO & Barisan Nasional dalam memutarbelitkan kenyataan. Akhbar ini juga adalah sekutu rapat dengan TV3. Baru semalam TV3 mengambarkan Sultan Kelantan amat Murka kepada Kerajaan Pas pimpinan TGNA kerana gagal mentadbir Kelantan. Tidak pula akhbar ini menyiarkan yang Sultan Kelantan Murka kepada Kerajaan Persekutuan yang tidak memberikan bantuan sepertimana yang dijanjikan dahulu. Siar separuh sorok separuh.

Penyiaran berita yang sekerat-kerat seperti cut and paste ini amat tidak bermoral, hina, keji dan dungu dan telah diamalkan sejak BN berkuasa. Setengah abad tau. Mana-mana berita yang boleh menguntung UMNO dan Barisan Nasional maka akan diedit dan make up seolah-olah ianya benar-benar dimaksudkan oleh tuan yang empunya diri.

Speaker DUN Kelantan Ustaz Nasharuddin Daud memberi kata dua kepada Akhbar Berita Harian agar menarik balik kenyataan yang tidak benar tersebut atau akhbar tersebut yang akan ditarik balik kebenaran dalam membuat liputan dalam DUN Kelantan. Tindakan tegas speaker amatlah tepat dan disokong.

Kita bukan nak menyekat tugas pemberita. Memang itu tugas pemberita menyiarkan berita sebenar, tetapi apabila sampai kepada pihak atasan, berita itu telah disunting dan diedit agar menguntung kerajaan UMNO & BN.

Malulah pada rakyat asyik nak menipu ajer....sampai bila nak jadi barua UMNO dan BN.
Hinggakan kebebasan Akhbar Perdana Negara jatuh merudum rankingnya ke level 132 dalam dunia. Sila Klik.
Read more...

Oct 21, 2008

Najib Memasang Badan, Mahathir Pula Yang Gian


Najib Mula Memasang Badan Sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam.
Assalamualaikum wbr.

Setelah 5 tahun melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri yang ke 4 pada tahun 2003, Mahathir kembali gian. Apa yang giannya beliau di sini? Giannya Mahathir dalam hal ini ialah suka kepada perbalahan, menguasai dan mendominasikan UMNO mengikut telunjuknya. Walaupun jika Najib menjadi Perdana Menteri yang keenam, suara-suara Mahathir akan berkumandang di telinga menteri-menteri kabinet di bawah seliaan Najib. Seolah-olah Najib menjadi puppet atau boneka Mahathir. Najib adalah seorang yang tidak berjiwa besar dan tidak berani bersuara di hadapan Abdullah, inikan pula dihadapan Mahathir.

Sekarang ini kita telah saksikan bagaimana pertikaman lidah di antara Mahathir dan juga Pak Lah mengenai orang-orang yang perlu berada di dalam kabinet Najib. Belum lagi Najib memerintah, suara-suara Mahathir sudah jelas kedengaran.

Sila klik kenyataan Balas terkini Mahathir terhadap Abdullah.

Secara beransur-ansur pengaruh Pak Lah mulai kendur. Ini dapat dilihat dengan rendahnya sokongan Kahiri Jamaluddin dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Rendahnya sokongan terhadapa Ali Rustam Muhammad taib, juga Azalina Othman. Sedangkan bagi orang-orang Mahathir seperti Najib, Muhyiddin dan Mukhriz, sokongan terhadap mereka adalah diluar jangkaan.

Senario ini mencemaskan Pak Lah dan memaksa beliau menyerang Mahathir secara terbuka tanpa selindung lagi. Perang terbuka Pak Lah ini adalah perang yang terbaik pernah dilakukan sejak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Tapi serangan balas Pak Lah tidak membawa erti di saat ini, seperti Harimau Kehilangan Gigi kerana Pak Lah sudah mulai kehilangan kuasa dan juga sokongan.

Hanya Anwar sahaja yang dapat menghancurkan cita-cita dan impian Mahathir juga angan-angan Najib, dengan menumbangkan Kerajaan BN dan menubuhkan suatu kerajaan Baru Pakatan Rakyat dalam waktu terdekat ini.

Wallahualam
Read more...

Oct 19, 2008

Perletakkan Jawatan PM: Sudah Tampak Nada Kekesalan Abdullah



Assalamualaikum wbr.

Pada awal pengumuman Perletakkan Jawatan sebagai PM pada Mac tahun depan oleh Pak Lah baru-baru ini, nada beliau tampak gembira seolah-olah telah hilang stress yang ditanggungnya selama ini. Kononnya perletakkan jawatan PM dibuat atas kerelaan beliau sendiri setelah mengambil masa yang panjang dan setelah memikir semasak-masaknya untuk berbuat demikian. Ianya bukanlah disebabkan desakan sesetengah pihak yang berada di dalam mahupun di luar UMNO. Pengumuman itu dibuat dalam satu Press Conference di hadapan para wartawan media perdana negara ini.

Tetapi hari ini nada beliau cukup berbeza dan berlainan sama sekali. Jelas sekali beliau tidak dapat menyorokkan kekesalan meletakkan jawatan sebagai PM pada Mac tahun depan atas desakan ahli-ahli UMNO terutama sekali TS Muhyiddin Yassin yang dahulunya cukup akrab dan rapat dengan beliau. Dahulu ke mana sahaja beliau pergi Muhyiddin pasti ada disisinya. Di mana ada Abdullah di situ ada Muhyiddin. Seolah-olah Muhyiddin ini regu Pak Lah dan tak boleh dipisahkan. Masa berlalu, sehinggalah Pak Lah dinobatkan sebagai PM di mana akhirnya Najib atas kelicikan dan helah Tun Mahathir terangkat menjadi regu Paklah sebagai Timbalan PM.

Penyusunan semula Portfolio Menteri Kabinet menyaksikan tindakan kurang berhemah Pak Lah yang melantik sekutu rapatnya TS Muhyiddin menjadi Menteri Pertanian, Menteri yang paling rendah dalam ranking senarai menteri-menteri. Perlantikkan ini amat mengguris dan melukakan hati Muhyiddin Yassin. Perasaan ini dipendamkan sahaja oleh Muhyiddin. Selepas perlantikkan itu Muhyiddin tidak lagi dilihat bersama-sama dengan Abdullah dalam apa-apa majlis kerajaan hinggalah ke hari ini. Kalau ada pun semuanya duduk berjauhan. Yang bersama Pak Lah adalah menantunya Khairy Jamaluddin yang dulunya pernah mengidam untuk menjadi PM sebelum umurnya 40 tahun. Sejauh mana kebenaran si Khairy untuk menjadi PM ini tidaklah diketahui.

Muhyiddin dahulu adalah sekutu DS Anwar Ibrahim yang pernah menentang Tun Mahathir. Apabila Pak Lah melupakan Muhyiddin, maka Muhyiddin mula mencari dahan yang kukuh bagi menguatkan kedudukannya yang keseorangan di dalam UMNO. Najib yang dahulunya menjadi "Blue Eyes" Tun Mahathir tetapi disebabkan tingkahlakunya yang taat dan menjadi "Yes Man" pada Abdullah menyebabkan beliau mula tidak disenangi oleh Tun Mahathir.

Tatkala Mahathir yang tersisih di luar UMNO dikutuk, dikeji dan dinista oleh anak-anak buahnya sendiri, maka Muhyiddin mula menyusun langkah dengan mengambil kesempatan ini untuk memujuk beliau dan akhirnya berjaya memimpin tangan Mahathir untuk pulang kembali ke pangkuan UMNO. Maka bermulalah episod Pakatan Mahathir, Ku Li dan Muhyiddin bagi menumbangkan Abdullah Bodowi. Desakan demi desakan, kenyataan demi kenyataan dibuat silih berganti oleh ketiga orang ini bagi mengugat jawatan nombor satu negara yang disandang oleh Abdullah Bodowi. Tetapi kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin ini amat mengejutkan banyak pihak termasuklah Abdullah sendiri. Beliau tidak menyangka Muhyiddin akan menikamnya secara berdepan.

Muhyiddin mempertikaikan tempoh peralihan kuasa yang dibuat dan dirancangkan oleh Abdullah pada June 2010 akhirnya tidak dapat dipertahankan sehinggalah beliau membuat pengumuman untuk perletakkan jawatannya pada Mac 2009. Itu pun Muhyiddin masih mempertikaikan akan lamanya tempoh peralihan tersebut. Apabila Muhyiddin dilihat bersama-sama dengan Tun Mahathir di hari terbuka Aidil Fitri dirumahnya baru-baru ini mengesahkan lagi hubungan intim beliau dengan Tun Mahathir. Sila Klik. dan Klik Lagi

Akhirnya terungkailah kekesalan Abdullah yang menuduh Muhyiddin lah punca segala-galanya menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatannya lebih awal dari apa yang dirancangkannya pada pertengahan 2010 seperti mana yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO. Baru nampak kan...

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan. Lihat petikkan kata-kata Pak Lah di bawah:

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.



Berita lebih lanjut Sila Klik


Terlajak Perahu boleh diundur, Terlajak kata....Abdullah Hilang Kuasa.Pengumuman Perletakkan Jawatan PM dan juga Presiden UMNO tidak dapat ditarik balik lagi oleh Abdullah melainkan beliau menyusun satu strategi halus SEKARANG ini yang lebih tersusun dan terancang bagi membolehkan Najib KEMPUNAN menjadi PM, memandang Najib sangat banyak kes-kes kotornya termasuklah isu Panas AlTantuya. Dengan menjerat Najib maka membolehkan beliau terus menyambung kembali tugasnya menjadi Perdana Menteri sampai bila-bila.

Wallahualam
Panglima7
Read more...

Oct 18, 2008

Kelab BN : UMNO Sedang Mencari-cari Formula


Paklah headache-mencari-cari Formula

Assalamualaikum wbr.

Seperti yang umum sedia maklum Parti-Parti terbesar yang berada di dalam Barisan Nasional adalah parti yang berteraskan Semangat Perkauman. Parti-parti ini yang terdiri daripada Parti UMNO yang kononnya memperjuangkan nasib orang-orang Melayu, manakala parti kedua terbesar, MCA memperjuangkan nasib orang-orang Cina manakala kaum India pula diperjuangkan oleh Parti MIC.

Sekiranya anda seorang India, pergilah mengadu kepada UMNO yang merupakan salah satu parti dominan dalam Barisan Nasional dan lihat sekiranya parti UMNO ini mampu membantu anda. Besar kemungkinannya anda akan pulang dengan hati yang redam. Kerana apa....sudah terang bahawa parti ini HANYA MENOLONG ORANG-ORANG MELAYU. Anda perlu mengadu untung nasib anda kepada Parti MIC iaitu parti berasaskan kaum India jika ingin meminta pertolongan. Tetapi belum tentu permohonan anda akan dilayan. Nasiblah kalau menyokong Parti Dacing ini.

Lain pula berlaku jika anda mengadu nasib anda kepada parti-parti yang anda di dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Sudah pasti anda akan diberi bantuan seadanya. Kerana apa....parti-parti ini bukan seperti parti BN yang mana.. luar sahaja nampak elok tetapi hakikat didalamnya penuh dengan semangat perkauman.

Walaupun kelihatan persefahaman parti-parti komponen dalam Barisan Nasional agak kukuh jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat tetapi di dalam hati ketua-ketua kaum ini tersemat kesangsian diantara satu sama yang lain. Masih tersemat semangat perkauman. Gemar mengata belakang, kutuk mengutuk parti komponen yang lain di hadapan kaum sendiri bagi meraih sokongan dan bila bertemu dengan parti kaum yang lain, percakapan telah berubah dan bertukar menjadi lain.

Lihat sahaja apa yang dipertikaikan oleh Parti MCA mengenai Kontrak Sosial baru-baru ini juga meminta agar diadakan satu jawatan Timbalan Presiden Barisan Nasional dari Parti MCA. Lihat bagaimana UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional menanganinya dengan menyemai dan menanam semangat perkauman dikalangan orang-orang Melayu agar bangkit juga mempergunakan Sultan dan Raja-Raja Melayu bagi menutup mulut kaum-kaum yang lain. Sila Klik Pandangan Prof. Dr. Hamirdin.

Walaupun sudah kuat kedengaran dalam parti-parti komponen Barisan Nasional agar berubah menjadi satu parti yang mewakili semua kaum jika ingin survive pada Pilihanraya yang akan datang tetapi UMNO belum lagi berjumpa satu formula untuk merealisasikannya. Jika UMNO menubuhkan parti baru untuk semua kaum maka hilanglah kuasa dominan mereka dan hilanglah UMNO dari takhta pemerintahan. Ini sangat ditakuti oleh pimpinan-pimpinan UMNO. Disebabkan itulah Abdullah Bodowi mencadangkan agar Barisan Nasional menjadi kelab penyokong kepada mereka-mereka yang tidak menyokong mana-mana parti seperti UMNO, MCA dan MIC yang berada di dalam Barisan Nasional. Sila Klik

Perlu diingat bahawa Barisan Nasional bukanlah sebuah Parti, Barisan nasional hanya sebuah gagasan yang bernaung dibawahnya Psrti-parti yang lain seperti UMNO, MCA dan MIC. Mana mungkin perkara ini boleh berlaku.

Apapun hayat mereka sudah sampai di penghujung. Semua parti ada masa ajal masing-masing. Apabila sampai masanya...segala apa yang mereka lakukan semuanya tidak akan berjaya dan mendapat sokongan rakyat lagi.

Inilah bezanya Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Apakah anda masih ingin memilih Barisan Nasional dalam pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang atau memilih Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik daripada Barisan Nasional.

Tepuk dada dan lihatlah arahtuju generasi anda di masa hadapan.

Wallahualam.
Panglima7: bersiap kuburkan Barisan Nasional.
Read more...

Oct 17, 2008

Bandar Baru Bangi Keputusan Air




Assalamualaikum Wbr.

Telah masuk 2 hari Bandar Baru Bangi dan kawasan-kawasan disekitarnya keputusan bekalan air. Penduduk B.B.Bangi kegelisahan, mana taknya terpaksa menunggu selama 3 hari atau mungkin lebih lama lagi bagi membolehkan penyambungan paip yang pecah disebabkan pengorekkan pasir di Kampung Revolusi Hijau di daerah Dengkil. Sila Klik.
Ramai penduduk mula membanjiri restoran-restoran disebelah malamnya kerana kesukaran suri-suri rumah untuk memasak dan menyediakan makanan untuk anak-anak dan keluarga disebabkan masalah ini.

Apa pun masalahnya, keputusan bekalan air ini bukan hanya berlaku disebabkan masalah paip putus di Dengkil tetapi juga sering berlaku sejak pemberian air percuma sebanyak 20 liter kepada Rakyat Selangor oleh Kerajaan Negeri di bawah Pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apa yang ingin saya utarakan ialah, tindakan Kerajaan PR memberikan air percuma kepada Rakyat Selangor tanpa mengira apa fahaman politik mereka termasuklah penyokong pembangkang seperti UMNO, MIC dan MCA bolehlah diibaratkan seperti "orang mengantuk disorongkan bantal". Orang kaya gembira dan orang miskin lebihlah lagi. Cumanya di sini, janganlah kerana pemberian air percuma ini maka kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Syabas kepada Rakyat Negeri Selangor juga turut terabaikan dan dipandang sepi.

Air dah percuma tapi perkhidmatan hampeh. Kerapkali bekalan air terputus tanpa ada pengumuman dibuat terlebih dahulu oleh Syarikat Syabas ini hinggakan rakyat terpinga-pinga, kebingungan kerana tiada persediaan awal yang dapat dibuat bagi mengatasi masalah ini.

Kita sedia maklum, dari pengarah, pegawai hinggalah petugas-petugas dan pekerja bawahan dari Syarikat Syabas bukan semuanya menyokong parti yang memerintah iaitu Pakatan Rakyat. Mereka-mereka yang mempunyai kuasa di dalam Syabas boleh mempergunakan air sebagai senjata ampuh mereka bagi menyulitkan bekalan air kepada Rakyat Selangor hingga rakyat selangor akan beranggapan bahawa pemberian air percuma oleh Pakatan Rakyat ini seakan tidak berguna dan tidak ada maknanya sekiranya bekalan air seringkali terputus tanpa ada pengumuman dari Syabas dan juga amat lembabnya perkhidmatan lori-lori tangki Syabas yang menyalurkan bantuan.

Perlu diingat...Kalau kerajaan Pakatan Rakyat menabur baja diwaktu pagi maka Syabas di bawah pengaruh dan bayangan UMNO boleh menabur racun diwaktu petang. Sia-sia sahajalah usaha PR memberi air percuma kepada rakyat jika Syarikat Syabas ini tidak dipantau perkhidmatannya.

Oleh itu saya menyeru MB Selangor, Exco-Exco Kerajaan Negeri juga Ahli-Ahli Majlis agar memantau perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Syabas kepada Rakyat.
Jangan lepas tangan dan percaya 100% kepada perkhidmatan yang mereka berikan setelah PR berkuasa.

Saya bukan membuat tuduhan tetapi kadangkala perlu ada sikap pesimis dalam diri kita agar Syabas tidak diperkudakan oleh UMNO dalam memanupulasikan isu air ini juga supaya rakyat tidak memberontak dalam senyapnya.

Wallahualam.
Read more...

Oct 16, 2008

Ibrahim Ali Mengadu Domba





Apakah Mahathir mampu berdiri di situ untuk berdebat dengan DS Anwar ???

Assalamualaikum.

Belum pun reda kita bercerita tentang Ibrahim Ali, maka telah keluar kenyataan Ibrahim yang mencadangkan agar Debat Perdana dibuat secara live di televisyen di antara Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sila Klik.

Bak kata Prof. Dr. Hamirdin dibawah,

Berikan beliau keris. Berikan beliau rpg. Berikan beliau M16. Acah beliau supaya senjata itu beliau gunakan untuk menikam musuh politik PAS dan PR. Biar dia bersilat, biar dia menikam, biar dia menghamput, tetapi kita yang corongkan hamputannya itu kepada UMNO.
Untuk lebih panas Sila Klik pandangan Prof. ini

Saya tertarik dengan pandangan Prof. Dr.Hamirdin agar Pas mempergunakan Ibrahim Ali, jangan biarkan beliau meracau-racau hingga menyusahkan banyak orang dan Pakatan Rakyat.

Ibrahim Ali : Mengadu domba
Anwar : Cuma tersenyum dan geleng kepala.
Mahathir : Beliau takkan berani. Dalam Mahkamah pun takut nak hadir.


Wallahualam
Panglima 7
Read more...

Oct 15, 2008

Ibrahim Ali @ Si Tanggang



Assalamualaikum wbr.

Saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai Ibrahim Ali yang boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Dahulunya beliau digelar katak puru yang kerjanya melompat dari satu parti ke satu parti yang lain apabila persekitaran hidupnya bertambah panas bagi membolehkan ia untuk mencari tempat yang lebih dingin dan selesa.

Terlebih dahulu sedikit sebanyak mengenai biodata Ibrahim Ali. Beliau adalah seorang yang sangat goyah pendiriannya dan sentiasa tidak tetap dalam membuat keputusan. Bak kata orang Lidah Bercabang. Specis apa yang lidah bercabang ? Biawak kot !! Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, beliau ini sering lari ketika pertempuran.(perang politik)

Pada awalnya beliau menyertai Berjasa, tapi kemudian beralih arah dengan melompat ke Parti Pas apabila Berjasa sudah lemah lututnya di Kelantan. Bila Pas mula bergoyang dan semakin goyah, beliau melompat pula ke dalam Umno untuk mencari kedudukan. Pada tahun 1988, Krisis Mahathir & Ku Li bermula dan menyebabkan UMNO terpecah dua, dan kemudian berakhir dengan tertubuhnya parti serpihan Semangat 46 di bawah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau mengambil peluang ini dengan melompat ke parti S46. Tapi beberapa tahun selepas itu, parti S46 mula tenggelam timbul, cepat - cepat pula beliau berpaling tadah dengan menyertai Umno semula. Apabila tersingkir dari UMNO beliau sanggup tebalkan muka yang tidak tahu malu itu dengan memohon kepada TGNA untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket Pas pada Pilihanraya Umum yang lalu. Kalau dilihat dari sejarah lompat-melompat ini beliaulah orangnya yang paling banyak di antara yang terbanyak dalam melompat Parti dalam sejarah politik tanahair.

Bagi saya, walaupun tidak dizahirkan, tentunya TGNA sangat kecewa dan merasa terkilan dengan perilaku Ibrahim Ali ini. Seorang yang tidak tahu mengenang budi. Kita bukan minta untuk dikenang budi pun tetapi ada bahasalah sikit. Setelah Pas dan PKR bekerja keras bagi membantu memenangkan kau di Parlimen Pasir Mas, sebaik kemenangan boleh kau isytihar yang kau adalah Parti Bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti samada UMNO, PAS atau PKR.
Ya Allah !!! Apakah jenis Manusia ini. "Bukankah baik kau jadikannya seekor binatang" kata P. Ramlee dalam Ibu Mertuaku. Bukan kata saya.

Baru-baru ini yakni semalam, beliau telah menyokong dan membela serta mempertahankan pendirian kerajaan UMNO & BN untuk mengekalkan ISA di negara ini. Terdahulu beliau telah bertengkar dan bergaduh besar dengan Karpal Singh dengan tuduhan tidak menghormati Parlimen dengan tidak berdiri ketika berucap sedangkan pada masa itu dan sekatrang ini Karpal hanya mampu duduk di kerusi roda.

Saya percaya bahawa seluruh penyokong, pendukung dan ahli-ahli parti terutama Pas, Keadilan dan DAP merasa amat malang dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ibrahim Ali ini. Beliau menyamai dengan sifat seekor binatang yang Allah ciptakan iaitu Iguana atau sejenis specis Sesumpah yang sering menukar warna kulitnya mengikut keadaan dan situasi sesuatu tempat agar menjadi bidalan dan pengajaran kepada manusia.

Juga boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit atau lebih sesuai anjing la. Ini bukan saya cakap, tapi orang tua tua dahulu yang cakap. Yakni seperti Melepaskan Anjing Tersepit. mana taknya....merayu ia pada TGNA untuk bertanding atas tiket Pas di Parlimen Pasir Mas, di saat beliau tiada apa-apa di sana. Setelah menang tangan kita pula digigitnya.

Walau bagaimana pun, biarlah dia terjun dengan labu-labunya. Pisang tak akan berbuah dua kali. Pilihanraya yang akan datang kita akan saksikan Pas akan mengambil semula Parlimen Pasir Mas dari biawak hidup ini.

Untuk berita lebih lanjut tentang Ibrahim ali. Sila Klik

Wallahualam.
Read more...

Tabung Azan Utusan Malaysia : Sudah Terang Lagi Bersuluh



Assalamualaikum wbr.

Apabila Utusan Malaysia disaman 30 juta oleh Ahli Parlimen Seputeh sebaik sahaja dibebaskan dari tahanan ISA, maka mengelupurlah orang-orang UMNO yang ada kepentingan di dalam Utusan. Kelamkabut mereka sehingga sanggup menubuhkan Tabung Dana yang kononnya dipanggil
Tabung AZAN.

Hasil derma dari Tabung ini kononnya bagi membantu Utusan yang sekarang ini sedang sesak napas...macam kena sembelih laa... bagi membayar kos saman 30 juta dari Teresa Kok seandainya kalah di mahkamah, juga untuk keperluan melahirkan Muazzin-Muazzin bagi melaungkan azan sekuat-kuatnya.

UMNO Bahagian Cheras berasa terpanggil dan amat prihatin dengan akhbar Utusan Malaysia yang sedang berjuang untuk menegakkan syiar Islam dan kepentingan orang Melayu.

“Apabila pemimpin DAP itu menyaman akhbar Utusan Malaysia hanya kerana isu laungan azan, maka tindakan Teresa itu seolah-olah mencabar dan menghiris seluruh perasaan umat Islam di negara ini,” jelasnya.


Untuk lebih detail sila klik.

Kalau sekiranya Utusan Malaysia tidak bersalah memfitnah Teresa Kok, mengapa harus takut dan kelam kabut sampai sanggup kutip derma berpuluh-puluh ribu selagi mana temampu pada semua Bahagian UMNO ??? nak bantu bayar duit saman Teresa Kok Kah ???

Belum naik mahkamah dah sejuk semacam nie....apasal.? Utusan Malaysia tak apa-apa awak yang menggigil apasal. Lebih sudu dari kuah pulak.

Daripada senario ini, baru jelas, terang dan sangat nyata bahawa Utusan Malaysia ini adalah Lidah UMNO.
Beliau menjelaskan, akhbar Utusan Malaysia adalah milik orang Melayu dan sinonim dengan perjuangan UMNO, maka tindakan Teresa itu samalah seperti menggugat kepentingan seluruh umat Islam.


Sudah terang lagi bersuluh....Akhbar Utusan adalah lidah UMNO. Telah bertahun-tahun saya tidak membelinya. Pada mereka yang masih membeli Utusan Malaysia, berhentilah dari membelinya. Baca boleh percaya jangan.

Wallahualam.
Read more...

Oct 13, 2008

Tanda-Tanda Kerajaan Melaka Akan Tumbang



Assalamualaikum wbr.

Isu yang masih Panas ini dipanaskan lagi.
Selepas ini kita akan menyaksikan pula bagaimana tumbangnya kerajaan Melaka dalam PRU 13 disebabkan kebodohan melampau pemerintah negeri dan alasan Pak Kaduk yang diberikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Muhd Ali Rustam.

Anugerah Datuk ini sangat memanaskan hati dan sangat menghina semua lapisan Masyarakat bukan sahaja seluruh Rakyat Melaka tetapi juga para artis dan seniman dan Seluruh Rakyat Malaysia. Sila Klik

Kebodohan ini tidak mungkin dapat dimaafkan oleh Rakyat. Jangan pandang rendah isu yang mereka anggap kecil seperti ini. Isu inilah yang bakal mengheret dan menghukum Kerajaan Negeri Melaka dalam PRU yang akan datang. Rakyat Melaka tidak akan memilih lagi orang-orang yang bodoh dan badut untuk mewakili mereka sebagai pemimpin di negeri yang hebat ini pada Pilihanraya yang akan datang.

Ala...Kassim, Mak dah tua Kassim.
punyalah hebat lakonan beliau dalam ibu mertuaku yang ditayang beribu-ribu kali sepanjang zaman pun tak dapat anugerah Datuk.

Sendiri Mau Ingat laa...

Bila Panglima 7 naik berang.
Read more...

Kembalinya Mahathir : Pembawa Malapetaka atau Penyelamat UMNO

Assalamualaikum.

Umum telah mengetahui bahawa Tun Mahathir telah pun menyatakan hasrat ingin menyertai UMNO semula setelah dipujuk oleh orang no.3 negara, tak salah dan tak bukan siapa lagi kalau bukan Tan Sri Muhyiddin Yasin, Mantan MB Johor. Agak tinggi juga ilmu Muhyiddin ni ya,hingga berjaya bawa pulang Mamak Bendahara. Sedangkan ramei yang mencuba tetapi gagal. Teringat cerita Panglima Hang Tuah yang berjaya pujukrayu Tun Teja datang ke Melaka. Melaka lagi!!. Melaka oh Melaka. Lama sangat BN memerintah, sampai nyanyuk beri anugerah datuk. ishk..ishk.. ishk.. ishk!!

Samada beliau yang berjaya memujuk Mamak Bendahara pulang atau Mamak Bendahara yang dah teringin sangat nak pulang tidaklah hamba ketahui. Hanya mereka berdua ajer yang tahu ceritanya.

Arakian, tatkala tersebarnya berita kepulangan ini maka mashyurlah nama Temenggung Muhyiddin seketika. Adapun bagi Bendahara Dolah tidaklah gumbira hatinya mengenangkan beliau sering disakat oleh Mamak Bendahara bertahun lamanya. Sekonyong-konyong mata nak terkalip, pulang semula dia. Akan tak lenalah beradu Bendahara Dolah walaupun telah dipasang bersamanya si jin. Manalah tahu bimbang kalau-kalau dirasuk lagi dan lagi. Gerangan apakah yang membuatkan Panglima 3 ini membawanya pulang ke istana.??

Shahdan, penduduk-penduduk negeri penggemar dacing mulalah memasang angan akan aman dan makmurlah semula negeri ini dari segala sengketa setelah kembalinya mamak bendahara. Adapun bagi cacai tentera Dolah, ini adalah malapetaka bukannya penyelamat kepada penduduk negeri negeri keris.

Apa ada kebenarankah kemunculan mamak Bendahara semula bisa membawa Malapetaka yang lebih besar atau menjadi penyelamat kepada UMNO dan BN.

Apa pun kembalinya Mamak Bendahara tidak dapat merubah Timbangan Dacing. Sudah lama hamba rakyat merasa terbeban kerana masih lagi menggunakan Dacing yang lama dan berkarat. Udah ler lama...senget pulak tuu....Sedangkan 5 negeri-negeri di atas angin dan wilayah tengah telahpun mengguna pakai sistem Metrik.

Hamba Panglima 7
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara