Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Aug 28, 2010

Orang UMNO Memang Bodoh Agama. Sebab Itu Non Muslim Menjauhi Islam.


Salam,


Dr. Asri Pertahan Tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Dua tokoh terkemuka agama terkemuka negara, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad Nur Manuty menyifatkan perbuatan Ahli Parlimen Sedang Teo Nie Ching memasuki bahagian dalam surau, tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Malaysia, mereka berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010.

Bekas Mufti Perlis itu tegas menyatakan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

“Jika tujuan dia masuk itu tujuannya untuk mempelajari Islam mengetahui tentang Islam dan mengkaji tentang Islam ataupun untuk urusan kehidupan yang ada dengan kepimpinan Islam dalam masjid umpamanya seperti zaman nabi.

"Nabi sebagai ketua agama dan berpusat di masjid mereka masuk untuk berjumpa dengan nabi dan meminta masuk yang mereka rasa urusan mereka dan mereka masuk tidak ada masalah,” kata bekas Mufti Perlis kepada TV Selangor.

Dr Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah.

Beliau menyarankan semua pihak menyelesaikan masalah ini berpandukan hukum hakam agama dan bukan bersandarkan kepada pemikiran politik.

“Saya mengharapkan perkara seperti ini jangan dimulakan hukuman yang menjadikan orang bukan Islam takut, lebih baik media-media ini memainkan peranan menerangkan prinsip umum Islam termasuk dalam masjid, apa pandangan Islam. Islam kata tidak ada masalah, mereka boleh masuk masjid jika niat mereka betul.

"Jika niat mereka salah, maka tujuan mereka salah, maka tidak boleh masuk masjid,” kata beliau.

Dr Asri mengingatkan semua pihak prinsip agama bukan bertiangkan politik kepartian yang membawa kepada pelbagai prejudis dan persepsi, sebaliknya mesti bersandarkan fakta dan dalil.

“Isu agama mesti diulas atas prinsip agama. Prinsip agama sentiasa ditegakkan melalui fakta sedangkan politik kepartian sentiasa ia dibina di atas prejudis dan persepsi.

"Jika kita mahu bercakap berkenaan agama, mesti mengikut kepada penghujahan agama. Jangan jadikan penghujahan politik untuk penghujahan agama kerana politik kepartian ada agenda di sebalik isu.

"Akan tetapi, agama sentiasa konsisten dan tegap dan dibina di atas prinsip,” katanya lagi.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa umat Islam menyelak kembali lembaran sejarah ketamaduan Islam sebelum membuat kesimpulan melulu.

Ini akan membolehkan umat Islam lebih memahami isu dan perkembangan dunia Islam dengan lebih luas dan tidak terperangkap dengan kepompong budaya yang belum tentu berpaksi ajaran agama.

“Saya fikir masyarakat umat Islam kena mendalami lagi Islam daripada segi hukum hakam dan juga sejarah ketamadunan umat Islam yang berpangkalan di Makatul Mukarramah kemudian ke Madinah kemudian ke Baitul Maqdis.

Ini, supaya memahami adanya ruang-ruang yang diadakan orang Islam untuk masuk ke dalam masjid dan juga pembinaan gereja yang dibina berhampiran masjid seperti di Baitul Maqdis. Jadi umat Islam kena pertingkatkan kefahaman tentang Islam dan sejarahnya,” katanya.

Beliau menganggap tindakan Teo Nie Ching itu menunjukkan seorang pemimpin bukan Islam cuba membantu dan menyelami kehidupan umat Islam.

Malah, ia jauh berlawanan dengan gelagat wakil rakyat Barisan Nasional yang selama ini memandang remeh keperluan infrastruktur surau tertentu.

"Hari ini kita tengok Ahli Parlimen Serdang sudah memberitahu tujuan dia bukan bertazkirah tetapi orang menyebut-nyebut dia memberi tazkirah. Mana ada dia bertazkirah, dia menyampaikan maklumat terkini polisi kerajaan Selangor.

"Sebagai wakil rakyat dia perlu untuk menjalankan tugasnya di mana wakil rakyat daripada PR lebih baik daripada menjalankan tugas daripada wakil rakyat BN yang menjalankan tugas yang bukan Islam langsung tidak menghayati budaya orang Islam terutamanya dalam bulan Ramadan,” Katanya.
Dipetik dari Tinta Hijau Blogspot.

Panglima7.
Solat bertahun-tahun tapi masih bebal.... pasal ceramah agama tak mahu nak dengar.!!! Bila ceramah ajer..kata itu org Pas..cakap politik. Asyik dengar bab wuduk dari muda sampai ke tua...mana nak pandai.
Read more...

Hanya Mereka Yang Mahu Bergelumang Dengan Dosa Ajer Yang Menolak Hukum Allah.

Salam,


Orang-orang yang menolak hukum Allah dari dilaksanakan di negara ini serta memperlekehkan, biasanya mereka ini merupakan seorang yang belum insaf atau mereka mereka yang sayang untuk meninggalkan dosa yang sedang mereka lakukan.

Mereka takut kalau-kalau dosa yang mereka lakukan setelah hukum Allah ini dilaksanakan nanti, akan menyebabkan mereka tertangkap dan dibicarakan. Mereka-mereka ini termasuklah penguasa, ketua-ketua atau orang perseorangan. (kalau tak faham tak tahu laa)

Anda boleh lihat kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini. Seribu satu macam alasan mereka yang secara tidak mereka sedari boleh menyebabkan mereka terkeluar dari Islam atau menjadi kufur. Kerana apa mereka kufur?? sikit aje.....kerana menghina hukum yang datang dari TuhanNYA.

Hina mahkamah dunia pun boleh kena hukum...(meradang-radang hakim),.....Inikan pula hina Hukum Allah dan undang-undang Islam,

Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu dosa apa yang dia lakukan dan sembunyikan serta sayang untuk ditinggalkan.

Wallahualam

Panglima7
Checkmate. !!!
Read more...

Aug 27, 2010

Peringatan !! Hudud Allah Bukan Sekadar Impian.. Wahai Zaid Ibrahim !!!


Salam,

Zaid Ibrahim mengatakan bahawa Impian Pas untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai berdasarkan perjanjian yang pernah dimeterai di antara ketiga-tiga Parti PR pada Disember 2009.

Sila klik di sini

Suka Panglima ingatkan di sini.....Perjanjian ini adalah perjanjian manusia...ianya boleh berubah dan diubah bila tiba masanya nanti.  Dan seperkara lagi.....ingin hamba perbetulkan......Hudud ini bukan Hudud PAS, bukan Pas yang buat atau cipta undang-undang dan peraturan serta hukuman ini.....hudud ini adalah Hududallah iaitu Hudud Allah. Ianya kepunyaan dan milik Allah. Sesiapa yang masih mengatakan ini Hudud PAS selepas datangnya kebenaran ini...Memang layaklah ianya dipanggil bengong atau bangang.

Buat Zahid Ibrahim....juga sesiapa sahaja.......Suka hamba ingatkan....Hukum Hudud bukan hanya sekadar Impian Parti PAS tetapi impian semua umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul di negara ini.  Lain laa UMNO....beriman di bibir...di hati tolak hudud Allah.  Kami akan pastikan Hukum dan Kalimah Allah Tertegak dan Tinggi di bumi Malaysia ini suatu hari nanti.

Kalau bukan generasi kami yang merasai perlaksanaan Perundangan Islam : Hudud dan Qisas di negara ini, anak-anak dan cucu kami InsyaAllah akan menikmati dan merasai bagaimana hebatnya keamanan dan keadilan hukum Allah ini di kemudian hari nanti.

Panglima7
Pelaksanaan Hudud, Qisas dan Takzir di Malaysia... Bukan satu Impian,
Ibarat Sinaran Bulan.....
Bukan satu khayalan.

*Kenyataan ini milik hamba dan bukan mewakili kenyataan mana-mana parti politik di Malaysia ini.
Read more...

UMNO Jangan Sibuk Tuduh DAP...Diri Sendiri Kenapa Tolak Hudud.

Lanjutan dari blog Unspinner (UMNO) ....Tan Seng Giaw putarbelit hudud untuk sokongan Melayu

Salam...

Jangan sibuk nak tahu Tan Seng Giaw itu ikhlas ke Tidak. UMNO tuu yang mengaku membela Islam mengapa tak nak beriman kepada Hukum Allah dan Rasul ????


Kata beriman kepada Al-Quran...buat Musabaqah tiap-tiap tahun tetapi hukum hudud diletak di bontot. Orang lain desak agar dilaksanakan hudud....awak perlekehkan. Apa takut hilang kuasa ker,....??? Tak hilang punya laaa....semua umat Melayu akan sokong dan negara bertambah kuat. Cuma pasal UMNO masih ingin bergelumang lagi dengan dosa dosa dan kemungkaran yang mereka lakukan sehingga ke hari ini. sekiranya hukum hudud mereka laksanakan maka tiada peluang lagi untuk mereka berpoya2 dgn perempuan dan arak serta judi. Itulah alasan nafsu mereka bagi menentang Allah dan rasul.

Panglima7
Read more...

Aug 26, 2010

Kembalilah Kepada Hukum Allah Wahai UMNO

Kita sudah ada hukum sendiri, mengapa diambil hukum dari musuh-musuh Allah.


UMNO tidak beriman dengan Hukum yang datang dari TuhanNya
Salam,

Sudah terlalu banyak berlakunya jenayah dan pembunuhan demi pembunuhan serta penzinaan di negara ini yang diperintah oleh UMNO dan BN.  Tetapi UMNO masih dengan sikap degil dan sombongnya menentang hukum Allah, hukum yang datangnya dari PenciptaNYA.

Al Quran engkau sanjungi, engkau bacai, engkau ajari tetapi sayang seribu kali sayang.....engkau tidak mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya sepertimana yang diperintahkan oleh tuhanmu, tuhan Robbul Jalil. Tuhan seru sekalian alam.

Di dalam kegawatan negara yang siang malam dipenuhi dengan perzinaan dan pembunuhan yang silih berganti...engkau meraba-raba mencari jalan penyelesaian, engkau mencari Al Maliki, engkau mencari Al Ghazali, engkau mencari Hambali dan engkau mencari As Shafie tetapi masih jua engkau temui Al-Tantuya dan engkau pilihi hukum lain dalam menangani masalah ini.

Sedangkan hukum ini Allah telah sediakan khusus untukmu 1431 tahun dahulu sebelum engkau dan nenek moyangmu dilahirkan ke dunia ini.  Engkau masih menggunapakai hukum yang selain dari hukum Allah, engkau masih memilih hukum selain dari hukum Allah, engkau masih menyembah hukum selain dari hukum dari Tuhanmu yang secara tidak langsungnya membawamu ke jalan Kehinaan dan Kesyirikan.  Engkau membawa rakyat melalui jalan-jalan kesyirikan dengan memilih hukum yang selain dari Allah.

Janganlah engkau jadikan Al-Quran sebaai muzium di negara ini.  Sempena Nuzul Al-Quran ini.....kembalilah ke jalan tuhanmu dan kembalikanlah hukum Allah ditempat yang hak dan sepatutnya.    Supaya engkau berbeza dengan kaum-kaum musyrikin, munafikin yang memerintah di atas dunia ini. 

Panglima7
Read more...

Orang Sakit Mental Ibarat Bom Jangka - Jangan Pandang Ringan

Salam,

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, tragedi-tragedi pembunuhan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami tekanan perasaan atau masalah mental semakin meningkat saban tahun.   Ini adalah di antara puluhan peristiwa yang berlaku disebabkan pelakunya mengalami msalah mental.  Sila klik di Sini
Masyarakat selalu memandang alpa atau ringan terhadap pesakit mental dan tidak mengambil langkah-langkah Keselamatan dan berhati-hati.  Terutama sekali keluarga pesakit mental yang tidak memikirkan Pro dan Kon jika pesakit mental ini bertindak diluar kawalan diri.   Akhirnya anak dan isteri di sembelih, cucu ditikam dan bapa ditetak.  Jiran-jiran dihambat dengan parang.  A

Sampai bila perkara ini hendak dibiarkan sahaja. Apakah kita boleh menerima semua ini...dan hanya pasrah !!  Sila klik lagi di sini

Panglima7
Read more...

Aug 24, 2010

Nikah Khitbah (gantung) Tangani Kemaruk Nafsu & Buang Bayi

Menikahkan sesuatu pasangan, tetapi buat sementara waktu pasangan ini tidak duduk sebumbung dan suami tidak dibebankan dengan nafkah atas faktor-faktor masih menuntut, disebabkan faktor ekonomi, disebabkan halangan tertentu dan jika ini dilakukan ianya dipanggil Nikah Khitbah( Dalam Melayunya..."gantung" bermaksud tak duduk sama).  Panggilan aje "gantung" tetapi dah jadi suami isteri yg sah dah.!! (Panglima7)


Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.


Menurutnya, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.


# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.


# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.


# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.


# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.


# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.


# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.


# Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah.


# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.

[malaysiakini]
 
Panglima7
Read more...

Hanya HUDUD Diyakini Dapat Selesai Gejala Sosial Negara

Ketua Pemuda PAS - Nasruddin Hassan At-Tantawi

Pas sedia jumpa pemimpin


Dewan Pemuda Pas Pusat sedia bertemu dengan mana-mana pihak termasuk Pengerusi DAP, Karpal Singh dan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang bagi menjelaskan konsep hukuman hudud secara terperinci.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, pelaksanaan hukuman itu diyakini dapat membantu menyelesaikan kemelut gejala sosial yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.

“Kita bersedia bertemu sesiapa sahaja termasuk pemerintah bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud berperanan memulihkan peradaban yang kian runtuh hari ini.

“Umum mengetahui, penyakit masyarakat hari ini berpunca daripada maksiat dan kemungkaran yang berleluasa. Malangnya, masih ramai yang berdegil untuk bertahan di bawah satu sistem yang gagal sejak lebih 50 tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Baru-baru ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukum hudud dijalankan, pelbagai pihak sibuk mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini.

“Karpal Singh sendiri mencadangkan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas penjenayah yang saya kira jauh lebih berat daripada hukuman hudud atau syariat Islam yang ditolak olehnya.

“Sudah tiba masanya untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan. Kenapa mahu menolak sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini,” katanya.

Nasrudin berkata, Islam bukanlah sekadar menjalankan hukuman semata-mata tetapi penyelesaian secara bestari dan berhikmah serta mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik bermula daripada pendidikan, pembentukan minda dan peribadi, pencegahan, pemantauan, alternatif seterusnya hukuman setimpal.

“Hukuman berat tidak menjamin keberkesanan seperti hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar dadah.

"Biarpun hukuman itu keras dan berat, namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa,” katanya.

Panglima7
Macam ini lah Ketua Pemuda.  Tidak hanya bercakap dan memanaskan isu tetapi bercakap dan bertindak berani diluar kepompong.  Iaitu Extraordinary dari Ketua-Ketua Pemuda dari parti-Parti yang lain.  Baru lah tuan nampak hebat dan berkarisma seperti mana yang dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim dahulu.
Read more...

Aug 23, 2010

Roh-Roh Di Bulan Ramadhan

Jalan menuju ke Syurga ???

Pabila Roh keluar dari badan....Imiginasi ajer.

Salam,

Bersame la kite besedekah... pada roh orang-orang Mukmin, Muslimin dan juga Muslimat, Mukminin dan juga mukminat.

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...

Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului


kita"

Roh di Bulan Ramadhan . Diceritakan kembali oleh sahabat.

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan

apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Panglima7
Hamba berpesan kepada diri hamba juga.
Read more...

Aug 22, 2010

Doa Untuk Lim Guan Eng Vs Solat Hajat & Yassin Utk Kamala MIC

Salam.....


Isu ini memang sengaja ditimbulkan UMNO untuk memburukkan Kerajaan PR di Pulau Pinang dan bagi membangkitkan marah umat Islam kepada Kerajaan PR di sana, seolah-olah mereka cukup hebat dan membela agama islam tetapi mereka lupa di ekor mereka tersalut tahi....yelah....berkokok berderai-derai...ekor masih bersalut tahi...itulah perumpamaan kepada UMNO BN.

Lihat ini......Apakah yang dilakukan oleh tangan tangan UMNO.???  Apakah ini boleh dihalalkan....??? 
Apakah Ketua UMNO Cawangan Jelutong, Abu Kassim Ismail dan pemimpin UMNO termasuklah Datuk Zahid Hamidi buat-buat lupa, Pemimpin2 UMNO mereka telah melakukan lebih dahsyat dari itu.!! 
Apakah Abu Kassim Ismail sudah Buta...tentang apa yan telah dilakukannya oleh pemimpin2 UMNO kesayangannya terhadap Kamala (Ahli Parlimen Hulu Selangor dahulu).   Apakah UMNO Sudah Lupa....ohhh ako tidak lupa semua ituu.....Lu pikir la sendiri. !!!  Kuman seberang laut nampak....Gajah depan mata....tak nampak.  Haaa..... ini ako kasi nampakkan kat ko wahai....penyokong UMNO.

Inilah jawapannya kepada UMNO yang sibuk menjaja isu doa Lim Guan Eng dalam Khutbah Jumaat. 
hanya gambar ini yang dapat menutup isu ini...dan gambar dibawah ini perlu dimainkan lagi dan lagi.



Antara doa untuk Lim Guan Eng Vs Solat Hajat dan Baca Yassin Kamala ...mana yang lebih berat.  Mana yang lebih berat...najis muhafafah (kencing bayi) dengan Najis Mughalazah (Najis babi)?  Sendiri mahu ingat laa....(pasal najis ni...contoh ajer)

Panglima7
Silap-silap...Datuk Zahid Hamidi turut membaca Yassin dan Solat hajat untuk Kamala pada waktu ituu....ha ha ha ha...
Read more...

Aug 20, 2010

Terkenang Semasa Dulu....Part 2

Salam,

Sambungan Terkenang Semasa Dulu....semasa alam persekolahan dan zaman remaja jua kanak-kanak.

kasut yg menjadi pujaan hati setiap budak sekolah.... kasut Fung kiong.  masa tuu ako cukup giler pakai kasut Fung Kiong......hehehehe


tak dapat kasut macam chik boh tu... dapat kasut BATA pun jadi la.... hahahahaha...


apa jadi dengan subjek ni aaaa? hehehe... awek-awek dulu semua pakai pinafore... huhuhuhu


Ingat lagi tak buku Tawarikh nie...selalu ako tersasul sebut Terawih..hahaha



Buku Kesihatan nie...memang ako gunakan masa darjah tiga...Nurse2 siap datang sekolah ajar cara berus gigi...hehehe


penah guna tak bedak nih?
Bedak Cuticura Siapa nie,,,ani punya, bukan !!! Man punya... Adik Punya !!! Adik Punya !!! hehehe Ingat lagi....


ini digeruni oleh komunis


silat wajib dipelajari... Macam macam silat ada masa tuuu...Silat Gayung, Silat Harimau Bernatai, Silat Chimandi...Kuntau....dan mcm-mcm lagi.


time sekolah dok tnggu lori ni la mai...hehehe...


lama btoi x naik bas..trigt la tiket ni....huhuhu


tok perak... aku tak pasti apa yang hang sebut... mungkin yang ni kot... hahahaha.. betoi ka?



hangpa semua ingat x lagi kenangan ni? satu kampung berkumpul kat padang sekolah. Pihak Kem. Penerangan bagi kasi Wayang Free....dgn pasang Projector...semua bentang suratkhabar.

ptg2 main yg ni pn best... Main baling2 Tin dan Selipar...ingat tak..hehehe  kadang2 cari Spider kat tepi belukar...hehehee cari spider jantan, yang mata putih adalah jantan dan Mat Bon...lagakan jantan dgn jantan  dan siap jual sekali.

Memang tak dapekku lupakan bila main perang-perang....antara b;lok...Bila bulan posa main yg ni la lg besttttttttttttttt...... perang antara kampung ooooo..... kabommmmmm...


main meriam tanah je la... hahahaha




holiday on ice...huhuhu bedak kedai gunting...rambut

buku komik wak doger....masa tuu

 
sapa diantara kita disini penah minum susu nih?? huhuhuhu

buku yg tkut nk di baca...tp best..... tamar jalis

Ini komik favourite aku

sapa suka minum Ovaltine? angkat tangan.....

AIR MENET.....bestttt...
air yg ako takleh lupa sampai hari nie...sedapp...hehehe lidah kanak2.

Panglima7
Hasil kiriman sahabat yang diolah semula.


Read more...

Aug 19, 2010

Terkenang Semasa Dulu....Hatiku Merasa Rindu....Part 1

Salam,
Berehat sebentar dari dunia politik dan isu semasa....

Mari kita mengimbau kembali kenangan masa kita kecik-kecik dulu.......ermmmm !!! Pasti akan terkenang nostalgia ketika dizaman remaja dan kanak-kanak kan!!.

Zaman kanak-kanak time sekolah....





Wokeh.. dulu-dulu sapa pi sekolah aje mesti akan gunakan beg hijau nih kan... hehehehe.. penuh buku teks!








lagi.... kalau sapa-sapa demam ja.. mesti mak suruh ayahanda kita pi beli menatang nih... rasanya macam oren sikit.. tapi time tu la.. memang susah betoi nak makan ubat masa kecik-kecik...jenuh 'pelekoh'.... pengalaman aku dulu.. mak aku terpaksa hancurkan dulu.. then baru campoq ayaq suam kasi minum... hahahahahaha...




bagi mat-mat rock era 80'an.. kalau tadak kasut jenih nih memang tak rock la... brand apa tau... tu dia... ALIPH oiii... mahai tuuuu....


kalau dah ada kasut tu mesti layan lagu2 ni pulak....huhuhu..






hangpa mesti ingat iklan ni.....



dah empat hari aku x makan....jgn monyet...jgn monyet... hehehe

 


zaman la ni agak-agak ada tak lagi dapoq minyak gaih (minyak tanah) hehehe .. sumbu dia sempoi dok ada... hahahaha..






Senario awal pagi masa nak pergi sekolah dulu. Betapa byknya pengorbanan emak kita nak besarkan kita.



ada... aku takdak benda alah nih.. tapi kawan aku ada.. dia kasi pinjam .. tapi dah rosakkan la.. hampeh!





dulu2 takdak la LCD.....tgk TV mcmni jaaa...






bila time kenduri kawin..mlm2 layan video ni la....



dulu-dulu kalau pi library.. mesti cari buku penyiasatan.. kawan aku dalam biodata dia dulu siap nak jadi penyiasat persendirian... konon-konon terlalu obses cerita penyiasatan 5 sekawan nih... so buku dibawah menjadi pilihan utama bacaan hujung minggu...




dulu2 xdak paintball....just main menatang ni jaaaaa...sendiri bikin ooo





Jeng jeng jeng.....mandi sungai jadi crocodile hunter.   Yang best bila time terjun di Kali/ BAN ( tali air @ sungai)....




perasan tak dulu-dulu benda alah nih... kalau ada orang penerangan mai rumah saja.. mesti mak kita pi cari tunjuk kat pegawai tu... hehehe... nak guna TV pun ada lesen wooooooo... hahahaha.. sekali pikiaq lawak gak.. setahun $24.00 (RM 24) .. kebanyakan rumah pada masa tu siap frame lagi....



dulu 2 hnset xdak ..bkn mcm budak2 la ni...hnset 1org satu..tp kita men yg ni jer....



balik ja sekolah.. kompom singgah kedai.. hahaha.. TIKAM... oooo TIKAM... ada luck dapat seringgit... modai sekupang ja... selalunya tak penah kena pon...





sapa yang ada benda ni pd zaman tu mmg org berada laa..






subjek yang paling aku minat masa darjah 5 dulu ni..sebab tu aku tak hantar buku teks ni..sebab aku minat sangat..






Panglima 7,
hasil kiriman sahabat...diolah kembali.
Bersambung ke Part 2.
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara