Salam,
Rakyat Selangor memang tidak tersalah pilih Kerajaan PR di dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu sebagaimana yang di war-warkan baru-baru ini oleh Mantan Menteri Besar @ Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Khir Toyo, bahawa rakyat negeri ini tersalah pilih Pakatan Rakyat di Selangor.
Kenyataan beliau ini seolah-olah merendahkan martabat diri beliau sendiri dengan menyangka bahawa rakyat Selangor ini masih bodoh-bodoh belaka sampai tersalah memilih kerajaan di negeri Selangor.
Pada dasarnya rakyat Selangor menolak UMNO di negeri Selangor ini yang kebetulan di bawah pemerintahan Khir Toyo adalah jelas. Kerana amalan kronisme, nepotisme dan rasuah yang berleluasa hingga Bekas ADUN Zakaria (arwah) dapat membina Istananya di Klang. Ingatkan ada seorang lagi Raja yang hidup di Klang....rupa-rupanya Istana ADUN ni yg dahulunya hidup biasa-biasa ajer.
Kemudian Khir Toyo dengan Mahligainya Di Bangi dan Shah Alam. Dah la rumah besar mengalahkan raja......bagi pula hadiah penyapu kepada Pengarah-Pengarah Majlis Perbandaran sebagai ganjaran dari kerajaan Negeri Selangor...sungguh memalukan apabila dikalungkan atau diberikan hadiah ini di hadapan ratusan pekerja-pekerja kerajaan yang hadir.
Lagi...merobohkan Surau umat Islam.....Surau tempat beribadat orang MELAYU....aku sebut sekali lagi ....Orang MELAYU. Orang melayu yang beragama Islam. Apahal ngko boleh roboh surau....masa ngko jadi menteri Besar dahulu....macam yahudi Israel merobohkan rumah kediaman dan surau umat Islam di palestin. ??? Apakah kerana perbezaan politik ...surau tersebut ngko robohkan. Perbezaan politik, politiklaa... memanglah berbeza...tetapi politik dan agama tidak boleh dipisahkan. tetapi apabila bersolat..... tak kira UMNO atau PAS, solatnya tetap sama, tuhannya tetap sama, menyembah kepada Allah yang satu dengan kalimah Laa ilaa ha illallah. tetapi apahal surau pula menjadi mangsanya. Itukan rumah Allah. Kerana marahkan nyamuk , kelambu ngko bakar. Bila ngko roboh rumah Allah bermakna ngko memerangi Allah.
Apabila ngko merobohkan surau.....masih ako ingat lagi engko roboh surau di Bandar Baru Bangi. Mereka penduduk BB Bangi bersujuddd....dengan linangan air mata....dihadapan Allah di tengah jalan memohon Pertolongan Allah agar membalas perbuatan ngko yang lebih zalim dari Israel. Kenapa ako kata ngko lebih Zalim.....??? Kerana beza Yahudi Israel dan ngko adalah ngko Islam tetapi Yahudi bukan Islam. Ngko Islam tetapi semasa dipuncak kuasa......perangai ngko lebih zalim dari yahudi Israel yang merobohkan surau di BB Bangi. Ingatlah !! Doa orang yang dizalimi....sangat dimakbulkan oleh Allah. 5 Tahun dahulu mereka berdoa....hari ini ngko Khir Toyo sudah kehilangan Kuasa dengan ngko sendiri tidak menyangkakannya. Allahuakbar !!!
Kemudian ngko merobohkan Kuil, rumah ibadat orang Hindu.....menyebabkan masyarakat india naik hangin......Islam takde mengajar umatnya merobohkan rumah ibadat. Waimah dalam perang pun...perkara perkara ini harus dan wajib dijaga. Tapi ngko main tibai ajer, kuil pun kuil laa...atas arahan Samy Vellu.....ke sape ker....roboh tetap roboh.
Dan lagi engko melaung-laungkan Slogan Pembangkang Sifar semasa dipuncak kuasa.....Sungguh sombong dan takburrr...ketika itu. Ako masih ingat lagi. Tetapi sekarang siapa yang mendekati angka sifar di Selangor????
Ngko robohkan penempatan Setinggan Kg Berembang.......menangis dan merempat rakyat tidur dibawah papan dan runtuhan rumah mereka.....zalim sungguh ngko.
Dan banyak lagi Dosa-Dosa dan Noda UMNO kalau hendak dituliskan di sini.
Di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, rakyat melihat Pakatan Rakyat menekankan aspek pembelaan dan kebajikan rakyat. Ketelusan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Kerajaan PR adalah sesuatu yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini di negeri ini.
InsyaAllah, rakyat Selangor tidak akan serik dgn fitnah ngko malah akan terus Mempertahankan Kerajaan PR ini di Selangor dan di negeri-negeri yang dipayungi oleh PAS, PKR dan DAP supaya menjadi kerajaan yang kuat bagi mengambilalih Kerajaan Persekutuan dalam Pilihanraya Umum yang ke 14 nanti. Aaminn.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Aug 15, 2010
Gelombang Selamatkan Selangor Tidak Mampu Padamkan Dosa UMNO
Labels:
Politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
4 comments:
SAUDARA PANG5,SESUNGGUHNYA SAYA MEMANG PENYOKONG KUAT UMNO ,NAMUN SEBAB RASA KESAL DAN KECEWA SIKAP / PERANGAI PEMIMPIN UMNO YANG SERING ITU INI ,MAKA KERANA ALLAH SWT SAYA TELAH MEMBERI UNDI KEPADA YB.DR.LO'LO MP TITIWANGSA.
Alhamdulillah...Semoga Allah memberkati saudara dan membimbing kita ke Parti yang diredhainya.
Salam Pang5,selamat berpuasa.
sokong pas.alhamdulilah amin(terimakasih teguran ikhlas kat blog saya tu.masa baru sempat izin ,niat lama gak ..terbantut..kekangan masa.semat kemas kini sempena jemputan bersahabat blog disambut..insyaALLAH DIBERKATI).
Salam sahabatku Izam, Blog tuan hamba sudah linkkan. Semoga semangat ukhwah sesama kita termasuklah Blog saturibuenamratusenampuloh akan terus terjalin. Semoga kita tidak termasuk golongan yang menyokong orang-orang yang bersalah.semoga kalian semua diberkati dan dirahmati Allah hendaknya. Aaminn.
Post a Comment