Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Aug 12, 2010

Ohhh..... Ada Pengintip Ruper-Rupernya.....!!!

Salam,

Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menemui alat perakam video yang disembunyikan  di dalam pejabatnya bagi mengintip aktiviti beliau...

Ermmm......ada pengintip ruper-rupernya. hehehe...    Tidak dapat tidak....ini membuktikan adanya konspirasi dalam cubaan menjatuhkan beliau......SAMADA dari KAWAN mahupun pihak LAWAN (UMNO & BN).  Haaa yang ini kena siasat dgn berhati-hati.....bukan main tangkap muat ajer...bukan main tuduh-tuduh ajer...atau main raser-raser ajer.....kena ada bukti.     Bak kata org putih....."thoroughly" siasatan yang amat menyeluruh  laa...
kalau tak siasat dan main jatuh hukum pada org yang tak bersalah...buruk padahnya.

Apabila perkara ini berlaku di dalam pejabat sendiri..........Perkara yang perlu sentiasa diingat ialah...jangan cepat percayakan orang.   Boleh dengar tapi jangan cepat percaya.  Walaupun dari mereka yang selama ini YAB percayai.

Apabila perakam boleh di masukkan di dalam pejabat, mengikut CSI nya...tentunya dilakukan oleh mereka yang dekat (hehehe), orang yang hampir yang selalu keluar dan masuk di dalam pejabat YAB.  Samada dari orang YAB sendiri atau ada musuh dalam selimut.  

TETAPI WALAU APA PUN.....TUJUANNYA, JIKA KHALID IBRAHIM, SEORANG YANG JUJUR DAN TELUS, PASANG LAA APA-PUN, KEBAIKAN TUAN AKAN TERSERLAH JUA.  JADI TAK PERLU RISAU.

Yang jadi risau jika kita buat sesuatu yang salah....dan tengah merancang untuk menjahanamkan orang lain atau makan dalam diam diam dan Perakam Video itu tunggu masa ajer nak menangkap perangai beliau dan akhirnya menjatuhkan beliau dari kerusi empuk tetapi panas di Selangor Darul Ehsan.

Panglima7

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara