Kita sudah ada hukum sendiri, mengapa diambil hukum dari musuh-musuh Allah.
UMNO tidak beriman dengan Hukum yang datang dari TuhanNya
Salam,Sudah terlalu banyak berlakunya jenayah dan pembunuhan demi pembunuhan serta penzinaan di negara ini yang diperintah oleh UMNO dan BN. Tetapi UMNO masih dengan sikap degil dan sombongnya menentang hukum Allah, hukum yang datangnya dari PenciptaNYA.
Al Quran engkau sanjungi, engkau bacai, engkau ajari tetapi sayang seribu kali sayang.....engkau tidak mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya sepertimana yang diperintahkan oleh tuhanmu, tuhan Robbul Jalil. Tuhan seru sekalian alam.
Di dalam kegawatan negara yang siang malam dipenuhi dengan perzinaan dan pembunuhan yang silih berganti...engkau meraba-raba mencari jalan penyelesaian, engkau mencari Al Maliki, engkau mencari Al Ghazali, engkau mencari Hambali dan engkau mencari As Shafie tetapi masih jua engkau temui Al-Tantuya dan engkau pilihi hukum lain dalam menangani masalah ini.
Sedangkan hukum ini Allah telah sediakan khusus untukmu 1431 tahun dahulu sebelum engkau dan nenek moyangmu dilahirkan ke dunia ini. Engkau masih menggunapakai hukum yang selain dari hukum Allah, engkau masih memilih hukum selain dari hukum Allah, engkau masih menyembah hukum selain dari hukum dari Tuhanmu yang secara tidak langsungnya membawamu ke jalan Kehinaan dan Kesyirikan. Engkau membawa rakyat melalui jalan-jalan kesyirikan dengan memilih hukum yang selain dari Allah.
Janganlah engkau jadikan Al-Quran sebaai muzium di negara ini. Sempena Nuzul Al-Quran ini.....kembalilah ke jalan tuhanmu dan kembalikanlah hukum Allah ditempat yang hak dan sepatutnya. Supaya engkau berbeza dengan kaum-kaum musyrikin, munafikin yang memerintah di atas dunia ini.
Panglima7
2 comments:
Harap Faham bagi mereka yang ingin komen termasuklah anonymous.
Hamba nak bagitahu...Perlaksanaan hukum hudud bagi sesebuah negeri di Malaysia hanya boleh dibuat melalui Kerajaan Persekutuan.
PR kena Tawan Kerajaan Persekutuan dahulu baru boleh laksana hukum hudud sepenuhnya. Ini menunjukkan kerajaan negeri terikat kepada keizinan dan kuasa dari Kerajaan Pusat yang diperintah oleh UMNO & BN. Kalau tak dah lama dah kita laksanakan.
Cakap-cakap dan komen yang mengatakan "laksanakan dahulu di Penang, kedah, Kelantan dan Selangor dan jangan sibuk menyalahkan orang lain tetapi buatlah dahulu" adalah cakap orang-orang yang tidak faham akan prosedur perlaksanaan tubuh undang-undang di negara ini. Komen-komen begini mendedahkan kebodohan anda sendiri...hahaha. Balasan kepada komen anonymous.
Patutlah guna nama anonymous....untuk elak dituduh bangang.
Post a Comment