Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Aug 27, 2010

Peringatan !! Hudud Allah Bukan Sekadar Impian.. Wahai Zaid Ibrahim !!!


Salam,

Zaid Ibrahim mengatakan bahawa Impian Pas untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai berdasarkan perjanjian yang pernah dimeterai di antara ketiga-tiga Parti PR pada Disember 2009.

Sila klik di sini

Suka Panglima ingatkan di sini.....Perjanjian ini adalah perjanjian manusia...ianya boleh berubah dan diubah bila tiba masanya nanti.  Dan seperkara lagi.....ingin hamba perbetulkan......Hudud ini bukan Hudud PAS, bukan Pas yang buat atau cipta undang-undang dan peraturan serta hukuman ini.....hudud ini adalah Hududallah iaitu Hudud Allah. Ianya kepunyaan dan milik Allah. Sesiapa yang masih mengatakan ini Hudud PAS selepas datangnya kebenaran ini...Memang layaklah ianya dipanggil bengong atau bangang.

Buat Zahid Ibrahim....juga sesiapa sahaja.......Suka hamba ingatkan....Hukum Hudud bukan hanya sekadar Impian Parti PAS tetapi impian semua umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul di negara ini.  Lain laa UMNO....beriman di bibir...di hati tolak hudud Allah.  Kami akan pastikan Hukum dan Kalimah Allah Tertegak dan Tinggi di bumi Malaysia ini suatu hari nanti.

Kalau bukan generasi kami yang merasai perlaksanaan Perundangan Islam : Hudud dan Qisas di negara ini, anak-anak dan cucu kami InsyaAllah akan menikmati dan merasai bagaimana hebatnya keamanan dan keadilan hukum Allah ini di kemudian hari nanti.

Panglima7
Pelaksanaan Hudud, Qisas dan Takzir di Malaysia... Bukan satu Impian,
Ibarat Sinaran Bulan.....
Bukan satu khayalan.

*Kenyataan ini milik hamba dan bukan mewakili kenyataan mana-mana parti politik di Malaysia ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara