Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Aug 9, 2010

Bergembiralah Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan Al Mubarak.

Salam,

Kepada seluruh Pendukung, Penyokong dan Ahli kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS dari seluruh pelusuk tanahair juga yang berada jauh di rantau orang (di luar negara) juga kepada seluruh umat Islam khasnya....Hamba mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini dan Selamat menjalani Ibadah Puasa.  Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita, merahmati kita dan membebaskan kita dari Azab Api Neraka Allah hendaknya.  Aminn Ya Robbal Alamin.

Rasulullah s.a.w sentiasa menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh kegembiraan dan berlapang dada.Perasaan gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya dengan berkhutbah:

“Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Allah (Ramadan) dengan membawa berkat, rahmat dan keampunan. Ia bulan yang paling mulia di sisi Allah. Harinya adalah hari paling mulia. Malamnya adalah malam yang paling mulia. Setiap detik masanya adalah masa yang paling mulia. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan-Nya. Pada bulan ini setiap hembusan nafasmu adalah tasbih, tidurmu adalah ibadah, segala amalanmu diterima, dan doamu dimakbulkan. Bermohonlah kepada Allah Tuhanmu dengan niat yang ikhlas dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya (al-Quran)”.

Panglima7

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara