Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Sep 29, 2010

Ibrahim Ali Gunakan PERKASA Bagi Kukuhkan Kekuatan di Pasir Mas

Salam,


Mulut Dia Memang Celupar !!

 Ibrahim Ali Dimakan Bulan....Macam buah kelapa.

Ibrahim Al-Kataki, sering memanaskan politik tanahair dengan tindakannya yang selalu menikam dari belakang.  Beliau juga boleh diibaratkan seperti anjing yang mengigit setelah dilepaskan. (melepaskan anjing tersepit) 
TGNA membenarkan beliau bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas setelah beliau merayu-rayu tatkala dibuang dari UMNO, (TGNA bersangka baik kononnya beliau telah sedar) tetapi.... ku sangka panas hingga ke petang...rupanya hujan ditengah hari.  Selepas penyokong dan ahli-ahli PAS Pasir Mas memenangkannya dalam Pilihanraya Umum yang lalu, tangan TGNA digigitnya.  Lantas dia mengisytiharkan dirinya Calon Bebas yakni calon yang terbabas.

Tiada pendirian seperti lalang.    Menjadi pembangkang kepada Parti Pembangkang PR dan kadangkala menghentam, membodek dan menjilat-jilat UMNO dan Mahathir.  Bermusuh dengan semua orang, PAS,, DAP, PKR dan sesiapa sahaja yang menentang termasuklah Khairy Jamaluddin.

Memikirkan beliau tidak mungkin dapat lagi bertanding di Pasir Mas atas kerusi PR dari PAS dan memang pasti penyokong PAS akan menolak beliau kali ini, maka beliau menubuhkan PERKASA....hahahaha...PERKASA ATAU PERKOSA!!!! hahaha.....

PERKASA sebuah badan NGO yang kononnya membela nasib orang Melayu.  (geli ako.....hihihi)  Kelantan, satu-satunya negeri yang majoritinya adalah Melayu.  Itu pasallah Ibrahim Ali tubuhkan PERKASA.  Bukan untuk membela Melayu atau UMNO pun......tetapi lebih kepada meraih sokongan dan undian Melayu di Pasir Mas untuk beliau nanti.

TGNA dah tak heran dah dengan paeeel katak ni. ...yang pening sekarang adalah Najib.  Najib dah macam orang mengandung.....loya-loya tekak dengan sikap Ibrahim Ali.   

Untuk SURVIVAL dalam Politik beliau, Ibrahim Ali cuba menarik pengundi Melayu yang berada di atas pagar dan yang berada di dalam UMNO agar mengundi beliau atas tiket Bebas yang memperjuangkan Melayu ATAU kiranya diberi tempat bertanding atas tiket UMNO atau UMNO akan beri Bye pada Ibrahim bertanding atas tiket bebas di Pilihanraya Umum  akan datang di Pasir Mas nanti.

Begitu lah ceritanya dari analisis ako akan Ibrahim Ali Al-Kataki.  Kalau ada sesiapa nak tolong tambah...boleh nyatakan diruangan komen.

Panglima7
Read more...

Sep 27, 2010

Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Adun Galas, Kelantan

Salam,


Hamba Panglima7 beserta seluruh blogger-blogger Pakatan Rakyat mengucapkan Takziah kepada Keluarga Allahyarham Adun Galas, Che Sulaiman yang telah kembali ke rahmahtullah kira-kira jam 4.30 petang.  Al-Fatihah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  aaminn.  Dan semoga Keluarga Allahyarham bersabar dengan ujian Allah ini.

Panglima7.
Celiklah mata SPR setelah Adun Galas menutup matanya.
Read more...

Sep 26, 2010

Bebaskan Diri Anda dari UMNO. UMNO Pengkhianat Bangsa Melayu.

Salam,



Macam -macam hal Mantan PM kita ni.....Heboh dicanang di seluruh negeri kononnya Melayu akan hilang kuasa.  Gelagatnya macam beliaulah PM Malaysia sekarang ni bukan Najib.  Najib pun dah peninggggg kepala. Hahaha.....

Dulu sibuk nak berhenti jadi PM sampai menangis-nangis.   Sekarang nie.....sibuk bercakap mengalahkan Najib.  Najib kata jangan dekati PERKASA.   Dia pulak sibuk suruh orang Melayu rapat dengan PERKASA.  Mana satu orang Melayu nak dengar ni..???  Hancur dan Jahanam Konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Najib disebabkan tertubuhnya satu badan perkauman iaitu PERKASA.   Mahathir pulak sokong PERKASA.   Sepatutnya NGO ini diharamkan kerana ianya sangat berlawanan dengan konsep 1Malaysia.  Najib...Najib !!!  Najib berada di dua persimpangan.

Mahathir mengatakan Melayu akan tergugat dan hilang kuasa jika pR memerintah.
Melayu tak hilang kuasa de..!!!   Yang hilang kuasa ialah Pemimpin-Pemimpin UMNO yang Gila Kuasa.  Memerintah 53 tahun sampai lupa bangsa Melayu demi mengisi perut dan tembolok mereka.  Yang kaya raya adalah mereka....dengan berlumba-lumba membina Istana, rumah besar, kereta mewah, ,melancung, sedang Nik Aziz 20 tahun jadi MB Kelantan, masih sebegitu dengan rumah kampungnya yang lama.  Rakyat pula menderita dan asyik berhutang dengan along yang semakin berleluasa dan rakyat senantiasa diburu pihak bank akibat gagal melangsaikan pinjaman.  Kalau tak....masa kan Kerajaan menubuhkan AKPK  ???

53 tahun...apa yang maju pada orang Melayu ???  Cuba cakap...Apa yang maju ???  Zina dan buang bayi laa maju ke hadapan.  Mat Pit dan Mat Gian bertaburan menjuarai kaum lain diseluruh negeri...semuanya bangsa Melayu.

Melayu lah yang ekonominya hanya berada di pasar-pasar malam sahaja.  Berapa sen yang dapat di pasar malam.  Sedang di pekan dan dibandar-bandar besar perniagaan dimiliki oleh orang Cina. Mereka untung beribu-ribu sehari. Syarikat-syarikat perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu hanya untuk mereka yg bergelar datuk-datuk sahaja.  Itu pun boleh bilang dengan jari.

Tanah-tanah orang melayu yang banyak diambil oleh kerajaan UMNO untuk pembangunan kononnya....dgn membina Rumah-rumah teres dan banglo........dengan rumah dan tanahnya yang besar dan luas yang rata-rata bernilai RM300,000 ke atas se unit sekarang......kerajaan jual kepada orang cina, tak jual kepada orang melayu laa....pasal orang melayu tak mampu membelinya.  Ada pahaemmm.     Semuanya dimiliki oleh orang-orang cina.

Akhirnya orang Melayu tiada tanah lagi dah....Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan.  Ingat tuu.
Demi keuntungan, semua tanah kerajaan sapu untuk bina rumah-rumah mewah yang hanya mampu dibeli oleh orang-orang cina.  Untuk orang Melayu...kerajaan hanya sediakan rumah Flat yang sempit, tiada balkoni dan tidak diselenggara serta hilang bumbungnya seperti yang berlaku di Bukit Sentosa.  ramai melayu tuuu duduk di Bukit Sentosa.

Inikah katanya Membela Melayu..???   Melayu akan merempat dan miskin jika berada dalam UMNO.
UMNO suka Bangsa Melayu miskin supaya selalu meminta dan bergantung kepadanya.
Kasihan bangsaku.

Panglima7
Bebaskan diri anda dari UMNO.
Read more...

Sep 25, 2010

Melayu Hilang Kuasa atau Pemimpin Gila UMNO yang Hilang kuasa Jika PR Memerintah ???

Salam,



Adakah Melayu itu UMNO ??? Atau UMNO itu Melayu ??? hahaha....
Melayu tetap Melayu.  Samada Melayu ini dari Parti PAS, PKR atau DAP atau UMNO.  Melayu tetap Melayu dan tiada kena mengena Melayu hilang kekuasaannya jika PR memerintah.

Selama UMNO berkuasa selama 53 tahun memerintah Malaysia....Apa yang telah UMNO lakukan untuk membela Melayu...???  Orang melayu bukan dibela dan dibantu tetapi tembolok dan poket seluar mereka sendiri yang mereka bantu.  Wakil-wakil rakyat UMNO menjadi kaya raya selepas bergelar YB.  Sampai ada yang membina istana mewah mengalahkan Raja dan Sultan di Klang.  Ada bekas menteri besar yang rumahnya mencecah nilaian 20 juta setelah 2 penggal menjadi MB Selangor.  Ada menteri UMNO yang membawa wang cash sebanyak 20 juta di lapangan terbang Australia dan akhirnya ditangkap.  UMNO bantu siapa sebenarnya dan siapa yang kaya sebenarnya....Umat Melayu atau pemimpin-pemimpin Melayu UMNO.....bukaklah minda anda.

Teramat ramai  orang melayu hanya duduk dan hidup dirumah-rumah flat yang sempit dan punya 1-2 bilik sahaja.  lebih-lebih lagi rumah kos rendah.  Berapa ramai bangsa cina yang tinggal di flat??  Tolong habaq kat ako.  Berapa ramai orang cina guna motosikal berbanding orang Melayu???  berapa ramai org melayu membeli kereta berbanding cina.

Ako bukan racis cuma ingin membanding nasib orang melayu dengan bangsa cina dan india.  Rata-rata rumah kedai di pekan dan dibandar-bandar besar dimiliki oleh orang cina.  Boleh bilang dengan jari rumah kedai untuk org Melayu.....setuju??? Kalau dalam 100 rumah kedai orang Cina, orang melayu yang ada rumah kedai hanya 10 sahaja.  Orang melayu hanya menumpang menjual nasi lemak di depan restoran cina, kalau kita lihat senario sekarang ini selepas UMNO memerintah selam 53 tahun.  setuju???

Itu baru satu dan dua sebab aje...tak larat ako nak tulis panjang-panjang..nanti korang jemu pulak membacanya.

Apa yang UMNO buat untuk membela orang Melayu setelah mendapat kuasa memerintah Malaysia ???  Dan Apa yang UMNO dah buat kepada orang Melayu Pulau Pinang selama BN memerintah dahulu ???  Tolong tulis kat komen ako di bawah???

Panglima7
Read more...

Tindakan Jais Bermotif Politik : Umpama Kerbau Dicucuk Hidung

Salam,

Tindakan JAIS yang berdiam diri apabila Ahli Parlimen Hulu Selangor, Kamalanathan daripada Barisan Nasional mengadakan program dalam Masjid di Hulu Selangor membuktikan JAIS bertindak bermotifkan Politik sempit dan menjadi Kerbau politik UMNO... tunggu masa hidungnya dicucuk tali sebelum ditarik oleh UMNO.

Tindakan Kamalanathan yang menggunakan ruang solat di masjid itu semasa program berlangsung didiamkan sahaja oleh JAIS.  Seolah-olah Kamalanathan itu beragama Islam.   Tetapi apabila Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Ni Cheng dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan di Surau Al-Huda dan Masjid At-Taqwa, JAIS begitu pantas melenting dan mengeluarkan kenyataan seolah-olah JAIS adalah sebuah badan politik dan jurucakap parti UMNO.

Kenapa senyap membisu seribu bahasa bila Kamala memijak tempat sujud umat Islam di Masjid Hulu Selangor.  Apa Kamala tuu tak najis ker??  Kenapa JAIS diam membisu seperti orang tongong tidak tahu apa yang hendak dibuat.  Buat malu sahaja kepada rakyat Melayu Selangor.   Tindakan JAIS ini seperti Kerbau dan hanya bertindak jika dicucuk hidung dan ditarik oleh tuannya.

Panglima7
Takde JAIS pun takpe laa....buat semak ajer.  Menghabiskan duit rakyat ajer.
Ada ker takde ke...sama sahaja.
Read more...

Kenapa Polis Tak Siasat Kemungkinan Sosilawati Dirogol.???

Salam,

hamba sebenarnya dah agak malas nak citer pasal kes pembunuhan Datuk Sosilawati.  Pasal dah banyak info dan berita tentang pembunuhan beliau.  Tapi kali ini hamba nak ulas sedikit.

Suratkhabar hari ini melaporkan bahawa Polis semalam menafikan laporan akhbar arus perdana mengatakan pihaknya(polis) sedang menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dirogol sebelum dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd bakri Mohd Zinin menegaskan, pihaknya tidak pernah menjalankan siasatan yang menjurus kemungkinan Susilawati dirogol seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan.

Kenapa pihak polis tidak mahu menyiasat kemungkinan-kemungkinan Datuk Sosilawati juga turut dirogol sebelum dibunuh?  Kenapa tidak membuat siasatan menyeluruh dari semua aspek memandang Sosilawati tidak kurang dari segi kecantikkannya walaupun sudah berusia 47 tahun.  beliau pengasas produk kecantikan wanita la.  Terdapat banyak kes sebelum ini, nenek tua yang berumur 60-70 tahun juga tidak terlepas dari kes rogol di Malaysia ini.  Takkan nak tunggu suspek buka mulut baru nak siasat?

Jangan jadi pahat dengan penukul.  Siasatlah segala kemungkinan itu....bukan susah nak siasat kes rogol dengan menggunakan alat pengesan air mani di tempat kejadian tersebut.

Panglima7
Hamba bukan mempertikaikan keputusan polis, tetapi polis wajar menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati turut dirogol beramai-ramai.  Jangan suka "assume."  Siasat dari semua aspek kekejaman. Kenapa nak tinggalkan siasatan rogol pada suspek yang berhati binatang. 
Read more...

Sep 24, 2010

Santai : Nilai Sekeping RM5.00

Salam...

Sesekala....kita baca cerpen pulak....


Nilai Sekeping RM 5.00


Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Vios 1.6 ini dilambung graviti.
Putri yang duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi.
Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur.
Sekejap radio Pahang, sekejap Terengganu mengikut lambungan kereta.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan
yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan
hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar
langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi
salam.Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Putri sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar.
Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan tak guna, sopannya cuma didepan
jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan
berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,
t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai
seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut
disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Putri sudah separuh
menggelepar diluar meliar mata mencari Rafik,tunangnya. Aku duduk
sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.
Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar.

Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
. Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang.
Aku sedikit marah, mengetap bibir.
"Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur

" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap
dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut.

Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu.
Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya
yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana
aku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Putri yang tengah
tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu.

Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik
duduk terkangkang dirumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin
seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia
menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk,
meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial!

Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk
belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit.
Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah.

Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,
masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas
hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah
cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi,
sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis
tersedu-sedu.Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik
kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum
pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya
seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit
simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati
keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di
dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan
baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat.
Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan,
kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit.
Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana .
Lupakan saja..

Putri memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan
meluat- melihat Putri yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu.

Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang.
Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu.
Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan
rasa curiga bertanya terus. " Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima
ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".Bunyinya seperti meninggi.

Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur.

Meletakkan dua beg plastik di atas tanah,membukanya satu persatu,perlahan-lahan
dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan
tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis,
dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.

Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari
kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat.
Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik.
Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua
sial yang berpura-pura susah. Nah! ambillah semula,nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak,
berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak
mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan
sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan
kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.

Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.
Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai
kelaparan,jangan mati." Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.

Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit
di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung
lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang
boleh membeli segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membeli
sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.


*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa
yang kita dapat.."


Panglima7
Read more...

Sep 23, 2010

Nampak Macam Dah Bebas.

Salam...

Rasa-rasanya....blog ni macam dah bebas dari dioveright dari blog jentayu.  Setelah beberapa usaha dilakukan bagi me nyahkan kepungan tersebut. Tiada lagi gangguan tersebut.

Malam ni hamba akan confirmkan semula.

Kepada sahabat dan pengunjung...terus mengunjungi blog hamba seperti sediakala.

Wassalam
Panglima7
Read more...

Sep 22, 2010

Ada Sesiapa Boleh Tolong ???

Salam,

Nampaknya blog saya belum ok lagi.
Blog saya Panglima7 telah di Overwrite oleh blog Jentayu.com.   Sila klik di sini

Tak tahulah sape punya kerja la nie.....heeee geramnyer.  Bila bukak ajer blog....tak sampai 10 saat.....keluar Jentayu.com overwright blog saya.

Ada orang cuba sabotaj blog saya.  Minta pandangan sahabat yang mahir.  Bagaimana nak selesaikan masalah ini?

Panglima7.
Read more...

Sep 21, 2010

Banyak Blog-Blog Sahabat Dah Kena Sabotaj Dengan Serangan Virus.

Salam,

Hari ni giliran blog hamba pula diserang virus.....bila buka dan tak sampai 20 saat....blog lain pulak yang keluar....blog Jentayu (cara buat duit dan dah expired pun blog tuu) haram jadah.  Blog ini menutupi blog hamba.

Sebelum nie...belum sahabat , Canang....kemudian ok semula...tetapi mereak ke blog-blog lain seperti....
Caca Marba. Era Pasca, Pas for All, Tinta Hijau, dan lain-lain lagi yang berada dalam hamba punya "my sahabat bloglist."  Bukak ajer ...tak sampai 15 saat.......padam...dan automatik recover semual sebanyak 3 kali.....kemudian terus tak boleh bukak balik.

Sahabat hamba Al-Brangi pun ada memaklumkan....blognyer disabotaj dengan virus. Kemungkinan adalah usaha-usaha UMNO merosakkan blog-blog Pakatan Rakyat.

Heeeeeee geramnyer ako.   Pastinya blog-blog kita sudah diserang dan disabotaj oleh pihak-pihak tertentu.
Ni pun bagai nak giler......untuk masuk ke bhg Post New nie.....

Pada sahabat blogger yang lain...berhati-hati.
Read more...

Sep 20, 2010

Pernikahan Terbodoh Di Dunia....

Salam...

Pernikahan merupakan penyatuan dua insan dengan satu ikatan. Kenyataannya pernikahan manusia dengan benda juga terjadi. Pernikahan ini boleh disebut pernikahan ajaib dan pernikahan aneh. Namun ia lebih sesuai dengan Rekod Pernikahan Aneh Lagi Terbodoh Dunia.


Pernikahan Dengan Menara Eiffel



Erika, 39, seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco . Perasaan pelik yang tertanam sejak lama dengan mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda.


Akhirnya dia menikahi Menara Eiffel dengan dengan majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.


Pernikahan Dengan Diri Sendiri
 
Liu Ye, 42, pemuda yang berasal Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri. Akhirnya menikahi dirinya sendiri dengan majlis pernikahan pernikahan tradisional di hadapan lebih 100 tetamu undangan.   Dia mengabadikan model dirinya dan didandan seperti pengantin perempuan dengan bergaun merah.

Pernikahan Dengan Bantal

Cinta sejati yang pelik timbul dalam perbagai ragam. Ini yang dialami oleh Lee Jin-gyu. Pemuda yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal 'dakimakura' kesayangannya yang tertampal gambar karakter kartun.


Bantal tercinta Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari siri kartun 'gadis ajaib' iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.

Panglima7.
Dunia oh dunia...



Read more...

Sep 19, 2010

Bila UMNO Guna Duit Cukai Arak, Judi di Genting Highland, Babi dan Magnum TOTO untuk Bayar Gaji Kau,, Kau Tak Pertikai Lak...!!

Salam....

Bila UMNO Guna Duit Cukai Hasil Jualan Arak Carlberg, Judi di Genting Highland, Ternakkan Babi dan Magnum Serta TOTO untuk Bayar Gaji Kau,, Kau Tak Pertikai Lak...!! daripada sumber-sumber yang bercampur itulah....UMNO membayar bonus dan gaji kepada kakitangannya.....hahaha...

Bila UMNO guna khidmat nasihat dari Yahudi.....kau sokong pulak !!

UMNO....oh Ameno
APCO oh APCO

Panglima7

Sila Klik di sini
Read more...

Sep 18, 2010

AllahuAkbar !! Sultan Beginilah yang Disayangi Rakyat

Salam.

AllahuAkbar !!  Sultan Beginilah yang Disayangi Rakyat. Menghormati Ulama.

Belum ada mana-mana negeri di Malaysia ini yang Sultannya menghormati Ulama seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas melainkan Kelantan dan Trengganu sahaja.

Bersyukurlah rakyat Kelantan mempunyai Sultan yan sebegini...merendah diri sesama manusia lebih-lebih lagi Ulama.  Pangkat dan gelaran hanya di dunia sahaja.  Sedangkan darah kita tetap sama merahnya.

Berpakaian pun ala kadar sahaja...sedangkan ia mampu memakai pakaian kebesarannya jika ia mahu.

Panglima7
Sultan Kelantan yang baru mendepa tangannya sebagai tanda hormatnya dalam memberi laluan Kepada TG Nik Abdul Aziz.
Read more...

Sep 17, 2010

Syor Hukuman Mati /Gantung Sampai Mati Dikhalayak Ramai Dilaksanakan di Malaysia.

Salam,




Syor agar dijalankan hukuman mati di khalayak ramai atau ditempat umum sangatlah di sokong.

Buat permulaan perlaksanaan, biarlah suspek yang didakwa menjadi perancang utama dalam kes bunuh dan bakar Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya menjadi orang yang pertama-tamanya diGANTUNG SAMPAI MATI di khalayak ramai jika SABIT KESALAHANNYA.

Hukuman tersebut boleh dilaksanakan di Dataran Merdeka supaya menjadi tontonan umum segenap lapisan masyarakat dalam memberi kesedaran dan menimbulkan rasa gerun kepada masyarakat agar tidak melakukan jenayah yang sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan ini.

Perlaksanaan hukuman gantung sampai mati ini hendaklah di buat liputan SECARA LANGSUNG dan meluas di seluruh TV Kerajaan , Swasta dan berbayar.

Kalau setakat gantung dalam sel di penjara seperti sekarang ini..........Yang Takut hanyalah penerima hukuman tersebut tetapi bakal-bakal penjenayah dan penjenayah yang berleluasa diluar penjara tidak merasa apa pun. Jangankan berasa takut....naik sehelai bulu roma pun takdak.

Jangan ada dikalangan pemimpin dan aktivis yang bahalul.... merasa kasihan dengan penjenayah ini.......sedangkan penjenayah ini tiada belas kasihan langsung kepada mangsa dan anak isterinya.

Hikmah Mati Di Tali Gantung......Sila Klik di Sini

Panglima7
Hamba sangat setuju dengan cadangan Exco Selangor Yaakob Sapari agar dilaksanakan Hukuman Mati di tempat Umum.
Read more...

Sep 15, 2010

Pembunuhan Berlaku Pada 30hb Ogos Jam 10.30 Mlm.

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.


Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.

Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.

Untuk berita lanjut, Sila Klik di Sini

Panglima7

Detik sebelum dibunuh



10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.


4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.


5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.


5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.


8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.


10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. -BH


Read more...

Polis Menafikan Datuk Sosilawati dan Rakan2nya Disembelih.

Salam,

Polis hari ini menafikan Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya disembelih sebelum dibakar menjadi abu.  Kenyataan polis ini sekaligus menafikan laporan akhbar-akhbar terutamanya dari Harian Metro agar tidak mensensasikan sesuatu berita itu.

Polis juga mengingatkan, walaupun mayat dibakar ianya tidak dapat menghilangkan bukti jenayah ke atas mangsa.  (Ini seakan AMARAN kepada penjenayah yang berniat untuk membakar mangsanya di masa akan datang)

Mengikut analisis hamba.  Memang suspek dan rakan-rakannya BERNIAT...bukan sewel atau minda problem atau sakit mental dalam membunuh Datuk Sosila and the rakan-rakan.  Semuanya telah dirancang rapi.

1.  Suspek mengambil beliau dari apartment/ hotel ke Ladang di Banting agar mangsa tidak datang dikesan di mana mereka berada adalah salah satu sebabnya.  Iaitu bagi menghilangkan jejak mangsa dan supaya mangsa tidak dapat lari dan melepaskan diri.

2.    Datuk Sosila membawa peguam dan pegawai bank bagi berurusan dengan suspek supaya beliau tidak ditipu oleh si celaka ini dan hamba pasti rundingan telah berlaku beberapa kali dengan suspek sebelum beliau dijemput ke Banting.  Dan Datuk Sosila telah termakan pujukan si Celaka ini untuk turut serta berunding di dalam kawasan Penjenayah ini.

Ok cukup setakat ini....yang lain korang analisis sendiri...
Pada yang bergelar jutawan atau sesiapa sahaja dari kalangan wanita.....pasanglah bodyguard atau kaki pukul yang dapat melindungi anda (selain Allah) dalam membuat rundingan atau urusan dengan orang yang anda percayai atau tidak percayai.

Panglima7
Hukum Hudud wajib dilaksanakan bagi mengelakan pembunuhan seperti ini.
Hudud sahaja dapat mengekang dan mengurangkan Jenayah.  Siapa bantah ...dia telah menempah satu tempat di neraka Allah Taala.
Read more...

Sep 14, 2010

Syaitan Ini Juga Didakwa Turut Menyembelih Datuk Sosila Dan Rakan-Rakannya.

Salam,

Suspek-Suspek yang didakwa.

Suspek-Suspek yang didakwa.



Suspek-yang digelar datuk mengikut sumber media


Penjenayah yang berpangkat datuk ini..(Camner boleh dapat datuk pun ako tak tahu)  Sekarang nie...Pangkat datuk bukan mencerminkan orang itu orang yang baik-baik lagi.....Pangkat datuk tetapi bertopengkan Syaitan.  Next time kerajaan dan Sultan kena kaji semula sebelum menganugerahkan pangkat datuk kepada org-org tertentu.  Jangan sampai suatu hari nanti.....pangkat datuk ini akan diludahi org ramai.

Datuk Sosilawati juga dipercayai disembelih sebelum mayatnya dibakar menjadi abu dengan menggunakan najis lembu dan petrol.  Zalim nyer dan sangaaaattttt tidak berperikemanusiaan.  Ini bukan manusia lagi dah...tetapi Iblis laknatullah.
Macammaner mereka mengerjakan mangsa dengan menyembelih mereka beramai-ramai..  Dahsyat betul peristiwa pada malam itu....lolongan dan jeritan...Allah sahaja yang mengetahui...

Untuk berita lanjut...sila klik di sini
Panglima7
Jangan last minit...mereka semua dilepaskan atas dasar....sakit mental...atau tak sedar diri sebab minum arak berlebihan ketika menyembelih mangsa....Mahu reformasi keadilan di Malaysia bakal berlaku sekali lagi nanti.  Betulll...tengok laa nanti.
Read more...

Sep 13, 2010

Akhirnya Tertangkap : Pakai jam Tangan Datuk Sosilawati

Salam,


Datuk Sosilawati
Salah satu suspek di antara 8 orang yang ditangkap termasuk seorang Datuk dan juga peguam ditangkap ekoran pembunuhan Kejam Datuk Sosilawati didapati memakai jam tangan Datuk Sosilawati.  Ini berdasarkan sumber berita.  Untuk berita lanjut
Klik di sini. 

Panglima7
Celakalah mereka yang membunuh Datuk Sosilawati dan orang-orangnya.

Bunuh hukumannya ialah bunuh....bukannya Penjara wahai UMNOBN....
Di harapkan tiada double standard dan campurtangan politik dalam mengadili kes bunuh seperti ini walaupun tertuduh seorang yang berpengaruh..
Read more...

Sep 11, 2010

Peniaga & Penyembelih Ayam Pemegang Amanah Allah

Salam,



Di musim raya dan perayaan, permintaan terhadap ayam tersangat tinggi.  Justeru itu, peniaga-peniaga berebut-rebut memastikan stok ayam mencukupi bagi memenuhi keperluan pelanggan.  Bagi memastikan pengeluaran ayam mencukupi, ramai penyembelih ayam tidak menghiraukan syariat dalam menyembelih ayam.  Sekali kelar sahaja......ayam sudah dilempar ke dalam bakul atau air panas.  Ada ayam yang mati disebabkan terendam didalam air yang panas itu dan ada yang mati akibat kelemasan di dalam air tersebut, bukan mati disebabkan sembelihan penyembelih tadi.  Dan ada yang menyembelih tanpa memastikan urat mereh ayam tersebut sudah putus. 

Ada juga peniaga yang sudah kehabisan stok ayam...sanggup memborong ayam yang dicucuk mengikut sembelihan orang cina, kemudian dijual kepada pembeli yang beragama Islam demi memastikan keuntungan di dalam perniagaan mereka tanpa menghiraukan tindakan itu berdosa dan haram di sisi Islam.  Ayam tersebut akan ditoreh dan dikelar kelar lehernya seolah-olah ianya disembelih oleh orang islam..padahal ia mati disebabkan dicucuk oleh orang cina.

Sehari  sebelum Hari Raya....saya pergi ke salah satu pasaraya yang terkenal di NSK kawasan saya....NSK adalah tempat yang agak murah dalam mendapatkan segala barang keperluan kering dan Basah berbanding pasaraya Giant dan Tesco.   Saya membelek-belek ayam yang dijual untuk dibuat rendang di Hari Raya ...tetapi alangkah terkejutnya saya.... bilamana ayam yang saya pegang itu, lehernya sedikit pun tiada kesan sembelihan...hanya urat makannya aje yg putus.  Saya belek ayam yang lain dan mendapati...kesan torehan yang tidak seberapa dalam dan tidak setempat seperti torehan dgn gergaji.

Bising mulut saya memberitahu kepada orang disekeliling mengenai ayam yang tidak disembelih ini...tetapi malangnya...orang melayu islam yang berada dikiri dan kanan saya tidak ambil pusing akan ayam yang mereka mahu beli ini.  Astagfirullahalazimmm.  Mereka sanggup memakan bangkai dari memikirkan halal haram ayam yang mereka makan dan hidangkan untuk tetamu di Hari Raya. Apa punya Melayu Islam sekarang ini.

Saya semakin phobia sekarang ini...lebih-lebih lagi jika berkunjung ke rumah jiran atau sahabat....takut-takut mereka tidak peka dalam membeli ayam yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.

InsyaAllah, mulai hari ini...saya akan beli ayam hidup dan sembelih sendiri ayam tersebut...dari membeli dari pasaraya yang rata-rata ayam tersebut tidak disembelih mengikut syariat Islam.

Perlu diingat....Ayam yang disembelih tanpa disebut nama Allah atasnya..maka ayam itu menjadi bangkai dan mana-mana org Islam yang tidak membaca bismillah ketika menyembelih.....bermakna kita makan bangkai.

Orang Cina menyembelih binatang supaya binatang itu cepat mati dan mudah untuk mereka memakannya.
Berlainan pula dengan umat Islam.  Allah menyeru umat Islam agar menyembelih ternakan sehingga putus urat merehnya supaya
1.  darah yang keluar dari urat mereh yang putus itu dapat mengeluarkan darah yang turut terkandung racun-racun dan penyakit yang ada pada badan ayam atau ternakan tersebut.  Apabila segala penyakit yg ada dalam darah binatang itu keluar, maka kita yang memakannya akan terselamat dari penyakit yang datang dari haiwan tersebut. Itu hikmahnya.  Orang kafir dia main cucuk ajer ternakan mereka itu sehingga mati dan darah tidak banyak mengalir keluar dari badan haiwan tersebut. Darah penyakit akan membeku didalam badan ternakan tersebut dan mereka memakannya.

2.  Hendaklah mengadap kiblat ketika menyembelih ternakan.

3.  Disembelih menggunakan pisau yang tajam...agar tidak menyiksa dan menyakitkan ternakan tersebut.

4. Dimulai dengan Bismillahirahmannirahimm.....dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. (Sekurang-kurangnya). Ada penyembelih menyanyi nyanyi ketika menyembelih.

5. Hendaklah disembelih dari bawah ke atas sekurang-kurangnya 3 kali tarikkan. (bukan dari atas ke bawah) Apabila kedudukan pisau berada dibawah dan ketika menarik pisau ke atas tengkuk ternakkan tersebut hendaklah ditarik(ditekan) dengan berat (agak kuat).  Dan apabila pisau berada di sebelah atas dan ketika menurunkan pisau tersebut....hendaklah dilakukan dengan ringan. 

6.  Pisau yang terlekat dengan darah haiwan tersebut hendaklah dibasuh semula dengan air yang bersih jika ingin memlakukan sembelihan yang seterusnya.

Begitulah adat dan syariat dalam sembelihan.
Harus diingat... Peniaga dan Penyembelih ayam adalah pemegang amanah Allah dalam menyembelih ternakan untuk dijual kepada umat Islam.  Sekiranya umat Islam memakan daging yang haram atas sembelihan yang tidak mengikut syariat...mereka harus menanggung dosa-dosa mereka yang memakan bangkai tersebut.

Dikongsi bersama oleh
Panglima7. 
Read more...

Sep 10, 2010

Najib : Tahu Tak...yang Kerajaan UMNOBN Amalkan Islam Pertengahan...???

Salam,

Dalam Perutusan Khas Hari Raya Aidil Fitri semalam, Najib memberitahu rakyat..rahsia perpaduan kaum di Malaysia adalah kerana Kerajaan UMNO mengamalkan Islam Pertengahan. Siap dibacakan lagi ayat Al-Quran ...mengenai umat pertengahan yang diamalkan oleh UMNO.

Najib...Najib !!!....tak tahu ako nak cakap ape.....Kita memang umat Islam pertengahan.....yang dibawa Nabi SAW...tetapi Nabi SAW tidaklah sampai menggadaikan prinsip-prinsip Islam kepada kafir Musyrikin Mekah. Nabi tidaklah sampai menolak hukum hudud yang disuruh oleh Allah. Nabi tidaklah sampai membiarkan Isteri-Isterinya dan isteri para sahabatnya tidak menutup aurat.

Tetapi UMNO menggadaikan prinsip-prinsip Islam kepada Non-Muslim di Malaysia. Dan UMNO sanggup menolak hukum hudud atas dasar kononnya UMNO mengamalkan Islam pertengahan. dan kamu serta rata-rata org-org UMNO membiarkan Isteri-isteri mereka mendedahkan seluruh bentuk perhiasan badan dan rambut dan bentuk buah dadanya kepada seluruh rakyat di Malaysia ini. Itu bukan Islam pertengahan......itu menderhaka kepada Allah namanya dan menolak hukum Allah serta Ajaran Islam yang di bawa Nabi SAW.

Dan seperkara lagi...Malaysia bukan Negara Islam sepertimana yang kamu merepek semalam. Negara Islam adalah negara yang menjalankan pentadbiran dan menguatkuasakan perundangan atau undang-undang Islam bagi melindungi umat Islam di negaranya sendiri.

Hmmm...jauh melencong kata-katamu wahai Najib. Tidak ada satu pun isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia termasuk isterimu yang menutup auratnya. belum ada sejarah lagi........

Panglima7
Read more...

Sep 9, 2010

Dr. Mahathir Naik Gila Bila PAS Makin Kuat

Salam semua...

Mahathir Macam Bengang Semacam ajer..ada makna tuu..ha ha.!!

PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh parti Islam itu menjual agama untuk kepentingan politik sambil menyifatkan bekas perdana menteri itu marah kerana parti Islam itu semakin menghampiri untuk menggantikan Umno.

Hakikatnya, menurut Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad, apa yang berlaku ialah Umno yang memperkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politiknya.

Kelmarin, Dr Mahathir (gambar) berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.

Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, beliau berkata pemimpin PAS sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran, dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengenepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.

Beliau berkata pemimpin PAS pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.

“Tun melahirkan kemarahan kepada PAS kerana insya-Allah PAS akan mengganti Umno sedikit masa lagi.

“Beliau sedar generasi baru hari ini mual dengan Umno, dan telah menjadikan PAS pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka berkarat biru macam Tun Dr Mahathir.

“Kenapa PAS menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS yang sentiasa segar berbanding dengan dasar Umno yang sudah lapok dan berkulat,” kata beliau dalam tulisan blognya.

Kata Idris, mreka yang sokong Umno termasuk anak-anak Dr Mahathir adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja.

“Perjuangan untuk bela agama dan bangsa memang jauh kebelakang,” katanya.

Kata Idris, PAS menyangkal tuduhan Dr Mahathir yang menyamakan partinya bekerjasama dengan bukan Islam sama seperti Umno dalam Barisan Nasional.

“Untuk maklumat Tun, PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam bentuk ‘Tahalluf’ yang tidak menggadaikan prinsip Islam yang PAS bawa sejak daripada PAS ditubuhkan.

“Umno berkawan dengan orang bukan Islam sehingga menggadaikan prinsip Islam. Selama 53 tahun Umno dalam kerajaan BN gagal mempertahankan Islam, malah imej Islam semakin buruk pada pandangan orang bukan Islam. Rakan-rakan dalam parti komponen BN makin keliru pemahaman Islam mereka.

“Walaupun mereka lihat setiap tahun musabaqah al-Quran diadakan di negara ini, isteri pemimpin Umno daripada muda sampai tua tidak menutup aurat. Kalau perkara yang kecil macam ini pun Umno gagal memahamkan rakan-rakan BN, apakah lagi perkara yang lebih besar,” katanya.

Justeru, kata beliau, PAS ingin menegaskan dalam kerjasama politik yang pernah dilalui oleh PAS sejak kerajaan campuran, Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya mengangkat martabat Islam.

“Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat telah berlaku proses Islamisasi yang lebih baik walaupun usia tidak sampai tiga tahun berbanding dengan Umno yang berkuasa lebih 53 tahun,” katanya.

Oleh itu kata beliau, PAS mengharapkan Dr Mahathir masih normal dalam membuat penilaian dan perbandingan kejayaan PAS berbanding dengan Umno.

Idris berkata, Dr Mahathir juga pertikai kenapa PAS sokong orang bukan Islam masuk ke masjid dan surau.

“PAS berpendirian demikian bukan kerana PAS membelakangkan hukum agama. Sebelum satu keputusan hendak dibuat PAS merujuk pada hukum dahulu, bukan menyatakan secara membuta tuli sahaja,” kata beliau sambil berkata pendirian itu selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1 Mac lalu.

“Tun perlu jujur, apakah tidak ada wakil rakyat BN yang masuk ke masjid? Apakah hukum menjadi halal kalau wakil rakyat bukan Islam daripada BN masuk ke masjid dan berubah menjadi haram kalau daripada DAP, feqah mana yang Tun rujuk.

“Memanglah Feqah Umno bukan sahaja orang bukan Islam daripad DAP tidak boleh masuk, malahan ustaz PAS seperti Datuk Dr Harun Din, Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus pun tidak boleh masuk masjid atau surau untuk memberi ilmu, kerana ini ulamak politik.

“Kalau ustaz Umno bercakap supaya sokong Umno itu tidak politik, kalau cakap sokong Islam maka ini politik,” katanya.

Panglima7
Ihsan dari sahabat- Jeebond - Bloglist Malaysia
Read more...

Kata Imam Al-Ghazali....

Salam,


Kata Imam Al-Ghazali yang dicari-cari oleh Pak lah tu....

" yang jauh itu WAKTU.......
yang dekat itu MATI....
yang besar itu NAFSU...
yang berat itu AMANAH...
yang mudah itu BERBUAT DOSA...
yang panjang itu AMAL SOLEH...
dan yang indah itu SALING MEMAAFKAN."

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir &  Batin.
Drp Panglima7 Sekeluarga. 

Kata Al-brangi apa pula ye....hehehe
Read more...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin

Salam Lebaran,



Di kesempatan ini, hamba Panglima7 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua sahabat, semua followers, kepada semua pengunjung blog hamba dan kepada seluruh umat islam di Malaysia dan yang berada di seluruh pelusok dunia.


Di kesempatan ini juga, hamba memohon ampun dan maaf andai ada dalam tulisan hamba yang dipaparkan diblog ini menyinggung mana-mana pihak tanpa pengetahuan hamba dan atas kesilapan hamba.

Selamat Menyambut Hari Raya dan Berhati-hatilah ketika memandu. Semoga dapat bertemu kembali. Pandu Cermat Jiwa akan Selamat.

Wassallam.
Panglima7











Read more...

Sep 7, 2010

Panas : Bukti Iklan TV3 Menyesatkan Umat Islam

Salam,
Kiriman ini ihsan dari sahabat Panglima7 dan dari blog Love Perak.

Panas : Bukti Iklan TV3 Menyesatkan Umat Islam

Berikut aku sertakan hujah yang aku perolehi dari sahabat facebook yang bernama Yusrizal Usop berkaitan Iklan Promo Aidilfitri TV3 ini. Namun, entri aku ini disertakan sekali babak-babak iklan yang telah aku print screen.


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.


a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
b) Buku – Bible
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).


a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan


Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian


Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)


a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
 
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.


a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.


Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.


a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

a) Pulau - Singapore lah.
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.


a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
 
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).


sumber : [link]

TV3 Tarik Balik Iklan Syirik Setelah Dikritik Hebat




KUALA LUMPUR 6 Sept - Desakan kuat dan tegas daripada banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat akhirnya memaksa, stesen televisyen swasta berkaitan Umno, TV3 menarik balik iklan kontroversi Aidilfitri itu semalam yang yang telah disiarkan sejak beberapa hari lalu.

TV3 melalui Buletin Utama pukul 8 malam tadi juga memohon maaf berhubung iklan tersebut yang telah mengguris hati umnat Islam negara ini.

Iklan kontroversi itu didakwa membawa unsur keagamaan Kristian, Hindu dan Buddha dalam perayaan Aidilfitri dengan memasukkan elemen seperti menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Iklan itu juga dikritik hebat kerana didakwa boleh mengeliru dan menjerumuskan umat Islam ke kancah syirik.

Selain itu iklan terbitan TV3 itu mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mendakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Adakah Apco Yang Lulus Terbit Iklan Raya TV3?



Kontroversi iklan raya yang diterbitkan atas brand TV3 telah sampai ke kemuncaknya apabila TV3 melalui Buletin Utama edisi 5 September telah memohon maaf kepada semua masyarakat Muslim yang terguris dengan penyiaran iklan tersebut.

Dengan memasukkan unsur Santa Claus iaitu simbol perayaan Krismas dan juga unsur bunga teratai yang menjadi lambang kepada upacara keagamaan Buddha, dapat kita lihat dengan mata kasar bahawa apa yang cuba ditonjolkan dalam iklan tersebut adalah peralihan dari slogan 1Malaysia terbitan Umno dan Apco menjadi slogan baru iaitu 1Agama.

Kepada rakan-rakan yang masih ketinggalan dan tidak sempat melihat iklan tersebut, boleh melihatnya sendiri dan seterusnya menilai, adakah ianya boleh memesongkan akidah anak-anak kita yang menontonnya sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri?

Setelah iklan tersebut diselidik dengan lebih halus seperti yang dikaji dalam blog aulakalimah, ianya menghasilkan sesuatu yang lebih memeranjatkan.

Dapat didedahkan bahawa dalam iklan tersebut juga dapat dilihat tulisan jawi atau tulisan Al-Quran yang dipaparkan dalam keadaan terbalik, dan menara masjid yang 'ditokok' menjadi bentuk salib!

Inilah kerja-kerja propaganda barat untuk mengelirukan umat Islam, malangnya ia disambut oleh media perdana yang dipelopori kerajaan pemerintah.

Ketelanjuran ini adalah disifatkan melampaui batas. Memohon maaf semata-mata disebalik melindungi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penyiaran iklan tersebut sememangnya tidak berbaloi.

TV3 harus lebih responsif dan bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan! Ia umpama si perogol yang dilepaskan hanya setelah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Justeru, TV3 atau lebih dikenali sebagai RTM3, harus mendedahkan siapakah yang melulus-terbit iklan yang berniat jahat tersebut.

Diikuti dengan mendedahkan siapakah atau kumpulan manakah yang melakukan kerja akhir menyiapkan iklan tersebut, diikuti mendedahkan 'director' iklan dan juga perekacipta 'storyboard' bagi iklan yang diklasifikasikan sebagai 18PL itu.

Demi menghalang sebarang agenda memurtadkan orang-orang Islam secara licik dan halus dilakukan secara terancang seperti iklan raya lari akidah terbitan TV3, pihak pembangkang atau NGO orientasi Islam harus memulakan langkah segera menyiasat dan memberkas mereka yang terlibat dan yang paling penting, menghambat siapakah yang menjadi dalang utama.

Kerajaan hari ini sememangnya tidak boleh lagi diharap dalam menjaga kesucian Islam apabila mereka bersama dengan agen Yahudi.

Persoalannya, adakah iklan promo raya TV3 itu berkaitan dengan Apco, yang menjadi konsultan kepada kerajaan Barisan Nasional? Tiada apa yang mustahil dilakukan oleh kerajaan pemerintah hari ini apabila telur mereka dipegang erat oleh anasir barat.

Staf TV3 yang mempunyai maklumat adalah digalakkan untuk membuat pendedahan sepertimana yang dituntut. Sesungguhnya pendedahan yang berjaya dilakukan akan menyelamatkan umat Islam daripada terus diasak arus kemurtadan yang sentiasa dicanang oleh barat keparat.

Kepekaan masyarakat Islam di negara ini dalam mentafsir iklan tersebut sangatlah dipuji.

Semoga kita semua selamat bersama Islam di dunia dan akhirat InsyaAllah.

edyesdotcom.blogspot.com



TV3 Didakwa Cuba Satukan Agama Di Bawah Payung 1Malaysia

Oleh Dzulkarnain Taib



SHAH ALAM 6 Sept - Dewan Pemuda PAS mendakwa iklan Aidilfitri yang disiarkan oleh TV3, stesen televisyen yang dikaitkan dengan Umno dianggap satu usaha untuk menyatukan semua agama di negara ini di bawah konsep 1Malaysia selain menggalakkan amalan syirik di kalangan umat Islam terutamanya golongan belia dan kanak-kanak.

Semalam stesen televisyen tersebut membuat keputusan menarik balik iklan tersebut setelah dikritik hebat serta memohon maaf kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS PUsat, Nasrudin Hassan At Tantawi berkata iklan tersebut jelas menunjukkan stesen swasta tersebut gagal dalam menyelami sensitiviti dan mengetahui batasan agama dan kaum walaupun setelah 26 tahun beroperasi.

"Inilah bahananya apabila konsep 1Malaysia yang menjadi sloganan Perdana Menteri tidak difahami oleh rakyat Malaysia hatta pemimpin Umno-Barisan Nasional sendiri.

"Akhirnya TV3 membuat tafsiran sambutan Aidilfitri mereka sendiri sehingga boleh menyebabkan gugurnya akidah seseorang Muslim itu. Tak faham konsep 1Malaysia sampaikan agama pun hendak disatukan sebab itu kita lihat ada unsur Kristian, Buddha, Hindu dalam iklan tersebut," tegas Nasrudin kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Malah lebih mengejutkan, beliau mempersoalkan keberkesanan fungsi serta peranan yang dimainkan oleh agensi seperti Lembaga Penapis Filem yang memantau serta menapis bahan yang disiarkan melalui media elektronik seperti filem, drama, iklan dan dokumentari.

"Kita lihat dalam kes iklan TV3 ini seolah-olah Lembaga Penapisan Filem lepas tangan atau terlepas pandang mengenai iklan tersebut walaupun mereka mempunyai panel syariah. Apa yang mereka buat sampai lalai begini?

"Kita desak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) supaya memantau dan mengambil tindakan terhadap TV3 kerana menyiarkan iklan seperti itu yang menimbulkan kekeliruan terutamanya kepada kanak-kanak yang menontonnya.

"Kalau orang awam boleh menyedari iklan TV3 tersebut boleh menggugat akidah dan keimanan umat Islam bagaimana pula agensi seperti Pusat Islam, Jakim dan para Mufti di Malaysia," tegas Nasrudin lagi.

Iklan Aidilfitri terbitan stesen televisyen itu memaparkan beberapa babak yang boleh ditafsirkan mempunyai pengaruh agama Kristian dan Buddha.

Antara yang paling menonjol ialah adegan dimana seorang lelaki tua yang berkopiah muncul di luar tingkap sambil mengajak dua kanak-kanak menaiki becanya yang berwarna merah.

Beca itu pun secara magik terbang membawa kedua-dua kanak tersebut menjelajah alam di waktu malam.

Unsur ini jelas dilandaskan kepada perayaan Hari Natal di mana watak Santa Claus yang berpakaian serba merah dengan menaiki pedati terbang yang ditarik oleh sekumpulan rusa.

Begitu juga dengan adegan yang menunjukkan bunga teratai mengembang yang merupakan simbol daripada ajaran Buddha.

"TV3 mempamerkan Aidilfitri itu sebagai satu sambutan perayaan yang sama taraf seperti sambutan parayaan agama dan kaum lain seperti Kristian, Hindu, Buddha, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Walhal Aidilfitri ialah satu ibadah merupakan manifestasi kesyukuran umat Islam berpuasa melawan nafsu selama sebulan serta melatih jiwa dalam proses penyucian rohani atau spiritual seseorang islam itu.

"Ia bukan majlis pesta seperti yang digambarkan oleh TV3 atau media milik Umno-BN yang mengosongkan jiwa Aidilfitri itu dengan sambutan ala jahiliyah yang dipenuhi gelak ketawa, makan minum serta pergaulan bebas tanpa ada had dan sempadan di mana halal dan di mana haram sesuatu perbuatan itu," jelas Nasrudin panjang lebar.

Nasrudin berkata Dewan Pemuda PAS akan menyampaikan memorandum bantahan kepada pihak pengurusan TV3 dan Kementerian hari ini.
Read more...

Sep 6, 2010

Lailatul Qadar - Kisah Penutup 1431H Bagi Ramadhan Tahun Ini

LAILATUL - QADAR


Salam,



"Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul - Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan"-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan ).

Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.

"Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)'-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : "Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir". ( Kitab Durrah al - Nasihin ).

Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : "Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain"- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.

Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm'un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm'un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.

Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm'un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.

Akhirnya Syarm'un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. "Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!" Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.

Allah mengilhamkan Syarm'un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm'un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.

Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm'un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm'um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm'un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm'un.

Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.

• Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin mendekatiMu?"
• Allah: "Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"

• Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin RahmatMu?"
• Allah: "Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"

• Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat"
• Allah: "Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar"

• Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?"
• Allah: "Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!"

• Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?"
• Allah: "Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!"

Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-

1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
3. Orang yang memutuskan silaturahim.
4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.

Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:

"Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat...(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.

Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah Nabi Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yusya. Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.

Ibnu Hazam berpendapat:-

• Jika bulan Ramadan 29 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang genap.

• Jika Ramadan genap 30 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.

Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).

Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w." Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?"Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan itu " Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat ....". Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.

• Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).

• Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul - Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.

• Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.

Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27.

Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-

• Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.

• Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.

• Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.

• Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.

• Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. "Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya.....".

Dalam riwayat lain,"Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai".

Lantas dirikanlah:-

1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.

2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim), selawat (Allahumma sholli'ala saidina Muhammad).

3. Sembahyang sunat tahajjud.

4. Sembahyang sunat tasbih.

5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca: "Allahumma innaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni waghfirli".

Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-


{ Doa.

{ Beristighfar.
{ Bertasbih.
{ Bertahmid.
{ Bertakbir
{ Bersedekah
{ Menjaga maruah dan akhlak
{ Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
{ Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).

Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:

{ Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
{ Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
{ Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
{ Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!

____________

Ihsan dari Sahabat Panglima7
Read more...

Sep 5, 2010

Dapatkan Redha Allah Bukan Redha UMNO.

Salam,

Ingat...jangan asyik nak isikan perut ajer..

Teo Nie Cheng dipertikaikan kerana memasuki Surau ???  Zaman Nabi SAW boleh..!!  Kenapa Zaman UMNO tak boleh ???

Salam,
Sejak akhri-akhir ini terlalu banyak cakap yang dikeluarkan oleh Pengarah JAIS, Datuk Muhamed Khusrin Munawi.  Cakap-cakap dan arahan beliau ini menyakitkan hati ramai orang-orang Islam bukan sahaja di Selangor bahkan di negeri lain, Tetapi menyukakan hati orang-orang Melayu.....yang agama mereka taklah ako pasti pula.

Adakah undang-undang yang dikeluarkan oleh Jais sepertimana yang didakwa oleh Khusrin ini ada kaitan dengan hukum Islam.??  Orang bukan Islam yea....tidak boleh menyentuh Al-Quran kerana mereka dalam keadaan tidak suci dari hadas,  manakala memasuki masjid dibolehkan sebagaimana Nabi SAW didatangi oleh orang-orang kafir ketika berada di masjid nabi.

Apakah alasan Non Muslim tidak menutup aurat dan memijak ruang solat menjadi alasan yang kuat bagi mengharamkan non muslim dari memasuki masjid dan Surau.??  Ingatlah !!...Rahmat dan hidayah Allah banyak diturunkan di dalam rumah-rumah Allah terutamanya di Masjid-Masjid dan Surau berbaanding dengan tempat-tempat yang lain.  Justeru itu...kehadiran non muslim di Masjid Masjid kita doakan dapat membuka pintu hatinya agar di suatu hari nanti dapat menerima Islam sebagai agama mereka.  Jika bukan beliau yang masuk Islam... mungkin anak cucu dan cicit beliau nanti. Itu as sebab memijakkan kaki ke dalam masjid atau surau.

Yang menjadi masalahnya di sini ialah UMNO....
   Heiii....sedarlah sikit wahai UMNO.......ramai orang-orang perempuan Melayu yang bernikah di dalam masjid pun....tak tutup rambut sepenuhnya ketika akad nikah dijalankan.....takde seorang pun yang berani tegur....bukan sahaja bakal pengantin, sahabat handai yang mengiringi pernikahan tersebut juga dikhuatiri ada yang ...di datangi haid ketika majlis itu.   Siapa yang tahu...benda dalam kain !!!  tapi pasal Teo Nie Cheng....tau pulak hangpa bising....hangpa bukan nak menyiarkan Syiar Agama Islam tetapi nak memanipulasikan keadaan dan menyekat non muslim dari dekat dengan Islam demi meraih keuntungan politik murahan.

Nak bising pasal aurat rambut yang menjadi penyebab masjid dan surau tercemar kesuciannya.??....sudah lahhh!!!   Jangan nak tunjuk juaralah diklangan oran melayu dalam bab-bab agama Islam....kalau isteri dan anak dara sendiri pun tak tahu nak suruh mereka tutup aurat, jangan citer pasal aurat laaa.

Kalau betullah ini hukum Islam dari JAIS atau MAIS yang mengharamkan Non Muslim memasuki Masjid ...keluarkanlah surat pekeliling kepada semua surau dan masjid di seluruh Selangor. 

Surat Pekeliling pun korang tak keluarkan lagi...inikan pula nak keluarkan surat Amaran kepada pihak Pengurusan Masjid dan Surau yang melanggar peraturan berkenaan.

Sudah-sudahlah tuu..JAIS ...jangan jadi lembu yang dicucuk hidung oleh UMNO.  Rakyat semakin meluat termasuklah aku ni.  memang patutlah Dewan Pemuda Pas Selangor mendesak Khusrin dan Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa meletakkan Jawatan kerana gagal melaksanakan amanah agama dengan baik berhubung isu kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Cheng ke Surau Al-Huda, Kajang.

SEBAB ITULAH JANGAN ASYIK NAK ISI TEMBOLOK SENDIRI. DAPATKAN REDHA ALLAH DARI REDHA UMNO. 

UMNO LAH PERINTIS DALAM MENJADIKAN ISLAM TERLALU EKSTRIM DI MATA KAUM NON MUSLIM DI MALAYSIA. 

*Masuk masjid tak boleh...!!  Nak masuk Islam lelaki kena potong "lancau"....yg pompuan kena sunat jugak...walaupun dah berumur lanjut....masuk Islam sama jugak dengan masuk Melayu...nama kena Melayu, dan macam-macam lagi yang mengarut-ngarut yang menjadi penyebab non muslim merasa takut, mula menjauhi Islam dan ramai yang masuk Kristian.

Panglima7
Read more...

Sep 3, 2010

Khir Toyo Dah Terkeneneng....hahaha...

Salam


Khir Toyo dah berdarah hidung hasil pukulan cedok Khalid Ibrahim...Kiasan kata

Hasil tumbukkan cedok oleh Khalid Ibrahim baru-baru ini...Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Khir Toyo dah mula terkeneneng...hehehe.    Selepas ini berbayanglah karier Khir Toyo.

Mana tak lingkup negara dan negeri Selangor kalau tiap-tiap tahun...PKNS di bawah pentadbirannya memberi hadiah sebanyak RM135,000 kepada Khir Toyo dan Menteri-Menteri Besar Selangor yang terdahulu.  Dalam diam-diam, dan dalam keadaan rakyat hidup susah....Makhluk ini berjoli sakan dengan duit yang mencecah ratusan ribu ringgit.  Mak ooiii...!!!  Banyak tuu...weii..!!!  bukan PKNS yang buat atau cop duit tau.  Itu duit semuanya hasil drp rakyat.   Suruh rakyat berjimat cermat tetapi mamat ni dapat duit under ground kerana dia seorang menteri besar.  aduhai....UMNO.!!!  Memang wajiblah UMNO & BN ditumbangkan di Selangor dan diseluruh negara.. 

Berapa tahun dah Khir Toyo memerintah Selangor....Kau kali kan lah dengan RM135,000.  Mau dekat satu juta Khir Toyo dah kutip.  Baru hari ini rakyat tahu cerita sebenarnya...itu pun selepas Umno tumbang.  kalau tak tumbang..sampai hari ini rakyat tidak tahu cerita sebenar.

Untuk cerita selanjutnya...Sila klik di sini  dan di sini

Panglima7
Rakyat Selangor dahulu ...semasa era UMNO & BN seperti membela harimau....
hari-hari kena bagi makan daging...hari-hari bagi harimau makan daging......
yang kurus kering rakyat......last-last bila rakyat dah takde daging nak beri.....
rakyat yang kena baham dengan harimau.
Read more...

Sep 2, 2010

Petua Imam Al Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

Salam....

Malam inilah malam 7 yang terakhir dibulan Ramadhan (2hb September 2010)


PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.


PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA ' UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:


I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;


II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;


III) SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;


IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;


V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, kalau ikut hari pertama puasa Ramadhan bermula, iaitu hari Rabu 11hb August 2010, Insyaallah malam lailatul qadar jatuh pada malam ke 29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 7hb September 2010. (Selasa Malam Rabu)

Kalau dilihat pula dari sudut ini...iaitu jika awal Ramadhan jatuh pada malam pertama kita berterawih iaitu pada hari Selasa 10hb August 2010, maka mengikut carta Imam Ghazali di atas.....InsyaAllah malam qadar jatuh pada malam ke 27 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 5hb September 2010 (Ahad Malam Isnin)

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA

Panglima7

Kerjakan tiap-tiap malam....jangan pilih malam...kelak anda akan menyesal.
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara