Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Mar 31, 2010

Wajah Tok Guru Sedang Bersarapan

Salam semua,

Apa agaknya yang terlintas di fikiran anda melihatkan Tok Guru kesayangan kita semua bersarapan sempoi ajer di kedai makan paling terkebawah di dalam senarai rangking kedai makan dan restoran/hotel hebat di dunia.
Beliau makan siap guna tangan lagi. Kalau orang besar-besar lain mungkin sudah guna sudu atau garfu.

Beliau bukannya tidak mampu makan di tempat high class seperti di restoran ternama dan juga hotel-hotel mewah seperti kelaziman yang dibuat oleh pemimpin pemimpin UMNO yang lain.

Beliau adalah Menteri Besar dan merupakan orang No.1 di Kelantan.

Apakah mungkin ciri-ciri ini ada di kalangan Pemimpin UMNO & BN???  Yang MENTEKEDARAH duit rakyat habis-habisan hinggalah PERKOSA ditubuhkan.

Inilah kezuhudan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Written By Panglima7
Read more...

Mar 30, 2010

95% Orang Melayu Tidak Percaya UMNO.???

Salam,

Satu survey dari akhbar harian hari ini mengumumkan keputusan survey yang dibuat ke atas para pembaca Akhbar Sinar mendapati bahawa 95% orang Melayu tidak percayakan UMNO lagi, manakala 5% sahaja yang masih percayakan UMNO.

Ini menunjukkan cakap-cakap Pemimpin UMNO tidak boleh dipercayai rakyat.  Banyak kelentongnya daripada kebenaran.  Banyak penyelewengan peruntukkan wang rakyat daripada diagihkan.  Banyak cakap daripada kerja.  Banyak slogan daripada action.   Banyak temberang daripada betulnya.

Kalau anda percayakan UMNO anda termasuk dari golongan 5% ini.

Walaupun survey itu hanya dari Akhbar Sinar namun ini sudah cukup merisaukan pemimpin UMNO.

Terjemahkan rasa tidak percaya anda kepada UMNO & BN melalui Undi di Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dengan mengundi Pakatan Rakyat.

Written By Panglima7
Read more...

Mar 29, 2010

Seekor Lagi Burung KakakTua Yang Dilatih UMNO &i BN.


Salam,

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua pihak agar tidak menimbulkan isu pengundi hantu pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana isu itu tidak pernah wujud, sebaliknya timbul apabila ada pihak tidak memahami peraturan baru yang dilaksanakan sejak Julai 2002 yang membolehkan pemilih boleh mengundi berdasarkan alamat pada kad pengenalan.

"Mereka digelar pengundi hantu kerana tidak menetap di situ malah tidak dikenali penduduk setempat, ini kerana alamat pada kad pengenalan masih tidak berubah walaupun mereka telah berhijrah dan bekerja di tempat lain, tetapi alamatnya di dalam kad pengenalan (MY Kad) adalah di kawasan berkenaan, jadi pada hari mengundi dia pulang untuk mengundi dan penduduk sekitar tidak mengenalinya maka timbullah isu kononnya ada pengundi hantu."

Dangkal sungguh dan amat malang sekali bagi rakyat Malaysia apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR yang baru dilantik ini.  Seperti beliau baru sahaja menetap di Malaysia.

Ini ker dia burung KakakTua yang diajar oleh BN untuk membuat kenyataan sebegitu kaduk.  Atau beliau hanyalah seekor burung hantu yang dilepaskan pada waktu malam oleh BN bagi menutup pandangan rakyat akan penipuan semasa hari mengundi ???

Ini kenyataan budak sekolah rendah.......Tahap 4.!!!  Aduhai.......
Mana mungkin SPR boleh berbicara begini ????  Memperbuduhkan rakyat.  Kita bukan sekali dua menghadapi pilihanraya.  Hamba Panglima7 sudah beberapa kali terlibat dalam pilihanraya dan termasuklah menjadi Polling and Counting Agent.  Segala penipuan berlaku di depan mata ini.

Pengundi Hantu adalah mereka yang dibeli dan digunakan oleh pihak tertentu bagi tujuan mengundi dengan cara menipu rakyat dan parti lawan di dalam pilihanraya walau dengan apa cara sekalipun termasuklah menggunakan nama orang yang sudah mati untuk hidup semula di hari mengundi serta mengupah warga asing dan bermacam-macam cara lagi bagi memperolehi kemenangan mudah. 

1.  Menggunakan nama orang yang sudah mati (setahun , dua tahun atau berpuluh tahun) bagi tujuan mengundi di hari pengundian tersebut.

2.  Mengada-adakan atau mereka-rekakan alamat kampung atau taman atau jalan yang tidak wujud di dalam alamat yang dibekalkan oleh Pejabat Pos tetapi ada di dalam buku daftar Pemilih/Pengundi.  Setiap alamat dan taman atau kampung yang memang tidak wujud ini diletakkan beratus nama atau kadang-kadang ribuan nama pengundi hantu untuk mengundi di hari tersebut.

Banyak lagi penipuan yang boleh dibongkarkan termasuklah penipuan melalui kertas undi, dokumen dan borang 14, Pemalsuan Kad Pengenalan, Pertukaran Alamat Pengundi, Undi Pos, menggunakan nama orang yang sudah mati untuk hidup semula bagi mengundi, mengupah warga asing dan bermacam-macam cara lagi bagi memperolehi kemenangan bangsat.

Panglima7
Read more...

Mar 27, 2010

Mengapa UMNO Kalah Di Parlimen Hulu Selangor Tetapi Sapu Bersih di 3 DUN???


Salam kepada semua.....

Agak unik pola pengundian di Hulu Selangor. Dan masih ramai yang tertanya-tanya mengapa ini terjadi. Hanya penganalisis dan pemerhati politik yang mungkin dapat memberikan info yang tepat.

PR sebelum ini tidak pernah menang di sana pun. Ia merupakan kawasan selamat atau dengan lebih tepat Kubu Kuat UMNO. Tetapi pada pilihanraya umum yang lepas berlaku satu gelombang yang menyesakkan nafas-nafas UMNO di sana, ramai masyarakat UMNO di sana terduduk, duk menung ajer ditangga-tangga duk mikirkan .....mengapa UMNO & BN boleh kalah sedangkan UMNO & BN menyapu bersih ketiga-tiga DUN di dalam Parlimen Hulu Selangor.??? Macammana boleh jadi lagu nie..??

Dan di dalam Parlimen ini lah tinggalnya Pak dan Mak Mertuaku.

Satu persoalan yang mungkin telah dijawab sebelum ini tetapi tidak didedahkan kepada umum. Jika ada penganalisis politik atau sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman dan pandangan di ruangan ini sangatlah Panglima7 alu-alukan.

Wassalam

Written by Panglima7




Read more...

Kenyataan Yang Makan Tuan....Alahai..!!

Salam,

Kenyatan loyar Zulkifli Nordin akhirnya memakan diri.  Beliau akan disiasat Polis berikutan kenyataannya yang mendakwa ada pihak tertentu menawarkan beliau dengan ganjaran yang besar yang sukar ditolak yang menggugat keimanan beliau bagi menolaknya jika beliau mengaitkan DS Najib dan isteri Rosmah Mansor terlibat dengan kes pembunuhan Al-Tantuya.

Cakap malam pandang-pandang, cakap siang dengar-dengar, cakap dalam dewan Parlimen, perlu ada fakta kukuh kerana dinding di kiri kanan Dewan Rakyat mempunyai telinga dan perakam suara.  Apabila kenyataan ini keluar dari mulut beliau, ramai ahli parlimen mempersoalkan apa rasionalnya kenyataan yang beliau tuturkan itu. 

Karpal Singh turut mempersoalkankan keikhlasan Zulkifli mendedahkan perkara itu hanya selepas empat tahun perbicaraan kes pembunuhan itu berlangsung.  Mengapa baru sekarang isu ini keluar dan kenapa setelah dipecat dari parti baru nak didedahkan???  Jika beliau tahu itu salah.....dan sebagai pejuang islam konon-kononnya..mengapa bersekongkol dengan pihak ini.   Dan adakah beliau berani untuk buat laporan polis?
Walaupun semua perkara dibenarkan bercakap di dalam Parlimen tetapi undang-undang tetap undang-undang.  Dan undang-undang ini menunggu anda di pintu keluar Dewan Parlimen.

Janganlah main semberono ajer bila bercakap....jangan ikut sedap///atau sajer nak mengalih pandangan rakyat kepada beliau setelah ramai dah mula tidak menghiraukan beliau setelah dipecat dari parti.  Kerana jika dibuktikan laporan yang dibuat adalah palsu atau diada-adakan, maka ianya boleh didakwa di mahkamah bersabit memberi laporan palsu.

Kadang-kadang kita perlu tahu apa yang kawan kita sebut masa masih menjadi kawan dahulu.(sekarang lawan) adakah ianya sekadar mainan bagi mengusik anda untuk menjadi lawyer terbilang dalam kes pembunuhan ini.....atau anda jenis yang buta dalam membezakan percakapan yang benar atau sekadar percakapan bagi menyeronokkan hati anda.

Jikalau tidak benar kenyataan tersebut........apa bezanya cakap dan tutur anda dengan seorang ahli facebook yang mendakwa beliau telah membakar gereja dan akhirnya mengaku sengaja mengada-adakan cerita setelah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Jika sekiranyanya beliau mengikut jejak langkah ahli facebook tersebut...maka kredibiliti beliau sebagai loyar akan jatuh merudum ke tahap yang rendah bangat.  Pandai dalam akedemik tidak semestinya pandai dalam politik dan perhitungan.

Wallahualam.
Written by Panglima7
Read more...

Mar 26, 2010

Burukkan Anwar, MP MP UMNO Yang Mengelabah

Salam.

Kenyataan Zahrain di Parlimen baru-baru ini dalam misi memburuk-burukkan DS Anwar mengenai perancangan 16 Sept oleh Ahli Bebas ini menyebabkan MP-MP UMNO mengelabah.  hahaha...

Mana taknya.....8 MP yang disebut Zahrain kononnya bakal melompat Parti dalam usaha DS Anwar menjayakan Perancangan 16 Sept mula dipersoal oleh Ahli Tertinggi UMNO akan kesetiaan mereka kepada UMNO & BN.

Kenyataan Zahrain ini boleh menyebabkan UMNO & BN tidak mencalonkan mereka bertanding dalam pilihanraya yang akan datang.  Salah satu dari MP UMNO ini adalah Ahli Parlimen Kalabakan dari UMNO, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Zahrain yang mengatakan beliau adalah salah seorang yang akan melompat keluar dari BN pada peristiwa 16 September 2008 yang lalu.

DS Ghapur yang tidak berpuashati menuntut dan mencabar Zahrain memohon maaf dan mendedahkan semua 30 ahli parlimen dan bukannya setakat 8 nama yang didedahkan sebelum ini.  hahahahaha.......

Nampak seperti si Zahrain ni seperti seorang yang lurus bendul.  Semua apa yang diperkatakan Anwar dipercayai bulat-bulat.  Dalam politik....semua ini adalah merupakan strategi, propaganda dalam menjana kemenangan.  Kita tidak mengatakan ini suatu penipuan tetapi cukup dengan makna muslihat strategi yang mempunyai rempah ratusnya yang tersendiri.

segala apa yang dirancang oleh DS Anwar tentang persetujuan Agung dan lain-lain itu hanya MP-MP PR sahaja yang tahu.  Samada DS Anwar betul menggunakan nama Sultan atau Agung yang bersetuju melantik beliau menjadi PM atau sebaliknya hanya berlegar dikalangan Ahli Parlimen PR sahaja.  Ini bukan suatu kenyataan yang dibuat untuk pendengaran masyarakat umum yang boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti mana yang didakwa oleh UMNO.   Tindakan UMNO ini seperti cuba menakut-nakutkan DS Anwar Ibrahim....Halooooooo......lu silap orang laa.

Akhirnya atas pendedahan oleh Zahrain ini menyebabkan Ahli Parlimen UMNO berada dalam kegemparan.  Tahu-tahu ajer nama mereka diumumkan diantara mereka-mereka yang melompat parti.  Akhirnya yang berpecah belah adalah MP-MP UMNO sendiri.

Nampaknya strategi serampang 2 mata oleh DS Anwar dilihat berjaya dalam memporak perandakan UMNO & BN.

Written by Panglima7
Read more...

Mar 24, 2010

LAGI KES DERA - Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung!!!

Dari Kiriman sahabat.

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.


Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Abah labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk

Dipetik dari email sahabat.
Read more...

Itulah UMNO Asyik Report Polis ajer...Macam Takde Telor.

Salam,

Senario politik UMNO semakin berubah.  Bukan berubah menjadi bertambah baik tetapi menambahkan lagi haru biru politik UMNO......maklumlah karat-karat biru.

Sikit-sikit report Polis...tak setuju report polis.  Manja sangat pemuda UMNO ni.....macamlah takde telor.!!!  Siasatlah sendiri kenyataan Zahrain.   Biagpi laaa....

Sampai 14 laporan polis yang dibuat....suruh siasat pada yang menuduh bukannya nak suruh siasat pada si tukang karut,   Kasihan polis-polis negara, terpaksa melayan kerenah pemuda yang tak bertelor ni.  Banyak lagi report jenayah yang polis tak habis nak siasat.

Yang peliknya....yang tak bertelor dalam UMNO...rileks ajer... tak pernah pun nak report-report.

Kalau hamba laa....heee mahu bertelor di dahi 

Written by Panglima7
Read more...

Mar 23, 2010

PM Kita Takut Anwar Atau..Takut Rahsia Tiru 1 Israel Terbongkar ???

Salam,

Nampaknya isu Najib melaung-laungkan isu 1 Malaysia yang didakwa diciplak dari slogan 1Israel semakin hangat dan panas.
Hamba yang merupakan rakyat Malaysia ni...tak terasa panas pun, dan hamba percaya rakyat Malaysia yang lain-lain ni pun tidak terasa bahang kepanasan tersebut.

Yang merasa panas di sini bukannya rakyat tetapi.....yang panasnya adalah Najib beserta UMNo & BN.  Itu sebabnya pembodek-pembodek Najib melenting-lenting macam cacing kepanasan apabila disebut bahawa Najib meniru Slogan 1 Israel.

Jika ianya benar.....tapi hamba rasa ada kebenarannya kerana firma yang dilantik adalah dari Israel.  Apa namanya...APCO !!  hmmm.....

Jika benar dakwaan tersebut..ianya sangat memalukan mempunyai PM sebegini.  Udah lah Israel itu zalim....maka apa perlu dilantik mereka sebagai penasihat 1 Malaysia.  Di mana perginya ketetapan dan peraturan negara yang melarang sebarang kerjasama dengan Israel??????  Di mana.. perginya peraturan tersebut???  Di mana perginya larangan sebarang Import dan eksport dan sebarang hubungan dagangan dengan negara terkutuk dan terlaknat ini.???? 

UMNO memang spesis yang menghancurkan undang-undang yang diciptanya sendiri.

Hamba teringat dahulu ketika pemerintahan Mahathir....pasukan kriket Israel dijemput datang ke Malaysia bagi menjayakan perlawanan persahabatan Kriket dengan Malaysia.   Rakyat Malaysia bangkit menentang hasrat tersebut hingga sanggup berbaring dilandasan keretapi bagi mempertahankan bumi ini dari dipijak oleh kaki-kaki haram yahudi laknatullah itu.

Apa UMNO dan Najib tak belajar semua itu....???  Nak perkara seperti itu berulang kembali..??
Biarkan rakyat menghukum mereka ini dalam pilihanraya yang akan datang.  Tumbangka UMNO & BN.

Panglima7 wrotes.
Read more...

Mar 20, 2010

PR Jangan Ikut Tabiat dan Perangai UMNO-BN

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada zaman Khir Toyo bertindak sebagai "juruwang" Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) untuk menganjurkan majlis makan malam, minum petang, melancong ke luar negara dan mengadakan kegiatan sukan.

Macam Syurga mereka belanjakan wang tersebut dengan bertemasya sakan...bukan sedikit tapi berjuta ringgit bila ada badan yang menjadi payung kepada aktiviti-aktiviti mereka.

Pengerusi PNSB pula ialah Khir Toyo yang juga Menteri Besar Selangor ketika itu.
Hanya sekelumit daripada dana RM1 juta yang disalurkan oleh PNSB kepada Balkis setiap tahun digunakan untuk membantu golongan kurang berupaya seperti anak yatim, fakir dan ibu tunggal.

Ada juga yang baik tapi terlalu sedikit dari jumlah yang banyak.  Selebihnya.... wang itu mereka GASAK..!!!

Penyelewengan dana awam itu didedahkan oleh ketua Eksekutif PNSB Datin Khairiyah Abu Hassan ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Shah Alam, tahun lalu.

Khir Toyo turut mengarahkan pembelian cenderahati bernilai RM45,000 bagi isteri Perdana Menteri Jean Abdullah dan Najib Razak serta isteri beliau Rosmah Mansor pada tahun 2007.

Beli duit dah banyak, tak tahu nak buat apa lagi dah...Itu yang kita tahu, yang kita taidak tahu...??? mungkin banyak lagi tuu.

Balkis turut menggunakan dana PNSB sebanyak RM121,000 bagi membeli kain batik untuk orang kenamaan, wakil rakyat dan isteri mereka.   PNSB juga sangat bermurah hati tanpa melupakan golongan marhaen apabila turut membeli kain batik dan pelikat walaupun hanya bernilai RM4,000 untuk diberikan kepada golongan miskin dan ibu tunggal pada tahun sama.

Bukan tidak boleh guna...boleh !!  tapi berpada-pada lah.  kain batik takkan lah sampai ratusan ribu.  kalau nak beri pada golongan marhaen memang kita alu-alukan.

Balkis juga turut menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk lawatan teknikal yang membabitkan kos RM1.2 juta ringgit tetapi tiada laporan mengenai hasil lawatan itu.   Ini termasuk lawatan ke Kemboja pada tahun 2002, Indonesia pada 2004, Hong Kong dan Tokyo pada 2006, dan Melbourne, Australia pada 2007.

Ini dah melancong dan melencong namanya nie..lawatan peribadi.

Datin Khairiah juga mendedahkan PNSB membayar dua tiket Kapal terbang kelas bisnes bernilai RM14,000 untuk membolehkan beliau mengiringi isteri Khir Toyo, Datin Seri Zaharah Kechik melawat anaknya yang sedang menuntut di Melbourne.

Beliau juga memberitahu PNSB menghadiahkan sebuah beg tangan bernilai RM23,000 kepada Zaharah manakala Khir Toyo diberi jam tangan bernilai RM159,000.  selain itu PNSB telah membiayai lawatan Khir Toyo, isteri dan tiga anak mereka berserta pembantu RM1.8 Juta.  Bagaimanapun tiada kakitangan teknikal bersama rombongan itu kecuali pemaju serta tiada pertemuan dan perbincangan dengan pengurusan Disneyland, sebaliknya mereka bertemu dengan pemandu pelancong.

Maklumat yang diterima Selcat, rombongan Khir Toyo dan isteri hanya mengunjungi pusat-pusat pelancongan sepanjang satu minggu itu.

Ketidaktelusan Balkis yang dipimpin oleh Zaharah yang cuba memindah dana RM9.9 juta hasil sumbangan agensi-agensi kerajaan negeri, kepada Balkis, serta membubarkan badan itu adalah tidak beretika dan tidak amanah.

Dipetik Dari Selangor Kini.  

Panglima7 Wrotes.

Bila wang persatuan dan wang kerajaan dah macam wang mereka. Sebab itulah Allah tumbangkan mereka di Selangor.
Read more...

Mar 19, 2010

Malam Jumaat : Malam Kaum Ibu.

Salam.

Malam ini adalah malam kaum ibu.  So....tiada penulisan untuk malam ini. Hamba isytiharkan cuti untuk semua.
Read more...

Mar 17, 2010

Rakyat Perlu Menilai UMNO & BN Mengapa PR Tinggalkan Dewan Rakyat.

Salam.

Semalam ramai Ahli Parlimen PR bertindak keluar dewan rakyat selepas Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee enggan membenarkan perbahasan bagi usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengulas kejadian itu menyifatkan tingkahlaku pembangkang yang bertindak keluar dari dewan itu perlu dinilai sendiri oleh rakyat.

Hamba nak tegaskan di sini, Ahli Parlimen PR bukannya tukang angguk di dalam dewan rakyat.  Bukannya tukang angguk bagi BN.  Apabila sesuatu usul dibentangkan, dan jika ada pandangan yang bernas untuk penambahbaikan, Speaker perlulah memberi laluan agar usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri dapat dibahaskan.

UMNO dan BN jangan hanya berani membentang tapi takut dibahaskan.  Janganlah jadi seperti jaguh kandang.....hanya hebat di kalangan sendiri tapi kecut di tempat lawan.
Speaker perlulah adil dan memainkan peranan yang sama rata kepada semua ahli parlimen.  Kalau PR hanya nak mendengar pembentangan tapi tidak diberi ruang untuk memberi pandangan dan penambahbaikan.....baik jangan jemput pembangkang dalam Dewan.  Lebih baik UMNO & BN buat dewannya sendiri.

Oleh itu Rakyat Malaysia perlu menilai sikap tidak professional UMNO & BN ini, bukannya Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Rakyat.

Lim Kit Siang melaporkan, beliau kecewa kerana Ahli Parlimen tidak diberi masa membahaskan usul tersebut. Usul berhubung status jawatan Ketua Polis Negara yang didakwa akan berlaku perubahan dalam masa terdekat.

Mana tak kecewa...hadir Sidang Dewan Rakyat berhari-hari lamanya...bagi mendengar celoteh dan bebel lan dari UMNo & BN, tentang isu GST lah, minyak kena naik hargalah, ketua polis ditamatkan perkhidmatanlah, Gadjet Lucah laa.  Bila tiba proses perbahasan....untuk PR pembangkang membahaskan....."oh tidak dibenarkan...dan tidak relevan."
Speaker mangkuk hayun apa ini.......yang dilantik oleh UMNO & BN !!!!

Oleh itu Wahai Rakyat Jelata....Nilaikan sendiri bagaimana sikap dan tingkahlaku  UMNo & BN dalam menjalankan persidangan Dewan Rakyat ini.....

Panglima 7 Wrotes
Read more...

Susulan Penulisan Dari Blog Jebat Berani " Royalti Minyak - Fakta Vs Auta

Salam Panglima Jebat.
http://jebatberani.blogspot.com/

Komen yang hamba berikan tidak dapat dimuatkan dalam komen tuanhamba disebabkan characternya yang panjang walaupun berkali dicuba.  maka hamba masukkan diblog hamba buat pembacaan tuanhamba dan semua.


Wahai si Layar, sedarkah tuanhamba dengan siapa tuanhamba berbicara? Pantang nenek moyang hamba jika berkata begitu. Jika diikutkan hati...jika berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka nescaya tuanhamba hamba kasi kan.

Hamba bersetuju dengan pandangan Panglima Jebat. UMNO sudah kekeringan idea bagaimana mahu menghadapi tentangan rakyat Kelantan dari segenap lapisan masyarakat tidak kira UMNO dan juga PR, setelah apa yang di Autanya selama ini tidak dipercayai oleh rakyat bahkan dari kalangan ahli UMNO sendiri iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih Senior dan lama dari para jemaah Menteri yang ada di dalam UMNo dan BN.

Bagaimana mungkin Tengku Razaleigh boleh menyokong perjuangan Rakyat Kelantan ini.??? Itulah yang memeningkan Kepala Najib sekarang. Nak ambil tindakan..ditelan mati emak...diluah mati bapak. Tetapi dalam banyak-banyak Auta yang dimainkan hanya Si Layar ini dapat di dungukan dan dibutakan matanya oleh UMNO dan BN. Sudah terang lagi bersuluh. Tak ke buta namanya tuu.

Bagi menghentikan tentangan yang begitu hebat dari rakyat Kelantan dan negeri-negeri di seluruh Malaysia maka UMNO dan BN mendesak agar isu ini di bawa ke Mahkamah. Lagu yang sama, yang dibawa oleh UMNO dan BN ini seperti mana yang diusulkan oleh Si Layar paliau ini...tidak lain hanyalah untuk menutup mulut rakyat dari membicarakan isu ini hingga ke Pilihanraya yang akan datang. Jika isu royalti ini tidak ditutup segera alamat CELAKA besarlah bagi UMNO dan BN dalam Pilihanraya yang akan datang dan dalam merampas kembali Kelantan dari Kerajaan PAS yang dipimpin oleh TGNA.

Oleh itu mereka menggesa agar isu Royalti minyak ini dibawa ke Mahkamah supaya rakyat atau Kerajaan Pas Kelantan juga PR tidak lagi boleh berbicara dan mengeluarkan Fakta-fakta atau dokumen yang begitu menggerunkan UMNO & BN. UMNO dan BN memang payah dan gagal dalam menjawab isu ini. Macam budak sekolah jawapan mereka.

Balik-balik isu lebih dari 3 batu nautika dari pantai....itu ajer modal mereka. Sampai mereka bercadang nak pinda dokumen perjanjian petronas itu tadi kalau boleh...tapi malangnya UMNO & BN telah kehilangan tongkat sakti mereka di dewan rakyat, kehilangan iaitu 2/3 majoriti. Yang mereka dapat sekarang hanyalah MAKKAL SAKTI. Hampasss..Makkal Sakti ni...baru jadi parti baru dah bergaduh semacam.

Maka mereka menggunakan Mahkamah sebagai tempat atau medan menutup mulut rakyat. Sesiapa yang membuka mulut ketika proses mahkamah sedang dijalankan atau sedang dalam siasatan maka mereka yang bercakap ini akan di tangkap dan didakwa atas tuduhan menghina mahkamah. Dalam masa proses ini berjalan maka setiap rakyat perlu diam dan hanya akhabr-akhbar mereka sahaja yang boleh berbicara tentang perkara ini dan isu ini akan di panjangkan hinggalah pada Pilihanraya yang akan datang. Maka UMNO dan BN akan terselamat dari berbicara tentang isu ini dan dari terus diperkatakan oleh PR dalam Pilihanraya yang akan datang.

Seperkara lagi....jika dibawa ke Mahkamah.....walaupun dengan bukti dan fakta yang sangat kukuh dan saksi yang sangat hebat iaitu Tengku Razaleigh Hamzah tetapi jika UMNO & BN melantik Hakim yang bodoh lagi Tolol menjadi hakimnya maka jangan haraplah PR akan menang dalam kes ini. Lantiklah peguam yang hebat dan terhandal di dunia sekalipun.....sekali-kali PR tidak akan menang selagi mana yang duduk di situ adalah hakim yang tolol yang dipilih oleh Kerajaan UMNo dan BN.

UMNo dan BN memang sebesar-besar perompak duit rakyat. Wang Royalti ditukar namanya menjadi wang Ehsan dan diagih-agihkan di kalangan mereka dan ahli UMNO dan mengetepikan hak rakyat Kelantan tanpa mengira latarbelakang politik rakyat Kelantan.

Sebenarnya UMNO dan BN sangat gerun dan takut....sekiranya wang Royalti ini diberikan kepada Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Pas maka Kerajaan PAS Kelantan akan menjadi semakin kuat dan tentunya bakal melebarkan sayapnya merentasi negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia dan akhirnya UMNO dan BN hanya tinggal namanya sahaja dipersada politik Tanahair selepas Pilihanraya yang akan datang.

Oleh yang demikian..kalau dapat rompak....rompaklah wang royalti minyak tersebut walau apa yang terjadi sekalipun. Apa UMNo dan BN nak takut.....Mahkamah dan Polis di bawah bidang kuasa mereka, Petronas dibawah mereka, SPRM di bawah kuasa mereka, SPR dibawah kuasa mereka. Tiada yang lebih tinggi dari kuasa Jabatan berkanun di atas....melainkan semuanya di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Panglima7 Wrotes.
Read more...

Mar 16, 2010

Pentokong PAS Mati Dibunuh ???

IPOH – Hasrat seorang pemimpin politik mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim tidak kesampaian apabila beliau ditembak mati di kedai cuci kereta miliknya di tepi jalan Langkap-Chui Chak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Assisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang semalam, apabila dua lelaki yang tidak dikenali menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC berwarna oren hitam bernombor pendaftaran palsu AGV 8474 berhenti di kedai mangsa.

Menurutnya, pembonceng motosikal itu turun dan melurumasuk ke kedai lalu melepaskan dua tembakan ke arah kepala mangsa yang sedang duduk.



“Kita sudah kenal pasti tiga saksi yang berada di tempat kejadian yang juga ahli keluarga mangsa. Polis sedang memburu kedua-dua suspek yang melarikan diri ke arah Kampar” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada wartawan, semalam.

Beliau berkata, P Panthiyan iaitu Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak yang lebih dikenali sebagai Siva, 34, mati di tempat kejadian. Motif pembunuhan masih disiasat.



Sumber : Sinar Harian.



Panglima7 Wrotes

Berita yang amat mendukacitakan. Kami merakankan ucapan Takziah ke atas keluarga P. Panthiyan.



Adakah pembunuhan ke atas P. Panthiyan atau dikenali dengan Siva ini bermotifkan politik.???

Jika pembunuhan ini bermotifkan politik...maka amat malang dan memang malanglah....kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya...Kita tunggu dan lihat perkembangan siasatan ini. Siasatan pula jangan dipengaruhi oleh unsur politik.

Kalau tak.... tak gunalah siasatan. PR perlu memantau sisatan ini.

Tuan Puan boleh mengutarakan pandangan di bawah, dalam kes yang sungguh mengejutkan banyak pihak.
Read more...

Mar 14, 2010

Ingat Lagi ??? Inilah Orangnya Yang Mahu Pembangkang Sifar Di Selangor.


Rumah Setinggan Rakyat Dirobohkan tanpa berunding terlebih dahulu.
Rumah Penduduk Setinggan Kg Berembang Yang Dirobohkan tanpa berunding terlebih dahulu. Arkib

Salam,

Semasa era pemerintahannya sebagai Menteri Besar UMNO & BN di Selangor, berbagai perkara yang berlaku di bawah pemerintahan beliau termasuklah perobohan surau Jubli Perak di BB Bangi - Nauzubillah.  Sehingga ramai yang menangis disebabkan tingkah laku UMNO & BN yang zalim bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada agama Islam itu sendiri. 

Bagi mengimbangi perobohan surau, maka Kerajaan UMNO & BN Pimpinannya juga merobohkan kuil di Shah Alam.  Maka wujudlah Hindraf

Pernah berikrar setinggan sifar di Selangor dengan merobohkan rumah rakyat satu persatu tanpa memberikan masa yang cukup kepada rakyat serta mendengar juga melayan keluhan rakyat termasuklah kampung Berembang.  Rakyat yang membantah bertempur dengan Polis dan akhirnya setelah rumah mereka dirobohkan penduduk kampung yang kehilangan rumah terpaksa membina rumah2 kotak berbumbungkan langit dan berselimutkan embun bagi meneruskan kehidupan bersama isteri dan anak2 tercinta.  Di manakah sifat belaskasihan sesama manusia.  BELIAU PULA DUDUK DI BANGLONYA YG kononnya BERHARGA RM20 JUTA. Rakyat yang dirobohkan rumahnya duduk merempat dan mengharapkan belas kasihan orang lain.

Menghadiahkan penyapu sebagai motivati kepada Pengarah2 PBT dan Majlis Pembandaran kerana kononnya tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang.  boleh cemerlang ke anada jika majikan bagi hadiah penyapu buruk...supaya anda cemerlang.??

Memberi penduduk kampung dengan 2 lori ayam sebelum hari raya.  Khalid Ibrahim pula dipersoalkan dan disiasat BPR atas kemurahannya mengorbankan 40 ekor lembu sempena Hari Raya Korban atas tuduhan menyalahguna wang rakyat dan kerajaan.

Dengan angkuh dan sombongnya...berikrar dan melaungkan Pembangkang Sifar Di Selangor kerana baginya pembangkang hanya tahu mencari salah kerajaan UMNO & BN.  Sekarang sudah terbalik.  Beliau pula menjadi pembangkang dengan komen yang sungguh dangkal dan membosankan.

Bukit Cerakah yang dibotakkan...hingga mendapat reaksi Abdullah Badawi yang naik helikopter membuat lawatan mengejut ke kawasan yang beliau didakwa telah membotak dengan mengetepikan konsep Alam Sekitar.

Ini baru sedikit yang hamba maklumkan....banyak lagi yang tersimpan di dalam karpet yang tidak didedahkan oleh Kerajaan PR Selangor.

Apapun kenyataan hamba ini tidak ada kena mengena dengan pandangan Kerajaan PR Negeri Selangor atau mana-mana parti politik di Malaysia.

Panglima7 Wrotes.

Read more...

Kewangan Negeri Sakit Ke....Atau Khir Toyo yang Sakit Sebenarnya..!!!

Menyorot Kembali Hadiah Penyapu oleh Khir Toyo Kepada PBT & Majlis Perbandaran
melambangkna sikap KURANG AJAR beliau kepada PBT dan akhirnya beliau tersungkur disebabkan ketidakcerdikan beliau ini.  Menteri Besar apa ini.???  Memberi Motivasi ke... apa ke benda nya ini.

Salam,

Bekas Menteri Selangor Datuk Seri Khir Toyo  mendakwa kedudukan Kewangan Selangor di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat dalam keadaan sakit dan tidak terurus dengan baik.

"Wahai Khir ...kalau sakit dan tak terurus dengan baik...takkan boleh memerintah sehingga laa ni 2 tahun.  Ker ko yang sakit sebenarnya...sakit hati tuu"

Menurut beliau kerajaan negeri juga bermasalah dari segi imbangan perbelanjaan dan pendapatan. Perbelanjaan kerajaan Negeri sebanayak RM1.4 bilion tidak setara dengan Perbelanjaan negeri sebanyak RM2 Bilion yang menyebabkan bajet mengalami defisit.

" Beliau dah jadi macam Exco kewangan atau penasihat kewangan pulak bagi negeri Selangor bagi menggantikan DS Anwar Ibrahim agaknya.  Semasa dibawah pemerintahan ko dulu lah rakyat susah dan ko yang senang sampai dapat duduk rumah yg berharga 20 juta....tak sampai pun 2 penggal memerintah.  Perlu diingat Kerajaan Selangor ini bukan memerintah berseorangan....ada 4 negeri lagi yang bersekutu dengan Selangor.

Katanya lagi perancangan kewangan dan ekonomi negeri hanya berasaskan pendekatan2 populis dan andaian pendapatan yang tidak berasaskan perkiraan yang cermat.

haa...!!  Beginilah pandangan seorang Dr Gigi yang cuba nak jadi Dr. Ekonomi...apabila mengatakan andaian pendapatan yang tidak berasaskan perkiraan yang cermat..!!!  Macamlah beliau dulu graduan ekonomi dan ada background tentang ekonomi.  Bersangka buruk dan pandai membuat spekulasi ajer.  Kerajaan Selangor PR tahulah ia bagaimana mentadbir negeri dan hasilnya rakyat dapat menikmati air percuma, wang sumbangan kematian bagi meringankan beban anak-anak untuk ibu bapa (warga emas) yang meninggal dunia dan pelbagai insentif lagi.  Kalau zaman Khir Toyo alamat sampai kena pukullah dengan pihak berkuasa pun takkan dapat ini semua.

Apa pun segala kata-kaya dan komen Khir ini menyerlahkan lagi tahap pemikirannya yang lemah dan rakyat akhirnya terfikir bagaimana beliau dulu boleh menjadi Menteri Besar Selangor. Atas dasar apa beliau dilantik menggantikan Abu Hassan.  Adakah berdasarkan kelayakkannya atau sekadar tangkap muat oleh Tun Mahathir bagi membolehkan Putra Jaya (masa itu dalam Kerajaan Selangor) diserahkan kepada Kerajaan Pusat sebagai Wilayah Persekutuan sebagai Give & Take atas perlantikkannya itu sebagai Menteri Besar Selnagor.
Read more...

Mar 13, 2010

Air Hujan Telah Membasahi Bumi....Duit Minyak Bile Lagi???

Tiada lagi tempat mengadu selain Allah yang Esa. Dia miliki segalanya. Dia memimpin kita melalui Rasulnya apa perlu di buat bila musibah menimpa. Tuhan langit dan bumi tiada yang mustahil baginya. Hujan yang turun adalah bukti Allah akan membantu sesiapa sahaja. Panas bukan satu kezaliman. Panas adalah fenomena alam. Tetapi doa dari orang yang berharap tidak disiakan Allah.Hujan turun mencurah curah... basahlah bumi serambi Mekah... Hingga sukar dikenali antara titisan air hujan rahmat dengan titisan air mata kesyukuran...


Rakyat Kelantan akhirnya menerima hujan setelah sekian lama menanti. Namun lamanya penantian rakyat Kelantan menanti turunnya hujan tidaklah selama rakyat Kelantan menanti tumpahnya wang royalti minyak yang disembunyikan. Rakyat dan pimpinan Kelantan telah mengadu pada manusia, namun mereka sememangnya tidak pernah berlaku adil. Kini rakyat Kelantan terus merintih dari Allah untuk memohon agar lelehan minyak akan mengalir ke bumi Kelantan... bukan melalui kakitangan perompak....

Panglima7 Memetik dari Laman Blog Anak Sengat
Read more...

Mar 12, 2010

Terima Kasih K'jaan PR Selangor : UMNO BN GAGAL W/Pun Lebih 50 Tahun Memerintah Selangor.

Salam

Setelah menunggu lebih 50 tahun, akhirnya 183 penduduk Kg Bagan Sekinchan boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan PR Selangor melanjutkan tempoh pajakan tanah yang mereka duduki kepada 99 tahun.

Malah Kerajaan PR Selangor juga memutuskan kadar premium tanah dikenakan serendah RM1.00 bagi satu kaki persegi.  Pengiraan itu berdasarkan status tanah itu ialah pertanian, jadi tanah pertanian ini murah.  Walaupun ia boleh jadi RM1,000 tapi kita bagi antara 5 peratus, jadi kita kata RM1.00 munasabah lah. 

Ini merupakah satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat Selangor kerana dapat menyelesaikan masalah pemilikan tanah dalam tempoh kurang 2 tahun pemerintahannya berbanding UMNO BN yang gagal mengatasinya walaupun lebih 50 tahun memerintah Selangor.

Apa Kata Mereka

Wong Ah Chia 40
" Sudah banyak kali BN buat janji selama 50 tahun mereka perintah.  Mereka kata nak keluarkan geran tapi semuanya tipu, khabar angin saja.  Mereka pandai cakap saja tapi tak pernah tunai janji.  Sehinggalah Kerajaan PR ambil alih. Tak sampai 2 tahun geran sudah diberi.  Saya anggap borang 5A ini satu angpau yang besar sempena Tahun Baru Cina.  Ia sungguh bermakna buat kami."

Chia Mia Ching, 60 Penduduk Kg Bagan Sekinchan.
"Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri PR.  Bila sudah nampak geran ini, senang dan lega rasanya. Saya bersyukur atas usaha Kerajaan Negeri yang baru ini.  Tiada perkataan yang boleh diungkapkan.  Terima Kasih Kerajaan Negeri PR Selangor."

Rumaizi Hamzah, 43, Ketua Masyarakat Kg Penerangan, Sekinchan
"Syukur Alhamdulillah selama berpuluh tahunorang-orang sini menunggu, sampai ni dah generasi ketiga baru dapat rasa borang 5A, Sangat bersyukur.  Saya rasa berbangga juga bila dah ada perubahan, sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri PR dengar keluhan hati rakyat masyarakat kampung.  Pendapatan penduduk kawasan sini pun bukannya tinggi, semua kerja kampung.  Jadi Alhamdulillah Kerajaan Selangor sekurang-kurangnya ambil tindakan terhadap apa yang kami luahkan."

Begitulah luahan hati beberapa penduduk kampung yang ditemubual.  Walaupun Media UMNO dan BN cuba memadamkan Kejayaan Kerajaan PR Selangor di dada dada akhbar dan Radio & Televisyen, namun rakyat negeri Selangor lebih mengetahui akan kebenarannya. 

Drp Selangor Kini.
Panglima 7 wrotes.
Read more...

Mar 11, 2010

UMNO Bimbang : Pas Bersemangat Tawan 12 Lagi Kerusi UMNO Selangor

Salam,

Kebimbangan Umno makin meningkat pabila Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Selangor, yang juga Adun Kuang Abdul Shukur Idrus mula memberikan reaksi kurang senangnya dengan hasrat Pas Negeri Selangor menawan lagi 12 kerusi UMNO yang lain pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

"Tidak mudah untuk kerusi 12 DUN berkenaan jatuh ke tangan mereka (Pas).


Walaubagaimanapun kenyataan Abdul Shukur Idrus tersebut kelihatan seolah-olah cuba menyedapkan hati sendiri dan UMNO khususnya tetapi raut wajahnya menampakkan kerisauan.
"UMNO tidak akan berpeluk tubuh sebaiknya akan berusaha mengekalkan kerusi yang dimiliki sekarang selain mempertingkatkan usaha menawan semula kerusi-kerusi yang tewas sebelum ini."  Beliau cuba menyakinkan para wartawan.

Jangan bimbang YB Shukur, bila Pas dah mengeluarkan kenyataan yang sedemikain, bersiap sedialah.....Janji Allah pada mereka yang memakmurkan negerinya pasti akan berlaku.  Jangankan Kerusi UMNO di Selangor, di Pahang pun Pas akan buat kejutan.

InsyaAllah, Selangor akan kekal di bawah Pakatan Rakyat manakala Pahang akan mengikuti jejak langkah Selangor bilamana Jentera-jentera PAS seluruh negara berjuang habis-habisan dengan saf-saf kepimpinan yang tersusun rapi, memacu langkah ke hadapan penuh keikhlasan dan keimanan yang tinggi.  Mereka tidak takut serta gentar pada orang-orang yang mengeji.

Panglima7 Wrotes.
Read more...

Kerisauan GERAKAN : Zulkifli Bakal Bawa UMNO Jalan Ke Kubur

Bukan sahaja PKR dan PAS menolak, bahkan Parti Gerakan Pulau Pinang juga menggesa kepimpinan UMNO dan BN untuk tidak menerima Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang disingkirkan dari Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini.

Pengerusi Parti Gerakan Negeri, Dr Teng Hock Nan berkata, Zulkifli yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas dilihat sebagai seorang pelampau agama dan perkauman. 

"Beliau disingkirkan PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian kaum dan agama.  Menerima beliau masuk UMNO dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai kaum dan agama yang sederhana dan berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia."  Katanya dalam kenyataannya semalam.

Gerakan agak cemas dengan kenyataan Timbalan PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu UMNO sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya, termasuklah Zulkifli.

"BN amnya dan UMNO khasnya janganlah menerima pelampau agama dan perkauman" katanya.
____________________________________
Panglima7 wrotes.

Kalau komponen BN pun tak sudi nak terima Si Zulkifli ni.....jadi orang buangan lah beliau.  Hanya penggal ini sahaja la nama beliau disebut-sebut kerana mulutnya yang tiada insuran...penggal hadapan nama beliau pasti sudah berkubur dan akhirnya tamatlah karier politik beliau yang menghuru hara kan.

Kalau UMNO nak terima...silalah......terima beliau.  Pasti beliau akan mempercepatkan perjalanan UMNO menuju ke kuburan.
Read more...

Mar 9, 2010

Putaran Bumi Semakin Laju Akibat Gempa Bumi.

Subject: Putaran Bumi Semakin Laju Akibat Gempa Bumi




Assalamualaikum kawan2...

Hari ini aku nak bercerita pasal gempa bumi yang sedang berlaku tahun ni,yang semakin aktif di seluruh dunia,

di mana kalau korang perasan ianya bergegar di dalam kitaran 2 minggu di benua berlainan,dan dalam minggu ini aje,

1 gempa besar belaku di "barat" bumi (Chile),dan...semalam berlaku dekat timur "bumi" (Taiwan)...


Kalau kita ada sebijik bola,

Dan buat simulasi dalam otak kita dan letakkan peta dunia kat bola tu dan kita putarkan dan perhatikan baik2.....

kita akan perasan yang benua Nusantara ni a.k.a. "PENTAS SUNDA" sebenarnya selari dengan benua Latin di sebelah barat sana...

(maksudnya kalau kau ada mesin yang boleh gali bumi ni sampai jumpa lahar panas dan menembusi pulak mental bumi,

maka kau akan tembus ke permukaan bumi di sebelah sana...)


Oleh itu kalau anda perasan....bila terjadi berlaku gempa bumi di Jepun,Selang seminggu~2 akan berlaku gempa di area Turki area2 timur tengah,begitu jugak lah halnya minggu ni....gempa di Negara Chile di "barat" menyebabkan kerak bumi di sebelah "timur" bergegar,Dan dalam masa tak sampai 4 hari sahaja...Negara Taiwan di "timur" bergegar pada hari semalam.

Untuk pengetahuan semua:

-gempa di Chile (terjadi pada Ahad 28.02.2010 waktu Malaysia, kat Chile masa tu hari Sabtu)

-gempa di Taiwan (baru terjadi semalam iaitu Khamis, 04.03.2010)

(kedua2 gempa ini berlaku dalam tempoh tak sampai 1 minggu aje)


Sila rujuk:

http://uk.news.yahoo.com/18/20100304/twl-powerful-quake-strikes-southern-taiw-4bdc673.html

Jadi apa kena mengena pulak ye ???Ok, mari kita lihat apa kaitannya kata2 Nabi Muhammad 1400++ tahun yang lalu....

Dengan ke"relevan"nan yang terjadi hari ini,


Quote:

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

"Datang kepada kami Nabi Muhammad dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang...Lalu Nabi Muhammad bertanya:

"Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat".

Lalu Nabi Muhammad berkata: "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 macam tanda-tandanya".

Kemudian baginda menyebutkannya:

01) Asap tebal (mungkinkah jerebu2 yang pernah berlaku dulu akibat pembakaran ? letusan gunung berapi ?)

02) 3 kali gempa bumi besar, (mungkinkah ianya gempa bumi akhir2 ini ?)

03) sekali di timur, sekali di barat, (mungkinkah ianya gempa bumi akhir2 ini ?)

04) dan yang ketiga di Semenanjung Arab (mungkinkah ianya gempa bumi akhir2 ini ?)

05) Keluarnya Al-Masih Dajjal (bermata 1) (iluminati & freemason & israel sedang menunggunya...)

06) Turunnya Al-Masih Isa (orang barat panggil "Jesus")

07) Yakjuj dan Makjuj (orang barat panggil "Gog & Magog")

08) Terbit matahari dari barat (teori ini sekarang sedang berlegar2 di NASA)

09) Dabbah (binatang yang boleh berkata2 muncul di Mekah)

10) keluarnya api besar yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(Hadis Riwayat Muslim)

Tahukah anda....

Kelmarin pada hari Rabu, 03,03,2010 pihak Nasa telah mengemukakan 1 penemuan yang agak mengejutkan,Iaitu 1 teori yang terpendam dalam hati aku selama ni...

Iaitu...

"Nasa telah mengesan gempa bumi 8.8 magnitud yang besar & kuat yang berlaku di Negara Chile Ahad lepas waktu Malaysia,

telah menyebabkan paksi putaran orbit planet bumi telah teralih sedikit sejauh 8 sentimeter.....yang akibatnya menyebabkan putaran bumi menjadi lebih laju beberapa 1.26 mikro saat,lalu menyebabkan hari siang di sana lebih pendek dari malam,

tapi kena ingat jugak,kalau kekuatan gempa ni saling bersahutan dan berterusan berlaku tahun ni setiap 2minggu,

maka hadis Nabi Muhammad di mungkinkah dianggap sempurna? "

untuk rujukan supaya kita ni menkaji boleh le rujuk

http://www.theprovince.com/technology/Chile+quake+shifted+axis+Earth+shortened+days+scientist/2636806/story.html


Jadi apa kena mengena pulak ye ???

Ok, jom kita lihat apa kaitannya kata2 Nabi Muhammad 1400++ tahun yang lalu untuk kali ke dua plak....

Iaitu dari sudut masa.......Dengan ke"relevan"nan yang terjadi hari ini,Semakin dunia ni canggih....semakin terbuktilah semua kata2 Nabi Muhammad........Perhati dan dengar baik2....


Quote:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata:

Nabi Muhammad berkata;

"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga masa menjadi singkat,maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
Hadis Riwayat Tarmizi

Kesimpulan yang ingin dibawak melalui artikel kali ini ialah,Tentang tanda2 kecil yang menuju ke tanda2 besar hari kiamat,

Sedang benar2 terjadi kat zaman kita,Bukannya di zaman mak bapak kita......

Kitalah generasi yang "mungkin" ditakdirkan menemui pemimpin2 akhir zaman......

Apalah nasib anak2 kita kat rumah tengah buat apa nanti besar dah get ready ke belum ke and so on....

Adakah kita sudah bagitau perkara2 yang sepatutnya bagi tau kat anak,

Maksudnya meantime bila bende ni jadik betul2 nanti takut dah tak sempat & anak2 akan salahkan kita

Lepastu cakap kenapa masa aman dulu abah tak bagitau......

Apakah kita benar2 maju menjelang tahun 2020 ini atau something yang dalam jangkaan bakal berlaku ?
 
Dipetik dari email rakan-rakan.
 
Wallahualam
Panglima7




Read more...

Bila Utusan Meloya Cuba Jadi Hakim Malaya...Poorahh !!

Salam.....

Dah bertahun-tahun hamba tidak membeli Utusan Meloya.   Bukannya apa....hamba terasa loya dengan apa yang ditulis oleh mereka-mereka yang kaki bodek dan mengampu ini.   Tengahari tadi hamba terpandang lebihan akhbar Utusan Meloya yang memang tak pernah habis terjual di sebuah kedai mamak.

Daripada tajuk utama akhbar tersebut nyatalah Utusan Meloya merasakan dirinya hakim dalam membuat keputusan atas kejayaan PR yang memerintah 4 buah negeri di semenanjung Malaysia.

Sebenarnya yang patut menjadi hakim dalam menilai prestasi dan janji PR adalah rakyat bukannya talibarut-talibarut ini yang berselindung disebalik suara rakyat tetapi sebenarnya merupakan lidah UMNO dan BN dalam memesongkan fikiran rakyat. 

Maka tidak hairanlah laporan akhbar ini menunjukkan PR gagal dalam 2 tahun pemerintahannya.  Inilah propaganda.  Bak kata guru hamba Prof Dr. Hamirdin Ithnin....yang dirahmati dan dikasihi Allah hendaknya.  Jika akhbar ini melaporkan berita yang berlawanan seperti Kegagalan PR, maka anda mesti baca sebaliknya.  Apabila disebut PR gagal dalam 2 tahun pentadbirannya maka jawapan yang sebenarnya ialah PR telah berjaya dalam 2 tahun pemerintahannya.

Begitulah sepak terajang politik di malaysia bagaimana kita membaca senario politik semasa.

Panglima7 Wrotes.
Read more...

Zulkifli Kulim : Seketul Permata atau Seketul Najis?

Zulkifli Kulim : Seketul permata atau seketul najis?


Apakah mStar tersilap lapor? Bila ia menyatakan :

"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.

Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.

Selain itu ‘beliau’ berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.

"Kami menghargaai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat daripada PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya disini

Kalau laporan itu benar, maka setinggi-tinggi gunung, tinggilah lagi harapan seorang Naib Presiden PAS itu.Demikianlah tinggi harapan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man keatas Zulkifli Nordin yang baru kelmarin disingkirkan dengan sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakan Zulkifli membuat laporan polis ke atas Khalid Samad berhubung cadangan ahli parlimen PAS itu untuk meminda enakmen agama Selangor yang didakwanya ketinggalan zaman.

Zulkifli Nordin yang pada asalnya seorang ahli PAS, tetapi beliau tidak diangkat menjadi calon PAS kerana ‘tidak dipercayai’ oleh kepimpinan PAS sejak dari awal-awal lagi.

Bagaimana pun, nasib beliau agak baik kerana atas permintaan Anwar Ibrahim, beliau telah dipanggil untuk bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baru – atas nama PKR dan sejak episod tersebut, atas persetujuan bersama, dia pun diserap menjadi ahli PKR.

Begitulah penghormatan dan penghargaan PAS keatas parti kawannya PKR.Walaupun PAS mempunyai pandangan yang negatif terhadap Zulkifli ketika itu, namun PAS tidak membantah apabila PKR memilih dan mengangkatnya sebagai seorang calon dalam pilihanraya ke-12.

Tetapi kini, apabila pandangan negatif awal PAS itu telah terbukti jelas dan nyata , tidak semena-mena pula, PAS menaruh harapan yang tinggi memuncak terhadap perjuangan manusia yang bernama Zulkifli ini.

Kita berharap penghormatan dan penghargaan yang pernah PAS berikan kepada PKR akan dapat diteruskan dan berkekalan.

Kalau PKR sudah menganggapnya sebagai seketul najis dan perlu dicampak buang, kenapa kita menganggapnya sebagai seketul permata dan perlu kita mengutipnya?/ end

Catatan Oleh alhusseyn pada 8:45 AM
Isnin, Mac 08, 2010 11:15:00 AM

Panglima7 memetik dari Blog ALHUSSEYN


Itulah......Kalau nak perjuangkan Islam bukannya di dalam PKR.  Dah ada parti yang berjuang demi ISLAM yakni PAS mengapa perlu masuk PKR.  Akai letak mana.  Nak kata pendidikan rendah...tak jugak....level tak koman... loyar tu.

Jangan kerana dipanggil bertanding di Kulim oleh Anwar...hang lari masuk  PKR.  Dah hilang semuanya... baru nak cakap pasal ISLAM.
Maggie Dah Kembang..!!!
Read more...

Mar 7, 2010

Cara Menadah Tangan/ Berdoa Yang Betul


Cara Menadah Tangan/ Berdoa Yang Betul


Salam.
Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar

Mencari keberkatan doa...

DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA
2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN
3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب

TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW

6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA

7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM…….. USTAZ ABDULLAH MAHMUD….

Dipetik dari ustaz Abdullah Mahmud.
Read more...

Mar 6, 2010

Selagi Tidak Disebat Tiada Mungkin Terhapus Dosa, Walaupun Sultan Mengampunkan

Salam,

Kes Kartika yang merayu-rayu dan berulang alik agar dirinya disebat atas kesalahan meneguk arak menarik perhatian banyak pihak termasuklah sultan.

Yang menghairankan ramai pihak.  Yang tidak mahu disebat, disebat oleh pihak berkuasa tempatan tanpa dirayu.  Yang mohon disebat tidak pun disebat sehingga berita ini ditulis.  Tidakkah itu suatu yang sungguh pelik.

Sultan juga bersedia mengampunkan Kartika atas kesalahannya meminum khamar yang haram itu WALAUPUN Kartika tidak memohon untuk diampunkan.

Tetapi apa yang pasti.....selagi beliau tidak disebat atau dirotan mengikut cara dan kaedah Islam yakni hudud, tak kiralah siapapun yang mengampunkan waimah mahkamah atau sultan sekalipun, dosa beliau tetap tidak mungkin terhapus melainkan beliau dirotan mengikut syariat Islam.  Melainkan.... dengan kasih dan Rahmat Allah Swt.....beliau terlepas di akhirat kelak.

Panglima7 wrotes.
Read more...

Macammana Kerajaan UMNO & BN Buat Wang RM50 ni ? Takde Kualiti Langung ???



Wang RM50 baru tidak berkualiti


Pastikan anda tidak terbasuh duit RM50 baru. Seorang jurutera di PJ,Yeoh Jit Shiong, 25, telah terendam beg duitnya dalam mesin basuh.

Apa yang mengejutkan ialah wang kertas RM50 yang baru dikeluarkan dari mesin ATMnya telah hilang sekelip mata.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah not RM50 baru telah hilang gambar cetakannya termasuk no siri. Yang tertinggal hanyalah benang keselamatan dan watermark sahaja.

Manakala wang RM50 lama dan RM10 yang turut tercuci tidak rosak sama sekali.

Jika wang RM50 lama boleh bertahan berada di dalam mesin cuci, mengapa tidak wang RM50 baru , yang seharusnya yang diperbaiki, dan telah di upgrade versinya?
 
Dipetik dari email sahabat hamba.
Read more...

Lari Dari Peperangan @ Berpaling Tadah / Belot Dalam Perjuangan





Salam,
Walaupun kita berterima kasih kepada makhluk bertiga ini yang keluar dari Parti PKR iaitu Mohsin Fadzli Samsuri - AP Bagan Serai, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim - AP Bayan Baru dan Tan Tee Beng - AP Nibong Tebal, namun sikap mereka itu bolehlah diibaratkan seperti berpaling tadah atau belot dalam perjuangan.

Hamba bukan bercakap dari hal Tan Tee Beng, kerana beliau adalah non muslim tetapi hamba bercakap dari segi keagamaan memandang 2 makhluk tadi merupakan mereka yang beragama Islam.  Dan mereka keluar parti pun kononnya berfaktorkan keagamaan juga.
Kalau disingkap akan 7 dosa-dosa besar, salah satunya ialah Lari dari peperangan.  Orang-orang yang lari dari peperangan ketika berjuang tergolong dalam dosa-dosa besar ini. Ada sebab mengapa mereka lari.  Di antara sebabnya adalah takutkan kematian dan cintakan dunia.  Sedangkan objektif berperang adalah menegakkan kalimah Allah samada Menang dalam peperangan atau Mati Syahid Fisabillillah.  Apabila mereka lari maka mereka lari dari ganjaran Syurga yang telah dijanjikan Allah Swt dan secara tidak langsung mempengaruhi rakan seperjuangan yang ada bersama berjuang untuk turut lari dan menyebabkan pasukan perang menjadi lemah dan mudah dikalahkan.

Manakala Berpaling Tadah atau disebut belot dalam perjuangan/peperangan juga suatu kesalahan yang tidak kurang hebat juga besarnya jika dibandingkan dengan lari dari peperangan tadi.  Apabila satu kesalahan itu adalah besar maka mengikut logik akalnya, dosanya juga besar.

Pemuka-pemuka Yahudi dari bani Quraizah (kalau tak silap hamba, sila betulkan jika hamba salah) pernah belot atau berpaling tadah kepada tentera islam dan Nabi Muhammad SAW ketika dalam perang Khandak apabila mereka terang-terangan menyokong Tentera Musyrikin Quraish.  Setelah tamat peperangan dan setelah diadili, maka hukuman yang dijatuhkan oleh Allah dan Rasulnya adalah bunuh.

Hamba bukan bermaksud yang ketiga-tiga ini perlu dihukum sebegitu TETAPI bagi menunjukkan betapa besarnya dosa orang yang belot atau berpaling tadah dalam perjuangan demi menegakkan keadilan dan memerangi kezaliman.

Dan sikap yang ditunjukkan oleh Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang yang menyeru untuk bersolat Hajat selama 7 hari 7 malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat dalam perjuangan menunjukkan besar atau seriusnya dosa yang mereka ini lakukan terhadap rakyat di kawasan mereka juga kepada parti dan juga Rakyat Malaysia secara amnya.

Ini hanyalah sekadar pandangan dari hamba Panglima7 dan ianya tiada kena mengena dengan pandangan Parti PAS, PKR atau DAP atau Pakatan Rakyat.

Berani Kerana Benar.
Panglima 7 Wrotes
Read more...

Mar 3, 2010

Najib Tak Salah Guna Kuasa ke Selama ini.???


Alahai...Najib.  Mengata dulang paku serpih, mengata orang kamu yang lebih. Kalau nak bercakap tu cermin-cerminlah diri dahulu.  Dok pi sibuk dengan Ketua Menteri Pulau Pinang tu buat apa, kononnya Lim Guan Eng salah guna kuasa laa dalam menamatkan kontrak kontraktor yang buat kerja di PDC tanpa sebarang alasan bolehlah kita ibaratkan seperti Kuman Diseberang Laut Nampak, Gajah Di depan Mata Tak Nampak.

Kes Lim Guan Eng tuu...perkara belum jadi kes lagi. baru buat surat perjanjian dan tentunya Lim Guan Eng ada sebab tertentu mengapa beliau draft perjanjian sedemikian.

Tetapi dalam kes Royalti minyak Kelantan, bahawasanya kamu Najib Bin Tun Razak telah menyalahgunakan kuasa kamu sebagai PM Malaysia dengan melanggar perjanjian di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Petronas dan Kerajaan Persekutuan di dalam memberikan Royalti terhadap hasil minyak yang Kerajaan Pusat ambil dari Negeri Kelantan.

Ini salah guna kuasalah namanya.  Menggunakan kuasa sebagai PM dalam membuat arahan kepada Petronas agar melanggar perjanjian yang UMNo dan BN buat dahulu.  Juga menyalahgunakan kuasa yang ada dengan merubah perkataan Royalti kepada nama yang lain darinya iaitu Wang Ihsan.

Malas hamba nak cerita...tetapi hamba kena cerita juga supaya rakyat hamba faham.  Berkokoklah kamu sampai ke Pulau Pinang tetapi najis sendiri menjejeh di Kelantan kamu buat tak tahu ajer.  Mana boleh buat tak tahu....najiskan berbau....selagi tak cuci dan dibersihkan selagi itu UMNO dan BN akan melingkup di Kelantan dan terus berbau busuk di hidung rakyat.

Panglima7 Wrotes
Read more...

What You Get When You Cross The Border - Cross The Border???

Where to Cross The Border?


If You Cross The North Korean Border Illegally
You get 12 years Hard Labour.

If You Cross The Iranian Border Illegally
You Are Detained Indefinitely.

If You Cross The Afghan Border
Illegally, You Get Shot.

If You Cross The Saudi Arabian Border Illegally
You Will Be Jailed.

If You Cross The Chinese Border Illegally
You May Never Be Heard Again.

If You Cross The Venezuelan Border Illegally
You Will Be Branded A Spy And Your Fate Will Be Sealed.

If You Cross The Cuban Border Illegally
You Will Be Thrown Into Political Prison To Rot.

If You Enter Britain Illegally
You Will be Arrested, Prosecuted And Sent To Prison And Deported


If You Are An Indonesian AND ILLEGALLY CROSS THE MALAYSIAN BORDER
YOU GET:

- MyPR (Permanent Residence / Pemastautin Tetap)
- A Driving License,
- Voting Rights
- Job Reservation,
- Special Privilege to be Consider as Bumi,
- Credit Cards,
- Subsidized Rent Or A Loan To Buy A House,
- Free Education,
- Free Health Care,

Oh Malaysia, what a great country!!
Read more...

Kerajaan Persekutuan Kekeringan Wang !!!....Betul Ke Ni..???

Ada banyak tanda-tanda menunjukkan Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO & BN kekeringan wang.  Ini menunjukkan Negara berada di dalam krisis kewangan yang hebat.  Mana taknya...setelah tumbangnya 5 negeri, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak (sekarang ini BN dah rampas balik dengan cara yang tak berhemah) maka kantung Kerajaan Persekutuan mulai kering.

Segala hasil masyhul negeri-negeri in yang dahulunya diperintah oleh BN tidak dapat diambil dan dijoli dengan sesuka hati, hinggakan Kerajaan Melaka terpaksa meminjamkan RM5,000,000.00 (RM5 juta) kepada UMNO Selangor bagi melunaskan cukai tanah yang tertunggak dan tak berbayar-bayar pun selama 13 tahun kepada kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. 

Rakyat sungguh terkejut beruk.....dengan perangai UMNO ini.  Ohh rupa-rupanya selama ini segala apa milik UMNO di Selangor mereka buat seperti bapak dia punya harta.  Cukai pun tak nak bayar. Jika sekiranya Selangor tidak tumbang kepada PR, sampai kiamat pun mereka tak bayar cukai tanah YBK.  Kalau rakyatlah tak bayar cukai maka tanah milik rakyat sudah tentunya disita atau dirampas serta diambil kembali oleh UMNO dan Barisan nasional.  Bayangkan bangunan UMNO Selangor di Shah Alam pun mereka tidak bayar cukai kepada Kerajaan Selangor selama beberapa tahun hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Tanda yang lain lagi ialah tidak menunaikan janji pemberian Wang Royalti Minyak kepada Negeri Kelantan.  Mereka ubah menjadi wang ihsan dan diberikan separuh sahaja, itupun kepada juak-juak UMNO Kelantan yang seperti anak burung yang kelaparan menunggu makanan dari ibunya.

Lagi dengan melaksanakan GST cukai terhadap barang-barang yang dibeli oleh rakyat dari sekecil kecil barang hinggalah sebesar-besar barang.

Ditambah pula dengan kenaikan harga minyak seliter yang bakal dilancarkan pada bulan Mei ini.
Dan yang terbaru memasang camera CCTV di setiap jalan seluruh negara yang sangat berpotensi berlakunya kemalangan.  dengan adanya CCTV ini banyaklah saman-saman yang bakal dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi mengaut wang rakyat yang boleh mencecah jutaan ringgit.  Almaklumlah....nak pilihanraya ni...manalah nak cari duit pembiayaan.   Kalau pilihanraya kecil, satu DUN sahaja paling kurang RM6 juta terpaksa dikeluarkan inikan pula Pilihanraya umum.  Beratus Juta ringgit terpaksa dikeluarkan bagi menampung pembelanjaan jentera UMNO dan BN.

Ini tak termasuk kain pelikat dan lain-lain lagi ...Yang menjadi mangsa kitalah....Rakyat Jelata.
Kalau tuan puan tak nampak tak tahulah hamba nak kata.  Tukarlah Undian kepada Pakatan Rakyat.

Panglima7 Wrotes.
Read more...

Mar 1, 2010

Tembelang Siti Mohd Fairus Akhirnya Pecah Jua.....

Penuh sekandang bau telur tembelang mamat ni apabila beliau mengumumkan menyertai UMNO semalam.
Hamba Panglima7 tidaklah heran pabila mendengarnya.  Kalau projek yang menghabiskan duit rakyat yang dikejar begitulah.....tiada dalam PR, dalam UMNO ada.

Pulanglah ke tempat asalmu dan jangan kembali lagi selepas ini.  Ada atau tiadanya kelibatmu di dalam PR sama sahaja.  Nak study konon......dalam UMNO tak payah study...ada ongkos semua boleh lolos.

Beliau bukan orang politik sebenarnya.....beliau ikut-ikut ajer.  Di mana ada gula di situ ada semutnya.

panglima7 Wrotes
Read more...

Rakyat Malaysia Memang Bebas Bersuara Tetapi.....


Salam,

Memandangkan Malaysia negara demokrasi, sewajarnya rakyat Malaysia bebas bersuara apa sahaja yang ingin mereka suarakan.
Ya benar, rakyat Malaysia bebas untuk bersuara tetapi tidak bebas selepas bersuara. Ku Li berhak untuk bersuara kata Menteri Perdaganagan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan menyuarakan pandangan berhubung isu tuntutan royalti minyak di Kelantan.

Tetapi tunggulah apa yang bakal berlaku selepas MT UMNO bermesyuarat dalam memutuskan tindakan yang perlu diambil terhadap beliau.

Bak kata orang "cakap lah apa yang nak ko cakapkan...cakaplah puas-puas..selepas ini ko tahulah nasib ko" begitulah kira-kiranya maksud perkataan Datuk Mustapha Mohamed. Hmmm...Nampaknya Amerika, Indonesia lebih terbuka demokrasinya dan bertamadun dari kita.

Panglima7 Wrotes
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara