Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua pihak agar tidak menimbulkan isu pengundi hantu pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana isu itu tidak pernah wujud, sebaliknya timbul apabila ada pihak tidak memahami peraturan baru yang dilaksanakan sejak Julai 2002 yang membolehkan pemilih boleh mengundi berdasarkan alamat pada kad pengenalan.
"Mereka digelar pengundi hantu kerana tidak menetap di situ malah tidak dikenali penduduk setempat, ini kerana alamat pada kad pengenalan masih tidak berubah walaupun mereka telah berhijrah dan bekerja di tempat lain, tetapi alamatnya di dalam kad pengenalan (MY Kad) adalah di kawasan berkenaan, jadi pada hari mengundi dia pulang untuk mengundi dan penduduk sekitar tidak mengenalinya maka timbullah isu kononnya ada pengundi hantu."
Dangkal sungguh dan amat malang sekali bagi rakyat Malaysia apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR yang baru dilantik ini. Seperti beliau baru sahaja menetap di Malaysia.
Ini ker dia burung KakakTua yang diajar oleh BN untuk membuat kenyataan sebegitu kaduk. Atau beliau hanyalah seekor burung hantu yang dilepaskan pada waktu malam oleh BN bagi menutup pandangan rakyat akan penipuan semasa hari mengundi ???
Ini kenyataan budak sekolah rendah.......Tahap 4.!!! Aduhai.......
Mana mungkin SPR boleh berbicara begini ???? Memperbuduhkan rakyat. Kita bukan sekali dua menghadapi pilihanraya. Hamba Panglima7 sudah beberapa kali terlibat dalam pilihanraya dan termasuklah menjadi Polling and Counting Agent. Segala penipuan berlaku di depan mata ini.
Pengundi Hantu adalah mereka yang dibeli dan digunakan oleh pihak tertentu bagi tujuan mengundi dengan cara menipu rakyat dan parti lawan di dalam pilihanraya walau dengan apa cara sekalipun termasuklah menggunakan nama orang yang sudah mati untuk hidup semula di hari mengundi serta mengupah warga asing dan bermacam-macam cara lagi bagi memperolehi kemenangan mudah.
1. Menggunakan nama orang yang sudah mati (setahun , dua tahun atau berpuluh tahun) bagi tujuan mengundi di hari pengundian tersebut.
2. Mengada-adakan atau mereka-rekakan alamat kampung atau taman atau jalan yang tidak wujud di dalam alamat yang dibekalkan oleh Pejabat Pos tetapi ada di dalam buku daftar Pemilih/Pengundi. Setiap alamat dan taman atau kampung yang memang tidak wujud ini diletakkan beratus nama atau kadang-kadang ribuan nama pengundi hantu untuk mengundi di hari tersebut.
Banyak lagi penipuan yang boleh dibongkarkan termasuklah penipuan melalui kertas undi, dokumen dan borang 14, Pemalsuan Kad Pengenalan, Pertukaran Alamat Pengundi, Undi Pos, menggunakan nama orang yang sudah mati untuk hidup semula bagi mengundi, mengupah warga asing dan bermacam-macam cara lagi bagi memperolehi kemenangan bangsat.
Panglima7
2 comments:
Salam Panglima
Burung Kakak Tua atau biawak tua?
Salam Mountdweller,
Ikut anta la....mana yang sesuai. hehehe
Post a Comment