Salam
Setelah menunggu lebih 50 tahun, akhirnya 183 penduduk Kg Bagan Sekinchan boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan PR Selangor melanjutkan tempoh pajakan tanah yang mereka duduki kepada 99 tahun.
Malah Kerajaan PR Selangor juga memutuskan kadar premium tanah dikenakan serendah RM1.00 bagi satu kaki persegi. Pengiraan itu berdasarkan status tanah itu ialah pertanian, jadi tanah pertanian ini murah. Walaupun ia boleh jadi RM1,000 tapi kita bagi antara 5 peratus, jadi kita kata RM1.00 munasabah lah.
Ini merupakah satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat Selangor kerana dapat menyelesaikan masalah pemilikan tanah dalam tempoh kurang 2 tahun pemerintahannya berbanding UMNO BN yang gagal mengatasinya walaupun lebih 50 tahun memerintah Selangor.
Apa Kata Mereka
Wong Ah Chia 40
" Sudah banyak kali BN buat janji selama 50 tahun mereka perintah. Mereka kata nak keluarkan geran tapi semuanya tipu, khabar angin saja. Mereka pandai cakap saja tapi tak pernah tunai janji. Sehinggalah Kerajaan PR ambil alih. Tak sampai 2 tahun geran sudah diberi. Saya anggap borang 5A ini satu angpau yang besar sempena Tahun Baru Cina. Ia sungguh bermakna buat kami."
Chia Mia Ching, 60 Penduduk Kg Bagan Sekinchan.
"Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri PR. Bila sudah nampak geran ini, senang dan lega rasanya. Saya bersyukur atas usaha Kerajaan Negeri yang baru ini. Tiada perkataan yang boleh diungkapkan. Terima Kasih Kerajaan Negeri PR Selangor."
Rumaizi Hamzah, 43, Ketua Masyarakat Kg Penerangan, Sekinchan
"Syukur Alhamdulillah selama berpuluh tahunorang-orang sini menunggu, sampai ni dah generasi ketiga baru dapat rasa borang 5A, Sangat bersyukur. Saya rasa berbangga juga bila dah ada perubahan, sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri PR dengar keluhan hati rakyat masyarakat kampung. Pendapatan penduduk kawasan sini pun bukannya tinggi, semua kerja kampung. Jadi Alhamdulillah Kerajaan Selangor sekurang-kurangnya ambil tindakan terhadap apa yang kami luahkan."
Begitulah luahan hati beberapa penduduk kampung yang ditemubual. Walaupun Media UMNO dan BN cuba memadamkan Kejayaan Kerajaan PR Selangor di dada dada akhbar dan Radio & Televisyen, namun rakyat negeri Selangor lebih mengetahui akan kebenarannya.
Drp Selangor Kini.
Panglima 7 wrotes.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Mar 12, 2010
Terima Kasih K'jaan PR Selangor : UMNO BN GAGAL W/Pun Lebih 50 Tahun Memerintah Selangor.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
No comments:
Post a Comment