Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Mar 17, 2010

Rakyat Perlu Menilai UMNO & BN Mengapa PR Tinggalkan Dewan Rakyat.

Salam.

Semalam ramai Ahli Parlimen PR bertindak keluar dewan rakyat selepas Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee enggan membenarkan perbahasan bagi usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengulas kejadian itu menyifatkan tingkahlaku pembangkang yang bertindak keluar dari dewan itu perlu dinilai sendiri oleh rakyat.

Hamba nak tegaskan di sini, Ahli Parlimen PR bukannya tukang angguk di dalam dewan rakyat.  Bukannya tukang angguk bagi BN.  Apabila sesuatu usul dibentangkan, dan jika ada pandangan yang bernas untuk penambahbaikan, Speaker perlulah memberi laluan agar usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri dapat dibahaskan.

UMNO dan BN jangan hanya berani membentang tapi takut dibahaskan.  Janganlah jadi seperti jaguh kandang.....hanya hebat di kalangan sendiri tapi kecut di tempat lawan.
Speaker perlulah adil dan memainkan peranan yang sama rata kepada semua ahli parlimen.  Kalau PR hanya nak mendengar pembentangan tapi tidak diberi ruang untuk memberi pandangan dan penambahbaikan.....baik jangan jemput pembangkang dalam Dewan.  Lebih baik UMNO & BN buat dewannya sendiri.

Oleh itu Rakyat Malaysia perlu menilai sikap tidak professional UMNO & BN ini, bukannya Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Rakyat.

Lim Kit Siang melaporkan, beliau kecewa kerana Ahli Parlimen tidak diberi masa membahaskan usul tersebut. Usul berhubung status jawatan Ketua Polis Negara yang didakwa akan berlaku perubahan dalam masa terdekat.

Mana tak kecewa...hadir Sidang Dewan Rakyat berhari-hari lamanya...bagi mendengar celoteh dan bebel lan dari UMNo & BN, tentang isu GST lah, minyak kena naik hargalah, ketua polis ditamatkan perkhidmatanlah, Gadjet Lucah laa.  Bila tiba proses perbahasan....untuk PR pembangkang membahaskan....."oh tidak dibenarkan...dan tidak relevan."
Speaker mangkuk hayun apa ini.......yang dilantik oleh UMNO & BN !!!!

Oleh itu Wahai Rakyat Jelata....Nilaikan sendiri bagaimana sikap dan tingkahlaku  UMNo & BN dalam menjalankan persidangan Dewan Rakyat ini.....

Panglima 7 Wrotes

5 comments:

Anonymous said...

malu tgk MP2 kat dewan...mcm budak2sekolah..rakyat undi sbb nk dgr masalh diaorg dapat selesai..tp bila parlimen bersidang ntah ape ape la diaorg bahaskan..baik xyah g ngundi..

orangkasai said...

setuju dengan panglima.

jebat_berani said...

salam kekandaku datuk panglima..

inilah die perangai puak-puak pencacai umnongok...pendekar keris bersilang yang hanya berani beradu kekuatan dengan musuh yang terikat..musuh tak dibenarkan melawan sementara mereka bertari silat kononnya merekalah pendekar dan jaguh kepada sekalian rakyat..

huh!!!sungguh memalukan jika inilah lagaknya puak-puak pencacai umnongok yang mengaku perjuang rakyat..pakatan rakyat sering disekat dan diikat dari cuba mempersembahkan tari silat seorang pendekar yang sebenar...apa guna berada digelanggang silat jika tidak dibenarkan beradu kekuatan..

melihat kepada komen tak bernama di ruangan komen tuan hamba ini hamba yakin beliau adalah seorang ahli umnongok...lihatlah bertapa pengecutnya puak-[uak umnongok ini...tak berani nak menyatakan gerangan diri dan hanya berani berselindung disebalik manusia tak bernama...lebih baik jangan cuba nak mengomen kalau tak berani di komen...

checkmate said...

setuju dgn panglima perang hang jebat..

xberani taruk nama...jgn nak menyibuk utk beradu tenaga disini...

Panglima7 said...

Salam kepada org Kasai, Tuanhamba Jebat dan anonymous.

Memang beanr kata sdrku Jebat. Mengapa hendak diikat tangan lawan jika benar-benar berani. Ini bacul namanya. Mengapa pakai nama anonymous jika benar-benar berani.

Untuk anonymous anda takyah pergi mengundi kerana parti anda memang selalu menang.

Kalau nak merasai kelainan undilah PR. Pasti hidup rakyat bakal berubah dari susah menjadi selesa. Pasti dibuka ruangan demokrasi di dalam perlimen untuk perbahasan. Sekarang pun dah boleh lihat. Dahulu semasa pemerintahan dimonopoli oleh UMNO dan BN rakyat tidak boleh berdemonstrai tetapi sejak PR memerintah 5 negeri UMNO diberi kebebasan untuk menyuarakan pandangan dan berdemonstrasi walaupun dahulu mereka mengecam orang yang berdemonstrasi tetapi keadaan dah berubah bilamana mereka pula yang suka berdemontrasi.
Tak begitu tuanhamba Jebat.?

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara