Walaupun kita berterima kasih kepada makhluk bertiga ini yang keluar dari Parti PKR iaitu Mohsin Fadzli Samsuri - AP Bagan Serai, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim - AP Bayan Baru dan Tan Tee Beng - AP Nibong Tebal, namun sikap mereka itu bolehlah diibaratkan seperti berpaling tadah atau belot dalam perjuangan.
Hamba bukan bercakap dari hal Tan Tee Beng, kerana beliau adalah non muslim tetapi hamba bercakap dari segi keagamaan memandang 2 makhluk tadi merupakan mereka yang beragama Islam. Dan mereka keluar parti pun kononnya berfaktorkan keagamaan juga.
Kalau disingkap akan 7 dosa-dosa besar, salah satunya ialah Lari dari peperangan. Orang-orang yang lari dari peperangan ketika berjuang tergolong dalam dosa-dosa besar ini. Ada sebab mengapa mereka lari. Di antara sebabnya adalah takutkan kematian dan cintakan dunia. Sedangkan objektif berperang adalah menegakkan kalimah Allah samada Menang dalam peperangan atau Mati Syahid Fisabillillah. Apabila mereka lari maka mereka lari dari ganjaran Syurga yang telah dijanjikan Allah Swt dan secara tidak langsung mempengaruhi rakan seperjuangan yang ada bersama berjuang untuk turut lari dan menyebabkan pasukan perang menjadi lemah dan mudah dikalahkan.
Manakala Berpaling Tadah atau disebut belot dalam perjuangan/peperangan juga suatu kesalahan yang tidak kurang hebat juga besarnya jika dibandingkan dengan lari dari peperangan tadi. Apabila satu kesalahan itu adalah besar maka mengikut logik akalnya, dosanya juga besar.
Pemuka-pemuka Yahudi dari bani Quraizah (kalau tak silap hamba, sila betulkan jika hamba salah) pernah belot atau berpaling tadah kepada tentera islam dan Nabi Muhammad SAW ketika dalam perang Khandak apabila mereka terang-terangan menyokong Tentera Musyrikin Quraish. Setelah tamat peperangan dan setelah diadili, maka hukuman yang dijatuhkan oleh Allah dan Rasulnya adalah bunuh.
Hamba bukan bermaksud yang ketiga-tiga ini perlu dihukum sebegitu TETAPI bagi menunjukkan betapa besarnya dosa orang yang belot atau berpaling tadah dalam perjuangan demi menegakkan keadilan dan memerangi kezaliman.
Dan sikap yang ditunjukkan oleh Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang yang menyeru untuk bersolat Hajat selama 7 hari 7 malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat dalam perjuangan menunjukkan besar atau seriusnya dosa yang mereka ini lakukan terhadap rakyat di kawasan mereka juga kepada parti dan juga Rakyat Malaysia secara amnya.
Ini hanyalah sekadar pandangan dari hamba Panglima7 dan ianya tiada kena mengena dengan pandangan Parti PAS, PKR atau DAP atau Pakatan Rakyat.
Berani Kerana Benar.
Panglima 7 Wrotes
No comments:
Post a Comment