Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Mar 3, 2010

Kerajaan Persekutuan Kekeringan Wang !!!....Betul Ke Ni..???

Ada banyak tanda-tanda menunjukkan Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO & BN kekeringan wang.  Ini menunjukkan Negara berada di dalam krisis kewangan yang hebat.  Mana taknya...setelah tumbangnya 5 negeri, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak (sekarang ini BN dah rampas balik dengan cara yang tak berhemah) maka kantung Kerajaan Persekutuan mulai kering.

Segala hasil masyhul negeri-negeri in yang dahulunya diperintah oleh BN tidak dapat diambil dan dijoli dengan sesuka hati, hinggakan Kerajaan Melaka terpaksa meminjamkan RM5,000,000.00 (RM5 juta) kepada UMNO Selangor bagi melunaskan cukai tanah yang tertunggak dan tak berbayar-bayar pun selama 13 tahun kepada kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. 

Rakyat sungguh terkejut beruk.....dengan perangai UMNO ini.  Ohh rupa-rupanya selama ini segala apa milik UMNO di Selangor mereka buat seperti bapak dia punya harta.  Cukai pun tak nak bayar. Jika sekiranya Selangor tidak tumbang kepada PR, sampai kiamat pun mereka tak bayar cukai tanah YBK.  Kalau rakyatlah tak bayar cukai maka tanah milik rakyat sudah tentunya disita atau dirampas serta diambil kembali oleh UMNO dan Barisan nasional.  Bayangkan bangunan UMNO Selangor di Shah Alam pun mereka tidak bayar cukai kepada Kerajaan Selangor selama beberapa tahun hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Tanda yang lain lagi ialah tidak menunaikan janji pemberian Wang Royalti Minyak kepada Negeri Kelantan.  Mereka ubah menjadi wang ihsan dan diberikan separuh sahaja, itupun kepada juak-juak UMNO Kelantan yang seperti anak burung yang kelaparan menunggu makanan dari ibunya.

Lagi dengan melaksanakan GST cukai terhadap barang-barang yang dibeli oleh rakyat dari sekecil kecil barang hinggalah sebesar-besar barang.

Ditambah pula dengan kenaikan harga minyak seliter yang bakal dilancarkan pada bulan Mei ini.
Dan yang terbaru memasang camera CCTV di setiap jalan seluruh negara yang sangat berpotensi berlakunya kemalangan.  dengan adanya CCTV ini banyaklah saman-saman yang bakal dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi mengaut wang rakyat yang boleh mencecah jutaan ringgit.  Almaklumlah....nak pilihanraya ni...manalah nak cari duit pembiayaan.   Kalau pilihanraya kecil, satu DUN sahaja paling kurang RM6 juta terpaksa dikeluarkan inikan pula Pilihanraya umum.  Beratus Juta ringgit terpaksa dikeluarkan bagi menampung pembelanjaan jentera UMNO dan BN.

Ini tak termasuk kain pelikat dan lain-lain lagi ...Yang menjadi mangsa kitalah....Rakyat Jelata.
Kalau tuan puan tak nampak tak tahulah hamba nak kata.  Tukarlah Undian kepada Pakatan Rakyat.

Panglima7 Wrotes.

3 comments:

jebat_berani said...

salam kekanda panglima 7..
bila berbicara tentang um-no/be-end kita "tak mampu" untuk lari dari membicarakan soal salah-laku mereka...

bukan niat untuk menceritakan keburukan mereka..tetapi perbuatan salah mereka ini perlu dihebahkan agar rakyat tidak terus menjadi mangsa mereka..

apa yang kanda pamglima tuliskan itu hanya sebahagian kecil salahlaku yang mereka lakukan selama memerintah selangor...itu pun hanya terbongkar apabila pakatan rakyat berjaya menawan selangor..

kalau negeri yang diperlakukan seperti milik mereka apatah lagi negara...sudah tentu begitu banyak wang rakyat/negara dibelanjakan untuk kepentinga pribadi mereka tanpa kita sedari..

kalaupun ada yang berjaya dibongkar ianya hanya sebahagian kecil dari apa yang telah mereka bolot..samaada apa yang hamba katakan ini benar atau tidak kita sama-sama boleh melihatnya...

sampai bilakah perkara ini akan berterusan..apakah rakyat tidak merasa sakit hati atau matah melihat perkara ini berlaku??apakah rakyat rela membiarkan um-no/be-end melakukan semua ini??

jika tidak apakah yang rakyat lakukan bagi menghentikan semua ini??cukupkah sekadar merungut atau berteriak dan berdemonstrasi??cukupkah sekadar menyuarakan kepada mereka rasa tidak puas hati kita??apakah mereka akan mendengar keluhan dan rintihan kita??

rasanya sudah lebih 50 tahun rakyat memberi peluang kepada um-no/be-end memerintah malaysia..dan selama itu rasanya um-no/be-end gaggal mentadbir negara dengan jujur dan amanah..dan rakyat mengetahui akan perkara ini..

maka pada pilihanraya umum akan datang marilah kita sama-sama memberi peluang kepada pakatan rakyat menabur bakti kepada rakyat malaysia pula...cukuplah kita menambahkan dosa kepada puak-puak um-no/be-end ini..

al-brangi Online said...

mereka amat silau dengan duit.

Panglima7 said...

Benar tuanhamba berdua. Mereka amat silau dengan kilauan wang dan minyak. Segalanya dirampok.
Sebab itulah anak mereka jadi bilionaire. Refer 40 bilionaire di Malaysia baru-baru ini diakhbar.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara