Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Mar 14, 2010

Ingat Lagi ??? Inilah Orangnya Yang Mahu Pembangkang Sifar Di Selangor.


Rumah Setinggan Rakyat Dirobohkan tanpa berunding terlebih dahulu.
Rumah Penduduk Setinggan Kg Berembang Yang Dirobohkan tanpa berunding terlebih dahulu. Arkib

Salam,

Semasa era pemerintahannya sebagai Menteri Besar UMNO & BN di Selangor, berbagai perkara yang berlaku di bawah pemerintahan beliau termasuklah perobohan surau Jubli Perak di BB Bangi - Nauzubillah.  Sehingga ramai yang menangis disebabkan tingkah laku UMNO & BN yang zalim bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada agama Islam itu sendiri. 

Bagi mengimbangi perobohan surau, maka Kerajaan UMNO & BN Pimpinannya juga merobohkan kuil di Shah Alam.  Maka wujudlah Hindraf

Pernah berikrar setinggan sifar di Selangor dengan merobohkan rumah rakyat satu persatu tanpa memberikan masa yang cukup kepada rakyat serta mendengar juga melayan keluhan rakyat termasuklah kampung Berembang.  Rakyat yang membantah bertempur dengan Polis dan akhirnya setelah rumah mereka dirobohkan penduduk kampung yang kehilangan rumah terpaksa membina rumah2 kotak berbumbungkan langit dan berselimutkan embun bagi meneruskan kehidupan bersama isteri dan anak2 tercinta.  Di manakah sifat belaskasihan sesama manusia.  BELIAU PULA DUDUK DI BANGLONYA YG kononnya BERHARGA RM20 JUTA. Rakyat yang dirobohkan rumahnya duduk merempat dan mengharapkan belas kasihan orang lain.

Menghadiahkan penyapu sebagai motivati kepada Pengarah2 PBT dan Majlis Pembandaran kerana kononnya tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang.  boleh cemerlang ke anada jika majikan bagi hadiah penyapu buruk...supaya anda cemerlang.??

Memberi penduduk kampung dengan 2 lori ayam sebelum hari raya.  Khalid Ibrahim pula dipersoalkan dan disiasat BPR atas kemurahannya mengorbankan 40 ekor lembu sempena Hari Raya Korban atas tuduhan menyalahguna wang rakyat dan kerajaan.

Dengan angkuh dan sombongnya...berikrar dan melaungkan Pembangkang Sifar Di Selangor kerana baginya pembangkang hanya tahu mencari salah kerajaan UMNO & BN.  Sekarang sudah terbalik.  Beliau pula menjadi pembangkang dengan komen yang sungguh dangkal dan membosankan.

Bukit Cerakah yang dibotakkan...hingga mendapat reaksi Abdullah Badawi yang naik helikopter membuat lawatan mengejut ke kawasan yang beliau didakwa telah membotak dengan mengetepikan konsep Alam Sekitar.

Ini baru sedikit yang hamba maklumkan....banyak lagi yang tersimpan di dalam karpet yang tidak didedahkan oleh Kerajaan PR Selangor.

Apapun kenyataan hamba ini tidak ada kena mengena dengan pandangan Kerajaan PR Negeri Selangor atau mana-mana parti politik di Malaysia.

Panglima7 Wrotes.

3 comments:

Prof. Era Pasca said...

tiada masalah.. harap dapat linkan sekali era pasca hamba ye... ty

jebat_berani said...

namanya sahaja seperti telah memberikan gambaran sebenar sikap beliau...maka tidak hairanlah kita akan perangainya itu....

Panglima7 said...

Salam Baginda,
Selamat datang ke blog hamba Panglima7. Blog tuanhamba akan hamba link sebentar shj lagi. Hamba ada masalah Laptop...asyik off dgn sendirinya......tak tahulah apapasal. Sdrku Kekanda Jebat.....memang benar nama pun dah Khir Toyo....dalam Islam tak tahulah apa maksudnya.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara