Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 17, 2010

Budget 2011 Oleh Najib. Budget Tampal dan Tempel.

Assalamualaikum wbr.


Inilah dia bajet 2011 yang dibentangkan oleh Najib. Aku dah kategorikan budget ini mengikut susunannya...Satu untuk rakyat dan satu untuk pembanguna negara. Barulah kita nampak...Kerajaan UMNO & BN pimpinan Najib ini betul2 membela rakyat atau pun tidak...atau cuma budget tampal dan tempel di sana sini atau main-main ajer.

Warna biru adalah komen aku. Yang hitam adalah tulisan asal.

Ini adalah berkenaan kewangan dan hutang negara.

■Rizab negara berjumlah RM310.8b bersamaan dengan nilai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara

■Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

■Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

■Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

■Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

Ini cerita pasal projet Syarikat-Syarikat Klomengrat Negara

■Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

■Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

■Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.


Ini pula Budget Untuk Projek Pembangunan dan Ekonomi Negara.

■Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

■Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

■RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

■Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

■RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

■RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

■RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.

Banyak tuu..tiap2 tahun kerajaan peruntukkan..tapi Sabah dan Sarawak masih tak maju-maju jugak..pedalamannya betul2 mundur sampai ada yg masih takde air bersih dan letrik... malah jauh ketinggalan pembangunannya dari Semenanjung... mana perginya budget berbillion billion itu.....???
hahaha...Lu pikir la sendiri...

■Kerajaan memperuntukkan RM 111 juta untuk Program Permata. Ianya bagi membiayai pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar,32 Pusat Anak Permata Negara(PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Ini memang patutlah bagi kerajaan peruntukan... untuk kemaslahatan rakyat. kalau tidak...jangan jadi kerajaan.

■Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan.

Yang nie pun sama....Memang patutlah kerajaan peruntukan untuk kemaslahatan rakyat. kalau tidak...jangan jadi kerajaan.

Projek Pembangunan untuk Petani

■Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

Berapa juta petani yang ada di Malaysia nie...Cuba mai habaq kat ako..!! Macammana nak suruh petani bertukar dari bidang pertanian ke Industri ternak burung walit...hehehehe. Mulut senang laa cakap...Petani perlu miliki bangunan untuk ternakan ini....ada minat...sedangkan petani sedia ada..duduk di rumah papan yang kecil lagi sempit...Nak sediakan rumah kos rendah untuk rakyat di bandar yang berjuta bilangannya pun susah...!!! inikan nak sediakan rumah sarang burung walit hahaha...last-last bila orang dah alpa....duit ni masuk poket depa.....nanti.

■Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

Ini tiada kaitan secara langsung dengan Rakyat.

■RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

Ini aku tak nak komen ..pasal ini memang tanggungjawab Kerajaan untuk membangunkan Infrastruktur.

Perihal Cukai...

■Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

Ini adalah lanjutan dari budget yang terdahulu.....bagi membantu syarikat dalam pengeluaran bahan makanan. Ini memang patut dilkukan oleh kerajaan. Tapi kalau syarikat tu untung besar..kenakanlah cukai !!! Jangan hang sekali terlibat dalam pembahagian kek tersebut. Rakyat ko kenakan cukai pendapatan...syarikat yang untung besar...ko tak kecualikan cukai. Adakah patut.???

■Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit dimana sebelum ini di antara 5%-10%.

Pengecualian ini hanya untuk penjual telefon bimbit. Penjual telepon bimbit yang rata2nya bangsa Cina mendapat untungnya.....aku bukannya rasis...tapi rakyat yang membeli telefon tersebut....adakah penjual akan turun harganya. Adakah Najib ada sebut suruh penjual Telefon bimbit kena turunkan harganya setelah cukai dikecualikan sebanyak 5-10%. Atau terserah pada penjual atau tahu-tahu sendiri. Percayalah cakap aku...harga jualan telefon bimbit tetap sama dan tak berubah sedikit pun walapun kerajaan kecualikan cukai.

Menggalakkan Rakyat Terutama Perempuan Untuk Bershopping.

■Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah.Diantaranya adalah beg, kemeja, pengilat kuku, seluar dalam, baju tidur dan lain-lain lagi.

Tak semestinya cukai dimansuhkan harga barangan aksesori dan pakaian akan menjadi lebih murah !!! Suruh berjimat cermat...gaji rakyat sikit la punya ciput......gaji tak naik-naik...alih-alih suruh berbelanja atas alasan duti import dah dikurangkan..hahahaha. Terpedaya rakyat//.Harga barang tetap sama. nah ko..!!! Garu kepala sang suami. Patutlah ramai suami-suami botak .

■Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.Ini merupakan langkah yang baik bagi melindungi pekerja-pekerja swasta dan bekerja sendiri.

Bab dana nie apasal ringkas sangat penerangannya. Berapa juta dan siapa yang menguruskannya...dan bagaimana kaedahnya. Tidak diperincikan. Jangan cakap seperti melepaskan batuk di tangga. cakap ajer perlaksanaan tiada.

Haaa...Yang Ini Baru Terus Kepada Rakyat.

■Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

Rakyat berjuta...dan berapa ramai security Guard di negara kita ini. Pemberian ini tidak menyeluruh.

■Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

Ini meniru Pas Kelantan yang telah lama memperkenalkan cuti bersalin selama 90 hari....hehehe
Bukankah Pas perihatan.

■Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama.Ini merupakan satu lagi langkah yang bijak.

Rumah yang macam mana kerajaan BN tawarkan ini. jangan tawarkan rumah yang berharga atas RM200 Ribu.....mana lah nak mampu walaupun skim ini dilancarkan !! Last-last hangat-hangat tahi Ayam. Pemaju asyik cakap tak untung-tak untung bina rumah kos rendah.

■Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.

Haa tengok...duti import baju dan celana dalam dikurangkan sebanyak 3-5% tapi yang ini dinaikkan 5-6%....hahahaha....!!! lagi tinggi kenaikan dari pemansuhan duti barangan import tadi. nampak tak !!! kan kerajaan dah untung dah kat sini..... Dah macam back to the normal....hehehe Jangan terpedaya...Inilah yang dinamakan budget tampal dan tempel...hehehe

■Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.

Ini semua pemberian untuk membodek JKKP dan ketua-ketua kampung untuk menyokong kerajaan. macam Rasuah laaa.... Itu sebab bila berlaku permilihan ketua kampung....sampai bergaduh gaduh dan bertumbuk...Bukannya apa....mereka dah nampak habuannya jika dilantik jadi Ketua Kampung. Itu baru jadi ketua kampung belum lagi UMNO Bahagian, Yang Berhormat atau Menteri.

■Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan kewangan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Haaaaa.........!!!


Yang ini adalah GULA-GULA untuk pekerja kerajaan sahaja....pekerja SWASTA yang berjuta-juta tuu yg membangunkan ekonomi negara...tak dapat erkkk!!! hehehe..kesian ko....Ini yang dinamakna DUIT SEGERA. Takde bonus laa kali ni yer org2 gomen...Lainkali Kerajaan UMNO & BN cuba-cubalah pikir bagaimana nak bagi duit yang boleh membangunkan rakyat dan ekonominya sampai bila2. Bukan yang macam ini...bagi habis...bagi habis. Cuba-cubalah beri rumah kedai ker....untuk rakyat berniaga dan bersaing dengan bangsa Cina......Tak perlu kedai besar...kecil pun takpe. Kerajaan tanggung separuh...dan rakyat bayar ansuran bulan-bulan pun takper...kategorikan mengikut peringkat umur siapa yg layak dahulu...step by step. kan bagus macam tu drp duk hulur macam beri gula-gula.  Takkan nak suruh Melayu asyik berniaga di pasar-pasar malam ajer dan kaki lima.  Sampai bila pun Melayu takkan Maju.  Orang Melayu dan bangsa Melayu yang perintah Malaysia tapi masih lagi merempat dalam berniaga di negara sendiri.  Kau tubuhlah PERKASA atau Apa pun...kalau cakap ajer nak bela Melayu tetapi ekonomi orang Melayu hanya di Pasar-pasar malam.  Pergi jalan laa ko....(marah ako ni)
Sampai bila pun Melayu takkan maju laa....dan bersaing dgn bangsa cina dan yg lain....yang menguasai perniagaan di bandar-bandar besar.   Jangankan nak bersaing...Takde saingan pun.

■Kadar tol di 4 Lebuhraya utama kendalian Plus Ekspressway Berhad tidak dinaikkan selama 5 tahun bermula serta-merta.

Seperkara lagi.....duti import barang ini dimansuhkan...Tetapi jangan lupa....wahai rakyat sekalian.... "Ini dinamakan Check and Balance" Tang ini dikurangkan...tang lagi satu akan dinaikkan.....apa yang naik.....Minyak Petrol laaa. tengoklah nanti. Ini semua permainan politik Kerajaan UMNO & BN.  
Dahulu ...mula-mula dulu...Rakyat susah nak bergerak..Tol dibina untuk memudahkan perhubungan utk rakyat pergi ke sana sini....tetapi kerana negara kita ketika itu masih dalam kategori negara pertanian...hasil tak banyak...minyak pun tak nampak lagi, maka lebuh-raya yang dibina dikenakan Tol bagi membayar semula hutang dan kos pembinaan.  Tetapi sekarang semuanya sudah berubah....Lebuhraya yang dibina bukan untuk keselesaan rakyat tetapi lebih kepada keuntungan berlipat ratus kali ganda dan silap2 haribulan....keuntungannya melebihi keuntungan PETRONAS.  Bayangkan satu hari Kerajaan + Pihak konsesi boleh kutip berjuta-juta dengan Tol ajer.  Satu hari rakyat guna Tol berapa juta ??. 

Itulah perniagaan yang gila dari UMNO & BN. Perniagaan yang tak pernah RUGI di dunia....Tapi yang susahnya rakyat.  Rata-rata... kalau dikira seorang rakyat yang mengunakan Tol terpaksa membayar RM 400 sebulan. dan kalilah berapa juta rakyat.
Dah Untung dah dan dah cover kos pembinaan Tol tapi masih lagi kutip duit Tol.  Perjanjian Terbodoh Kerajaan UMNO dan BN dengan syarikat konsesi yang merupakan rakankongsi perniagaan TOL ini.  Sebab itulah Kerajaan tidak mahu mendedahkan isi kandungan perjanjiannya dengan pihak konsesi yang merupakan orangnya juga.

Lebuhraya-lebuhraya ini dibina dengan airmata, keringat dan darah rakyat.  Ingat tuu..!!!
Kalau nak lebih tahu...masuklah Lebuhraya Guthrie...menuju ke Shah Alam.  Ada LIMA TOL didirikan dalam satu lebuhraya yang jaraknya diantara satu dgn yang lain tak sampai 1.5km pun ada.   Apa alasan dirikan lima Tol ??  kalau bukan...ini ako punya...itu ko punya ...dan yg itu hang punya Tol.  Mcm lanun dalam cerita P.Ramlee, Nujum Pak Belalang.  Satu untuk ko dan satu untuk ako.

Panglima7

Orang yang macam ako nie....apa peruntukkannya...???  Tak terasa langsung.  Ada budget ka..takde budget kaa....sama sajer.  Ko tanya la sesapa...??? Jawapannya sama macam aku...cuma Syarikat2 besar yang sibuk utk mendengar budget yang dibentangkan ini. 

Nasib baiklah ada Kerajaan Pakatan Rakyat yang memberi air percuma untuk seluruh rakyat Negeri Selangor.  Satu pun tak tinggal dalam pemberian air percuma..Semua rakyat gunakan air dan merasai air percuma.  Nak harapkan Kerajaan UMNO dan BN....jangan haraplah seluruh rakyat dapat merasa pemberian seperti ini.  Cuma beberapa kerat ajer orang yang dapat imbuhan dan sebagainya.

8 comments:

luvly iema said...

tima kaseh ^^

kna kurangkan shopping hehe

melur said...

Salam Tuan Panglima,
ya la..saya pun hairan kenapa tol sampai 5 di guthrie itu? Siapa punya idea ?

Izzaty Ishak said...

Whoa thanks ;)

Review yg best utk bajet 2011!
Kene berjimat bnyk pasnih. Hehe

Panglima7 said...

Salam semua.

Salam Nuriema...betul tuu...
sekarang ini...ramai masyarakat kita tidak mempunyai banyak CASH di tangan. Tuu yg ramai gunakan kad kredit. Hutang...hutang dan hutang lagi.
CASH di tangan sangat penting. Berjimat cermat di waktu senang..dan gunakan wang simpanan di waktu susah.
Bukannya berjimat di waktu susah dan berbelanja diwaktu senang. Thank you for coming and give comments here. ;)

Panglima7 said...

Salam Cik Melur.

itu la pasal....Mungkin Cik Melur pernah lalu di lebuhraya Guthrie tersebut kan ?? Satu tol ajer kena bayar RM1.60 dan kali lah dgn lima tol. Dekat-dekat pulak tuu jaraknya...lepas ajer bayar Tol pertama...tak sempat nak tukar gear 5.....ada lagi Tol di hadapan...hahaha.

Panglima7 said...

Terima kasih Izzaty.

Yea...Setuju...kena berjimat cermat. Pastikan ada CASH di tangan. Harga Petrol akan naik nanti selepas Pilihanraya untuk kerajaan tampung balik RM500 yang kerajaan bayar pada 1.5 juta pekerja gomen.

kena pulak nanti kerajaan BN akan lancarkan GST. Government Service Tax untuk semua barangan yang kita beli dipasaraya. Malaysialah negara paling banyak cukai di dunia. hehehehe.

luvly iema said...

banyk cukai tp negara nk bankrup, ekonomi gawat la... xkan semua duit tertimbus dalam tnah kan...

saya ska bca entri dan pndangan awk..
erm.. buat satu entri bout islamic fashion festival organized by biggy mama a.k.a 1st lady boleh ke? saya tggu ^^

p/s:maaf jika mnyusahkan.

Panglima7 said...

Salam Nuriema,

Terimakasih kerna suka baca entry saya...:)
InsyaAllah saya usahakan buat entry tuu. Islamic fashion festival tuu dah selesaikan...??

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara