Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 19, 2010

Tergigit Mata Kail Ketika Nikmati Kari Ikan Sembilang...Aduihhh !!!!

Salam,

FAUZIAH menunjukkan mata kail yang dijumpai di dalam kari ikan sembilang ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Georgetown : Hasrat tiga sekeluarga menikmati kari ikan sembilang di sebuah restoran di Sungai Dua di sini, terbantut apabila seorang daripada mereka tergigit mata kail patah yang melekat pada isi ikan berkenaan.

Kejadian berlaku pada jam 12 tengah hari kelmarin ketika Fauziah Awang Kechik 42, bersama suami dan anaknya, memesan kari kepala sembilang untuk hidangan tengah hari mereka.

Sebaik menjamah hidangan itu, Fauziah mendakwa, dia tergigit benda keras bersama daging ikan berkenaan yang disangka batu.  Namun setelah mengeluarkan objek tersebut daripada mulutnya dia mendapati ia adalah mata kail yang sudah patah.  Dia turut berasa sakit di bahagian dalam pipi kiri akibat terkena mata kail itu.

"Selepas mengeluarkan mata kail, suami saya memaklumkan kepada pemilik restoran, tetapi dia hanya meminta maaf.  Saya kesal dengan sikap lepas tangan pemilik restoran itu." katanya di sini, semalam.

Fauziah berkata, pemilik restoran terbabit kembali semula ke meja makan dan memberitahu tidak perlu membayar kari ikan itu, tetapi tidak mengindahkan mulutnya yang cedera.

"Pada mulanya lelaki itu tidak mengaku dia pemilik restoran tetapi selepas diugut suami, dia mendiamkan diri serta memulangkan duit supaya kami tidak membesarkan isu itu" katanya.

Sementara itu, isteri pemilik restoran berkenaan, Habibah Abdul 41, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, tetapi menafikan pihaknya bersikap lepas tangan.

"Suami saya meminta maaf kepada pasangan terbabit tetapi mereka seolah-olah mengharapkan pampasan" Katanya.

“Saya sedia bersemuka dengan pasangan berkenaan, jika mereka ingin mengambil tindakan. Kami tidak bersalah,” katanya. 

Wanita itu berkata, mereka mengusahakan perniagaan itu sejak 18 tahun lalu dan ini kali pertama pelanggan mendakwa menjumpai mata kail yang patah dalam kari ikan di restoran itu. 


Panglima7
waduh..waduh !!!  Kg sape laa tuu.....Nasib baik tak tertelan.....kalau tertelan....jadi ikan sembilang lah nanti.....hehehe

4 comments:

PCL said...

Teringat kat kpg plak..selalu pekena kari sembilang kedai pakteh...(kena hati2 semasa proses menyiang jgn sampai ada mata kail lagi..)...bukan salah peniaga/pelanggan tapi semua kena waspada..

melur said...

Banyak la pula alasannya...Tak cuci bersih-bersih la tu...

bijan said...

tak cuci bersih mungkin..tapi yang pelanggan ambil kesempetan pun mungkin..dua dua pun mungkin..nasib kau le labu....yg dah makan ikan sembilan 90 tahun tak kena kail pun ..kenapa..? muhasabah diri...itu yg sebenarnya...dua-dua pun kena muhasabah diri..sitokeh dan juga sipelanggan..selalunya sipelanggan ada saja musibah..mesti mau pampasan..gitu juga sitaukeh ada saj alasan nak elak kalau terlibat dgn musibah.....siapa yg salah siapa yg benar..?yang salah nya ikan itu sendiri..kena tak luah balik kail yg tersangkut...ha ha ha..kalauaku bicara soal ini pakai tak mkm t/hari le aku ini..ok sudah

Panglima7 said...

Betul tu diana, p@kciklie dan melur, ini kes tak siang dgn bersih...perut tak buang habis...yg tinggal adalah mata kail...hehehe

Pada No to BN....memang confirm cuci tak bersih....lepas tu main campak dalam periuk belanga...hahaha. nasib baik tak jadi ikan keli yang tercangkuk kail...hehehe geli hati ako....

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara