Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Oct 22, 2010

Menyingkap Tabir Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum Wbr


Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala ayat.  Di dalamnya terkandung kelebihan yang hanya Allah sahajalah yang mengetahuinya.  Allahu Akbar !!!

Surah Al-Fatihah diagungkan dan diberi kelebihan oleh Allah untuk dibaca di dalam setiap yang dinamakan solat, tanpanya tidaklah sah solat seseorang itu.  Begitu besarnya surah ini di sisi Allah SWT.

Surah Al-Fatihah dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahimm !!! (Bismillahirrahmanirrahimm...dikira sebagai salah satu ayat di dalam Al-Fatihah)  Terlupa membaca Bismillahirrahmanirrahimm...maka tidak sah solat seseorang itu mengikut Mazhab Shafiee.

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allah bersifat Pemurah dan Penyayang kepada semua makhluknya tidak kira orang Islam mahupun orang kafir.
* Tiap-tiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulai dengan menyebut nama Allah, seperti : makan, minum, menyembelih binatang untuk dimakan dan sebagainya.  Allah ialah nama Zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak memerlukan makhlukNya, tetapi makhluk memerlukan Nya.   Ar-Rahman (Maha Pemurah) : salah satu daripada nama Allah yang memberi pengertian, bahawa Allah melimpahkan kurniaNYA kepada makhluk Nya.

Sebab itulah kita dapati.....bukan sahaja orang Islam...orang kafir pun hidup senang dan kaya raya dengan Limpah Rahmat dan Kurnia... yang Allah beri kepada mereka tanpa memilih sempadan kafir mahupun Muslim.   Itu yang Allah nak tunjukkan kepada kita semua sebenarnya.  Tetapi kita pula membeza bezakan dan mengagung-agungkan serta memperjuangkan bangsa sendiri lebih daripada memperjuang dan mempertahankan Islam yang mana Allah perintahkan untuk kita menjaganya (Islam sebagai Amanah). Perintah ini datang semasa kita berada di alam Roh lagi.  Bukan kita tidak boleh memperjuangkan bangsa tetapi janganlah sampai mengenepikan konsep dan ajaran Islam itu sendiri dan menzalimi kaum dan bangsa lain dengan jalan yang tidak adil.
 Islam itu tinggi dan lebih tinggi dari bangsa dan segala-galanya.  Apabila Islam datang...maka apa yang rendah dan berada dibawahnya janganlah ditinggikan pula.  Itu tak betul.

2. Segala Puji bagi Allah, Tuhan semesta  Alam.
Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang menguasai Langit dan Bumi juga Tuhan kepada alam semesta ini.
Lain halnya dengan Syukur yang bererti : mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. Dan kita menghadapkan segala puji-pujian kepada Allah kerana Allah jua lah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.  Semua yang diciptakan Allah yang tergolong di dalam Alam Semesta ini memujiNYA termasuklah alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya.

Sekiranya Allah Swt...membuka hijab manusia, nescaya kita akan lari bertempiaran... Terkejut kita bilamana mendengar seluruh isi hutan riuh rendah berzikir memuji Allah Swt.  Sekarang kita tidak mendengar kerana dihijab oleh Allah.

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sifat pemurah dan penyayang Allah melebihi pemurah dan penyayang mahkluk.  Maha Suci Allah.

4. Yang Menguasai hari pembalasan.
Allah adalah Raja dan Hakim di hari Kiamat iaitu hari manusia diadili di Mahkamah Allah nanti.

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Hanya kepada Allah jua Tuhan yang kita sembah dan tiada tuhan selainNya.  Allah jua lah tempat kita meminta dan memohon pertolongan.  Ini adalah suatu lafaz pengakuan di hadapan Allah ketika solat kepadaNya. Di mana kita sebagai hamba... hanya menyembah dan memohon hanya kepada Allah tuhan seru sekalian alam.

Tetapi ramai yang tidak SEDAR yang kita masih menyembah selain dari Allah.???  Mana taknya....Hukum yang Allah perintahkan dan turunkan di dalam Al-Quran melalui Nabi Muhammad SAW untuk kita laksanakan ketika hidup di dunia ini, kita tak ambil pusing...malah turut bersekongkol mempertikaikannya bersama golongan-golongan yang mengambil hukum yang selain dari hukum Allah ???  Mengambil hukum yang selain dari hukum Allah ....tidakkah itu sama seperti menyembah selain dari Allah.  Tidakkah tindakan itu tergolong dalam mensyirikkan Allah. Nauzubillahiminzalik. 

Apa alasan kita di Mahkamah Allah nanti..apabila Allah bertanya...mengapa engkau menjadi pengikut kepada golongan yang tidak menggunapakai hukum Ku ketika hidup di dunia..???  Boleh ker..kita jawab....uhh...hukum ituu tak sesuai di dunia kerana di Malaysia..masyarakatnya Majmuk.  ha ha....ha....!! Jangan diperbodohkan tuan-tuan.

Apa yang kita lafaz dan ikrarkan di dalam solat hendaklah di bawa bersama di luar solat.   Dilafazkan dengan lidah, dibenarkan dalam hati dan dilakukan dengan perbuatan.   Kita mengaku yang kita sembah Allah...kita sembah betul-betul, sembah itu bukan hanya di dalam solat sahaja....itu perlu kita ingat.  Sembah Allah itu merangkumi semua aspek termasuklah hukum hakam, pemerintahan, syariat, jual beli dan bermacam-macam lagi dalam semua aspek kehidupan.  Zina hukumnya sebat atau rejam.....tapi kita ambil hukum selain dari hukum Allah.  Kita denda mereka yang berzina sebanyak RM1000-2000 sahaja.  Esok lusa dia buat lagi...pasal denda buang sampah pun lebih mahal lagi.  Sebab itulah zina dan buang anak bermaharajalela di negara kita.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Kita bermohon kepada Allah agar menunjuki kita jalan yang lurus lagi jalan yang diredhoi.....tetapi kita masih cakap tak serupa bikin, kita masih memilih pemimpin-pemimpin yang membina pusat-pusat perjudian, pub dan disko, tempat tempat dan sarang maksiat dan menghina mereka yang menyeru amal maaruf dan nahi mungkar.  Kita hina ulamak, kita hina mereka yang bangun untuk solat malam, kononnya solat malam mengganggu pelajaran mereka di siang hari.

Dan apabila pegawai penguatkuasa agama menangkap mereka yang meminum arak, ramai dikalangan orang yang mendakwa dirinya Melayu...bangkit marahkan penguatkuasa dan membela mereka yang minum arak kononnya itu melanggar hak kebebasan dan hak asasi manusia. Tapi bila solat ...tahu pulak sebut perkataan "tunjukilah kami jalan yang lurus"..  Sungguh tak tahu malu betul.


7. (yaitu) jalan orang-orang  yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat.

Kita mohon pada Allah, jalan yang Allah kurniakan nikmat terhadap orang-orang yang terdahulu daripada kita.  Siapa orang-orang yang terdahulu itu ?  Tidak lain dan tidak bukan... jalan para nabi, Rasulullah SAW, para Sahabat, Tabiit Tabien.  Itulah jalan menuju kejayaan.

Dan kita mohon pada Allah jauhi jalan orang-orang yang Allah murkai.  Siapakah orang yang Allah murkai?  Itulah jalan orang-orang Yahudi yang Allah murkai dan laknati.  Jadi jangan sekali-kali kita ikut dan mencontohi jalan orang-orang Yahudi ini (dari keturunan Bani Israel).  yang banyak membunuh para nabi dan mempertikaikan hukum Allah dan perintah 25 Rasul.

Dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.  Sesat di sini merujuk kepada orang-orang Nasrani. (Kristian)  Yang mendakwa Allah itu mempunyai anak. Tuhan itu beranak.    Mereka mendakwa Nabi Isa itu anak tuhan.  Itulah jalan orang-orang yang sesat. Jalan orang-orang yang mensyirik dan menyengutukan Allah SWT.  Nauzubillah.

Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.  Aaminn.

Panglima7.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan pengikut atau penyokong yang mengambil dan menggunapakai hukum selain dari hukum Allah SWT.

5 comments:

diana said...

terima kasih..

melur said...

Salam Tuan Panglima,
satu penafsiran yang begitu mendalam, membuatkan saya berfikir sedalam-dalamnya.
Terimakasih kerana berkongsi.

Panglima7 said...

Salam Diana dan Melur.

Terima Kasih kerana sudi membacanya. Hamba sekadar berkongsi ilmu.

Hamirdin b Ithnin said...

assalamualaikum,

bahagian komen anta dia keluar bertimpa, susah nak baca.

Panglima7 said...

Salam Dr.

Hamba bukak takde pula bertimpa...

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara