Salam,
Ucapan Najib di Perhimpunan MCA semalam yang menyifatkan Orang Cina bukan pendatang di negara ini disifatkan sudah terlambat setelah Parti Keris itu menyerang hati dan perasaan masyarakat Cina di negara ini bertubi-tubi khususnya di Pulau Pinang dulu tidak mungkin dapat mereka lupakan. (UMNO VS GERAKAN)
Tindakan Najib menggula-gulakan Masyarakat Cina dengan bahasa yang lunak hanya sekadar untuk mendapatkan undi orang cina pada pilihanraya ke 13 yang akan datang. Agar UMNO berkuasa dengan sokongan orang cina yang dulunya....UMNO sibuk dengan isu Peribumi dan Ketuanan Melayu.
UMNO memang juara dalam bab bab bahasa dan slogan. Bermacam-macam slogan yang keluar. ” Cemerlang, Gemilang, Terbilang.......tapi semuanya Temberang. Semuanya indah khabar dari rupa. Habuk pun tarak. Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Itu semua slogan bagi melembutkan hati rakyat......tapi yang didahulukan adalah poket-poket mereka. Apa yang Najib ucapkan untuk orang cina juga.....sama bunyinya dengan slogan.
Laungan orang cina adalah pendatang.....sudah tidak asing lagi dalam UMNO. Pergilah ke mana-mana pun...orang akan mengatakan orang Cina adalah pendatang. Sudah sinonim dan sebati.. Tiba-tiba semalam Najib pulak kata mereka bukan pendatang. Itu dulu. ujarnya.
(memang betul...itu dahulu, tapi mengapa baru sekarang Najib sedar. Adakah bila nak hilang kuasa baru nak sedar. Pakatan Rakyat dah lama sedar dah)
Baguslah kalau Najib dah sedar. Beliau sedar disaat beliau bakal kematian kuasa di PRU ke 13 nanti. Tapi berjuta lagi ahli UMNO yang tidak sedar macam Najib yang sedar...lebih-lebih lagi PERKASA.
Tetapi yang Muskilnya....Kenapa baru sekarang dah 53 tahun UMNO memerintah..... baru nak cakap orang Cina bukan pendatang. Tidakkah ada udang di sebalik batu. Tidakkah ada udang di sebalik mee......tunggu untuk dimakan saje.
Kenapa Masyarakat India tidak disebut sekali dalam ucapan ini wahai Najib...Adakah orang India ..... Pendatang? Mengapa ucapan tersebut ditujukan hanya untuk orang Cina sahaja......!!!
Lu pikir laa sendiri.....
Panglima7
Firaun selepas ditenggelamkan di Laut Merah bersama kaumnya....tatkala nyawanya sudah berada di tenggoroknya...berkatalah ia ” Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah, Aku beriman kepada Tuhan Musa.”
Tetapi sudah terlambat...../ Terlewat, pernyataannya sudah tidak diterimapakai lagi.
Moral of the story....Jangan Lambat.
(ini sekadar kisah Firaun yanga nak aku sampaikan.....tiada penyamaan di sini dan tiada kena mengena dengan yang lain).
2 comments:
Mereka semua adalah kaum kerabat azazil yang tiada tolok bandingnya.
Lidah mereka terbelah tujuh yang mereka gunakan untuk menipu rakyat dari Isya hingga ke subuh.
semua agenda politik ja...
sbb cina ada kepentingan pada depa, dan2 nk bela cina.
dah lali dah....
Post a Comment