Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 15, 2010

Sediakan Helikopter !!!!

Assalamualaikum Wbr...


Kerajaan perlu melangkah setapak lagi dalam menyediakan Pengangkutan Khas Udara bagi mengangkut mangsa-mangsa kemalangan yang kritikal.

Kalau Kerajaan UMNO dan BN asyik duk sibuk menaikkan harga barang dengan membandingkan harga barangan dengan negara-negara luar mengapa untuk ini.... tidak pula membandingkan tentang penyediaan dan penggunaan helikopter untuk mengangkut mangsa-mangsa kemalangan jalanraya yang kritikal dan juga banjir sepertimana yang dilakukan oleh negara-negara maju.

Bila berlaku kemalangan....Jalan mulalah jem...tahulah di Malaysia nie. Kat mana-mana pun jem manjang. Hari-hari radio duk citer jalan sana jem..jalan situ jem....Nak tunggu Ambulan sampai...dengan jalan jem, berapa jam nak tunggu...dan berapa lama.....elok-elok mangsa boleh selamat...alih-alih....dah jadi mayat dah kawan tu. Punya lah kesal siapa yang punya abang, adik, kakak, ayah dan ibu bila berlaku kejadian seperti ini.

Mereka boleh diselamatkan.....tetapi pasal lama sangat tunggu...dan banyak kehilangan darah....mereka menjadi arwah. huhuhuhu

Kata nak jadi negara maju, sediakan helikopter pun susah. Helikopter hanya untuk bidang pertahanan sahaja dan asyik terhempas memanjang. Sedangkan helikopter ini banyak sangat manfaat dan gunanya.

Jangan jadikan helikopter untuk disimpan di kem-kem askar, sebagai pameran dan digunakan hanya untuk bertemasya, LIMA dan Hari Kemerdekaan sahaja. Luaskan lah skop itu.

Dengan helikopter yang sedia ada...kita dapat menyelamatkan beratus-ratus nyawa dan membantu ramai keluarga dari kehilangan orang yang mereka sayangi. Juga dapat menyelamatkan nyawa mereka yang sangat professional dalam sesuatu bidang.

Jikalau Kerajaan UMNO & BN buat diam ajer..kita akan usulkan kepada Kerajaan PR apabila mereka berjaya menawan Putra Jaya dan menjadi Kerajaan Persekutuan nanti.
InsyaAllah.

Panglima7


 

8 comments:

melur said...

Wahhh, pendapat yang sangat bernas. Kenapa depa tak terfikirkannya ?
Agaknya penyelamat gayat nak naik helikopter.

luvly iema said...

essay awk ni bagus..saya bg 99/100 markah.. hehehe

Panglima7 said...

Salam Terimakasih !!!

Melur.....terimakasih bagi pandangan. Helikopter memang penting. Cepat dan pantas...tak sampai 15 minit dah sampai hospital.

Panglima7 said...

Salam...
Nuriema dahsyat laa...
siap bagi markah lagi tuuu....ni mesti cikgu ni...

Apa pun Tq bagi markah...kira dapat A laa nie...

luvly iema said...

mna da cikgunya..haha.. awak xdpat 100 sebab xckup pedas...tambah cili lebih ek.hik3

saya tggu entri awak mngenai bajet 2011 ^^

Panglima7 said...

amboii...nak lagi pedas erkkk...hehehehe..

Entryku tak cukup masin...agaknya.
Menunggu budget 2011...InsyaAllah hamba buat liputan nanti...

Pagi nie nak turun Bangi nie.

Anonymous said...

Tuan Pang5,
Kalau mangsa kemalangan yang naik ambulanpun kena caj RM200, berapalah agaknya depa kena bayar kalau naik helikopter?

Panglima7 said...

Anonymous.....

Janganlah jadi mata duitan dan bincang soal bayaran disaat-saat menyelamatkan nyawa macam hospital Swasta tuu. Selamatkan nyawa dulu. Tentang pembayaran belakang kira. Insuran ada...boleh cover, kalau takde...kad kredit ada...dan juga saudara mara. Yang penting nyawa dahulu.

Kalau helikopter boleh digunakan untuk menyelamat mangsa banjir yg orangnya masih selamat...tanpa dikenakan satu sen bayaran pun...mengapa dikala orang yang kemalangan parah dijalanraya korang nak bising pasal bayaran naik heli....heeeee jangan jadi Kerajaan laa.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara